Monday, August 13, 2012

Jyuppun no ato...

Sebenarnya nak tulis tajuk 10 minit kemudian, tapi macam teringat pulak tajuk entri daddy Qhaliff aka En Ben santai (erk pepandai je panggil En Ben santai ada kang kena marah ni hehe ampunn). Setakat ni Hamza ok je duduk dalam stroller, janji bergerak, kalau berhenti mesti dia akan bergerak-gerak meronta-ronta. Dia boleh duduk dalam ni bila dah kenyang dan tengah mamai-mamai gitu.
jyuppun=10 minit
ato=later/kemudian
tak pasti betul tak ayat kat atas tu, sesiapa yang terel bolehla ajar patik ye
(p/s: Kak Rai, betul ke ayat tu?)

cakk...

10 minit kemudian dah lena... senang sikit mama dan papa nak beli groceries...

Perangai baru bila dah masuk dua bulan ni pantang terkejut mesti Hamza menangis sekuat hati sepenuh jiwa raga macam kena cubit huhu. Ada sekali tu dia tengah khusyuk menyusu, my love yang tengah tengok tv tiba2 terbersin. Acchumm eh tetiba ada sound effect pulleks. Badan Hamza bergerak sebab terkejut dan otometik menangis/meraung sehabis kuat sampai merah muka. Kalau bahasa ibunda patik "kejjut kanja" gitu ha. Saya pun terkejut tengok dia terkejut sampai macam tu. Kenala pujuk2 dan tenangkan dia. Nasib baik sekejap je dah ok.

Sekarang penat nak layan dia bercakap. Sampai satu masa my love cakap, "Ok, Hamza cakap ye papa dengar" haha.. kadang mama pun cakap macam tu bila mana nak makan atau minum time berbuka. Perkataan kegemaran.. "ah hawuuu" sambil muncung2 mulut hikhik. sekarang dah tambah vocab baru tapi tak reti pulak nak eja. Tiap kali nak ambil gambar/video time dia muncung tu mesti tak sempat, nak juga buat kenangan dan bila besar boleh tunjuk pada dia gambar tu sambil cakap "Masa ni Hamza tengah cakap hawuuu." Paling best bila dia nak bersin tapi tak jadi pastu mengeluh, aduii macam2 betul. Hari tu ada movie Charlie and the chocolate factory kat tv, dia dah nak lena tak jadi nak tidur, nampak khusyuk tengok movie yang colorful tu sampai habis baru la nak tido, tapi ok jugak boleh mama rilek2 depan tv. Kalau nak tulis telatah anak kat sini memang takkan habis kan? Mesti dah boring dan pengsan anda semua baca kan... oklah till then...


25 comments:

whitecappuccino said...

aloh..hamza ni muka matured habis! comey sokmo.

Unknown said...

kesian hamza..kalau mak mak dia suruh bedung supaya tak mudah terperanjat..sbb kadang2 pun kita ada rasa cam nak jatuh kalau terkejut dlm tido..kalau baby nanti tangan dia tergawang gawang gitu..akak letak bantal kecil je sebab anak2 jenis buas. tak suka duk dalam bedung..hehe..

tak pun tido meniarap. kalau bukan dalam stroller la..kalau dalam stroller cemana gaya nak tiarap dak.. haha..

err..takde la tere pun..biasanya orang guna jyuppun go..macam kalau nak kata lepas 10 minit dia tertidur..

jyuppun go ni nemashita.. atau kalau bunyi cam best sikit
jyuppun go ni nemuri ni ochiru (he fall asleep after 10 minutes..)

rasanyalah..patik pun tak expert. kalau salah ampoonnn.. haha.

Asrul "iLham" Sany said...

kaco baby masa tido best... tapi pastu T_T

Eliss said...

first time dpt anak memang macm tu kan. hari2 nak citer psl anak. tu psl eliss create blog dia terus :p

amirah said...

ala nomeinya dia..bulatnya mata hamza ni..pastu mcm muka budak besar dah..ni nak celen arissa la ni..hehe

Fazleyatul Aini said...

garangnya muka hamza. serius tu. nak susu agaknya

Anisa Hang Tuah said...

hamza kalau dah besar kompem hensem

=)

Amie said...

Seronok ada baby Hanis... anak kecil sebenrnya terapi minda buat kita. Dulu Kak Amie kalau boleh setiap saat ingin melihat perkembangan baby ... mmm tak lama tu memang tambah montel Hamza cayanggg....

Chekgu Azrine said...

Ken Hamza debab...comei!!hehehe

Unknown said...

hehehe...comel...rase x sbar je nie...

mrs kayrul said...

hamza dah macam baby 6 bulan..cepat jer besar...

AniesF said...

xboring pon xboring pon... cite la lagikkkkkk. hehe

Hanamiko Sakura said...

alahai~ comelnya hamza XD telatah budak kecik memang mencuit hati...

kasihredha said...

bestnya ada baby kan..
macam2 aksi yg seronok dilihat...kalu doh boleh kecek nanti lagi best

FnF Simple Life said...

Cute nye Hamza tido dlm car seat tu. Dulu rayyan pun dok dalam tu. Masa balik msia umur dia setahun lebih kereta takde car seat, dah dia seronok dok atas riba mama... sampai skrg takmo lg dah dok car seat...

Shana' said...

Untung Hamza....setiap saat membesar mama dh catat baik2 dalam belog...dh besar boleh refer balik...:)

Hanis Azla said...

makin comel hamza skrg.. geram tgk..ala comeinya gelagat dia.. tersenyum2 akka baca dan membayangkan mulut muncungnya becakap2 tu he..he.. seronok kan bercerita hal anak.. yg membacanya pun ikut seronok.. mana ada bosan..

Farah Shamsudin said...

Ken ni sebaya dgn anak buah farah tau..same jugela peel nye tuu.. dah pandai borak. kadang die pulak yg lebih smp dah xterlayan..hahaha.. kiutt kan..

Kakzakie Purvit said...

Jgn takut kakak paling suka cerita baby dan budak-budak. Tak pengsan tapi jadi terapi...

Queen said...

bercerita hal anak..mmg takkan pernah jemu..takkan pernah penat..adaje aksi diayang terbaru..=)
such memorable.. =)



bagus hamza..duk dalamacr seat diam2..kalau kak sufiyyah..dahloncatturun =p

Asmara said...

budak baik, budak comel, budak encem!! tak percaya awak ni baru 2 bulan tau! ;D

fadhilah said...

hamza makin comel.... k hanis, tulis je semua benda. nnti seronok bila kita baca balik esok2. sebab semua benda ni bukan semua kita ingat...

wida said...

baby kalau x dibedung biasanya mmg cepat terkejut cam tu.baby wida si una tu pon cam tu jugak hanis. menangis selak kalau terkejut.kena jaga2 sikit takut kena sawan pulak.
becor dah hamza..comei

sudipVSsenduk said...

tak pernah jemu dengan cerita Hamza, tertunggu-tunggu cerita baru ada la...

lady-D said...

lamo benar dla x mari sapa besar doh ken hamza..beh pulok napok tdo dlm stroller..xdok ko stoller tuk ore bsr..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails