Thursday, January 26, 2012

Uesugi at little Hokkaido...

Sebenarnya di Yonezawa je, tapi sebab ketebalan yuki ni bandar ni juga dikenali sebagai little Hokkaido. Kami tahu nick name ni pun dari Kak As. Hokkaido lebih tebal dan lebih sejuk. Kalau ke hujung atas tu, boleh nampak negara Rusia dan ada ice glaciers, suhu minus 30-40, pengsan! Hari tu ada tengok kat tv, satu perkampungan di Hokkaido minus 30 sampai makan noodle cup diletak air panas dan dalam beberapa saat je beku noodle tu. 

IMG_7265-tile
bergambar sebelum menginggalkan dewan. Kami keluar awal nak bawa Ab ad family pergi Uesugi memandangkan ini kali pertama mereka sampai di Yonezawa. Selepas tu kami dijemput ke rumah Kak As, weee i very likeee... masa on the way dari sendai ke Yonezawa Kak As msg dia ada masak nasi kerabu untuk preggy mama. Serius patik tak pernah terfikir pun ada peluang makan nasi kerabu. Bagai bulan jatuh ke riba, pucuk dicita ulam mendatang, ah sudah... berapa banyak peribahasa yang nak diletak, entah2 silap tu hehe... biasalah patik memang suka hentam kromo je...kadang2 sengaja nak buat lawak kononnya tapi entah jadi entah tidak...

IMG_7314-tile
our memories at Uesugi. Tempat ni sebenarnya shrine/temple. Tapi kami tak masuk pun dalam tu. Cuma melihat yuki di kawasan persekitaran je... geram rasa nak guling2 namun apakan daya... nanti nampak over dari Gen kun pulak hehe...

IMG_7324
Gen-kun yang seronok main yuki...

IMG_7328
tasik beku...

IMG_7331
tasik beku pandangan sebelah sana pula hehe... waktu ni patik berada di atas jambatan dan gambar diambil pada pandangan kiri dan kanan...

IMG_7344
2 men and 1 little astronaut... kawaii ne!

IMG_7361
baru aje nak jalan tengok kawasan tu, terus kena panggil hehe, my love risau saya jatuh/tergelincir...

IMG_7386
separa guling pun jadilah hehe... comel aje little astronaut kat tengah2 tu...

IMG_7393-tile
tak puas berjalan tapi sejuk sebab hari dah makin gelap... tanoshikatta!

p/s: sesi makan next entri la ye hehe...

21 comments:

gedek! said...

uncle biasa dengan salji ni....

yang dekat dinding peti ais tu je la...

umie naziera said...

tasik beku!layaannn...comels la gen-kun :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai rasa yuki paling tebal pernah rasa paras pinggang kot kt nikko last year...sungguh ai x tahan sejuk beku tahap dewa dewi ni....auwwww gen kun boley jd model ni...

Asmara said...

aha org sini panggil little hokkaido sebb yuki mcm kat hokkaido. hehe.. comel betul gen-kun aka little astronaut tu, baik pulak tu. ;) eh2 kami pun x smpt nak gmbr kat dinding seleji tu. hihi..

Kazman & Sue said...

kelakar la tgk telatah little astronaut.... seronok je dia main salji kannn... Tapi kalau dah sejuk tahap -30* mahu sejuk beku semua tulang sumsum tu....

Chekgu Azrine said...

akak tak sabar nak tunggu gambar sis memboyot.. hahaha.. over erk??

Teratak Hami said...

Tengah panas2 kat sini best jugak kalau dapat guling2 kat snow...

deena awanis said...

tomey lah baby tu..bila lah rafique pulak ada rezeki nak main yuki..ececehh..yuki gitu!!

Liyana said...

bestnye.... jeles tgk, hehe

amirah said...

eee...comelnya main yuki..

Cik Pulau said...

kak..
tera pijok dop tasik beku tu?? hehe..

fika79 said...

hanis, tak pergi ke yuki matsuri?salu best kan..

whitecappuccino said...

banyaknya yuki! eei! comel la gen-kun

norh said...

kiut nya budak tu pakai macam tu.. :)

Mr.Clive said...

eeeee shhhnowwwwww! i like!

kayrul-shah said...

comel jer little astronaut jenjelan kat yuki tu

Tea said...

alolonyee comeynye si kecik.. nanti tak sabar nak tengok baby hanis.. lahir di Jepun tuuu... bestt..

Munnafendy said...

aduhh...dok berangan nak main salji...korek2 peti ais le nmpknya =)

LadyBird said...

cantiknya.. mcm permaidani putih.. terhampar luas saujana mata memandang..

farah fauzi said...

nak main salji jugak....yuhuuu,.,,,,

msredcheesecake said...

Teringin nak main salji... Tp mesti sejuk gila kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails