Tuesday, August 28, 2012

Peacock...

Dulu pernah tulis entri Maksud lain bagi rentak. Kali ni entri lebih kurang macam tu juga cuma sekarang ni libatkan perkataan peacock pula.

 inilah rupa peacock, tak agak2 siap letak gambar, macamlah orang tak tahu haha... (courtesy of Wikipedia)

Masa sekolah rendah dulu ada scene sebegini rupa...
"Awak... awak..."ziana memanggil liana (ziana dan liana bukan nama sebenar)
Liana seolah tak dengar padahal jarak mereka berdua tak la jauh mana pun
"Awak...awak.."tapi tak jugak didengar oleh liana
"Eee peacock betul."
Dengan kata lain dan untuk tampak lebih sopan serta kurang mencurigakan, cakap perkataan peacock berbanding pekak atau pekak badak.

Eh apaan sih bicara peacock ini? Tadi Hamza susah nak lena, asyik terkejut je. Mula2 saya dodoi, macam dah tidur tapi asal letak atas tilam terkejut, maka saya suruh my love take over pula. Saya baring depan tv sambil regangkan otot. Kemudian my love panggil, saya cuma dengar dia sebut tv je sambil tangan tunjuk pada tv lah kan. Kami cuma berbisik je, takut Hamza sedar. Patik pun buat muka frust sikit, ingatkan kena off tv. Terus tangan tekan remote. Kemudian my love tanya
"Kenapa off tv?"
"Tadi bukan suruh off ke takut Hamza sedar,"
"Korek telinga ke tak?"
wuwuwu patik peacock seketika, owh tidakkk...
sebenarnya my love cakap Hamza asyik terkejut macam mengigau sebab banyak tengok tv kut petang tadi. Kadang dia memang excited, padahal bukan best pun rancangan tu, siap jerit2 angkat2 kaki, sebab nampak colorful agaknya. Tiap kali saya cuba record guna handphone mesti dia senyap dan tengok aje kat mama dia ni haha...
 gambar selingan semata-mata, gambar lama sewaktu naik subway... nasib baik tidur je walaupun bising, mengantuk sangat la tu...

17 comments:

Unknown said...

smpai ngingau2 hamza teringt citer kt tv...hehehe

kasihredha said...

sesekali peacock x mengapa...kalau banyak kali nanti kena cock .,,,hahaha

Norliha Samad said...

Kalau dulu-dulu kalau anak2 kerap terkejut, akak akan bedung tangan dia sbb kata orang tua macam kena peluk.

Chekgu Azrine said...

hehehe..lawaks!!

Anisa Hang Tuah said...

hewheww

peacock

pekok-pekak-pekok

haishh

baby hamza ni comel jeee time tidur

Umie Naziera said...

metafora..hahah

amirah said...

hahaha..peacock style sket kan hanis...tapi betul la..kalau dh ngantuk sgt bom sebelah telinga pun takpe

Hanamiko Sakura said...

nak tergelak saya baca entri ni akak.. hehee

Asrul "iLham" Sany said...

kah3... skali peacok tu rupanya...

Kazman / Sue said...

wahh... pandai dia yee bila mamanya nak ambil record gambar ni masa tgk tv dia boleh senyap....

pemalu rupanya si hamza nii... heee3x

ct kektus said...

peacock. nak jage hati kawan. hehehee

Unknown said...

ehehe..pun bolehh..

tahun depan hanis da balik malaysia ke? jom jom kita beraya sama tahun depan..boleh jumpa hamza!

Unknown said...

is letak slimut bagi berat sikit badan siMerah, sebab siMerah dulu xnak dibedung (^___^)

Azian Elias said...

hee..hee..penat lah tu..

Asmara said...

baru tau peacock=pekak. hehe.. x pernah guna. ;D
*kdg2 mmg terjadi misscommunication camni. lain arahan lain yg dibuat. hihi..

maszull said...

assalamualaikum Hanis...pandainya Hamza semakin besar semakin cerdik yer...:)

azmina ibrahim said...

hamza dah pandai tgk tv? hihihihi...kalo cmtuh, hanis da bley bagi hamza tgk kartun pocoyo. carik english version...zayyan suka tgk kecik2 dulu.. its good for his brain development :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails