Saya memang suka travel namun duit nan hado huhu... selepas miscarriage tahun lalu, untuk tebus kekecewan saya cakap pada cinta "love, i want to travel" (eceh speaking london) saje kasi dramatik sikit. Travel tu tak tebus kekecewaan 100% tapi anggap juga sebagai honeymoon. Maka saya mula kumpul duit dan tanya pada abg pilot ku yg super duper cool akan "special ticket" kalau travel dengan Etihad. Alhamdulillah boleh tumpang sekaki dengan kemudahan tersebut. Tak perlulah tunggu bertahun2 baru cukup bajet untuk travel.
Namun ada syaratnya, tak boleh pilih destinasi sesuka hati, bergantung pada "ticket availability". Kalau nak ke tempat glam2 macam london dan paris tu sah-sah la susah sebab destinasi fofuler gitu kan sentiasa la al-fenuhsss... Plan asal adalah untuk pergi pada awal Mei iaitu pada cuti golden Week selama 5 hari, namun setelah jishin, kami pulang seketika ke kg halaman. Abedi dan wife, Kak Na ajak kami ke Abu Dhabi. haruslah tidak lepaskan peluang.
Bila dah sampai Abu Dhabi Abedi tanya lagi... kebetulan ada tiket ke Geneva. Keputusan bergantung pada kami, fikir punya fikir akhirnya kami setuju... kelam kabut booking hotel dan sebagainya... nasib dapat banyak tips dari Abedi, maklumlah dia kan dah merantau seantero dunia...

leaving on a jet plane... ;) my love dan Etihad... masa ni menuju ke balai berlepas...

airport ni kecil aje, masih dalam renovation, tak pastilah kalau sekarang dah siap. kunjungan kami adalah pada April 2011 yang lalu...

dalam perjalanan... kalau ikut route yang tertera pada skirn, waktu ni kami sedang melintasi Kuwait...

tak jemu melihat pemandangan di luar...subhanallah... sedang saya khusyuk melihat pemandangan tiba2 terdengar pengumunan dari kapten menyatakan pesawat sedang melintasi MONT BLANC... kenapalah jakun sangat saya ni, ingtkan Mont Blanc tu salah satu jenama tersohor rupa-rupanya puncak tertinggi bagi Banjaran Alps. Teruk betul geografi patik ni tskk...

Sepanjang banjaran Alps...tiba2 nampak orang sedang gigih mendaki macam dalam movie tu, hehe tak habis2 berangan, dush!

valley... masa ni hati berdebar...tak lama lagi akan sampai, saya dan cinta bakal menjejak kaki di tempat asing bagi kami...akan saya kongsi dan ceritakan sepenuhnya...insyaAllah..
p/s: selamat berbuka...











