Showing posts with label Season. Show all posts
Showing posts with label Season. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Yuki chan, Yuki man...

Maaflah, update blog macam selow melow aje sekarang hikhik. Jiwa kurang tenang selagi tak siap tesis ni. Sedang bertungkus lumus. Kalau di Tohoku University ni ada 2 penilaian untuk phd. Maknanya dua pembentangan/viva. Bila dah lulus 1st viva baru boleh proceed menyiapkan dan menghantar tesis kemudian final viva. Setakat ni final viva belum ditentukan lagi. Berharap sangat semoga semuanya dipermudahkan, insya Allah.

Sebenarnya nak bercerita tentang anakanda tapi tiba-tiba hari ni rasa nak cerita yuki la pulak. Dua ke tiga kali yuki datang menjengah bumi Sendai ni patik tak sempat nak menyapa yuki, jeling-jeling aja. Tapi tiba2 hari Isnin lepas bangun pagi yuki turun dengan lebatnya. Kebetulan cuti umum. Tak boleh hantar Hamza ke rumah babysitter sebab hari ahad dan cuti umum memang babysitter tak akan terima. Terpaksa la buat kerja kat rumah sambil melayan anakanda yang dah banyak ragam sekarang ni (bila ntah nak story mory ragam Ken Hamza). Seharian yuki turun tak berhenti. Kami pun memang tak plan ke mana-mana. Nampak Hamza boring kat rumah saya bawa keluar depan pintu je... mak aihh yuki masih lebat lepas tu tang tu jugak yuki menerpa ke arah wajah kami berdua. Kelakar tengok muka Hamza masa ni. Tak sampai 5 minit pun saya dah masuk rumah. Dalam hati berkata... "Sadisnyaa tak merasa yuki pun tahun ni, teringin namun tak kesampaian, dek kesibukan. Dahla yuki yang last wuwuwu". Waktu tu patik gambarkan yang kesokannya yuki akan mula mencair dan tak gebus lagi.

Esoknya bangun macam biasa bersiap ke lab. Cinta hati cakap yuki turun lagi sikit2. Kat luar pun takde perubahan, belum cair lagi. Apa lagi patik teruslah capai kamera, haha takde keje lain kamu ni penulis oiii...
 
asyik2 gambar bumbung ni haha...

 
jom buat abc, masih lembut dan gebusss, sukaaaaa... alhamdulillah...

 
kira tebal la kat Sendai ni, sebab sendai bukan bandar yuki pun...

kadang lebat kadang tak kelihatan yuki chan ni...

dah lama my love tak bersenam paksa rela di musim fuyu ni hehe...

 
anakanda dan yuki... tengok sekeliling lepas tu senyum... Hamza tahu ke apo ko bondo yang putih2 tu?

Mama dan anakanda Ken Hamza... thank you my love sebab sudi ambil gambar hihi...

tiba-tiba rasa nak jadi macam muda2 dulu baring atas yuki haha... takpelah niat dibatalkan pengsan pulak jiran-jiran i nanti... melainkan kalau pergi bercuti kat kawasan bukit bolehlah nak buat aksi hindustan hey...

 
feeling dalam snow globe kembali menerpa diri ku ini... seperti waktu-waktu dulu...

yang ni pula gambar kat kampus, berhampiran bangunan patik, sempatlah snap sekeping dua... terpaksa curi-curi masa kalau tak entah bila berkesempatan lagi sebab yuki kat sendai ni tak menentu...

 masa ni balik lunch kat cafe. Entah siapa yang buat yuki man ni. Siap baby yuki kat atas kepala yuki man haha... patik minta my love ambilkan gambar, tapi dia tu kalau sibuk semua pun tak peduli huhu... dia ambil dari jarak jauh sebatu haha (yang si isteri pulak ngengada betul nak gambar duk sebelah abang yuki man), nasib baik terserempak entah siapa minta dia ambilkan gambar patik betul2 sebelah yuki man ... tak semena-mena "berkenelen" dengan pelajar master dari indonesia... tiba-tiba rasa janggal je nak bergambar haha, rasa lama sangat patik tak pegang kamera, dan berposing depan kamera (eceh!). Asyik ambil gambar anakanda je tapi tak nyempat2 nak share kat blog...

Yosh nak asmbung kerja... bersabarlah duhai hati... mo chotto ne Hani chan! ganbare! 


Tuesday, November 27, 2012

Autumn with Ken Hamza...

Sipp... ahh... nyaman rasa horlicks panas yang baru diteguk. Buku dan fail berselerak di sebelah, mengantuk pula rasanya... Hamza dah lama lena dalam bilik, berblog sekejap nak ambil mood study... (ye ye je kamu ni). Sejak dua menjak di patik dahulukan mana yang perlu, blog dan bw tak rancak seperti waku dulu huhu, bila dah surut kesibukan ni semua tak sabar nak menulis dan berceritera di sini. Bagi yang pernah singgah, janganlah jemu singgah ke sini lagi ye sob sob...

Pagi tadi dah hantar tajuk untuk menghadapi first defense. Tak lama dah... kadang rasa mampu ke tak untuk membentang dan menjawab soalan2 yang bakal diajukan oleh profesor2 tu semua. Walaupun dah beberapa tahun, tapi ilmu ni rasa macam tak cukup2 lagi huhu. Kalau lulus yang ni baru boleh ke final defense. Takutnyaaaa! Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan cinta hati. InsyaAllah...

Dalam kesibukan sempat jugaklah kami mengambil peluang untuk melihat koyou (daun bertukar warna di musim luruh). Bukannya apa, patik teringin sangat ada kenangan dengan anakanda Ken Hamza. Itupun pergi yang dekat2 je jika ada kelapangan pada hari ahad kerana hari sabtu diisi dengan kerja di lab. Nasib baik baby sitter boleh jaga Hamza pada hari sabtu. Buat rumusan ajelah pasal koyou ni, ada masa patik story mory cerita basi ye!

 naruko gorge... kebetulan waktu tu hujan jadi nak ambil gambar pun terhad apapun kami terpegun dengan keindahannya.. syukur Alhamdulillah di atas peluang ini...

 kokia yang comel, saya hanya tahu nama kokia je, nama melayu ke nama mat soleh ke tidaklah patik ketahui... ampunn...

 kireii ne?

yang ini pula sampai secara tak sengaja di Shiroishi... ingatkan dah tak ada koyou rupanya masih ada saki baki, alhamdulillah kerana berpeluang walaupun tidak dapat melihat keindahannya pada waktu kemuncak, tapi warna daun di kawasan ni senada dan seirama... sama aje semuanya... tak kalerful macam bukit lain, tengok jenis pokok jugak agaknya, maaflah patik kurang arif huhu...

di kawasan tu ada suspension bridge... tapi pendek je... namun walau hanya kami bertiga melintasinya tetap rasa goyang dan berayun... 

singgah isi perut makan nari air dengan isi kani (ketam)... not bad, sedaplah jugak...

Yosh, sambung kerja sikit lepas tu nak tidur... ganbatte to me!

Friday, May 4, 2012

Sakura hira hira...

Pertama kali melihat sakura pada waktu malam, disinari cahaya lampu. Cantik... warna pink sakura lebih menyerlah.

IMG_0969
sayangnya night snapshot is not my specialization sob sob... belum ada masa nak belajar dengan lebih mendalam tentang fotografi. Maka memori itu saya cuba simpan elok2 di kotak fikiran. (eh macam melalut je ayat ni, tskk)...

IMG_0990 
Ini merupakan spesis sakura yang agak berbeza (ampun tak tahu nama). Jika dilihat dari jauh, pada mata patik ia tidaklah secantik sakura yang dipaparkan pada entri sebelum ini. Tapi bila menghampirinya dengan lebih dekat dan cuba dongak ke atas... subhanallah yang ini pun punya kecantikan tersendiri...
 IMG_0988 
 pandangan lebih dekat...
IMG_0985 
Sakura hira hira...

Tak tahu pun makna hira hira ni. Kali pertama dengar hira hira dari sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan Ikimonogakari... "Sakura hira hira". Cuba cari di kamus elektronik namun tiada sebarang jawapan diperolehi akan makna perkataan tersebut. Bila cari di internet ia merupaka satu istilah untuk menggambarkan pergerakan beralun contohnya seperti pergerakan bendera atau langsir. Bila sakura gugur ke bumi kelopaknya yang lembut seolah-olah beralun/ menari mengikut rentak angin sebelum menyentuh bumi...  uwahh ayat tak menahan.. sekali makna yang diulas panjang lebar tu salah haha... 

Waktu tu kami sedang menunggu kawan en suami, tiba-tiba angin datang (kuat sikit dari sepoi sepoi bahasa), lalu sakura berguguran jatuh menyentuh pipi dan tangan. Terus feeling dalam pelem gitu (ish, berangan aje kamu ni)...


Friday, April 20, 2012

Hanami ni tsuite...

hanami = istilah piknik sambil menikmakti pemandangan sakura (eh betul ke? bantai je ni)

ni tsuite = berkenaan 

hanami ni tsuite = berkenaan hanami

Di kala anda membaca entri ini mungkin saya dalam densya (train) mungkin dah sampai ke destinasi hanami. Sepanjang patik belajar di lab OPC ni, setiap tahun mereka ada merancang untuk ber-hanami, kiranya macam salah satu acara tahunan, tapi sayangnya sepanjang tempoh tersebut juga, ianya tak pernah menjadi. Hari yang dinanti-nanti pasti hujan dan tidak pula ditunda pada hari lain sebab ramai yang sibuk.

Tahun ni alhamdulillah ada rezeki untuk merasa hanami bersama labmates dan juga sensei. Ramalam cuaca menyatakan hari ni cerah diikuti mendung (tapi masa tulis entri ni kat luar mendung dan sejukkkk). Bunga sakura tak pasti dah mankai (kembang mekar/sepenuhnya) ke belum. Cuma ia dah mula berbunga di Shiroishi. Tempat ni agak jauh, menghala ke selatan Miyagi. Di Sendai baru nampak ume (plum) yang berbunga, sakura baru keluar pinky "tsubomi" namun belum berbunga.

Saya baru tahu akan beberapa istilah untuk hanami ni... perihal tahap perkembangan sakura...
 tsubomi = bud
kaika = bloom
mankai = full bloom
destinasi hari ni adalah Shiroishi jyou. (Jyou=castle/istana). Dah lama saya ajak cinta hati ke sini, saja nak tengok istana di Miyagi. Princess istana sini tak pakai baju kembang la kan hehe... akhirnya tercapai juga hasrat di hati...tapi cinta hati tiada di sisi huhu...

Densya dari Sendai lebih kurang 50 minit dan dari Shiroishi eki (station) jalan dalam 10 minit untuk ke jyou tersebut. Harapnya gagah la berjalan bersama labmates. Rasanya confirm kena tinggal ni... faham2lah preggy mama 8 bulan jalan macam mana, tskk...

Thursday, February 2, 2012

Yuki tak comot...

Oh maafkanlah diri ku ini, sekiranya perasaan jakun begitu terserlah terhadap yuki tebal di depan rumah. Maklumlah yuki kat sendai ni faham2 ajelah ye. Shy shy lion gitu. Bukannya tak pernah merasa yuki tebal mahupun berguling di atas yuki tapi sesekali tengok yuki depan rumah ni lain dari biasa, terujalah juga walaupun tak tebal pun sebenarnya haha...

Semalam clear je kat luar tu... yuki beberapa hari lepas pun dah cair. My love tidur lewat dalam jam 3 am, dia cakap tak de yuki pun, tapi bangun je pagi tadi tiba2 je memutih kat depan tu...

IMG_0132
uish tak pernah2 tempias sampai depan pintu rumah... abaikan waktu pada gambar tu walaupun dah betulkan tapi masih tak betul... dah sampai waktu ke kamera patik ni uhuk uhuk...

IMG_0178
jitensya (basikal) diselimuti yuki chan...

IMG_0135
kuruma (kereta) yang diselimuti yuki chan...

IMG_0138
sebelum turun tangga sempat lagi buat rabu rabu kat atas atap, hehe rabu aje kamu ni cubalah buat bentuk lain... panda bear ke... tsskk...

IMG_0139
tenggelam setoet aje. Tapi best sangat pijak atas yuki fashion ni, lembut... tak macam yuki comot yang basah... waktu ni rasa nak guling tapi i malu la u wuwuwu....

IMG_0142
white carpet...

IMG_0150
asyik ambil gambar sendiri je sebab cinta hati tengah "bersenam" bersihkan yuki atas kereta...

IMG_0155
dah macam makan nasi je haha... action je tu, walaupun rasa macam nak ngap hehe... lain tak muka patik kalau tak pakai megane (cermin mata)...

IMG_0171
tak nak peristiwa yuki jatuh time drive berulang, kali ni cinta hati tabahkan hati bersihkan bahagian atas tu... biasanya dia bersihkan cermin depan dan belakang je...

IMG_0167-tile
bertabahlah wahai pokok hehe... tetiba pulak kan...

IMG_0164-tile
ish sape la yang pijak yuki tu... (ada orang tak nak mengaku hehe)...

IMG_0175 
geramnya patik pada yuki chan...
p/s: tak feelingnya buat snowman seorang diri (my love tak berminat), takde orang ke nak teman patik buat yuki daruma (snowman) ni?


Thursday, January 26, 2012

Uesugi at little Hokkaido...

Sebenarnya di Yonezawa je, tapi sebab ketebalan yuki ni bandar ni juga dikenali sebagai little Hokkaido. Kami tahu nick name ni pun dari Kak As. Hokkaido lebih tebal dan lebih sejuk. Kalau ke hujung atas tu, boleh nampak negara Rusia dan ada ice glaciers, suhu minus 30-40, pengsan! Hari tu ada tengok kat tv, satu perkampungan di Hokkaido minus 30 sampai makan noodle cup diletak air panas dan dalam beberapa saat je beku noodle tu. 

IMG_7265-tile
bergambar sebelum menginggalkan dewan. Kami keluar awal nak bawa Ab ad family pergi Uesugi memandangkan ini kali pertama mereka sampai di Yonezawa. Selepas tu kami dijemput ke rumah Kak As, weee i very likeee... masa on the way dari sendai ke Yonezawa Kak As msg dia ada masak nasi kerabu untuk preggy mama. Serius patik tak pernah terfikir pun ada peluang makan nasi kerabu. Bagai bulan jatuh ke riba, pucuk dicita ulam mendatang, ah sudah... berapa banyak peribahasa yang nak diletak, entah2 silap tu hehe... biasalah patik memang suka hentam kromo je...kadang2 sengaja nak buat lawak kononnya tapi entah jadi entah tidak...

IMG_7314-tile
our memories at Uesugi. Tempat ni sebenarnya shrine/temple. Tapi kami tak masuk pun dalam tu. Cuma melihat yuki di kawasan persekitaran je... geram rasa nak guling2 namun apakan daya... nanti nampak over dari Gen kun pulak hehe...

IMG_7324
Gen-kun yang seronok main yuki...

IMG_7328
tasik beku...

IMG_7331
tasik beku pandangan sebelah sana pula hehe... waktu ni patik berada di atas jambatan dan gambar diambil pada pandangan kiri dan kanan...

IMG_7344
2 men and 1 little astronaut... kawaii ne!

IMG_7361
baru aje nak jalan tengok kawasan tu, terus kena panggil hehe, my love risau saya jatuh/tergelincir...

IMG_7386
separa guling pun jadilah hehe... comel aje little astronaut kat tengah2 tu...

IMG_7393-tile
tak puas berjalan tapi sejuk sebab hari dah makin gelap... tanoshikatta!

p/s: sesi makan next entri la ye hehe...

Wednesday, January 25, 2012

Soubetsukai di Yonezawa...

Soubetsukai = farewell. Biasanya ia merupakan acara tahunan terutamanya untuk pelajar undergrad sebab mereka adalah majoriti di sini. Mereka juga dapat peruntukan untuk buat majlis perpisahan sebelum balik Malaysia. Kami join pun secara kebetulan dan tak dirancang. Waktu cinta hati selesai solat jumaat 6 Januari, dia terdengar adik2 junior bertanya nak pergi tak soubet (nama manja soubetsukai). Sejurus tahu Yonezawa, terus en suami tertarik sebab tak jauh dari Sendai dan dia tahu mesti isteri kesayangannya nak pergi sebab boleh jumpa Kak As dan juga boleh tengok yuki tebal nak pengsan.

IMG_7045
Maka pagi ahad 8 januari yang cerah dan indah kami bertolak dari Sendai jam 10 pagi (eh nak menyelit jap kalau hari cerah my love cakap "ceroh ceraco", patik jakun tak pernah dengar hehe). 6 kereta semuanya. Ketua rombongan merc A class kat depan tu, Ab+Akmal=Gen kun stream, skyline pejal, kereta kami dan juga 2 kereta stream di belakang. 
Dari tol sendai terus je sampai jumpa exit Fukushima Iizaka dalam 40 minit.. kemudian ambil jalan biasa lebih kurang 40 minit juga tapi sebab yuki agak lebat kena bawa kereta penuh berhemah dan berhati-hati...
IMG_7071
kesian betul tengok pakcik kerja sejuk2 macam ni... tapi mesti mereka dah biasa kan...

IMG_7090
air mengalir pun beku... wow! sila bayangkan hidup kami macam dalam freezer di musim sejuk ni (hehe penulis memang suka over exaggerating)...

IMG_7104
ramai dah main ski/snowboard, nasib baik patik dan cinta hati tak berminat (cukuplah sekali pengalaman seumur hidup hehe), kalau minat memang banyak akan berhabis duit untuk sukan ni...

IMG_7105
ramainya yang tengah naik gondola tu, lepas tu meluncur laju menuruni bukit... 

IMG_7111
lebatnya... kat sini boleh dikatakan hari-hari pun yuki.. memang pengsan, tak sanggup... tapi kalau pergi bersuka ria sekali sekala seronok jugak hehe...

IMG_7120
lihatlah paras yuki tu... tskk...

IMG_7136
dah tak nampak rupa rumah... (tengah banyang rumah Kak As macam mana sebab kunjungan yang lalu time fuyu taklah lebat macam ni...)

IMG_7154
sebelah tu ada ruang sikit untuk pejalan kaki adakala nampak topi/objek separa bulat bergerak tapi orangnya tak nampak pun hehe...

IMG_7164
dah nak sampai ke dewan soubet...

IMG_7206-tile
ganbarou tohoku... dan lihatlah ais kat bumbung bangunan tu, kalau jatuh err tak berani nak bayangkan...

IMG_7210-tile
Gen yang malu2 bila diusik oleh adik junior... semua pun geram nak pegang dan ambil gambar... Nasib baik dengan "a-chi" dia tak pernah segan/malu hehe...  juadah yang amat menyelerakan, ayam masak merah pedas membara tapi sedap, dengan acar dan nasi beringin... dessert puding roti dengan kuah apa ntah custard kut... dan juga caramel banana... alhamdulillah kenyang lunch.

p/s: the best nasi kerabu @ dinner time!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails