Showing posts with label Disneyland Japan. Show all posts
Showing posts with label Disneyland Japan. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Tokyo Disneyland Electrical Parade...


Masih ingat entri Si bulat dan istana cindralela? Waktu tu my love and i tengah tunggu Tokyo Disneyland Electrical Parade. Sejuk yang amat. Setelah balik solat dan rehat di hotel kami bergerak semula ke sana. Bila tiba di kaunter kena tunjuk tangan yang ada fluorescent stamp beserta kad/tiket masuk untuk scan barcode yang ada di situ. Cerita ini merupakan sambungan dari entri yang lalu, In a land far far away...DLJ. Kalau bukan kerana kakak ku itew tidak la patik datang ke sini dan terfikir nak tengok parade. Disebabkan tak dapat naik banyak attraction terasa rugi pulak tak guna sepenuhnya tiket yang dibeli, Sebab tu kami ambil keputusan untuk tengok parade. Biar berbaloi walaupun pada mulanya ingatkan parade tu tak berapa syok sebab kena bersesak-sesak dengan orang ramai.

IMG_8303

Setibanya kami hari dah hampir gelap, orang ramai dah "chup" tempat, siap lapik tikar bagai duduk bersila. Semua ruang dah penuh. Nak jalan cari port lebih jauh tak larat pulak. Nampak satu kerusi ni ayah dan anak duduk. Kami tanya nak duduk lagi sorang boleh tak? Dengan baik hati dia cakap "douzo douzo" (sila sila) sambil menyuruh anaknya memberikan sedikit lagi ruang. Cinta hati pula duduk atas lantai je. Masa tu angin sejuk sangat, tak mampu nak keluarkan tangan dari poket baju, nasib baik la saya bawa glove. Tak lama lepas tu tiba2 ada kerusi kosong di seberang jalan. Laju2 cinta hati pergi duduk sebelum ada orang lain yang duduk, selepas ucap terima kasih pada ayah dan anak saya berlalu pergi ke kerusi tu. Preggy mama jalan lambat oleh itu haruslah en suami pegi chup tempat laju2 hik2... maka duduklah kami berdua menahan kesejukan sehingga parade bermula. Saya siap pergi beli hot drinks dan churritos sebab nak bg badan rasa selesa sikit...

IMG_8305

Sempat lagi berbisnes sebelum parade bermula dan ramai kanak2 terpikat, semua pun nak beli hehe... dan my love pulak sempat lagi menyampuk... ini kat pasar malam ke pasar wakaf che yeh ke mesti banyak dan harga pun jauh lebih murah. Kalau dah benda ni dijual dalam disney dengan disney character mestilah harga pun up up and away kan...

IMG_8311

yeay dah mula! dengan gigih patik standby kamera nak ambil gambar walaupun main snap je. Ambil gambar waktu malam ni memang fail betul sebab tak tahu nak guna setting/mode apa huhu... antara gambar2 yang menjadi saya paparkan kat sini... tiba2 je penulis rasa excited bila dengar lagu dan nampak lampu lip lap sebab teringat masa kanak-kanak dulu tengok kereta berhias sewaktu sambutan hari kelahiran sultan kelantan... really reminds me of that moment.

IMG_8317

mickey dan minnie on dream lights choo choo train...

IMG_8324

uuish kemain lagi minnie berdansa...

IMG_8326-tile
mickey and minne introducing the parade...

IMG_8340

comel tak?

IMG_8344-tile

Cheshire cat and Alice in wonderland...

IMG_8357

Dulu-dulu tengok alam ria disney TV3 suka sangat dengan cerita ni... Pete's dragon. Nama dragon tu Elliot kalau tak silap...

IMG_8368-tile

yang ni takyah cakap la... asal princess je memang favorite haha... snow white, over here! over here! sambil lanbai2 jugak... (ok yang tu cakap dalam hati je) tapi sambil duk ambil gambar sempat lagi lambai pada snow white, mesti akachan geleng kepala dengan telatah mama dia ni hehe... menanti cinderella dengan penuh sabar... dush!

IMG_8374
Peter pan dan kapal captain yang jahat itew...

IMG_8383
Genie...

IMG_8390-tile

princess jasmine dan aladdin... "i can show you the world, shining shimmering splendid tell me princess...."

IMG_8395

siapa tak kenal si bulat ni... Pooh bear! geram tengok yang kaler oren belang2 hitam tu jugak hehe...

IMG_8407-tile

Toy story! Dinosaur hijau tu kelakar, i likee...

IMG_8416-tile

Nemo...

IMG_8427-tile

Monsters Inc Sulley and Boo!

IMG_8434

owh yang ditunggu-tunggu... sayangnya gambar tak berapa nak jadi wuwuwu..."love, kenal ke siapa tu?" "Entah, tak kenal" my love ni, ish2.. dah namanya lelaki mana la minat/kenal princess- princess ni hehe...

IMG_8445-tile

Prince charming and Cinderella...

IMG_8454

Wahhh... majlis tari menari pun ada... nak join boleh? tapi tak ada baju kembang2 la pulak...

IMG_8461

tinker bell...

IMG_8472-tile

yang hujung2 dah mix dah... tarzan etc...

p/s* tq nuffnang for another 2 BE...

Friday, May 18, 2012

In a land far far away... DLJ

Patik ni memandai je buat shorform sendiri, DSJ, DLJ bagai... Saje gedik bagi ada J kat belakang ala2 USJ gitu kan (Universal Studio Japan).

Web Tokyo Disneyland... KLIK SINI.

Map pula DI SINI. Nampak macam lebih besar dari Disneysea kan? Patik lebih suka suasana di DLJ berbanding DSJ sebab lebih feel gitu (padahal sebab kat situ ada istana cindralela hehe)... Kali ni memang keluar pagi-pagi dari hotel. My sis dah super duper excited nak terjah sana. My love and i pergi sekejap je kemudian balik berehat dan solat di hotel (hotel kami agak dekat dalam 4 km dari disney). Pergi semula ke sana pada sebelah malam. Kat sana tak ada surau, tapi my sis solat je kat tempat yang agak terlindung sedikit sebab tak nak ulang alik ke hotel.

IMG_8056
Melepasi kaunter tiket... berduyun orang beratur nak bergambar dengan Mickey. Tak kuasa nak beratur, patik ambil gambar dari jauh aje :P

IMG_8063
berjalan menuju ke World Bazaar terserempak dengan fairy godmother (kan best kalau terserempak dengan cindralela idaman kalbu, mimpi ajelah wuwuwu). Selepas bergambar, fairy godmother cast a spell on me dengan memusingkan magic wand dia tu. Beria pejam mata dengan harapan baju yang dipakai bertukar menjadi baju kembang-kembang untuk ke majlis tari menari haha angan2 tak agak2... tak sedar diri tu dah tak muda lagi hik2...

IMG_8065-tile
My love and i, and my sis with her happy family... tengok la Alyff tu tiba2 datang mood tak nak bergambar hehe...

IMG_8067
kawaii pinky and red tulips...

IMG_8105
menyibuk nak join pakcik dan minnie berborak... (err suka hati je panggil pakcik)

IMG_8114
menuju ke perkarangan istana (eceh)...

IMG_8116-tile
istana cindralela (read:cinderella)...

IMG_8120
all of us!

IMG_8129
kakak dan adik...

IMG_8135
mother and son moment... (di belakang istana)

IMG_8144
lepas tu masing2 dah bawa haluan sendiri sebab patik nak beristirehat huhu... 

IMG_8161
dah rasa bertenaga baru sambung balik... mama dan akachan 

IMG_8163
orang sangat ramai waktu tu, semua attraction pun kena beratur berjam-jam... lagipun patik sedar siapalah patik ini, hukhuk (dush!), last2 naik omnibus kat belakang tu buat satu pusingan mengelilingi perkarangan istana hehe lawak je...

IMG_8197
kemudian kami berjalan ke Toontown, lapar la pulak... singgah sebentar beli pretzel dan straw untuk akachan (eh beria betul haha)...
IMG_8204
suka kawasan ni sebab sangat ceria...

IMG_8208-tile
takde kerja feeling buka pintu bagai... tskk...

IMG_8233
Kemudian kami menuju ke Fantasyland... comelkan vending machine teapot ni...

IMG_8231
i likeee flowers...

IMG_8291
dari Fantasyland ke Critter Country cuci mata je, kemudian ke Westernland dan kebetulan Mark Twain Riverboat masih dibuka untuk penumpang. Apa lagi terus pergi beratur (tapi gambar ni diambil lepas turun dari bot hehe...)

IMG_8245-tile
kalau beratur awal boleh duduk di aras bawah dan ada kerusi... ramai orang beratur untuk naik Tom Sawyer Island Rafts...

IMG_8271
salah satu pemandangan dari bot, ala-ala perkampungan indian gitu... kat kawasan tu boleh naik Beaver Brothers Explorer Canoes, macam semput je nak kayuh canoe yang besar beramai-ramai (ampunnn tak ada gambar)...

IMG_8292
Masih lagi di Westernland. Preggy mama tak larat dan nak balik hotel dah. Ada Parade sebenarnya tapi dah ramai orang yang duduk di port2 yang best seperti kerusi etc. Dah la lagi 2 jam 30 minit parade nak start. Semangat betul mereka tunggu. Takpelah, i tak sanggup u, lagi baik i rilek2 kat hotel. Tengok parade belah malam ajelah...

IMG_8296
posing di pintu masuk... tangan dah dicop dengan fluorescent stamp. Nanti nak masuk balik dia suluh dengan lampu untuk tengok stamp tu...

p/s: Disneyland Electrical Parade Dreamlights...

Friday, March 30, 2012

Si bulat dan istana cindralela

Cindralela=cinderella. Masa kecil dulu tak pandai nak sebut Cinderella. Maka jadilah cindralela. Kartun seperti Cinderella dan Snow White telah membawa patik ke alam fantasi nak jadi tuan puteri... tskk... tidak dilupai kegemaran zaman berzaman bawang merah bawang putih Latifah Omar dan Mustafa Maarof. I likeee...

Dalam minggu ni rasa perubahan diri sangat mendadak... muka bulat macam donuts, jari bengkak... kaki je belum lagi. Bila saya pegang tangan cinta hati, tiba2 dia bersuara "eh, rasa macam besar je tangan syg dulu kurus je." Tang tu jugak rasa nak jatuh pengsan kat bahu jalan. Eceh over acting... menyampah ok...

Lain orang lain pengalamannya kan? Ada orang perut tak nampak pun walau dah 7 bulan. Maklumlah saiz dan bentuk rahim tak sama bagi setiap wanita. Dulu masa tengok kakak-kakak pregnant, semuanya naik badan dan muka bulat2. Dalam hati terdetik mesti saya pun macam tu jugak sebab terfikir akan genetic traits.


Sila jangan pengsan melihat patik yang jelek. Alhamdulillah kakak dan keluarganya enjoy di Disneyland. Saya hanya lead kakak ke sana, stay jap balik hotel sebab penat, kemudian petang tu pergi balik ke sana untuk menyaksikan starlight parade. Masa tu kakak masih seronok bermain attraction yang ada. Sudahnya dia tengok parade di tempat lain dan berjanji untuk jumpa di pintu masuk bila parade tamat.

Beli hairband yang ada veil kenkononnya tuan puteri lah kan haha... tak menahan betul. Masa ni booking tempat nak tengok parade. Nasib ada satu lagi kerusi kosong. Kalau tak mesti lenguh duduk bersila kat bawah tu. Waktu tu lagi 1jam30minit sebelum parade bermula, tapi dah penuh orang yang menanti. Angin bertiup kencang dan sangat sejuk... lega sedikit selepas minum air panas. Hampir putus asa nak tunggu sebab sejukkk ya ampun... tapi penantian yang berbaloi... sangat enjoy tengok parade tu. Nak naik attraction tak boleh, tengok parade pun jadilah.

Nak bercerita lebih dengan gambar pun terhad sebab update dengan blogpress iPad ni huhu...

p/s: Terima kasih buat ayu ladychenta (alamak tak boleh nak link ke blog, ampunn). Semua puji bekal nasi ayam penyet vogidivass tu sedap yum yum... memang sedap pun boleh bukak kedai tau, hehe. Terima kasih banyak2 ye. Maaflah esok nak pergi menyibuk lagi kat rumah ayu sebelum ke Sano huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails