Wednesday, May 23, 2012

Yuki comot (2)...

Pernah bercerita perihal yuki comot DI SINI. Tapi kali ni comot dia lain sikit. Cerita dah lama, nanti ada pula yang menegur wahh ada yuki (salji) lagi kat sendai/jepun. Saki baki yuki di awal April yang lalu sewaktu kedatangan kakak dan keluarganya. Sebelum datang dia dah cakap anaknya Alyff nak main yuki. Dalam masa yang sama kakak ni nak shopping. Masa dan cuti saya dan cinta hati ni agak terhad. Sebenarnya nak bawa ke Yamagata kerana mungkin yuki masih tebal di situ. Tapi masa pula tidak mengizinkan. Kami gamble aje bawa kakak ke Karuizawa sebab di situ ada ski resort dan juga KPSP (kairuzawa prince shopping plaza, merupakan outlet shop pelbagai jenama). Perihal KPSP di ENTRI INI.

IMG_8597
Sebelum sampai di Karuizawa hati ni berdebar-debar memikirkan entah ada ke tidak yuki ni sebab dah nak habis musim. Nanti Alyff (anak kakak) kecewa sebab dia yang paling beria nak main yuki. Alhamdulillah masih ada saki baki yuki tapi agak comot sebab dah tak soft fresh empuk (eh over betul ekspresi) sewaktu ia masih tebal. Kalau nak baca boleh lihat di tabs snowy days. Waktu sampai ski ni lagi 1 jam nak tutup.

IMG_8595-tile
terima kasih tak terhingga buat Ayu ladychenta kerana menghadiahkan jacket dan boots untuk Alyff. Tak perlu susah-susah nak beli. Lagipun rugi sebab nak pakai sekali ni je. Asalnya milik Adam-kun (anak teruna Ayu) tapi dah tak muat dengan Adam, kebetulan Ayu nk jual kat kat kedai second hand tapi tak jadi, rezeki Alyff nampaknya. Jangan tak tahu punyalah excited Alyff, lepas dapat baju dan boots masuk kereta aje terus nak pakai hehe... padahal karuizawa lagi beberapa jam dari tempat Ayu tu.

IMG_8620-tile
mother and son main snow balls...

IMG_8606
pasangan paling sporting...

IMG_8609
lihatlah betapa gembiranya dia... sampai tak nak balik... nasib baik dah nak tutup dan semua orang dah beransur keluar dari situ...

IMG_8600
Alyff yang khusyuk main yuki sampai tak nak bergambar pun...

IMG_8614
from different angle hehe, masing2 dah kemas ski dan snowboard, lift/gondola pun dah stop...

Patik hanya duduk di tepian pantai dan jadi photographer aje hehe... ada dua photographer aktif yang ditugaskan oleh madam (my sis).

Hari ni terasa penat sangat. Terasa nak baring je. Tapi kena kuat semangat ada kerja lagi nak siapkan ni... yosh ganbare!

13 comments:

kasihredha said...

Lucu tengok gambar ni...Ayah bonda syok bergambar...Alyf buat dek aje kan...hihi.
Cantiknya gambar2 ...puashati kan :)

Nuwairani said...

hihih...nani pon teringin nak baring, guling2 atas yuki tu. tapi rasa malu pulak. huhuh...lenkali kalo dtg lagi nak baring2 jugak. tak kire!

Umie Naziera said...

hew2,untungla dyorang..

whitecappuccino said...

bergambar sakan parents Alyff..enjoy betul mereka..

Unknown said...

snowyyyyyyyyyy :D

Asmara said...

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak main yuki walau comot. hehe.. tu la haritu kat sini yuki masih turun dan tebal, tapi tak sempatkan. sekarang ni kalau naik zao pun masih ada baki2. ;D

amirah said...

bestnya dia dapat main yuki smp tanak amik gmbr ye..,

take care hanis..rest ckup2

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Hikhikhik Syok nyer Tgk aliff main yuki
Mmg padan jacket n boots tu ngan dia...tu namanyer rezeki...
Tunggu k.nim upload pics x de pow maybe bz kot....Mcm mana blh gi sejam b4 tutup??? Gerak lmbt ekk from sano hari tu ker???

Azmie & Vivie said...

Hani-chan, gambar cantik! =0)
Vi teringin nak merasa yuki..

nur easy said...

xberpeluang main yuki camni masa kat sana dulu

Kakzakie Purvit said...

Nampak sangat your sis, BIL dan anak dia happy sangat... seronok main yuki:)

Azian Elias said...

aduiii..bestnya terbaring cam tu.. Ingat nanti nak pegi Kashmir waktu winter lah..ehh...ini kat jopun laa..heee

Unknown said...

nak baring jugak !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails