Wednesday, February 15, 2012

Kohaku Festival 2012...

Owhhh i bergambar dengan retisss uuu... (ayat tak menahan) sekali sekala teringin nak tulis intro yang gempak dan hot gitu (hot la sangat). Bukan retis jepun tapi retis bakat2 terpendam pelajar Tohoku University ni. Sejak berblog je baru tahu retiss ni adalah artis hik2, best pulak bila sebut retisss...

Program bermula dari jam 3 petang pada 12 Februari 2012 bertempat di Hagi Hall. Patik dan cinta hati lambat ke sana. Jam 4.30 petang baru sampai. Terlepas tarian kuda kepang oleh pelajar Malaysia dan juga nyanyian solo Kina (kami panggil dia diva sendai). Nasib baik belum terlepas nyanyian solo Pitt (Iryd's hubby) dan juga fashion show Iryd and family. Kan betul i cakap kami ada model sendai hehe...

IMG_0290-tile
pertama kali ke Hagi Hall Kawauchi, memang kami terkial2 mencari arah tuju. So many entrances which made us confused. Last2 terserempak dengan seorang auntie ni dia pun nak masuk hall. Apa lagi tumpang sekakilah... Gambar di atas adalah show pertama yang kami lihat. Masa ni sesi nyanyian solo dah pusingan yang ke berapa entah... tangan mencari hp dalam bag untuk sms kawan2 lain...

IMG_0296-tile
kemudian ada persembahan Tarian Saman dari Indonesia... unik la... tapi sepanjang tarian tu memang posisi mereka dalam keadaan melutut. Fuhh tak boleh bayangkan. Mesti lenguh huhu... lepas tu ada beberapa nyanyian lagi. Tapi tak ambil gambar pun sebab tak best. erk... tak juga, disebabkan kesilapan pintu masuk membawa kami ke tempat duduk agak terbelakang... malas nak jalan ke depan dam mencari tempat duduk kosong...

IMG_0297-tile
peserta terakhir nyanyian solo. Peserta yang dinanti-nantikan. Pitt keluar dengan penuh gaya menyanyikan lagu I belive i can fly (by R Kelly). Memang superb! Kat belakang tu ada slide show tentang kehidupan dia di Sendai bersama keluarga terchenta (Iryd dan Ai-chan). Kemudian gambar2 menyayat hati sewaktu jishin (quake) M9 tahun lepas 11 March. Sesuai dengan tema dan juga lagu. Habis je nyanyi dapat tepukan gemuruh dari penonton. Mesti menang ni. Setakat yang kami sempat tengok dia yang terbaik.

IMG_0305-tile
sementara juri membuat keputusan ada tarian anime (ampunnn tidak ketahuan anime apakah itu). Diikuti fashion show... gambar sebelah kanan tu pakaian tradisional jepun dan juga baju sekolah menengah pelajar jepun...(mungkin ramai dah sedia maklum terutamanya peminat J-drama dan juga anime)...

IMG_0320
wakil malaysia Iryd and family serta adik Ab dan Gen kun...

IMG_0334
Turkmenistan...tiba2 teringat pelem p ramlee haha...apakah?

IMG_0344
pengacara keluar untuk mengumumkan keputusan...

IMG_0351
seperti yang dijangka juara keseluruhan MVP 2012 adalah Pitt... cayalah! Omedetou! memang layak untuk menang ok!... bangga tau ada kawan retiss...

IMG_0364
bergambar beramai-ramai bersama para peserta...

IMG_0371
meraikan kemenangan MVP (err tatau shortform untuk apa... ampunn) sambil tu menumpang glamer bergambar dengan retiss yang telah mengharumkan nama Malaysia di Kohaku 2012...

IMG_0378
Gen kun kena kiss kiss dengan diva sendai hehe...

IMG_0374-tile
model Sendai, Iryd dan Ai chan, MVP bersama diva sendai, Kina... lelaki berjaket hitam tu tidaklah pula daku kenali... (patik ni bawah tempurung sikit, tak ada ramai kenalan pun haha, teruk tak?)

IMG_0375
Geng sendai... friendship forever!

Kemudian kami makan di Sabai sabai bagi meraikan kemenangan Pitt dan kebetulan hari tu juga adalah hari lahir insan istimewa diva sendai... kiranya double celebration gitu... 

p/s: Gen kun dah faham sekarang a-chie dia ada akachan. Dia datang dan tunjuk kat perut sambil berkata "akachan!" kebetulan masa tu terus terasa akachan ugoku in mama's womb. Kenal kawan kut hehe... esok check up week 23@9 am.

25 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Curlastt sgt Pitt seriyess rugi x terjah tgk
X der video ker nk Tgk dia nyanyi tu????
Oh my Gucci kuruih la Iryd ai jelezzz Tgk

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tahniahhhh...

wahhhh...dah nampak peyot dia dah...sgt syomel tau...

Unknown said...

setailo la...menarik aje persembahan yang dikongsi kat sini...heheh :)

Tea said...

Ohhh ada retisssss..
Sebenarnya seronok ada retis malaysia di negsra org..walaupun di malaysia belum tentu lg org kenal.l tp cukup mrngharumkan nama Malaysia kat sana kan.. Psstt kimsalam yg menang tu yer :)

ijayuji said...

Salam hanis!!! yeeeaaaaaaa!! finally nmpk dah perut dia :D ke kita yg ketinggalan n3 sebelum2 ni dah tyg pewut dia? hihihi... comellll!!!! ;-)

نورعيم said...

bestnya ada festival cmni. dari byk2 negara plak kn.

eh, perut akak dah besar lah! hihi.

hanun fatiha said...

akak,yg baju hitam tu chinese malaysian Lim Liang Chun,ktorg pggil LC je..die bdk mombuka gakushou,batch ktorg

kasihredha said...

salam unk mommy akachan dan akachan...perut mommy dah besar le...hihi...ini bererti akachan pun dah besar :))

pitt menanggggg...yes yes (mcm kenal je...hihi)...tahniah unk pitt walaupun x kenal :))

efa said...

waah bestnya....dpt plak snap pic ngn retis syoknya...tak da ambik video ka akak?

Umie Naziera said...

seronoknya ada show2 mcm niee..perut tuu dh nmpk,xsabarnyerr :)

nana said...

wow kak hanis nak dpt baby dah. congrats!!

Woofer Storm said...

bestnya...

#tergelak dgn komen2 kat atas ni,asik sbt pasal baby je.ehheee jaga baby baik2 sis^^

Asmara said...

Omedetou kat pitt iryd dan aichan! Wah rugi x tengok pitt nyanyi. Ingt haritu dia kata mcm suka2 tp bertanding betul rupanya. Hehe.. Tumpang bangga la. Baca cerita hanis pun dah rasa best!
*sabai2.. Teringat sampai skrg. Ehek!

Hanamiko Sakura said...

wahhh.... malaysia menang....
taniah buat retis mesia tu... hihi

Azmie & Vivie said...

hanis! =0)
perut hanis dh besar n bulat. seronok Vi nengok =0).Comey!

Chekgu Azrine said...

sis.. 1st time nampak peyut.. argghh.. bestnya.. akak over excited lak.. hahaha

Cik TeN10 said...

mantaplah abg pitt !! omedetou ! =)

gen chan ngn aichan kawaii !! geram ngat nk cubit2 pipi tu =p

yatie chomeyl said...

wah glemer msia dibuatnyo..taniah2 hehe

Amie said...

Meriahnya....! orang kat dalam tu tentu ikut tendang-tendang ye Hanis.. he he hehh

CikUna said...

hehe... happy jue.. Malaysia Boleh !!

btwn, akachan dah nampak beso dah..yippie...

take care..

\\( ^_^ )//

Kamalia said...

perut u dah nampak..semoga terus sihat2 selalu..
wow,pitt mmg suka nyani ke?tak sangka kina adalah diva sendai..haha

amirah said...

waaaa...nampak peyut dia...comel je hanis..huhu..meriahnya festival ni...kalo akak duk sana pun mesti rasa cam nak masuk *bajet retis gak* hehe

kay_are said...

sy scroll nye scroll nye scroll sampai bawah.. kecewa T_T satu gambar kamen rider pun takde.. uhuk

Nadiah Sidek said...

pitt tu kawan suami..sama-sama belajar di USM :). saya pun kenal pitt juga masa join 1 program kat kampus dulu

Annisa said...

Assalamualaikum, first time nisa tengok gambar Kak Hanis tengah mengandung :) hee.. bagus la ada acara camni, bleh kenalkan Malaysia sekali ^_~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails