Friday, August 26, 2011

Italia: Makcik di treno dan menara condong...

Masih ada 2 tempat yang akan diceritakan... sedihnya dah nak berakhir dah ceritera travel patik bersama cinta hati sob sob... Keesokan pagi kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikut...

IMG_2197
Sayonara Mestre dan Venezia... kenangan masih segar dan masih teringat akan suasana menaiki Gondola dan jalan2 sekitar Venezia... 

IMG_2199
Tempat duduk finestre=window hehe ingat lagi tak perkataan sebelum ni? Piano=floor. Train macam biasalah lewat, tapi sekejap je. 

Dari Venezia ke Firenze. Kami transit di sini... ada masa beberapa jam je sebelum kami bertolak ke destinasi terakhir kami... Jika punya masa saya teringin untuk bermalam di Firenze dan juga Pisa. Namun terpaksa akur dengan keadaan huhu...

IMG_2200-tile
antara pemandangan, banyak ladang dan banyak arits :) sebab di mana2 pun ada vandalism ni, kat dinding luar train pun ada... seperti yang saya cakap tadi ramai sangat yang berbakat hinggakan serata dinding penuh dengan lukisan dan tulisan... 

IMG_2231
Asal ada bunga aje sudah tentu penulis miss flower ni like sejuta kali ehehe...

IMG_2214-tile
Saya dan cinta hati selamat sampai di Firenze. Besar juga stesyen ni, lagi besar dari Mestre. Kami dalam dilema antara dua destinasi iaitu outlet dan Pisa, mana satu nak pergi. Fikir2 baik pergi Pisa aje, kalau pergi outlet setakat cuci mata baik tak payah pergi (tapi kachiwa la jugak huwaaa... sebab outlet tu ada kedai jenama2 Italy gitu kan wuwuwu sudah tentu barang yang dijual lebih murah berbanding butik sebab barang yang outdated season). Saya cuba jugak jenguk2 stesyen bas ke outlet tu tapi tak jumpa pasrah... memang tak ada rezeki kut... takpelah kami teruskan ke Pisa...

IMG_2221-tile
antara pemandangan menuju ke Pisa, train ni free seating. Nasib kami sempat duduk kalau tak sudah tentu terpaksa berdiri sehingga ada seat kosong... khusyuk juga tengok pemandangan tapi masih teringat pemandangan DI SINI...
Jumpa makcik pula dalam train ni, sedang khusyuk saya menikmati panorama, dia datang bagi sekeping kertas kepada setiap penumpang. Ada 2 bahasa, 1 english 1 lagi bahasa italy. Peminta sedekah rupanya... tertera bahwa dia ibu tunggal ada 3 anak tak ada duit nak menyara anak-anaknya... saya tengok makcik tu sihat walafiat je, cubalah makcik buat kerja berfaedah sikit huhu... lepas habis satu bagi kertas dari satu gerabak ke gerabak yang lain dia patah balik untuk ambil kertas tu bersama duit. Awalnya saya tak faham, dia hulur tangan... saya dan cinta geleng kepala, lepas tu tak pasal2 dia marah kami sebab tak bagi duit, kemudian dia minta balik kertas tu...  huwaa macam2 pesen ya... entah berapa la makcik tu dapat sehari, dah la train ke pisa ni banyak kali, masa tu saya terlintas, "mesti balik ke Firenze ni jumpa lagi makcik ni" huhu...

IMG_2236
habis cerita makcik, berbalik pada tujuan asal kami ke Pisa. Gambar ni di ambil di hadapan Pisa Centrale...  Saya dan cinta hati ingtkan dekat aje... bila tengok peta...huwaa jauhnya mahu 20 minit jalan ni... terpaksa cepat2 sebab nak balik semula ke Firenze kejar train seterusnya...

IMG_2241-tile
Antara pemandangan mencari Pisa. Kami jumpa pasangan suami isteri dari Florida, bercuti di Italy sempena ulangtahun perkahwinan ke-30. Wahhhh very d romantika i likeeee... Suaminya pernah kerja di Malaysia. Perkenalan kami hanya sampai di Pisa lepas tu mereka ada rancangan tersendiri... kami berjalan sambil berbual, tentang banyak perkara... salah satu yang diperkatakan adalah perihal orang italy, mereka juga telah ke Venezia, "The people here dont talk much, they just want their money. We are a kind of people who like to talk. We're so glad that we met you." Kami hanya tersengih2 dan membalas "yeah me too..."Penat jalan sebab mereka jalan cepat, dah berumur tapi masih cergas... aunty tu cakap dia memang dah tak sabar nak tengok Pisa.

IMG_2263
Akhirnya setelah beberapa lama berjalan... nampak Pisa dari kejauhan. Tiba2 turut excited macam aunty tu dia "yeayyy" angkat tangan saya pun melayan haha... We had a great time knowing and chatting with you along the way to pisa (eceh macam la dia baca blog ni haha... prasantan betul kamu ni ye, dush!).

p/s: Orang lain bercerita pasal raya dah ni saya tak habis2 dengan travel, saje je, kalau cerita pasal raya berjurai air mata ni huhu... ada sikit je lagi episod travelogue ni... jangan jemu untuk baca ye... bila nak wish raya ni.. tak ada gambar sesuai nak letak kat sini... harap2 cinta hati sudi berfoto gedik dengan isteri dia yang over acting ni...

32 comments:

amirah said...

hihi..tak sabar nk tengok gambar pisa betul2..

farah fauzi said...

tak per hanis..i suka baca u punyer trevelogue nih...nak harapkan i pergi sana mmg ke bulan la jawabnyer...


***i masih di opis tika dan saat ini...aduh...

finn asri said...

akak, ayat last tu lawak...hehehehe~ d:
x sabar nak tengok gambar wish raya akak ^^v

Fiza Rahman said...

Bestnya dpt gi venice ☺☺

Selamat hari raya utk Hanis & family.

Amie said...

bestnya dia... masih lagi berjalan walaupun dah dekat nak raya,

selamat hari raya... maaf zahir batin ya Hana & cinta hatinya...

Kak Amie tak pasti ada badgita ke tidak yang kakak pilih blog ini sebagai salah satu 10 blog pilihan santai bersama BA... minta izinnya...

LynnAiza said...

bestnye kak!pisaaa. :D

lynn tggl di teluk intan. sini pon ada menara condong. hihihi..

anyway, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.

Fazleyatul Aini said...

ladang bunga apa tuh. sangat cantekkkk

nur easy said...

ramah makcik tu ya.. ;)

travelog ganti kisah raya.. penah beraya kat tempat lain x selain sini?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

makan haty berulam ayaq mata tgk n3 u ni...lawa ek nano hana tue...bunga mmg menambah seri gitew!

Nieda said...

SElamat Hari raya aidil fitri utk Hanis suami isteri yg jauh di perantauan.

Kat sini dah mula bercuti raya .

Anonymous said...

aduih ada lg makcik kt dlm train..hbat juga kan mintak sedekah siap bg krtas pastu org xnk bg duit blh lak mrah2..hehe..kak hanis cntiklah pemandangan,..bila nk bwa hani..hehe

Afikah Aziz said...

xdok duk jemu eh kak bao kisoh ni hehe,sedak ado la,buleh la duk koya sore ika g melawat tempat tu wlp xtau bilo buleh g :P

Unknown said...

bakat tok keno tempat tu

Asmara said...

Kat pisa ada menara pisa je. hehe.. mmg jauh dr central tu kan. next! roma irama ka! ;D

eelobor said...

saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen saya sebelum ini yang boleh mengguriskan hati awak.

inna_risna said...

inna suka tgok ladang bunga tu..rasa mcm nak lari2 jer kat situ mcm dlm citer hindustan..haha!

anyway,teruskan jak la citer travelogue akk nie..inna suka! lain entry akk citer la pasal suasana raya nak sendai pula..^^

Anum said...

selamat hari raya
maaf jika ada tersalah komen di alam maya
jauh diperantauan kan...

yatie chomeyl said...

x make aiskrim femes kat pisa tu ko? sedappp sgt aiskrim dio :)

Unknown said...

x jemu pun baco...jeles jer...haha

Unknown said...

Salam idulfitri, maaf zahir dan batin yer... dari Santri Nurul Iman.

Anonymous said...

jgn sedey2 ye dear... semoga awk kt sana akan epy jgk menyambut hari raya..

emm akak tgk gambo2 awk snap sume tmpt bersih2.. mmg kt sanun xdak sampah ker?

lady-D said...

cpt gi dekat tgk menara pisa tu k.hanis..omo omo..bestnye k.hanis gi doh, dla buleh lukis atas kertas jah pisa ni..hehe

Ct Arina said...

kehijauan yg sgt menenangkan ^_^
kak, x penat ke asik jalan je? hihi

Anonymous said...

@Santri T.P.I.N.I

x menahan ade pengomen dr indon...bernanah air mata darah mata ni tgk smbl berpinar-pinar..haisyyhhhh mencik jeles dowhh

Dr. Bentara said...

sama le kita

pyejal said...

nice foto. bila la nak sampai sana nie...

Unknown said...

wahhh bestnya..menara condong tu tak boleh naik hmm..seronok dapat jejak negara luar..kalau bro terperuk kt kampung je la hihii..selamat hari raya..maaf zahir dan batin

Unknown said...

Wah bestnyer.., tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Anyway.., adikku yang tersangat kiut & (over acting hehehe kidding).... Selamat mengerjakan ibadat puasa & selamat hari raya aidilfitri. Akak ngah jeles ni pasal ader orang dapat tengok bangunan Pisa tu live. Huhuhuhu.

Daddylicious said...

ala tumpang seronok la jugak ni...:)

Juwita Jamaludin said...

tunggu episod seterusnya gambar pisa please..:)

anismelon said...

best nye kak..jalan sesaje..anis tak dapat na jalan cm akk..tngk akk pnye pic je la..heeee

Anonymous said...

asyik2 cite mok cik,semalam mok cik hari ini mok cik...

soklan cepu gangsa,adakah anda golongan mok cik2 atau atau glgn nenek2 yg sudah berjalan menyapu lantai...

0??????cuba teka...hurmm sob sob..ini buka mainan tp kenyataan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails