Showing posts with label Tokyo Sky Tree. Show all posts
Showing posts with label Tokyo Sky Tree. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Railway tracks...


Setiap perjalanan pasti ada destinasi yang ingin dituju. Setiap permulaan pasti ada penamatnya (kalau tengok pelem dolu2 pasti di akhir cerita ditulis "TAMMAT" hehe, eh nyempat lagi tu). Apa ke hal ayat jiwang semacam ni?

 
Berhampiran Nippori station. Tapi bukan destinasi dituju. 
 
Gambar di atas diambil dari atas skyliner, keretapi ekspress Narita airport-Ueno/Ueno-Narita airport. Gambar sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ueno. Pagi tadi hantar mama dan abah balik Malaysia. Kedatangan pada 26 Mei yang lalu dan pulang 18 Julai. Dari saat menanti kelahiran Ken Hamza rumah kami meriah dengan adanya 5 orang penghuni (walaupun kadang mama Hamza merajuk dengan bondanya, salah emosi yang tak stabil dalam pantang kut hihi), pagi2 bila Hamza bangun pasti dia akan bercakap dan tersenyum2 dengan tok wan dan tok ayahnya, time tulah mama dan papa Hamza nak mandi dan makan pagi. Makan tengah hari dan malam mama patik tolong sediakan. Auww rasa macam princess. Dush
 
Mereka nak tinggal di Sendai sampai habis tempoh visa tapi tak sanggup nak berpuasa di sini yang kebetulan jatuh pada waktu musim panas bermakna siang lebih panjang dan panas kering. Sebaik sahaja bersalaman dan melambai pada mama dan abah, bermulalah kehidupan baru dengan hanya kami bertiga Ken Hamza, mama dan papa. 
 
Semalam 17 Julai kami ke embassy malaysia di Shibuya nak buat passport Ken Hamza. Sampai di sana jam 9 pagi dan setel proses dalam 12 tgh hari... erkk pengsan, itupun belum lengkap lagi. Kami baca dalam web embassy, gambar passport perlu 2 keping tapi bila tanya member yang dah pernah buat 3 keping kesemuanya, tak terfikir nak print lebih. Nasib baik gambar diterima, phew lega. Yang menjadi masalah bila mereka nak 4 keping rupanya (passport-2, pendaftaran-2)... lepas tu mak ayah pun kena register dan perlukan gambar terbaru (takde tulis dalam web) atau kami ni memang tak tahu prosedur nak register anak yang baru lahir huhu. Lagi satu sijil lahir dari pejabat pendaftaran daerah. Kami cuma bawa sijil lahir dari hospital je huu. Terpaksa la pos semua tu secepat mungkin, barulah permohonan akan diproses.

Conference dah makin dekat, tengah siapkan apa yang patut, harap2 Hamza behave dan memberi kerjasama buat mamanya ni. Yosh ganbatte...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails