Masih ingat entri Si bulat dan istana cindralela? Waktu tu my love and i tengah tunggu Tokyo Disneyland Electrical Parade. Sejuk yang amat. Setelah balik solat dan rehat di hotel kami bergerak semula ke sana. Bila tiba di kaunter kena tunjuk tangan yang ada fluorescent stamp beserta kad/tiket masuk untuk scan barcode yang ada di situ. Cerita ini merupakan sambungan dari entri yang lalu, In a land far far away...DLJ. Kalau bukan kerana kakak ku itew tidak la patik datang ke sini dan terfikir nak tengok parade. Disebabkan tak dapat naik banyak attraction terasa rugi pulak tak guna sepenuhnya tiket yang dibeli, Sebab tu kami ambil keputusan untuk tengok parade. Biar berbaloi walaupun pada mulanya ingatkan parade tu tak berapa syok sebab kena bersesak-sesak dengan orang ramai.
Setibanya kami hari dah hampir gelap,
orang ramai dah "chup" tempat, siap lapik tikar bagai duduk bersila.
Semua ruang dah penuh. Nak jalan cari port lebih jauh tak larat pulak. Nampak
satu kerusi ni ayah dan anak duduk. Kami tanya nak duduk lagi sorang boleh tak?
Dengan baik hati dia cakap "douzo douzo" (sila sila) sambil menyuruh
anaknya memberikan sedikit lagi ruang. Cinta hati pula duduk atas lantai je.
Masa tu angin sejuk sangat, tak mampu nak keluarkan tangan dari poket baju,
nasib baik la saya bawa glove. Tak lama lepas tu tiba2 ada kerusi kosong di
seberang jalan. Laju2 cinta hati pergi duduk sebelum ada orang lain yang duduk,
selepas ucap terima kasih pada ayah dan anak saya berlalu pergi ke kerusi tu.
Preggy mama jalan lambat oleh itu haruslah en suami pegi chup tempat laju2
hik2... maka duduklah kami berdua menahan kesejukan sehingga parade bermula.
Saya siap pergi beli hot drinks dan churritos sebab nak bg badan rasa selesa
sikit...
Sempat lagi berbisnes sebelum parade
bermula dan ramai kanak2 terpikat, semua pun nak beli hehe... dan my love pulak
sempat lagi menyampuk... ini kat pasar malam ke pasar wakaf che yeh ke mesti
banyak dan harga pun jauh lebih murah. Kalau dah benda ni dijual dalam disney
dengan disney character mestilah harga pun up up and away kan...
yeay dah mula! dengan gigih patik
standby kamera nak ambil gambar walaupun main snap je. Ambil gambar waktu malam
ni memang fail betul sebab tak tahu nak guna setting/mode apa huhu... antara
gambar2 yang menjadi saya paparkan kat sini... tiba2 je penulis rasa excited
bila dengar lagu dan nampak lampu lip lap sebab teringat masa kanak-kanak dulu
tengok kereta berhias sewaktu sambutan hari kelahiran sultan kelantan... really
reminds me of that moment.
mickey dan minnie on dream lights choo
choo train...
uuish kemain lagi minnie berdansa...
mickey and minne introducing the parade...
comel tak?
Cheshire cat and Alice in
wonderland...
Dulu-dulu tengok alam ria
disney TV3 suka sangat dengan cerita ni... Pete's dragon. Nama dragon tu Elliot
kalau tak silap...
yang ni takyah cakap la... asal
princess je memang favorite haha... snow white, over here! over here! sambil
lanbai2 jugak... (ok yang tu cakap dalam hati je) tapi sambil duk ambil gambar
sempat lagi lambai pada snow white, mesti akachan geleng kepala dengan telatah
mama dia ni hehe... menanti cinderella dengan penuh sabar... dush!
Peter pan dan kapal captain yang jahat itew...
Genie...
princess jasmine dan aladdin...
"i can show you the world, shining shimmering splendid tell me
princess...."
siapa tak kenal si bulat
ni... Pooh bear! geram tengok yang kaler oren belang2 hitam tu jugak hehe...
Toy story! Dinosaur hijau tu kelakar, i
likee...
Nemo...
Monsters Inc Sulley and Boo!
owh yang ditunggu-tunggu... sayangnya
gambar tak berapa nak jadi wuwuwu..."love, kenal ke siapa tu?"
"Entah, tak kenal" my love ni, ish2.. dah namanya lelaki mana la
minat/kenal princess- princess ni hehe...
Prince charming and Cinderella...
Wahhh... majlis tari menari pun ada... nak
join boleh? tapi tak ada baju kembang2 la pulak...
tinker bell...
yang hujung2 dah mix dah...
tarzan etc...
p/s* tq nuffnang for another 2 BE...
22 comments:
Jrng weols Tgk parade sbb Syg nk tinggai main
Selalu masa parade x Kena queue lama sgt kt attraction hahaha...sekali pergi Tgk gak sekali jer lepak Tgk parade
mak ai, k hanis bleh cam ke princess tu? saya ingat snow white aje sbb rambut hitam. hehe... dan juga sebab tgh tgk cerita once upon a time.
melonjak2 hati sy ingin ke sana...heeee...
@☆*♥L@dy @yU♥*☆
i kan preggy byk attraction tak boleh main... lebih baik tgk parade hehe...
@fadhilah
owhh tidak tak cam ke? u can know disney princess easily by their dress/gowns hehe... alamak macam ni nk buat kesimpulan orang matematik tak kenal princess la hehe... gurau jek...
cantiknya...tak rugi tahan sejuk semata2 nak tgk parade ni..
omg omg, nak pergi disneyland jugak sekarang...T_T
*bytheway, cant wait for ur baby! good luck ye u.
malam lagi cantikla...serius..bestnya...meronta2 nak gi nih..hahaha
Akak pun akan lupa anak kat sebelah kalau mcm ni happening ...hihi
cantik.. berwarna-warni..
nisss.....jeles mbuak2 nih!!! arrrggghhhhhh
wah... meriah diwaktu malam... kalau kami ni pergi ICT Shah Alam aje laa bawak anak2x pun dah seronok dah... haaa3x
cantiknyerr..nak ittooott..
bestnyeeee :D
kat msia xde ke mcm ni ek?
uwwwaaaaaaa! nak menangis je rasa...hari tu turun tokyo stay di airport je. pintis x berapa nak cukup utk ke disneyland. next time la baru pegi lagi.
besnya.. cantik pulak tu.. berbaloi la dengan kesejukkan ekk..:)
sungguh happening la hanis!comey2 ..
cantiknya! kami pergi disneyworld tak dapat ambil gambar parade waktu malam. bateri kamera dah kong. huhu...sadis betul
weeeee cute cute giloss ^__^
Sangat best dan cantik!! berbaloi aksi pelakon2 yg buat ni tiap2 hari bertahun2. hihi..
alahaiiii.. shomel sgt !! jeles nengok hahahah
waduhhhh,tngok nih buat sya jeles...arghhhh
Post a Comment