Showing posts with label Pisa. Show all posts
Showing posts with label Pisa. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Italia: Pisa dan Firenze...

Akhirnya sampai di Pisa...
IMG_2267
Inilah pasangan suami isteri yang saya ceritakan pada entri sebelum ni... satu-satunya gambar kenangan kami... kemudian masing2 bawa haluan sendiri...
IMG_2273-tile
Cinta hati di hadapan Pisa tapi perasan tak baju dia? Abu Dhabi hehe... mengabdikan memori di hadapan Pisa. Boleh tengok kesengetannya yang sebenar :)...
IMG_2277-tile
Orang lain duk sibuk landing saya pun nak gambar posing atas rumput jugak haha, sebab macam best aje santai2 macam tu... ramai orang kat sini, tour bas pun ada... walaupun tarikannya hanya Pisa tapi saya teringin nak ke pantai yang berhampiran, mesti best ambil angin pantai.... bangunan besar tu duomo...
IMG_2300
Angin Pisa membisikkan di telinga patik "Hello, princess welcome to Pisa" haha dah mula dahhh sila pengsan laju2 hik2...
IMG_2310
Jelesnya depa boleh naik menara sampai atas. Waktu kami sampai tu Pisa tour baru aje ditutup. Buka 2 kali sehari je, tour seterusnya jam 7 pm. wuwuwu mana sempat train kami ke tempat seterusnya jam 5.00 pm huk2... pasrah, takpelah saya naik menara condong di Teluk Intan ajelah nanti...
IMG_2319-tile
tak dapat naik menara pisa sentuh versi berangan pun jadilah ehehe... dengan satu jari je saya dah sengetkan Pisa.. (dush!)
IMG_2324
bestnya....huhu...
IMG_2333-tile
bergambar buat kali terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal pada Pisa... babai pisah (nama timangan yang saya beri untuk Pisa... baru je jumpa tapi macam dah kenal lama, haha)
IMG_2351
My first and last gelato di Italy huhu... sebab kat sini agak panas berbanding Venezia baru terasa nak makan ice-cream... sedapnya patik teringat2 huhu...
IMG_2392-tile
Dipendekkan cerita, kami dah sampai Firenze tengah cari kedai makan nak isi perut, saya jumpa makcik yang sama ok, yang minta sedekah tu, kertas pun yang sama ugak kali ni tak kena marah, malas nak layan makcik tu...
IMG_2397-tile
Macam bisalah pasta dan pizza 5 euro tu... yummy! dapat free roti, siap tapau nak bawa bekal dalam train nanti hehe... terima kasih pakcik!
IMG_2406
sebelum bertolak ke destinasi terakhir... penat tapi seronok... dalam perjalanan layan feeling baca sophie kinsella tapi versi dia tulis as madeleine wickham...
 destinasi terakhir...
IMG_2421-tile
gambar pemandangan serba sedikit untuk memori patik... banyak ladang kat sini... rasa macam movie (eceh), "koya" sebab tengah baca novel haha...
IMG_2471
Dah sampai Roma Termini...

Friday, August 26, 2011

Italia: Makcik di treno dan menara condong...

Masih ada 2 tempat yang akan diceritakan... sedihnya dah nak berakhir dah ceritera travel patik bersama cinta hati sob sob... Keesokan pagi kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikut...

IMG_2197
Sayonara Mestre dan Venezia... kenangan masih segar dan masih teringat akan suasana menaiki Gondola dan jalan2 sekitar Venezia... 

IMG_2199
Tempat duduk finestre=window hehe ingat lagi tak perkataan sebelum ni? Piano=floor. Train macam biasalah lewat, tapi sekejap je. 

Dari Venezia ke Firenze. Kami transit di sini... ada masa beberapa jam je sebelum kami bertolak ke destinasi terakhir kami... Jika punya masa saya teringin untuk bermalam di Firenze dan juga Pisa. Namun terpaksa akur dengan keadaan huhu...

IMG_2200-tile
antara pemandangan, banyak ladang dan banyak arits :) sebab di mana2 pun ada vandalism ni, kat dinding luar train pun ada... seperti yang saya cakap tadi ramai sangat yang berbakat hinggakan serata dinding penuh dengan lukisan dan tulisan... 

IMG_2231
Asal ada bunga aje sudah tentu penulis miss flower ni like sejuta kali ehehe...

IMG_2214-tile
Saya dan cinta hati selamat sampai di Firenze. Besar juga stesyen ni, lagi besar dari Mestre. Kami dalam dilema antara dua destinasi iaitu outlet dan Pisa, mana satu nak pergi. Fikir2 baik pergi Pisa aje, kalau pergi outlet setakat cuci mata baik tak payah pergi (tapi kachiwa la jugak huwaaa... sebab outlet tu ada kedai jenama2 Italy gitu kan wuwuwu sudah tentu barang yang dijual lebih murah berbanding butik sebab barang yang outdated season). Saya cuba jugak jenguk2 stesyen bas ke outlet tu tapi tak jumpa pasrah... memang tak ada rezeki kut... takpelah kami teruskan ke Pisa...

IMG_2221-tile
antara pemandangan menuju ke Pisa, train ni free seating. Nasib kami sempat duduk kalau tak sudah tentu terpaksa berdiri sehingga ada seat kosong... khusyuk juga tengok pemandangan tapi masih teringat pemandangan DI SINI...
Jumpa makcik pula dalam train ni, sedang khusyuk saya menikmati panorama, dia datang bagi sekeping kertas kepada setiap penumpang. Ada 2 bahasa, 1 english 1 lagi bahasa italy. Peminta sedekah rupanya... tertera bahwa dia ibu tunggal ada 3 anak tak ada duit nak menyara anak-anaknya... saya tengok makcik tu sihat walafiat je, cubalah makcik buat kerja berfaedah sikit huhu... lepas habis satu bagi kertas dari satu gerabak ke gerabak yang lain dia patah balik untuk ambil kertas tu bersama duit. Awalnya saya tak faham, dia hulur tangan... saya dan cinta geleng kepala, lepas tu tak pasal2 dia marah kami sebab tak bagi duit, kemudian dia minta balik kertas tu...  huwaa macam2 pesen ya... entah berapa la makcik tu dapat sehari, dah la train ke pisa ni banyak kali, masa tu saya terlintas, "mesti balik ke Firenze ni jumpa lagi makcik ni" huhu...

IMG_2236
habis cerita makcik, berbalik pada tujuan asal kami ke Pisa. Gambar ni di ambil di hadapan Pisa Centrale...  Saya dan cinta hati ingtkan dekat aje... bila tengok peta...huwaa jauhnya mahu 20 minit jalan ni... terpaksa cepat2 sebab nak balik semula ke Firenze kejar train seterusnya...

IMG_2241-tile
Antara pemandangan mencari Pisa. Kami jumpa pasangan suami isteri dari Florida, bercuti di Italy sempena ulangtahun perkahwinan ke-30. Wahhhh very d romantika i likeeee... Suaminya pernah kerja di Malaysia. Perkenalan kami hanya sampai di Pisa lepas tu mereka ada rancangan tersendiri... kami berjalan sambil berbual, tentang banyak perkara... salah satu yang diperkatakan adalah perihal orang italy, mereka juga telah ke Venezia, "The people here dont talk much, they just want their money. We are a kind of people who like to talk. We're so glad that we met you." Kami hanya tersengih2 dan membalas "yeah me too..."Penat jalan sebab mereka jalan cepat, dah berumur tapi masih cergas... aunty tu cakap dia memang dah tak sabar nak tengok Pisa.

IMG_2263
Akhirnya setelah beberapa lama berjalan... nampak Pisa dari kejauhan. Tiba2 turut excited macam aunty tu dia "yeayyy" angkat tangan saya pun melayan haha... We had a great time knowing and chatting with you along the way to pisa (eceh macam la dia baca blog ni haha... prasantan betul kamu ni ye, dush!).

p/s: Orang lain bercerita pasal raya dah ni saya tak habis2 dengan travel, saje je, kalau cerita pasal raya berjurai air mata ni huhu... ada sikit je lagi episod travelogue ni... jangan jemu untuk baca ye... bila nak wish raya ni.. tak ada gambar sesuai nak letak kat sini... harap2 cinta hati sudi berfoto gedik dengan isteri dia yang over acting ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails