Tuesday, July 31, 2012

Senaman harian untuk bayi...

Tajuk sungguh skima. Walhal saya tak tahu pun senaman ni adalah yang umum atau tak. Selepas check up sebulan Hamza, seorang (erm tak tahulah nak kata nurse ke apa) staf dari daerah Aoba datang ke rumah. Seorang wanita sekitar akhir 30 an - awal 40 an. Sebelum datang dia telefon tanya boleh datang pukul berapa. Tepat jam 10 seperti yang dijanjikan beliau dah berada di hadapan pintu rumah.

Datang tengok rekod Hamza dan tanya perkembangan mama Hamza. Tapi dia cakap full japanese, tak semua yang patik faham huhu. Tujuan dia datang adalah untuk beritahu yang Hamza dah tak boleh pergi check up di Hospital university melainkan ada perkara serius dan dapat rujukan dari klinik biasa. Dia keluarkan buku yang mempunyai senarai klinik kanak-kanak dan tunjuk beberapa klinik yang berhampiran dengan rumah kami. Masuk 2 bulan nanti Hamza kena inject, risaunya... macam mana la agaknya Ken Hamza yang manja ni kena inject eh. Jangan meraung satu klinik dah la hu. Selain tu dia suruh isi poskad dan pos, lepas tu dapat percuma plastik sampah 50 keping. Kat sini ada plastik sampah khas kena beli. Sampah harian dan juga sampah untuk buang plastik. So kalau dapat 50 keping tu dah kira bagus dah.

Dia siap cakap sila berhati-hati dan kalau boleh elakkan Hamza dapat adik dalam masa terdekat hehe... "mochiron" (sudah tentu), mama dan papa hamza kan abiskan study dulu. Lepas dah bagi penerangan, dia tanya ada buat senaman untuk Hamza? Patik terpinga2.. hah, mama Hamza pun tak bersenam apatah lagi Hamza (alamak kantoi patik makles bersenam).

Dia cakap sehari sekali selama 5 minit. Letakkan Hamza secara meniarap. Senaman ni bagus untuk kuatkan leher akachan (baby) dan juga anggota badan yang lain. Sebab dia akan berusaha untuk dongak dan juga bergerak. Mula2 macam owh kesiannya, sebulan dah kena bersenam?

Hamza at his first attempt. Muka sangat blur, dia cuba tolak dengan kaki dan tangan sambil bunyi urgh, argh seolah sedang mencuba sedaya upaya (ayat tak menahan haha).


dari posisi berbeza, nak ambil gambar staf tu tapi takut dia marah wuwuwu... bila dah cukup 5 minit terus angkat, tercungap2 Hamza, macam nak nangis pun ada hehe, manja nii... lepas tu minum susu dan tidur dengan nyenyaknya. Penat bersenam agaknya :). Pesannya lagi, senaman ni perlu dihentikan sekiranya akachan menangis...

Tak pastilah patik tentang senaman ni. Tapi time ada masa dan nampak mood Hamza ok memang akan suruh dia bersenam. Kadang tu dia malas, baring je sampai hisap jari ish2... takpelah janji tak nangis.

p/s: berdebar nak tunggu keputusan nursery, agak2 dapat ke tak eh? hu...


31 comments:

Pink Lavender said...

owhh...baby sebulan dah kene senam eh?adakah di jepun sahaja atau di negara kita juga begitu???

tetiba ayat baku...

Lya Colours said...

wah exercise ye hamza. gud2

Kakzakie said...

Kakak tengok macam dah besar pulak anakanda Hamza bila dia buat macam tu. Nampak kuat lehar dia dah tu tak pakai stokin dan sarung tangan lagi tu nampak macam dah besar..

Insya-allah dipermudahkan utk dapat ke nursery..

Munnafendy said...

amboi smpai merah2 muka akachan...smangat dia bsenam!

fadhilah said...

akif dulupun kena buat macam tu jugak. sebenarnya byk lagi aktiviti yg bleh dibuat bersama baby umur ken hamza ni. try google. meniarap tu letak atas badan kita pun boleh (kalau dh sihat).

Rai said...

kalau nak bagi baby selesa akak lagi suka tiarapkan. tido pun bagi meniarap. ada orang kata takut baby terlungkup. lemas. tapi yang bagusnya tak habis pantang lagi dia da boleh angkat kepala dalam beberapa saat. siap ubah2 posisi kepala masa tido..tak sangka pulak memang sejenis senaman..haha..

kalau kat sini kat majalah pa & ma ada tunjuk senaman dan urutan utk baby..tapi yg meniarap ni takde pun..hehe..

ganbatte hamza!!

Asmara said...

Biasa buat urutan untuk baby, kira bersenam jugaklah tu kan. hehe.. ikut je ckp mereka yg expert mmg bagus kan, otot jadi kuat.
*phew untungnya dpt 50 helai plastik, kat sini 10helai 500yen. wuwu..
*InsyaAllah mudah2an dpt, rasa xde masalah kan both student. Amin..

Farah Shamsudin said...

ala tomey bucuk.. kena bersenam ye.. takpela, untuk kebaikan baby jugekan..

amirah said...

bagus ni bagai hamza kuat bagai sang juara ..hehe..nanti hamza cepat boleh meniarap ni

Azian Elias said...

sebenarnya mmg bagus.. actually kalau u nak bagi dia tidur meniarap pun ok gak.. anak2 akak dalam hari lagi dah buat this kinda excersice.. depa tidur meniarap..tp kita kena awasi...

kalau takut masa lepas injection tu dia demam, cepat2 bagi ubat demam.. Jangan sampai demam, nanti lagi kesian kat dia..

Asrul "iLham" Sany said...

aktif ya budak comel ni :D

tak lama lagi dapat la menantu hohohoho

Fara Chew said...

comel baby, cube akak sambil senam sambil urutkan kaki baby dengan minyak zaitun.. baby2 suka sgt kalu diurutkan.sambil tu leh kuatkan kaki diorg...=) ayah selalu buat kat cucu2 dye..

Rai said...

hanis,
lupa..btw..supplement akak makan dari nutrilite..

Umie Naziera said...

senaman tu penting,tengok..Hamza yg tecik pon dh kena senaman..go go chaiyuk Hamza-chan ;)

LuN@_aiDi said...

owhhh senaman utk bby yea cam2,
bby zahin slalo praktis wat cam2,
tp masa tdoq ler..hihihi

Eliss Mie said...

kalau orang tua memang dia suh buat tidur gitu suh kuat kepala :) xsangka memang ada senaman :p

FnF Simple Life said...

alahai comelnye Hamza bersenam... janji tak nanges kan... geram aunty tengok. kat Msia nurse suruh urut2 baby je rasanya...

aniswany said...

rajin2 lah senamkan hamza nnti dia jadi sehat dan kuat! mcm iklan milo dah..hihi

#happy ramadhan :)

Chekgu Azrine said...

caiyok2..hamza...hehehhe..

kat sini kalau swasta dia galakkan kita buat senaman kat baby..

Mixed-family in da house.... said...

Hamza, ajak mama join bersenam sama-sama deh!

Soo Hae Daa said...

byk tau info2 baru sal bby dr kaknis...thnx a lot..!!

ken kun sgt lah comel..geram je tgk...

Nieda said...

jangn sampai Hamzah isap ibu jari kaki .tu tanda dia nak adik lagi

Nieda said...

jangn sampai Hamzah isap ibu jari kaki .tu tanda dia nak adik lagi

kema said...

wah...dh kne bsenam dh hamza...comel je :)

keli menari said...

owh bagusnye dah senam kecik2..bagi badan dia kuat..go go hamza !

fara said...

hanis..
pheww, baru ada kesempatan sikit mengomen di sini.
healthcare visitor kat sini pun suruh buat senaman ni. diorang panggil 'tummy time'.
mak fara pun dah buatkan diorang senaman ni awal2. tapi kesian tengok masa awal2. lelama diorang seronok..siap tidur lena lagi.

take care!

anismelon said...

comel nye anak akak..cian dye..merah padam muke ha punye na bergerak gak..

wida said...

hai hanis..baru boleh komen n baca n3 hanis:)

oo..kena senam jugak ek.nnti nak buat kat baby wida jugak lah..hehe

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

gud info... len tempat len caranya.. yang ok, leh praktik (^___^) bagus2

teratak hati said...

Owh baru tau..hakim dulu biarkn dia blh meniarap sendiri ms 3bulan tu pun kjap je dh nk nangis..huhu..

ViviLim@Mrs.Nurulazmi said...

senyum vi nengok gmbr ken hamza bersenam...huhuhuhu...gigih tu...bersenam untuk kesihatan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails