Showing posts with label Fisher Price. Show all posts
Showing posts with label Fisher Price. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Takut dengan jumperoo...

Ini pun basi jugak hehe... (entri tersadai, nak buat cemano haaa). Jumperoo ni super duper special sebab gift dari geng Sensai IrydPitt. Siap surprise baby shower lagi (boleh baca di ENTRI INI). Mama Hamza ni memang tak sabar nak letak Hamza atas jumperoo. Tapi ya ampunnn Hamza takutttt sangat dengan benda ni. Dia tak confident, tiap kali naik jumperoo nak kena teman main sama2 kalau tak pasti menangis meraung.. adoiiyaaiii... selepas seminggu ke dua minggu, adehh patik dah terlupa la pulak... barulah dia ok itu pun ada sedikit extra cautious, dia bukan jump2 pun dengan jumperoo tapi pusing2 je, haha sabar jelah... lama sikit lepas tu baru la jump ala shy2 cat. Sebab Hamza takut hehe.. aduhai anakanda...

comel tak kasut bumble bee saya? dalam rumah pun nak pakai kasut ish... gedekiah la mama Hamza ni kan hehe, nasib baik musim sejuk waktu tu so ada alasan la nak pakai kasut :p

Hamza banyak main mainan skeliling je... tapi oklah boleh mama buat kerja waktu tu...

Tiba2 teringat zaman Hamza muda mudi dulu... uwaaa cepatnya waktu berlalu... sekarang dah setahun sebulan...

One fine day patik nak story mory tentang Hamza yang terkini tapi adakalnya susah betul nak ambil gambar sebab tak duduk diam huwaaa.... tak sempat nak tulis d entri patik upload di instagram aja sonang hehe...


Sunday, November 4, 2012

Fisher price rainforest gym...

Dulu memang simpan angan2 untuk beli gym ni pada Ken Hamza, tengok keadaan bajet lepas dia lahir. Tapi alih2 ada rezeki dia sebab dapat hadiah dari Aunty Ayu vogedivas. Syukur alhamdulillah. Tak sngka sangat.  Saya perkenalkan Hamza dengan gym ni masa dia nak masuk 3 bulan sebab waktu tu dia dah boleh pegang barang yang dihulur pada dia.

Awalnya dia tak faham apa pun, macam takut pun ada, sekadar dengar lagu dan tengok lampu lip lap pada gym ni. Lepas tu patik ambil tangan anakanda dan bagi dia sentuh toys. Pegang kaki dia biar dia tendang2 toys yang ada. Sehari sekali je bagi dia duduk kat gym tu lama2 takut dia cepat bosan. 2-3 hari lepas tu dia dah berani nak pegang.

sampai berpusing-pusing main...

arigatou ne Aunty Ayu, Hamza suka sangat! sampai jilat2 toys masuk dalam mulut huhu...
ni adalah gambar full gym tu, saya ambil dari web fisher price...

apa yang saya suka tentang gym ni sebab boleh setting muzik. Awalnya saya bagi je Hamza dengar muzik tu dengan pilih mode muzik berterusan, tapi bila dia dah mula pandai pegang dan tendang toys tu patik set kan muzik terhad yang mana ia hanya berbunyi bila Hamza gerak-gerakkan gym tu. Pada mulanya dia pelik kenapa muzik stop, siap kerut2 kening lepas tu nangis haha, bila bunyi muzik terus diam, lama2 dia figure out nak dengar muzik kenalah dia gerakkan toys tu kasi gym shaking2 sikit baru boleh dengar muzik dan tengok lampu lip lap. Hamza suka tengok butterfly tu tapi mama diala kena gerakkan secara manual hehe...

Lepas ni nak cuba jumperoo dari Uncle Pitt and Aunty Iryd pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails