nangis manja...
yang ni nangis tiada maaf bagi mu atau nangis tak makan saman, memang kena angkat dari swing dia... saje je melambatkan proses sebab nak ambil gambar dulu hehe... nakal ye mama Hamza ni...
Beberapa hari sebelum check up my love and i berbicara tentang injection yang bakal Hamza ambil. Kat sini umur 2 bulan bayi akan diberikan 2 suntikan nama jepun pun patik tak tahu apatah lagi nama mat soleh atau nama melayu suntikan tersebut. Tahu "hibu" je lagi satu memang tak tahu nama apa. Hamza ni manja la (pada pandangan saya) ada time dia nak manja2 gitu kan. Jadi instinct keibuan menyatakan yang dia akan menangis masa kena inject tu. Papa Hamza pula berpendapat sebaliknya, Hamza takkan nangis because he's a strong boy bersamaan lah dengan makna namanya.
Kami ke klinik kanak-kanak berhampiran rumah, appointment pukul 2 pm. Memang pukul 2 je boleh jumpa doktor, dah tu 3 hari je dalam seminggu. Pelik sungguh klinik kat sini. Nasib baik Hamza dah kenyang dan dah tidur sebelum tu. Maka masa kat klinik tu dia diam seribu bahasa dan melihat keadaan sekeliling. Nurse kat situ panggil dia Ken kun. Mula-mula timbang dan ukur apa yang patut. Terbaru mengenai Ken Hamza...
berat = 6.4 kg
tinggi = 63.6 cm
ukuran kepala = 41 cm
ukuran dada = 41 cm
Kemudian jumpa doktor. Seronok tengok nurse dan doktor layan kerenah Hamza sebab Hamza duk bercakap dengan mereka. Doktor cakap ketinggian dia macam bayi 4 bulan (yang ni saya tak pasti mungkin mengikut standrad bayi jepun kut) doktor tu cakap jepun pekat tak dapat nak tangkap semua yang dinyatakan. Part yang nak pejam mata adalah masa injection. Yang comel bila doktor tu macam baca jampi kononnya tak nak bagi sakit, dia bisik di telinga Hamza siap fuh fuh lagi ha, lawak ok! Mula2 anakanda diam je, jarum masuk ok lg tapi dia dah kerut kening bila doktor push je ubat tu terus ek ek, alala kesiannya... berhenti jap, disebabkan ada 2 injection kena inject kat lengan lagi satu, dia nampak jarum tu terus nangis manja... bila keluarkan jarum berhenti nangis tapi buat muka sedih huhu... tak boleh imagine untuk next injection. Sekali dia meraung mahu mamanya panik... apapun untuk suntikan kali ini, alhamdulillah Hamza tak demam...
p/s: cerita raya di Sendai...
16 comments:
2 sekali kena inject. wah mesti kuat hamza ni. nasib baik tak demam.
ala la la...nanges pun comey gak Ken ni...kisses...wauu panjangnya ken..besar nanti sure tinggi kan.
comeii sgt tau tgk muka dia nangis.. ekekeke...
alala...manjenye hamza...
alolo ken hamza ada gaya mcm2 erk bila nangis..hehe
xsaba nk tau citer raya kt sana..
nak tnggu Hamza mkn ketupat lemang pulak
alala2 busuk2... kompom dapat duit raya byk kan :D
Ya Allah kiut ya hamza crying tak makan saman tu! Geram kiut sgt2! Hanis selamat hari raya maaf jika ada salah silap ya.muah!
alololo.. siannya...
hamza dah 6.4kg dah? simerah humaira yang 8bulan ni pun baru 7.8kg...
beratnyooo ken! hehe.. breastfeed ko kak?
alolo tomeinya kalo Hamza nangis...uwaaaaa.. selamat raya Hamza sayanggg!
hamza memang strong boy :)
Tak dapat duit raya dr? He he he
wahh..panjang hamza mcm mase wildan umur 4bln,..huhu..sian die,2x inject dlm 1mase..huhu..xpe,baby biasanye ok je......slmt hari raya.....
Manjo nyo hamza ni. Kak xdop ko video dio jerit ko ngila ko. Hehe.
Cepat2 cita psl raya denu. Nok tahu jgk gano suasana rayo denu :)
comelnya dia kak Hanis. Nisa ketawa bila baca part doktor macam jampi jampi but then Hamza nangis juga :)
Post a Comment