Thursday, October 18, 2012

Renraku-chou...

Cerita Hamza dan baby sitternya. Hari tu terkejut bila ambil Hamza bila ternampak ada alat music harp di rumah baby sitter. Baby sitter mainkan music untuk Hamza. Hari seterusnya ada organ pulak. Hari berikutnya dengar alunan muzik yang tenang dan mendamaikan. Terharu je rasa, memang di luar jangkaan patik la baby sitter Hamza ni. Setiap hari dia cuba terangkan perihal Hamza cuma kami antara paham dan tak berapa faham je huhu disebabkan masalah bahasa yang terhad. Ada banyak juga perkataan yang dia guna tak pernah pulak kami dengar sebelum ni adehh... rasa nak pengsan je depan baby sitter tu. Istilah perkembangan/kelakuan bayi dalam bahasa jepun memang patik kurang arif. N-san cakap Hamza suka dengar muzik, dia akan dengar dan lihat beria-ria bila N-san mainkan alat muzik.

Tiap-tiap hari kena bawa balik dan bagi semula renraku chou ni waktu hantar Hamza. Bila check kat kamus tak jumpa makna (れんらくーちょう)renraku-chou, tapi saya anggap je buku ni sebagai buku rekod/catatan harian Hamza sepanjang bersama baby sitter...

terbalik sistem tarikh tu dari mesia, bulan dulu baru tarikh. Bahagian atas sebelah kanan parents kena tulis. Contoh kat atas tu 22:00 waktu tidur Hamza, bangun pukul 7.30 pagi. Sebelah kiri atas pun mama Hamza kena isi pukul berapa wee2 atau poo2 (tukar diaper) dan pukul berapa minum susu sebelum hantar pada baby sitter. Seterusnya yang lain tu catatan oleh baby sitter pula berkisar tentang aktiviti harian serta rekod tukar diaper dan minum susu. Baca tu sikit2 bolehlah, tapi bukan semua perkataan yang kami faham dan kena tanya kawan nihonjin atau kawan mesia yang pera-pera nihon-go. Nanti ada masa nak tulis dalam bm/english part yang tak faham, lepas tu simpan buat pekasam elok2 untuk tengok balik bila Hamza dah besar nanti. Berangan tak sudah hehe.

Gambar ni saje penulis ambil kasi feel sikit. Selain renraku-chou, pada akhir bulan baby sitter akan compilekan gambar Hamza yang diambil setiap hari yang akan ditransfer dari kamera ke dalam CD. Gambar dia tidur ke, dia keluar sanpo (jalan-jalan) ke, dia baca buku etc. Tak sabar pulak nak tengok gambar tu, harap2 dapatlah akhir bulan nanti.

last but not least, gambar Ken Hamza... hari-hari di lab mama dan papa sentiasa rindu Hamza! Aishiteru...

Hari ni Hamza ada check up dan vaccination huhu... Eh patik baru tahu la pasal NNNN...

28 comments:

athirahsafarudin said...

kawaii-ne ken hamza-chan

Chekgu Azrine said...

memang seronok dan enjoy tgok baby growing.. akak tak sabar dah nak tatap muka baby nih..hehehe

Anum said...

tomeinya baby sis

Sakina Adam said...

comel sgt hamza... ;)

amirah said...

baru tahu pasal apa hanis??

bestnya baby sitter macam tu kan? sangatla sistematik...bagusnyaaaa..kalo gitu nak keje pun senang ati la hanis

adnil linda said...

wah..best je babysitter kt sane..x mcm kt mesia...hehehe

Lya Colours said...

comel ! dah pandai pout ni. hehehe

Shana' said...

Ya Allah bestnya nursery kat Jepun!!!! Siap ada rekod, catatan perkembangan...gambar...kira macam anak tu sentiasa depan mata kita dan tak terlepas development dia walau takde depan mata kita. Someday kalau akak bukak nursery (eceh) nak apply la method cenggini...sangat bagus!

Rai Ourkizuna said...

bagusnya..siap ada diari penjagaan macam ni..rekod lengkap pukul berapa minum susu..

boleh tahan jugak hamza minum eh.. hehehe..

comel lah panggilan ken kun.. :D

nur easy said...

auntie pun nak aishiteru hamza gak boleh? hehe comel bulat je dlm costume tu

Kakzakie said...

Di M'sia macam tak ada jumpa nursery baby yg macam ini. Sebab itu ramai yg tersedak susu pun tak sedar...

Semakin comel dah Hamza:)

Fizah Ibrahim said...

Suka dengar muzik... Hikhikk..
Semakin bambam pipi ken hamza tuh =)

Sekadar Coretan said...

Wah bagus betul cara penjagaan baby oleh baby sitter Japun. Kagum , pasti ibu senang hati sepanjang kita menjalankan tugas harian kan.

~Beb~ said...

untung nya Hamza membesar kat negara yang maju. berteknologi! belum tahu apa2 dah dipupuk dgn mcm2 system..

Nieda said...

wah siap ada buku lagi. sangat detail.
tapi kalau kat sini buat mcm tu...nanti depa kata tak caya pula kat pengasuh huhuhu.
lain padang lain belalang

fiza said...

Bestnya BS kat sana. Siap ada buku lagi tu. Kan best klo kat m'sian nih buat mcm tu. Alololo...tomeinya anak nipon nih.

mrs kayrul said...

hai encem hamza....

bagusnya baby sitter kat sana...macam nie semua rekod disimpannya dan mak pak pun sekali gus boleh tau perkembangan anak

wa said...

tembamnya Hamza nih...:)

Kuazue Mohd said...

wah...beh tul baby sitter jepun nie yer..siap ada rekod bagai...agak bila lah leh jumpa cam nieh kat sini kan...??..

FnF Simple Life said...

alahai dah makin tomey encem bby ken hamza. best kn sistem nursery kt jepun ni. ilmi sekolah rendah pun tiap2 hari ada report book. patut diamalkan kt msia juga.

Noraim said...

eh hamza mace ado lesung pipit la kak. yoko?

Ain said...

Siap ade buku log tok setiap jam perlakuan hamza...terbaik la...krja jaga baby pon mcm operasi kat firm...haha...lau pasni hamza ade adik mesti jeles ngn hamza sbb hmza ade buku log mse kecik adik2 die nnti x d jge kt jepon msti la x de bku log tu...huhuhu

ishamizu said...

Wah bagusnyq babysitter Ken Hamza! Lngkap dgn buku catatan harian dan gmbr! Syoknya tak payah suro2 kan dia dah siapkan..hehe.

Nway mmg kawai la ken Hamza ni..geram btol tgk dia! :)

aniswany said...

baby sitter sgt prihatin kan..
untung sangat !! hihi
like always hamza sangattt lah comell..haihh pengsan *__*

ct kektus said...

wah. beza sungguh baby sitter kat sana. siap ambilkan gambar tu. :D

sillyme said...

bestnye babysitter kat sana! :)

sillyme said...

bestnye babysitter kat sana! :)

CikUna said...

hahah,,, Ken Hamza buat muka cumil... so sweeeettttt !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails