Showing posts with label Karuizawa. Show all posts
Showing posts with label Karuizawa. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Yuki comot (2)...

Pernah bercerita perihal yuki comot DI SINI. Tapi kali ni comot dia lain sikit. Cerita dah lama, nanti ada pula yang menegur wahh ada yuki (salji) lagi kat sendai/jepun. Saki baki yuki di awal April yang lalu sewaktu kedatangan kakak dan keluarganya. Sebelum datang dia dah cakap anaknya Alyff nak main yuki. Dalam masa yang sama kakak ni nak shopping. Masa dan cuti saya dan cinta hati ni agak terhad. Sebenarnya nak bawa ke Yamagata kerana mungkin yuki masih tebal di situ. Tapi masa pula tidak mengizinkan. Kami gamble aje bawa kakak ke Karuizawa sebab di situ ada ski resort dan juga KPSP (kairuzawa prince shopping plaza, merupakan outlet shop pelbagai jenama). Perihal KPSP di ENTRI INI.

IMG_8597
Sebelum sampai di Karuizawa hati ni berdebar-debar memikirkan entah ada ke tidak yuki ni sebab dah nak habis musim. Nanti Alyff (anak kakak) kecewa sebab dia yang paling beria nak main yuki. Alhamdulillah masih ada saki baki yuki tapi agak comot sebab dah tak soft fresh empuk (eh over betul ekspresi) sewaktu ia masih tebal. Kalau nak baca boleh lihat di tabs snowy days. Waktu sampai ski ni lagi 1 jam nak tutup.

IMG_8595-tile
terima kasih tak terhingga buat Ayu ladychenta kerana menghadiahkan jacket dan boots untuk Alyff. Tak perlu susah-susah nak beli. Lagipun rugi sebab nak pakai sekali ni je. Asalnya milik Adam-kun (anak teruna Ayu) tapi dah tak muat dengan Adam, kebetulan Ayu nk jual kat kat kedai second hand tapi tak jadi, rezeki Alyff nampaknya. Jangan tak tahu punyalah excited Alyff, lepas dapat baju dan boots masuk kereta aje terus nak pakai hehe... padahal karuizawa lagi beberapa jam dari tempat Ayu tu.

IMG_8620-tile
mother and son main snow balls...

IMG_8606
pasangan paling sporting...

IMG_8609
lihatlah betapa gembiranya dia... sampai tak nak balik... nasib baik dah nak tutup dan semua orang dah beransur keluar dari situ...

IMG_8600
Alyff yang khusyuk main yuki sampai tak nak bergambar pun...

IMG_8614
from different angle hehe, masing2 dah kemas ski dan snowboard, lift/gondola pun dah stop...

Patik hanya duduk di tepian pantai dan jadi photographer aje hehe... ada dua photographer aktif yang ditugaskan oleh madam (my sis).

Hari ni terasa penat sangat. Terasa nak baring je. Tapi kena kuat semangat ada kerja lagi nak siapkan ni... yosh ganbare!

Friday, January 20, 2012

KPSP...

Cerita tertunggak.. biasa la patik kan suka peram2 cerita haha... Sejak beberapa tahun tinggal di sini saya dan cinta hati tak pernah ada aktiviti pada hujung dan awal tahun. Kami dengan penuh innocent nya duduk di rumah atau ke lab dan hanya keluar ke bandar Sendai pada 2 Januari. Kebiasaan di sendai ni kedai ditutup pada 31 Dis dan juga 1 Jan. 2 Jan baru dibuka dan sale diadakan secara besar-besaran.

Geng sendai dah ada plan masing2. Tiba-tiba last minit terasa gedik pula nak rasa kelainan dari tahun sebelum ni, terasa nak keluar dari sendai. Konon nak ke gotenba di tokyo nun hehe... tapi dah last minit hotel pun tak ada. Pergi ke Sano pun best juga boleh jumpa Ayu pemilik blog ladychenta. Cinta hati pula beria-ria nak ke Karuizawa. Dulu pernah ke sana dengan pakej shinkansen pergi balik dan hotel 1 malam. Kali ni travel dengan kereta pula. Nak baca entri terdahulu boleh ke link di bawah:
-once upon a time at KPSP
-hotel green plaza
-kyuukaruizawa
-illusion1
-illusion2

Percayalah my love ni memang suka ke outlet tapi tak suka shopping. Dia suka survey barang, kalau ada yang berbaloi baru beli. Di sini ada 2 jenis outlet satu Premium outlet (johor pun dah ada satu, cayalah hehe) dan satu lagi tak pastilah apa. Mitsui ke? (mungkin pakar shopping lady ayu tahu agaknya). KPSP ni bukan under premium.

IMG_0038
nasib baik masih ada bilik kosong di Apa hotel. Hotel biasa2 je tak mampu nak tinggal di hotel prince karuizawa. Hotel Apa ni walking distance je dengan KPSP...

IMG_0006-tile
bilik pun sedang elok je muat2 untuk solat hehe... yutaka bersama origami...

banyak bahagian outlet ni, west, new west, new east, new east garden mall dan karuizawa aji no machi. Untuk maklumat lanjut boleh ke LINK INI. Senarai kedai di SINI.

IMG_0011-tile
waktu ni di new east garden mall... lagi satu sebab utama ke sini cinta hati nak practice selok belok jalan kerana kakak patik akan datang cuti2 di sini dan dia nk terjah outlet. My love ni memang tak suka gamble je pergi dia suka ke tempat yang dia dah pernah pergi baru confident nak bawa orang katanya...

IMG_0021
waktu tu ada illumination... tiba2 berangan berada dalam cerota hansel and gretel...err apakah???

IMG_0028
sejukkk tak sabar nak pergi makan dan balik hotel... waktu tu kami terjah kawasan ni je, selebihnya kalau larat pergi esok je selepas check out... kat belakang tu ada tempat ski. Pengunjung di hotel tempat kami tinggal tu ramai yang bawa peralatan ski dan snowboard, nasib baik kami berdua tak terliur pun nak main sukan tersebut...

IMG_0030
tak dapat tengok illumination di sendai tengok mini illumination kat sini pun jadilah...

IMG_0036
dah nak bertolak ke sano bertemu geng blogger... air ni tertinggal dalam kereta terkejut tengok baru tinggal 1 malam dah ada ketulan ais, memang sejuk pun kawasan ni... brrr....

IMG_0039
karuizawa ke sano lebih kurang 1 jam 30 minit - 2 jam bergantung pada lalu lintas. Check in di Candeo hotel, alhamdulillah dapat promotion rate, jimat sikit... murah dan jauh lebih selesa berbanding Apa hotel.

IMG_0042-tile
lepas tu terus ke rumah Ayu, terima kasih kerana sudi menjemput kami disajikan pula dengan hidangan super duper marvelous. Pertama kali juga jumpa Syaima yang tinggal nun di Niigata. Weee suka betul jumpa rakan alam maya secara live...

p/s: bersambung...

Sunday, January 2, 2011

Karuizawa... part5 (Posing SS cont)

Posing SS masih belum berakhir ada lagi dua level rentetan dari post sebelum ini. Tapi kekecewaan telah melanda diri ini bila mana kamera habis bater huwaaa tidakkk... terpaksalah guna kamera hp kami yang sungguh tidak ada unsur kecanggihan langsung huhu...
follow my blog me to level 2... masa ni bateri blink2 je ingtkan mampu bertahan, bila sampai aje level 2 takleh nak on langsung...adoiii...
alamak silap lah kedudukan pinggang ku itu hehe... seksi la nampak betis auuu... tapi pakai tudung heheh...
assalamualaikum, nak tumpang makan boleh? hehe...
nak makan kena turun basement... :P
cuba teka ada berapa orang semuanya dalam gambar tu?
ni mesti dah biasa tengok kan? A duck or a rabbit...
sayur-sayuran baik untuk kesihatan...
tapi kalau pusing frame tu nampak seperti raksasa sayur hehe...
nampak tengkorak ke nampak couple tengah dating?
gaduh2 sayang...
bila pusing frame eh eh dah berbaik dah pakcik dan makcik tu...
naik bot singgah pulau keci...
atau kena baham dengan burung?
I'm a spiderman! eh silap spiderwoman hehe... kedudukan macam biasa je cuma kerusi meja semua tu kat siling lepas dah ambil gambr rotate la jadi upside down...cool huh?
adeh lenguh posing ala2 duduk atas kerusi gitu hehe... handbag i tu sebenarnya atas lantai je tapi nampak atas kerusi kan?
yang ni i masih kompius hehe..lantai bilik tu senget tapi takdelah beza mana ketinggian kami tapi bila tengok kamera sorang raksasa gorgom sorang jadi ala2 dobby hehe... gurau je love...
berangan nak jadi knight... selamatkan puteri raja (i lah tu :P)
menikmati cheese cake percuma... air selain air kosong kena bayar...so amebil satu je share...sejuk2 best minum air panas...
itulah dia kisah pengembaraan sabtu dan ahad 25,26 disember 2010... hari isnin my love and i masuk kampus berjuang seperti biasa... refresh sebab dah g jalan2 hehe... yosh! ganbarimashou 2011 semoga kejayaan milik kami bila sampai waktunya insyaAllah.. semoga ada rezeki untuk ke conference lagi tahun ni...


Saturday, January 1, 2011

Karuizawa... Part4 (Posing SS)

First entry untuk tahun 2011. Posted 11.11 am waktu jepun haha apekah??? Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kekuatan. Selamat tahun baru 2011. Semoga tahun ini lebih bermakna dan wonderful untuk semua k. I masih menyambung catatan percutian di Karuizawa. Apa itu SS? Ye tepat sekali! SS=Syok Sendiri. Terpaksa beraksi/berposing sikit kat tempat ni bagi merealisasikan lukisan tu yang seolah2 3D gitukan... Jalan2 kat Kyuukaruizawa shopping street ni kami ternampak Illusion Art / Trick Art house.
mula2 tengok ada potret monalisa yang ada slot untuk letak muka dan tangan...lepas tu tengok nama tempat illusion art/trick art... apa lagi terus ajak my love masuk hehe...
tapi sebelum tu sempat lagi cross jalan dan candid gambar my love... tengok kat atas tu, ada orang nak jatuh bangunan hehe... looks real yet just a trick...
entrance, beli tiket 1500 yen, huhu agak mahal tapi nasib baik dapat kek free masa nak keluar nanti...
pengembaraan harus bermula dengan tingkat 3 (walaupun kami tak rela haha, yerlah tatau apa2 ikut aje cakap orang kat kaunter tu)....lepas tu tingkat 2 and finally tingkat satu and cafe to claim our slice of cheese cake... masa mula2 ni susah betul tau. Tak reti nak bergambar sebab ada certain point or spot yang sesuai untuk ambil pic barulah nampak ala2 3D, kalau nampak flash tu tak jadi sangat... huhu terkial2 my love and i... posing kat atas tu kononnya pegang gigi hippo haha...
nak kena telan dengan hippo boleh pulak posing peace adehh...
haha...comeyla... tak jadi sangat gambar ni.. orang dah makin ramai kat level 3, susah nak ambil spot sesuai untuk snap a suitable picture...
shhh ada harimau sedang mencari mangsa...
"Kenapa dengan kamu wahai beruang putih?"tanya si baju merah
"Tolong selamatkan saya dari tempat ini!" huh macam tak seswai je dialong ni huhu...
percubaan untuk mendengar perbualan rusa dengan pingu :P
"love, jenguk apa tu?"
dahagalah pulak...jum minum air kat gua tu (haha tinggi sungguh imaginasi)
jack and the beanstalk...panjat pokok sampai rumah gergasi...
nampak real tak pegang horse tu? (beria tanya padahal tak nampak real pun huhu)
mengintai di sebalik dinding retak...
bagi makan to mr fishy :D
kononnya naik bot nak cari harta karun kat kepulauan greece :P
lariiii ada jaws menyerang...huh takde bakat langsung.... pitam!
ini namanya menyerah diri dengan sepenuh kerelaan jiwa raga...
Love, takyah la selamatkan buaya tu, dia kan jahat (gara-gara terpengaruh dengan kartun tv pendidikan mesia yang buaya makan kaki lembu ke kerbau entah la lupa plak...hehe)
eh apa ni? rasa tajam2...aksi kononnya masuk tangan dalam lubang nak cari pen yang jatuh tapi tak tahu pun dalam tu ada anak dino tengah ngap tangan tu hik2...
love darling, ni gaya mandi ke gaya sakit kepala? :P The other 2 levels in my next post k, tapi zannen (kachiwa) sebab kamera abis bateri huwaaaa.... "menyampas" i huhu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails