Showing posts with label Tokyo. Show all posts
Showing posts with label Tokyo. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Owari dan IAD...

Pheww... sapu dahi... alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah... akhirnya tamat jua walaupun second viva aka final viva tak selancar seperti yang patik rancangkan. Namun alhamudulillah syukur sangat2 dah lulus pengajian! Tunggu surat, sijil etc in 1-2 months time. Tak dapat nak gambar perasaan patik ni. Terima kasih tak terhingga buat sensei patik, sensei2 lain, juga insan tersayang dan kawan blog, eceh tetiba buat ucapan pulak kat sini haha... Patik tiba di jepun to be exact haneda airport 11 pm plus pada 25 Jun 2013. Keesokan pagi terus bertolak ke Sendai dengan shinkansen (bullet train).

Sampai je sendai terus check in hotel Toyoko inn. Pergi sewa kereta dan patik terus bergegas ke lab. Jumpa sensei dan geng lab, malam balik hotel, makan dan buat persediaan apa yang patut. Dengan badan tak sihat, batuk2 yang dah lama berlarutan (dah berjenis ubat makan, sampaikan antibiotik paling kuat pun dah telan namun keadaan masih sama), dugaan sungguh tapi semuanya harus diteruskan.

 Mujur anakanda lena awal, behave la jugak haha... sebab asyik cakap kat dia, be a good boy mama ada exam, i dunno whether he understands it or not haha... of course mata tak boleh nak lelap, praktis pun macam banyak benda tak puas hati rasa blur pun ada... mixed feeling yang tak dapat patik lakarkan di sini... dush!

 Lepas dah selsesai semua urusan anakanda, jam 9 am bertolak ke lab, tak boleh nak senyum pun. Itu yang cover dgn hp hikhik... berdebar tak hengat, viva jam 11 am.
Sampai je lab, baru baca email sensei yang patik kena print tesis untuk panel yang hadir. Ingatkan print power point je... adoii gelabah betambah berganda gitu kan... namun ada yang membantu. Sensei pun tegur, dia tahu patik tak sihat. Masa defend pulak time qna ada satu soalan ni prof tny lain patik jawab lain sampai kena tegur dengan sensei haha sabar jelah... paniks panikss aduiiyaaii, tapi apapun kelegaan yang teramat selepas tamat viva tu... nak pitam pun hado ha... stay di lab selesaikan urusan etc...

 balik je hotel terus cari anakanda yang sedang khusyuk main berus gigi... apakah? haha... sekarang dah tak nak pandang kamera, susah betul nak tarik perhatian anakanda... waktu tu lantas berbisik "yeayy, yatta... owari dayo" (owari=tamat, finish dan yang sewaktu dengannya).
Keesokannya pergi lab selesaikan urusan, isi borang etc... hanya ada sehari je di sendai untuk berjumpa rakan2 dan cari barang yang dikirim... memang packed sangat jadual (walaupun dalam hati verangan nak pergi sana sinun semuanya terkubur begitu sahaja uwaaa pasrah ajolah).

 sempat jumpa princess Khayra yang super duper comel! Tq Ami sekeluarga sudi datang sendai... 

 hari terakhir di sendai.. gambar masa nak pergi breakfast, anakanda belum mandi lagi haha...

 sampai di tokyo station, ambil cab ke hamamatsuchuo station sebab tak larat nak heret bag yang agak banyak (bawa balik barang saki baki di sendai, buku etc)...

 gambar Ken Hamza di Haneda Airport waktu balik hari tu 29 Jun 2013... kut2la ada yang rindu (eceh tak menahan!)... suka sngat cakap sambil muncung2.. entah apa yang ingin diberitahu... mama tak faham la Hamza... oh tak lupa buat ayu ladychenta yang sudi hadir jumpa i, ahauww... i loikee tengk ayu yang berseri preggy 2nd baby... semoga semua berjalan lancar beb... gambar takde plak nak upload, maybe in my next entry...

 my shayang2 (cakap pelat la pulak haha...) suka cakap tatata sambil tangan lambai ala princess diaries, ish penangan mama Hamza yang suka tgk citer pwincess ke ni? pengsan!


Owhh bercerita pasal IAD, yess... IAD u knoww hehe... Istanbul Aku Datang... Patik ketinggalan jaman okeh, baru je ada peluang tengok. And of course tengok seorang diri. Jiwang2 seorang diri uhuk2. My love mungkin tertidur 5 minit sejurus filem ditayangkan huhu... kalau bab filem romantika, fefeeling sorang2 ni bagi kat i la... not his kind of movie... Nasib baik ada my niece (along) who gave me this movie. Love it to the fullest! Ingatkan dah takde movie yang setanding BMBP (bawang merah bawang putih latifah omar) dan juga puteri impian where i can watch all over again tanpa jemu, hafal dialong remember most of the scenes and so on. Tak jemu tengok lagi setakat ni. Bagi patik cerita ni best sangat!

 Kecomelan Lisa surihani tu ya ampunnn tak menahan! Memek muka masa tulis blog, seriously comel! yang gambar atas ni pun super duper comel, bila kena paksa cari rumah haha kesian, baru je sampai istanbul. I am never a fan of tomok dan juga kumpulan apa tu new boyz eh? masa tu tak faham kenapa ramai sangat minat tomok. Naik pengsan dibuatnya, tapi itula taste masing2 kan. Tak sangka lakonan tomok not bad, showing off his romantic side (amboii ni ruangan ulasan pelem kew?)

 Siap goyang kepala tangan bagai! suka nya watak lisa dalam ni haha... sebab kadang2 patik ada jugak bermemek2 muka macam ni esp dengan my love, time writing pun hado. Tak dapat penuhi keinginan mula mencebik sendiri (belakang my love la) kalau depan2 mau kena laser haha...

 comel jugak time ni, jumpa maggi asam pedas ok, haha... ahh tengok movie ni macam terus nak terbang ke istanbul! i wish!

Adoii macam budak2 kan haha... terserlah keremajaan diri ini ahauww... remaja remaja jugak, esok puasa ok! patik pohon ampun maaf, selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
 buat renungan semua...

jap lagi ada meeting curi masa waktu lunch ni... shawl patik dalam entri ni dari purdypetals... will story mory more about shawls... i loikee...

p/s: xoxo publish... haha...


Wednesday, July 18, 2012

Railway tracks...


Setiap perjalanan pasti ada destinasi yang ingin dituju. Setiap permulaan pasti ada penamatnya (kalau tengok pelem dolu2 pasti di akhir cerita ditulis "TAMMAT" hehe, eh nyempat lagi tu). Apa ke hal ayat jiwang semacam ni?

 
Berhampiran Nippori station. Tapi bukan destinasi dituju. 
 
Gambar di atas diambil dari atas skyliner, keretapi ekspress Narita airport-Ueno/Ueno-Narita airport. Gambar sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ueno. Pagi tadi hantar mama dan abah balik Malaysia. Kedatangan pada 26 Mei yang lalu dan pulang 18 Julai. Dari saat menanti kelahiran Ken Hamza rumah kami meriah dengan adanya 5 orang penghuni (walaupun kadang mama Hamza merajuk dengan bondanya, salah emosi yang tak stabil dalam pantang kut hihi), pagi2 bila Hamza bangun pasti dia akan bercakap dan tersenyum2 dengan tok wan dan tok ayahnya, time tulah mama dan papa Hamza nak mandi dan makan pagi. Makan tengah hari dan malam mama patik tolong sediakan. Auww rasa macam princess. Dush
 
Mereka nak tinggal di Sendai sampai habis tempoh visa tapi tak sanggup nak berpuasa di sini yang kebetulan jatuh pada waktu musim panas bermakna siang lebih panjang dan panas kering. Sebaik sahaja bersalaman dan melambai pada mama dan abah, bermulalah kehidupan baru dengan hanya kami bertiga Ken Hamza, mama dan papa. 
 
Semalam 17 Julai kami ke embassy malaysia di Shibuya nak buat passport Ken Hamza. Sampai di sana jam 9 pagi dan setel proses dalam 12 tgh hari... erkk pengsan, itupun belum lengkap lagi. Kami baca dalam web embassy, gambar passport perlu 2 keping tapi bila tanya member yang dah pernah buat 3 keping kesemuanya, tak terfikir nak print lebih. Nasib baik gambar diterima, phew lega. Yang menjadi masalah bila mereka nak 4 keping rupanya (passport-2, pendaftaran-2)... lepas tu mak ayah pun kena register dan perlukan gambar terbaru (takde tulis dalam web) atau kami ni memang tak tahu prosedur nak register anak yang baru lahir huhu. Lagi satu sijil lahir dari pejabat pendaftaran daerah. Kami cuma bawa sijil lahir dari hospital je huu. Terpaksa la pos semua tu secepat mungkin, barulah permohonan akan diproses.

Conference dah makin dekat, tengah siapkan apa yang patut, harap2 Hamza behave dan memberi kerjasama buat mamanya ni. Yosh ganbatte...


Monday, May 21, 2012

Tokyo Disneyland Electrical Parade...


Masih ingat entri Si bulat dan istana cindralela? Waktu tu my love and i tengah tunggu Tokyo Disneyland Electrical Parade. Sejuk yang amat. Setelah balik solat dan rehat di hotel kami bergerak semula ke sana. Bila tiba di kaunter kena tunjuk tangan yang ada fluorescent stamp beserta kad/tiket masuk untuk scan barcode yang ada di situ. Cerita ini merupakan sambungan dari entri yang lalu, In a land far far away...DLJ. Kalau bukan kerana kakak ku itew tidak la patik datang ke sini dan terfikir nak tengok parade. Disebabkan tak dapat naik banyak attraction terasa rugi pulak tak guna sepenuhnya tiket yang dibeli, Sebab tu kami ambil keputusan untuk tengok parade. Biar berbaloi walaupun pada mulanya ingatkan parade tu tak berapa syok sebab kena bersesak-sesak dengan orang ramai.

IMG_8303

Setibanya kami hari dah hampir gelap, orang ramai dah "chup" tempat, siap lapik tikar bagai duduk bersila. Semua ruang dah penuh. Nak jalan cari port lebih jauh tak larat pulak. Nampak satu kerusi ni ayah dan anak duduk. Kami tanya nak duduk lagi sorang boleh tak? Dengan baik hati dia cakap "douzo douzo" (sila sila) sambil menyuruh anaknya memberikan sedikit lagi ruang. Cinta hati pula duduk atas lantai je. Masa tu angin sejuk sangat, tak mampu nak keluarkan tangan dari poket baju, nasib baik la saya bawa glove. Tak lama lepas tu tiba2 ada kerusi kosong di seberang jalan. Laju2 cinta hati pergi duduk sebelum ada orang lain yang duduk, selepas ucap terima kasih pada ayah dan anak saya berlalu pergi ke kerusi tu. Preggy mama jalan lambat oleh itu haruslah en suami pegi chup tempat laju2 hik2... maka duduklah kami berdua menahan kesejukan sehingga parade bermula. Saya siap pergi beli hot drinks dan churritos sebab nak bg badan rasa selesa sikit...

IMG_8305

Sempat lagi berbisnes sebelum parade bermula dan ramai kanak2 terpikat, semua pun nak beli hehe... dan my love pulak sempat lagi menyampuk... ini kat pasar malam ke pasar wakaf che yeh ke mesti banyak dan harga pun jauh lebih murah. Kalau dah benda ni dijual dalam disney dengan disney character mestilah harga pun up up and away kan...

IMG_8311

yeay dah mula! dengan gigih patik standby kamera nak ambil gambar walaupun main snap je. Ambil gambar waktu malam ni memang fail betul sebab tak tahu nak guna setting/mode apa huhu... antara gambar2 yang menjadi saya paparkan kat sini... tiba2 je penulis rasa excited bila dengar lagu dan nampak lampu lip lap sebab teringat masa kanak-kanak dulu tengok kereta berhias sewaktu sambutan hari kelahiran sultan kelantan... really reminds me of that moment.

IMG_8317

mickey dan minnie on dream lights choo choo train...

IMG_8324

uuish kemain lagi minnie berdansa...

IMG_8326-tile
mickey and minne introducing the parade...

IMG_8340

comel tak?

IMG_8344-tile

Cheshire cat and Alice in wonderland...

IMG_8357

Dulu-dulu tengok alam ria disney TV3 suka sangat dengan cerita ni... Pete's dragon. Nama dragon tu Elliot kalau tak silap...

IMG_8368-tile

yang ni takyah cakap la... asal princess je memang favorite haha... snow white, over here! over here! sambil lanbai2 jugak... (ok yang tu cakap dalam hati je) tapi sambil duk ambil gambar sempat lagi lambai pada snow white, mesti akachan geleng kepala dengan telatah mama dia ni hehe... menanti cinderella dengan penuh sabar... dush!

IMG_8374
Peter pan dan kapal captain yang jahat itew...

IMG_8383
Genie...

IMG_8390-tile

princess jasmine dan aladdin... "i can show you the world, shining shimmering splendid tell me princess...."

IMG_8395

siapa tak kenal si bulat ni... Pooh bear! geram tengok yang kaler oren belang2 hitam tu jugak hehe...

IMG_8407-tile

Toy story! Dinosaur hijau tu kelakar, i likee...

IMG_8416-tile

Nemo...

IMG_8427-tile

Monsters Inc Sulley and Boo!

IMG_8434

owh yang ditunggu-tunggu... sayangnya gambar tak berapa nak jadi wuwuwu..."love, kenal ke siapa tu?" "Entah, tak kenal" my love ni, ish2.. dah namanya lelaki mana la minat/kenal princess- princess ni hehe...

IMG_8445-tile

Prince charming and Cinderella...

IMG_8454

Wahhh... majlis tari menari pun ada... nak join boleh? tapi tak ada baju kembang2 la pulak...

IMG_8461

tinker bell...

IMG_8472-tile

yang hujung2 dah mix dah... tarzan etc...

p/s* tq nuffnang for another 2 BE...

Friday, May 18, 2012

In a land far far away... DLJ

Patik ni memandai je buat shorform sendiri, DSJ, DLJ bagai... Saje gedik bagi ada J kat belakang ala2 USJ gitu kan (Universal Studio Japan).

Web Tokyo Disneyland... KLIK SINI.

Map pula DI SINI. Nampak macam lebih besar dari Disneysea kan? Patik lebih suka suasana di DLJ berbanding DSJ sebab lebih feel gitu (padahal sebab kat situ ada istana cindralela hehe)... Kali ni memang keluar pagi-pagi dari hotel. My sis dah super duper excited nak terjah sana. My love and i pergi sekejap je kemudian balik berehat dan solat di hotel (hotel kami agak dekat dalam 4 km dari disney). Pergi semula ke sana pada sebelah malam. Kat sana tak ada surau, tapi my sis solat je kat tempat yang agak terlindung sedikit sebab tak nak ulang alik ke hotel.

IMG_8056
Melepasi kaunter tiket... berduyun orang beratur nak bergambar dengan Mickey. Tak kuasa nak beratur, patik ambil gambar dari jauh aje :P

IMG_8063
berjalan menuju ke World Bazaar terserempak dengan fairy godmother (kan best kalau terserempak dengan cindralela idaman kalbu, mimpi ajelah wuwuwu). Selepas bergambar, fairy godmother cast a spell on me dengan memusingkan magic wand dia tu. Beria pejam mata dengan harapan baju yang dipakai bertukar menjadi baju kembang-kembang untuk ke majlis tari menari haha angan2 tak agak2... tak sedar diri tu dah tak muda lagi hik2...

IMG_8065-tile
My love and i, and my sis with her happy family... tengok la Alyff tu tiba2 datang mood tak nak bergambar hehe...

IMG_8067
kawaii pinky and red tulips...

IMG_8105
menyibuk nak join pakcik dan minnie berborak... (err suka hati je panggil pakcik)

IMG_8114
menuju ke perkarangan istana (eceh)...

IMG_8116-tile
istana cindralela (read:cinderella)...

IMG_8120
all of us!

IMG_8129
kakak dan adik...

IMG_8135
mother and son moment... (di belakang istana)

IMG_8144
lepas tu masing2 dah bawa haluan sendiri sebab patik nak beristirehat huhu... 

IMG_8161
dah rasa bertenaga baru sambung balik... mama dan akachan 

IMG_8163
orang sangat ramai waktu tu, semua attraction pun kena beratur berjam-jam... lagipun patik sedar siapalah patik ini, hukhuk (dush!), last2 naik omnibus kat belakang tu buat satu pusingan mengelilingi perkarangan istana hehe lawak je...

IMG_8197
kemudian kami berjalan ke Toontown, lapar la pulak... singgah sebentar beli pretzel dan straw untuk akachan (eh beria betul haha)...
IMG_8204
suka kawasan ni sebab sangat ceria...

IMG_8208-tile
takde kerja feeling buka pintu bagai... tskk...

IMG_8233
Kemudian kami menuju ke Fantasyland... comelkan vending machine teapot ni...

IMG_8231
i likeee flowers...

IMG_8291
dari Fantasyland ke Critter Country cuci mata je, kemudian ke Westernland dan kebetulan Mark Twain Riverboat masih dibuka untuk penumpang. Apa lagi terus pergi beratur (tapi gambar ni diambil lepas turun dari bot hehe...)

IMG_8245-tile
kalau beratur awal boleh duduk di aras bawah dan ada kerusi... ramai orang beratur untuk naik Tom Sawyer Island Rafts...

IMG_8271
salah satu pemandangan dari bot, ala-ala perkampungan indian gitu... kat kawasan tu boleh naik Beaver Brothers Explorer Canoes, macam semput je nak kayuh canoe yang besar beramai-ramai (ampunnn tak ada gambar)...

IMG_8292
Masih lagi di Westernland. Preggy mama tak larat dan nak balik hotel dah. Ada Parade sebenarnya tapi dah ramai orang yang duduk di port2 yang best seperti kerusi etc. Dah la lagi 2 jam 30 minit parade nak start. Semangat betul mereka tunggu. Takpelah, i tak sanggup u, lagi baik i rilek2 kat hotel. Tengok parade belah malam ajelah...

IMG_8296
posing di pintu masuk... tangan dah dicop dengan fluorescent stamp. Nanti nak masuk balik dia suluh dengan lampu untuk tengok stamp tu...

p/s: Disneyland Electrical Parade Dreamlights...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails