Monday, August 22, 2011

Italia: Venezia water bus...


Alamak entri sebelum ni ada kesilapan ejaan. Nak tulis ala-ala Italian punya pasal, Venice=Venezia bukan Venizia huhu... maafkan patik ye... Mari kita teruskan pengembaraan...

IMG_1604
Sekejap je dah sampai Piazzle Roma, Venezia, dalam 10 minit. Kami berdiri sepanjang perjalanan, berhimpit2 dalam bas. Tangan memang tak lepas dari bag ni dan memang peluk erat2 huhu... pihak hotel pun nasihat supaya berhati2 dengan penyeluk saku... Bas stop untuk ke Venezia depan Bologna je, tapi orang yang menunggu punyalah ramai, bas ketiga baru kami dapat naik. "Fesyen" kat sini orang tak beratur, main naik je, siapa pandai rebut dia dapat naik dulu, lepas tu bas pulak tak berhenti betul2 pada bus stop tu... huhu konfius patik... (abg patik cakap kalau orang tak beratur atau tak ikut peraturan atau buat apa saja sehingga tak fikirkan orang lain, gelarannya adalah "sek kube", terpaksa patik dan cinta hati terjebak jadi sek kube sekejap sebab naik bas tak beratur huhu... pengsan!)
IMG_1607-tile
Jalan sikit je dari bas terus nampak pemandangan gambar pertama tu. Macam tak percaya pulak, ye ke da sampai Venice ni? Lepas tu terus naik jambatan untuk lihat pemandangan dari atas tu... angin Venezia menyapa lembut pipi patik... terasa kedinginan dan bisikan dari sang angin, katanya "Hello princess, welcome to Venice." (perhatian, ini hanyalah khayalan penulis) toksah duk percaya la angin boleh cakap bagai... speaking london pulak tu... sebab penulis tak reti cakap Italia haha... Tak tahu nak ke mana sebab masih "blur"... nak terus berjalan dari jambatan tu atau terus naik water bus.

Pengangkutan di sini semuanya guna bot atau nama glam dia waterbuses, sebab bas versi atas air jadilah water bus. Tak sempat nak berkhayal lebih jauh, nampak water bus ke Piazza San Marco akan berlepas. laju2 saya panggil cinta untuk naik. Alang2 dah beli  travel card untuk bas dan juga water bus mestilah guna sepenuhnya (tips: lagi jimat beli travel card berbanding tiket asing2, mahal). Kalau jalan ke Piazza San Marco memang sampai tapi mesti berjam-jam lamanya... Sila refer gambar di bawah...
Tarikan utama di Venezia adalah Piazza San Marco (biru) dan Rialto (merah). Bas dari Bologna berhenti di bulatan hitam Piazzle Roma. Mula2 berangan nak jalan kaki sambil menikmati pemandangan dari Piazzle Roma ke Piazza San Marco. Bila tengok peta, lupakan ajelah.. nanti tak pasal-pasal sesat di celah2 laluan keci tul...

Kalau tanya en wikipedia,banyak gelaran yang telah diberikan pada Venezia ni antaranya adalah:
"City of Water" (dikelilingi air laut)
"City of Masks" (berkaitan dengan teater dan opera)
"City of Bridges" (pulau2 kecil dihubungkan dengan jambatan, akan saya tunjukkan di entri seterusnya)
"The Floating City" (macam terapung gitu kan sebab sturktur pulaunya yang ada jarak antara satu sama lain)
"City of Canals" (laluan air, di celah2 bangunan etc, kalau lihat peta di atas, laluan di bawah Rialto tu merupakan Grand Canal kerana ia merupakan laluan terbesar berbanding yang lain)

IMG_1618-tile
antara pemandangan semasa menaiki water bus ke Piazza San Marco... pertama kali lihat kapal cruise depan mata huhu jakun seketika.

IMG_1681
"Pakcik nak tumpang naik yacht boleh? Macam best je..."

IMG_1665
Mungkin Piazza San Marco dari kejauhan... banyak sangat bangunan ada kubah dan menara di sebelahnya. Kat sini juga banyak duomo (lupa duomo? sila check di SINI).

IMG_1649-tile
Bangunan lama... rasanya semua bangunan kat sini adalah sejak dari zaman dulu lagi. Banyak juga bangunan yang sedang diperbaiki/baikpulih... teringat kata2 kawan ku, F-san yang pernah ke Belgium. Dia cakap bangunan kat europe ni dari jauh nampak cantik tapi bila pergi dekat "kitanai yo" katanya dengan penuh ekspresi (kitanai=kotor/dirty) yelah bangunan lama kan memang macam tu kalau tak dijaga memanglah nampak comot... menghampiri Piazza San Marco, kali ni lebih jelas rupa parasnya...

p/s: konfius nak cerita apa lepas ni makcik kekwat ke kambing... cuba curi masa untuk menulis entri seterusnya... busy2 pun sibuk nak menulis kat blog huhu...

39 comments:

yatie chomeyl said...

ore gi venice dulu maso winter, sejuk ketar caro ko nk kencing jah.

Anonymous said...

typo ttp typo=miss typo.

anumuchan said...

wahh venice tuuuu..teringin gak nak sampai sane..jeleshh tau..huhuuuu..aa takleh jadi ni..malam ni nak mimpi g venice la camnih..hihi

nur easy said...

macam masjid lak ya, siap ada kubah..

Zaza said...

ble nampak kapal tu, teringat kat kapal titanic, you know that alerady karam..
selamat bercuti..!

aamalinaazman said...

waaa
cam tu budaya deme eh

huuuuu.italiaa..heeee
conoknyee..
mang kota cinta gitu!

PinKy MoMMa said...

huhu jakun gak kalau dpt tengok cruise depan mata..feeling mcam titanic pula ekeke..ooop ampun terlebih imagine ni ;p

Anisa Hang Tuah said...

indahnya...bila lah saya nak sampai sanee

Hanis MY said...

@yatie chomeyl
bakpo g maso musim sejuk nyo?

Hanis MY said...

@Anonymous
Cant help being a miss typo wuwuwu

Anonymous said...

@Hanis MY

gedekiah...grrrrrrrrr...

Nieda said...

Salam Hanis .

Bertuah badan dpt round the world.Rezeki jgn ditolak.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

biler u gi nie
masa cuti jishin hary tue ker???
panjang sungguh part jejln kali ni
berbuih mak jelezzz d sini ngeee

Unknown said...

venice!!! lps ni kita buat tmpt ala2 venice, ad water bus. tapi improve lagi, venice versi malaysia^^

Asmara said...

busuk tak lalu kat canal2 dia tu? hehe.. penat seharian berjalan, tp best lg2 masa berdua gitu. haha.. psst ada bawak balik glass murano tak? ;D

amilinhussin said...

jmbatan tu dah dinobatkan sebagai the most photographed bridge sbb rmai sgt yg ambik gbr kat situ.. best nye akak dah jadi salah sorang drpd nye...

kasihredha said...

comey2nya bangune kat sano walaupun comot...suko beta tengok...
tapi banyok penyelok saku dok?

Kamalia said...

Oh hanis..org kejeleesan di sini.best ek jln2 di venice.ptg ni gak nk g venice..haha*mengong sbb nak mkn kue rayo*

senyumSOYA said...

sek kube... first bace mace bahaso nihong.. tengok2 bahaso klate..hik3~

akak.. wat kkelik hadioh ko sayo bley? hik3~

Hani Shaklee said...

kak hanis..cantik2 lerr sumer bangunan kat sana..nyaman je kat sana sebab ada air tuuu..hehe

farah fauzi said...

raser macam romantik jer amik gmbar kat jambatan tuh...adeh....suka sangat2...

Fazleyatul Aini said...

warna bus tuh macam bus sekolah plak.hihi

Hanis Azla said...

lama akak dok belek gambar venice hanis ni.. dgn harapan satu hari akak dapat ke sana juga.. InsyaAllah..

wida said...

teringin naik cruise tu..bestnya

whitecappuccino said...

Hanis!!! bestnyer gi Venice! huhuhu

Farah Shamsudin said...

Venice tuu.. best!! ntah bila dapat gi sana..

gadisBunga™ said...

fuh. tgk gambo ni terus feeling cam dalam citer james bond & the italian job! huhu~

amirah said...

bila la akak nak merasa gi tempat2 gini hanis...ermm

me suya said...

No komen la sis.. sebab berjuraian air mata jeles..hahahaha

mrs kayrul said...

bestnya kalau dapat sampai sana...

dhiera zainudin said...

cantik ye cruise tu~ teringin nak naik.
ada bangunan macam kubah masjid ye kat sana

LuN@_aiDi said...

waterbuses?! woWw menariknyer!! beshnyer kak nis melancong ke itali^^_
venice lagi! bandar lomantik!! hihihi(:

DaZzlingLilLy said...

venice..bestnya..mana gondolanya?..ke skang org dah naik fery jer..hehe

シャイマ said...

veniceeee! so romantic!upload gamba kat fb pls k.hanis besar sikit boleh tgk hehe

Prettyvrach said...

Hihihi..pening kan nak baca peta Venice tu...kalau Rome senang sikit...dah la berlorong-lorong. Time saye gi hari tu, pakcik-pakcik kat situ gatal-gatal belaka. Sampai-sampai jek, die ajak posing sane sini. Yang kelakanye, die suh encik tunang yang amek gamba. Adoyaiii....menyirap jek encik tunang tu.kekeke..

dwatyKNY said...

bestnya dapat jejak tempat org... hehehe

raya tak balik malaysia ker???

pe2 pun selamat hari raya...

Ct Arina said...

eh, tgok cruise tu tingat plak kat titanic ^.^
oh my, sgt2 cantek senibina bangunan kat sane!

lady-D said...

waterbusess tu meme mache bas skoloh doh tgk..hehe..dla pun terngango tgk star cruise tuh..tu x tgk depe lg tuh..guano rupo la agoknyo..haha

♥ p a a n i ♥ said...

bestnye kakk!!! teringin nk pegi!!!!!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails