Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Sayang sayang...

Macam tak nak update je kan, sunyi sepi blog HS (Hana Sakura) ni. Maklumlah saya dan cinta hati masih baru dalam dunia motherhood dan parenting. Sekarang dah merasa sleepless night hehe. Tapi bila tengok muka Hamza tidur nyenyak entahlah tak tahu macam mana nak luah rasa tu. Kat hospital hari tu patik banyak sedih (hormon kut?). Sebab tak boleh fully bf. Kena mix lagi. Tambah menyedihkan beberapa hari pertama kena bagi Hamza susu melalui penutup botol susu tu, tuang sikit2 ke mulut dia takut dia keliru nanti. Pergi nursing room tengok ibu-ibu lain ada progress yang baik dengan bf. Huwaa lagi tensi diri ku ini. Bila sekali bersedih asyik nak sedih aje. Haish tak boleh jadi ni. Mujur ada support dari my love, arigatou love... aishiteru!

Sekarang pun masih campur. Bila balik rumah, bonda tolong urut dengan minyak panas, lepas tu minum banyak air kosong, makan sayur hijau banyak2 (thanks Yani!), dan juga tips dari Kak As. Bak kata Kak Nieda dan mama saya, kalau kat kg ada bidan urutkan insyaAllah keluar susu tu. Tapi kat sini siapa nak urut
Sekarang macam banyak sikit tapi masih tak cukup jugak. Hamza menangis-nangis tak cukup susu. Walau hati ni rasa sayu sangat sebab kena bagi susu campur.

photo(1)
Ken Hamza (5 hari)... mimpi apa tu sayang?

photo(2)
Ken Hamza @ 1 week.

Saya dan cinta hati terkedu bila mama tanya "Sayang ke kat dia (Hamza)"? Ish mama patik ni buat lawak ke?  Mau tak sayang. Sayang sangat2 sampai tak terungkap dengan kata-kata (eceh). Suka dengan bau baby. Orang cakap cium puas2 nanti bau dia akan hilang tak lama lagi. Malam pertama sampai rumah baik je dia tidur, bangun untuk menyusu je, masuk malam kedua saya dan cinta hati duk bergilir pegang sebab dia tak nak tidur. Jam 5 pagi baru kami bertiga tidur sampai jam 9 am hehe (nasib baik subuh awal dalam 2.30 am, so my love boleh solat lepas tu jaga baby sama2). Badan pun belum pulih sepenuhnya. Masih sakit-sakit dan lenguh lagi. Harap boleh adapt dengan cepat, banyak lagi perjuangan saya dan cinta hati. Semoga kami dapat membesarkan Ken Hamza dengan penuh kasih sayang dan dalam masa yang sama dapat menamatkan pengajian kami berdua.

Terima kasih atas ucapan dan tips pada komen entri sebelum ni, sekarang bw pun laju2 curi masa, dan yang penting kena siapkan kerja-kerja pengolahan data baru la dapat buat benda lain (baru adamasa dan kekuatan untuk belek data pada hari ni huhu). Time is soo precious right now. Mungkin sebab masih baru tak pandai nak manage masa lagi. Okies Hamza dah nampak macam tanda2 nak bangun tu... till then...



Wednesday, June 13, 2012

Isogashii...

Assalamualaikum, hai semua..




Nama saya Ken Hamza. Mama dan papa panggil saya Hamza. Buat masa ni saya suka ambil perhatian mereka berdua hehe sampai mama saya tak sempat nak jenguk blog dia.

Mama dan saya tinggal di hospital 5 hari. Mmg standard kat sini minimum 5 hari. Jumaat tengah hari kami semua balik rumah, insyaAllah. Mama saya ckp banyak nak story mory tunggu masa yang sesuai. Ok semua take care.


Monday, June 11, 2012

The journey...

Tak sangka dah bergelar mama. Syukur tak terhingga ke hadrat ilahi. Alhamdulillah. Patik masih teringat kata2 my love di bilik bersalin. Sebelah tangan usap kepala sebelah lagi aktif mengipas sebab nurse suruh kipas isteri sepanjang proses bersalin sambil bagi support.

"Kita kena terimalah, ini bahagian kita yang Allah dah tetapkan. Sabar dan bertahan insyaAllah."

Kronologi kejadian

Di entri yang lalu saya update di hospital waktu kena induce tiub pertama. Masa tu sakit sikit2 je. Siang tu sempat makan best2 di rumah kak as. Sebenarnya sebelum ke rumah kak as ada cecair likat keluar tp tak sakit. Kemudian bila tiba di yonezawa cecair tanpa warna beserta sedikit darah dan terasa sakit sedikit. Dah sampai rumah rilek2 sambil update blog dan edit data. Sedang khusyuk tekan keyboard tiba2 air ketuban keluar (Ke mentuban?). Terkejut dan dada dub dab dab. Cinta hati telefon wad kecemasan bgthu keadaan tersebut dan kami terus bergegas ke sana.




Dalam lif utk menuju ke tingkat 6. Sempat lg snap gambar padahal masa tu rasa cuak takut risau semua adalah.
Bila dah sampai doktor cek bukaan jalan baru 1-2 cm. Lepas tu saya ke bilik persediaan. Nurse masukkan tiub pertama induce lebih kurang jam 12 tengah malam memandangkan air ketuban dah banyak keluar.

Tiub induce kedua jam 6 am. Masa tu sakit dah kerap selang 10 minit cuma rasanya masih belum kuat hanya rasa bahagian pusat ke bawah. Kemudiaan cek bukaan jalan jam 9 am baru 3.5 cm. Masa tu nak jalan pun tak larat sebab tahan sakit tapi paksa diri jalan di kawasan sekitar utk cepatkn proses dilation. Lepas tu nurse masuk lagi tiub induce ketiga. Badan penat sebab tak boleh makan. Makan kurma pun muntah. 3 kali muntah. Minum air pun rasa nak muntah. Memang rasa lemah sangat. Jam 12 tgh hari sakit makin kuat sampai rasa tak boleh nk kontrol dgn teknik pernafasan. Masa tu nurse masukkan tiub induce keempat. Jam 1 pm nurse datang cek dilation dah 8 cm bergegas mereka bawa masuk ke labour room. Dan nurse ckp jgn push lg. Tunggu dilation 10 cm. Tapi kesakitan tu sangat kuat dan sy cuba sedaya upaya control dengan breathing technique yang diajar untuk elak dr push akachan. Dalam masa yang sama akachan aktif bergerak dan degupan jantung tak konsisten.

Doktor pun datang dan dia scan akachan. Sebelum tu kepala dah engage elok namun disebabkan pergerakn akachan tadi tiba2 terbelit tali pusat di leher dan kepala kembali terangkat dari posisi engage tadi. Doktor suruh tunggu akachan turun kalau tak turun terpaksa c-sec. Masa tu pasrah aje. Dengan sakit contraction lagi.

Kat sini sangat pentingkan bersalin normal. Lepas tu nurse suruh saya cuba duduk menonggeng berlapikkan bantal sebab nak bantu akachan turun dan kembali engage. Ingat lagi rupa bantal tu smp sekarang hu. Masa tu jam 2.30 pm. Lama jugak dalam sejam. Lepas tu nak dekat 4 pm doc ckp kedudukan dah ok degupsn jantung pun konsisten sampaila akachan lahir. Bersiap sedia 4 org midwife utk sambut akachan. Tiap kali contraction kuat tu otometik akan rasa nak push. Mula2 push keluar suara. Mcm dlm drama tu huhu. Manalah reti sebab first time. Tekak terasa perit dan kering. Rasa mcm dah byk kali push tapi nurse asyik cakap ye sikit lagi ganbare tapi kenapa akachan tak keluar jugak. Lepas tu nurse ckp push jgn keluar suara pulak. Maka patik pun cubalah. Nurse ckp jyouzu desu ne mungkin sebagai kata2 semangat. Terasa seperti ada benda tapi mcm ssh nak keluar tapi nurse asyik ckp sikit lagi sikit lagi tapi tak keluar2 pun.

Nurse tipu huhu (tapi ckp dlm hati jela) yela sebab dah tak larat dah. Masa tu dh penat sgt2 tapi demi akachan tercinta ku gagahi jua huhu. Sampai satu tahap mmg saya pandang cinta hati dan geleng kepala. Masa tula keluar ayat kt atas tu. Dalam jam 5 lebih tiba2 bilik tu dipenuhi 3 orang doktor dan 12 orang nurse. Huhu. Seorang doc berdiri sebelah katil 2 orang lg sambut akachan. Bila saya ckp sakit dan rasa nak push doc yang sebelah katil tu cakap push your best sambil tangannya tekan-tekan perut. Kepala dah nk keluar tapi masuk balik. Rest sekejap lepas tu push lagi. Doc tepi katil cakap yes yes sambil tekan perut dn doc kat tempat sambut akachan tarik kepala dengan vacuum. Lepas kepala keluar dia suruh berhenti push dan tarik nafas panjang2 dn rilek. Tapi bahu akachan pulak tersekat. Time tula cinta hati nampak doktor gunting sebab nk bagi akachan keluar dengan lancar... Huhu pasrah jela. Lepas tu kena thn sakit jahit pulak. Sebak je bila nmpak akachan dibersihkan kat sebelah katil. Akhirnya akachan keluar jugak selepas berjam2 berhempas pulas. Ya Allah mcm2 perasaan bercampur baur. Apapun syukur sangat saya dan akachan selamat.





Our precious born @ 5.41 pm. Healthy boy 3.84 kg huhu patut la susah nak keluar ke sebab ni first time dan saya tak reti wallahuaa'lam. Biarlah orang nak kata bersalin normal tapi vacuum, janji kami berdua sihat. Harap2 boleh menyusu dengan lancar sebab sekarang ni keluar sikit sangat2 namun patik takkn berputus asa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails