Tuesday, December 27, 2011

Our precious @ 15 weeks...

Patik telah mendedahkan perihal diri patik yang berbadan dua (wow rasa macam sungguh sopan hehe) di ENTRI INI. Waktu tu pergi check up week 15. Sewaktu menulis entri ni kandungan adalah 16minggu. Semoga semua terus berjalan lancar, InsyaAllah...

Sebelum tu nak jawab pertanyaan dari Lady. Patik pun masih jakun dan baru tahu madu tak boleh dimakan sewaktu mengandung hingga bayi berumur 1 tahun.
soalan beliau
 LadyBird said...
p/s : lady br th ibu mengandung xleh makan madu.. tp kan.. kalau btl ade bakteria yg xleh perut baby cerna.. bukankah baby just ambik nutrien drp ibunya melalui plasenta? organ dalaman baby berfungsi setelah baby dilahirkan.. cube awk cr jwpnnye.. nanti bgtahu lady ek.. :D..

Dapat feedback dari geng jepun yang dah ada pengalaman melahirkan akachan di sini, Kak As di Yonezawa dan Kamalia di  Morioka...
 Asmara said...pasal madu tu mmg sensei ada ckp tak boleh sbb tnya masa Haqem batuk dia kata jgn bg madu utk baby.

Kamalia said...pasal madu:-
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin) ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. -via sarakids.com

Rasa macam rancangan tiwi plak (mulahlah nak berangan haha)... baca sana dan sini nak jawab soalan lady tu, saya pun kurang arif, kena tanya doktor di gyne atau paed untuk jawapan yang tepat hehe, tapi inilah hasilnya melalui pembacaan,

Ya, memang bayi menerima makanan dari salur darah ibu melalui plasenta. Dalam masa yang sama bayi juga ada bahan perkumuhan dar badan dia yang turut disalurkan melalui salur darah ibu juga.

"feeding process puts the baby at risk whenever the mother introduces anything into her bloodstream that would be bad for the baby"

Pada minggu ke-10 dalam kandungan, perut bayi dah keluarkan jus pencernaan dan ginjal sudah mula berfungsi dan meneluarkan bahan kumuh yang kemudiannya disalur keluar melalui salur darah ibu. (Kalau baby boy masa ni dia dah hasilkan testosteron, manakala baby girl akan hasilkan ovari pada minggu ke-11, eheh selingan semata-mata).
Pada minggu ke-12, sistem pencernaan sudah memulakan proses "contraction movement" (tsskk tak reti nak translate) yang membolehkan baby makan. Walaupun baby terima makanan dari ibu, namun dia tetap akan ada sedikit bahan kumuh yang tentunya melalui suatu proses. Oleh itu ibu perlulah mengelak makanan yang merbahaya... bak ayat omputeh yang patik letak kat atas tu...
wuwuwuwu adakah ini menjawab soalan huwaaa takutnyaaa patik... kut2 lah ada doktor ke nurse ke yang baca entri ni tolong2 lah patik ye hik2...

IMG_0065
on the way ke hospital, rasa nak keluar je dari kereta bergambar kat pokok2 tu... hehe over ektim sungguh...

IMG_0067
dah sampai daigaku byouin, hari tu parking penuh kena park kat bumbung... perut patik tersembunyi di sebalik jaket down itu... abaikan kebam-baan patik tu ye... lagipun jaket tu memang gelembung gitu ok haha... (ayat nak cover bam bam ke?)

IMG_0003
akachan at 15 weeks, saiznya lebih kurang sebesar buah lemon...

IMG_0006
dalam minggu 12 hingga 23 perlu datang check-up sebulan sekali...

IMG_0007
24-36 minggu check-up setiap 2 minggu dan 36 minggu ke atas perlu pergi setiap minggu... tentang kos bersalin pula mungkin percuma sebab student, tapi patik tak pasti, bila dah tahu nanti pasti akan dicoretkan di sini...

IMG_7018
akachan! kali ni akachan berjumpa dengan doktor Kimura... puas doktor tu gerakkan (tatau nama alat) sana sini sebab nak tengok muka akachan... tapi tak berjaya, hanya nampak sisi je... lepas tu tak pastilah dia ukur apa siap keluar kaler2 kat skrin... doktor kimura ada cakap tapi tak faham sgt lagipun patik tengah khusyuk tengok akachan pada skrin...

IMG_7019
kemudian doktor ukur saiz kepala seterusnya saiz paha... doktor juga tunjuk perut baby yang dah berada pada kedudukannya yang mana proses pergerakan ini bermula sejak minggu13. Masa ni pun nampak akachan bergerak lepas tu nampak tangan dia...

IMG_7020
dia gerak tutup muka agaknya, malu macam mama dia (maaf patik telah over ektim wuwuwu)... nampak jari jemari dia... secara pling2 tangan patik otometik ternaik jugak macam nak lambai pada akachan huhu, ampunnn... check up kali ni percuma je hehe, alhamdulillah...

Next appointment 4 minggu lagi... bulan depanlah baru mama boleh tengok akachan lagi ye. Ya Allah permudahkanlah segala urusan, semoga semuanya selamat dan berjalan lancar, akachan pun sihat2 hendaknya, aminnn...

p/s: air travel during pregnancy...

33 comments:

fiza said...

Tahniah hanis. Smoga semuanya berjalan dgn lancar & di permudahkan olehnya ☺☺.

ANak dah 2, tapi baru tahu org pegnant tak bley mkn madu...haihhhh..

asna cute said...

Teringat masa pregnant haikal 15 weeks dh dpat tgk semua tbuh bdn ada terbentuk dn dia tgh melompat sakan sebab smentara tgu gilirn maknya kunyah mkn roti cheese hehe

Mixed-family in da house.... said...

wah gembira hati bakal ibu ni....bykkan mkn yg berkhasiat ya. jaga diri...

Lya Colours said...

happy for you. jaga diri elok2 ye

Eera Shera said...

comel je akachan...

bestnye boleh main salji ;)

amirah said...

comelnya akachan...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Best khen moment gini
Bkn Selalu rasa taw
Teringin nk preggy again
Doakan ai plak na

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah hanis.. seronok akak dengar berita ni.. jaga diri yer.. ;)

Prettywrite said...

salam kenal kak hanis..tahniah nak jadi mama..wow dok jepun ya..my dream country tu tok tahu bilo nok sapa..haha..

Farah Shamsudin said...

tahniah syg.. hepi 4 u..

Maii Yusre said...

Wahhh..tahniah tahniah banyak kan berehat jangan tension tension ;DD

kasihredha said...

tuan teri tak nampak demuk pong?
ohhh ada yuki (betul tak ni?)

psssst...cantik ar handbag pink tuan teri...i likeee

Kamalia said...

hanis::
aritu ai kena dlm 380,000 yen tuk 4 days 4 nights. kat sini kita boleh pilih nak stay berapa lama kat hospital(max:6 days).tuk total cost, city hall boleh cover hingga 420,000 yen.ni ikut ken jugakla,kot miyagi ai xtau..maybe boleh tanya iryd kot.rasa student pun sama gak kot rate bersalin.aritu ade kohai yg brsalin sini, kena byr mcm tu jugak..mcm ai, dlm week 28-30 midwife akn bg form(admission form) suh kita isi pastu cuma bwk wktu nk brsalin..kena ade guarantor(yu punya sensei),tuk sign form tu..nnt midwife akn terangkan berapa kos bersalin normal or ceasar..byk lg sbnrnye, tgokla kot ade masa ai buat entry,kot yu rajin boleh la call ai je..xpun takut lain ken lain procedures,boleh je tanya midwife terus..lg selamatkan.
sory,dah jd entry pulak komen ai nih..ekeke

Teratak Hami said...

Thanks for the info. Kusyuk akak baca sampai hangus sambal akak tau!!! Serius ni.

umie naziera said...

baru tau madu tak sesuai untuk ibu mengandung..igtkan madu la paling berkhasiat..cantik laa pokok2 tuu

EE said...

urmm sekejap masa berlalu dah 4 bln akachan uncle EE,macam semalam jer rasa bila mama akachan gtau uncle yg dia pregnant...5 months to go akachan..welcome to the new world....

Dalila Hamid said...

tahniah hanis... fah mengandung rupanya.,... bestnya,... bby nnti kluar leh main salji ...jga kandungan baik2... take care

Asmara said...

panjang cik kam punya explanation. hihi.. act. kan kos utk c-sect lg murah dr normal, :D. tengok balik kat website byoin.
*hanis rajin baca semua, akk dulu semua cik abe baca dan explain, haha.. sbb amik boshi techo nihongo. makcik so lazy. hehe..

gedek! said...

ingat, no heavy lifting, ya, babe!

Woofer Storm said...

sis,bestnya nak dapat baby..

musim salji dah mai..geram!!

Tea said...

baby... tacin :')

wida said...

wah..tahniah dear.
masa yg ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak gak..tahniah tahniah.

take care care ek...

Papa Mifz said...

akachan malu tuh,tat y nmpk sisi jer..:)

puteri nur aqiliah said...

Finally! Congratulation kak hanis n hubby:D
take care and kirim slm kat baby comel tu^^

aimie amalina said...

kenapa comei sgt gambo akak dgn yukichann tu
heheheh :))

semoga dpemrudahkan urusan akak


p.s: masa perot kene scan dgn ultrasound tu sejukk je kan..hehehehe

Hanamiko Sakura said...

amen7... semoga akak dan akachan selamat =)

So Shy Lady said...

hanis mkn kurma byk2 tau! ada kurma tk kt situ? take care n jgn main ski hokeh ;D

yatie chomeyl said...

kalu ikut hok ore dulu2, from mesin obstetric ultrasound tu, Dr buleh check baby development
--> (i) The Biparietal diameter (BPD)

The diameter between the 2 sides of the head. Different babies of the same weight can have different head size.

--> (ii) The Femur length (FL)

Measures the longest bone in the body and reflects the longitudinal growth of the fetus.

--> (iii) The Fetal Weight Estimate (FW)


take care, bnyk2 make brocolli n minum susu bg tamboh kalsium; kalu dop nanti raso lenguh2 pinggang bilo perut dah berat nanti :)

Daddylicious said...

Baby blog ni...hehe

d_LA said...

k.hanis!!!! seriously eh??tahniah k.hanis..nsb bek dla msk baco, kalu dop xtaw psl bite baik ni..jg diri molek2 deh..jange nakal2..hehe..bestnye^^

mielavanilla said...

salam kak hanis..
wuwuwuu (bjangkit dr akak la ni :) lama xjenguk blog akak tup2 tjumpa en3 nie..saya plak yg over excited bila baca post akak nie walopun xpaham akan pic akachan tue hihi..congrats 2 u n hubby ^^ moga semuanya selamat & sihat ^^

nur easy said...

subhanallah.. cantiknya gambar y first tu.. apatah lagi gambar akachan yang sedang membesar ddalam sana.. rindu pulak saat2 tu..;)

sillyme said...

alhamdulillah.. i plak yg bergenang air mate! huhu... take care.. *love* :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails