Hujung minggu lalu kami ada urusan di Utsunomiya. Sebelum ke sana study peta kat google map bagai nak rak... itu yang tetiba terpost entri sedih takde iphone hehe, memang over acting. Kebetulan baru kenal kawan blog bernama Ayu yang tinggal berhampiran Utsunomiya. Apa lagi PLING2! rasa macam nak jumpa je. Of course la kena tanya en suami dulu, bila dah bergelar isteri ni apa2 yang saya nak buat mesti consult suami, kalau dia ok, barulah boleh kan, tapi kalau kita satu pihak je yang beria tak syok la pulak, macam tak dapat restu gitu... contohnya masa balik mesia hari tu, saya punyalah beria "Rasa nk jumpa kawan blog, jumpa kat kopitiam ok tak?" cinta senyap je, "Nanti ke dot dot nak jumpa kawan blog la."cinta senyap juga... (adakah patik ni yang terlebih zat over excited? huhu), last2 dia bersuara, cakap next time ajela plan betul2... sebab kami pun masa tu hp pinjam dari ayah mertua saya, pc pun takde, nk tenet kena pergi cyber cafe, memang sadis la waktu tu...
Ok sambung cerita, kebetulan juga berhampiran Utsunomiya (exit Sano Fujioka) ada sebuah outlet yang besar dan vogue tivass gitu... uish or course la patik jakun kan? tak boleh shopping, window pun jadilah... maka rasanya tempat tu strategik untuk dating2 dengan Ayu ni, asalnya nak piknik di taman tapi paham2 ajelah kami ni kurang equipment nanti buang masa tersesat untuk cari tempat tu.

website Premium Outlet, kat Sendai pun ada tapi tak besar mana pun, selepas jishin ia ditutup dan akan kembali beroperasi pada 18 Jun 2011 nanti. Baca Kobe Sanda kat atas tu terus teringat Fasha Sandha haha apakah??

Selepas selesai urusan, sampainya kami di sana terus menuju ke food court lapar betul, orang sangat ramai... kena booking meja dulu, tengah khusyuk tunggu, tiba2 je rasa nak toleh ke kiri... terus nampak seorang wanita berhijab merah berkasut pinky winky berhandbag pink, (cantik handbag u, i likeee...) meluru ke arah saya... kagum lihat Ayu yang pandai mekup, saya ni buta alat solek huhu... sebab lapar sangat sampai lpa nak snap gambar udon yang kami makan tu huhu... tak senonoh betul...para suami yang rancak berbual... kenapa ntah gelap gambar ni (photographer tak pro eheh)...

inilah anak teruna Ayu... suka tengok keletah Adam the cheeky boy... mula2 je malu pastu ajak aunty main lari2 hehe... pandai posing pulak tu, genetik dari mama dia kut :)

gambar posing di depan kedai... tengok harga gulpp... tapi kalau tengok harga kat butik mungkin akan pengsan haha... yerla kat outlet ni kan harganya susut up to 50% sebab dah design backdated season, (takpelah yang season lama pun ok ape kan?) kami pun tak sempat tawaf semua, di outlet Sendai Izumi hanya ada Coach, tapi kalau kat sini antara brand yang ada, adalah seperti Prada, Gucci, Ferragamo, YSL, Bally, Furla dan ada beberapa kedai baru dibuka OshKosh B-Gosh dengan Marc by Marc Jacobs, saya tak pernah tahu range harga Marc dan juga yang lain2 tu, datang sini je terus rasa nak berbisnes hehe tapi modalnya tarak... disebabkan ada miss yanggi (my sis) yang up to date tu maka secara tak langsung saya kenal dengan brand2 "ntah apa2" ni (ngaku jelah jakun hehe) sebab dia suka kirim handbag dan selalu suruh survey harga handbag di outlet sini dan compare dengan mesia...

such a wonderful family!

gambar lagi... kebetulan hari tu pakai kasut warna sama dengan Ayu, hehe i like! lepas tu saya macam biasalah terlebih zat excited nak bergambar kat tulisan premium outlet tu... macam seronok je posing kat huruf2 gergasi tu kan...
M fo My LOVE! ureshiikatta! Terima kasih Ayu, sebab sudi jumpa, nanti kita dating lagi ok? lagi ramai lagi meriah hehe...
p/s: cuba perhatikan gambar Adam betul2... selain gambar di food court, gambar lain tu pasti ada aksi ala2 nak mulakan larian selepas pistol berbunyi, hehe comel je kan?...

