Showing posts with label Venice. Show all posts
Showing posts with label Venice. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Italia: Makcik di toilette...

Toilette=toilet hehe... Masa di Milano Centrale kami kena byr 1 euro untuk masuk tandas awam kami boleh terlupa la pulak di Venezia ni, sah2 la kena bayar juga kan, ingatkan free macam kat Sendai ni huhu... dah la toi di sini sangat susah nak cari, kena ikut anak panah atas jalan, kadang tu entah ke mana2 arahnya... mengelirukan... akhirnya sampai jua dan punyalah terpencil adoiii... pengsan la macam ni... terlupa pesan kawan kalau kat sini nak guna toi tumpang je di restoran waktu makan... kebetulan waktu tu masih kenyang dengan sarapan Bologna.

IMG_1749
menunggu mangsa, lengkap berseragam... dah macam rupa staf tetap... masa ni tak nampak hot lagi... bila kami mendekati pintu masuk tu nampak kertas ditampal tertera "DONT PAY MONEY TO THE GYPSY" cinta hati dah standby nk bayar, sebab dia tak terbaca kertas tu, sepantas kilat (eceh) saya cakap "eh love, nanti dulu..." pasangan depan kami pun sama, isteri dia cakap jgn bayar tapi suami dia dah selamat kasi duit tu. Sebab makcik tu macam halang dari naik tangga dikuis2 tangan minta duit, kalau pergi jugak dia tarik lengan... saya dan cinta hati keliru, datang pula 3 orang perempuan dan makcik tu buat benda yang sama tapi perepmuan tu cakap "no, we wont give it to you" nada seakan tinggi siap tolak balik tangan makcik tu... kitaorang apa lagi tumpang la sekaki cakap no-no dan cepat2 pergi, eee geram pulak dekat makcik tu wuwuwu...


IMG_1750

posing blur, ingatkan cinta hati ambil gambar sign tu je, sekali saya pun ada sama hehe... sib baik tersengih jugak... kat Venezia lagi mahal rupanya, 1.50 euro huhu... nak masuk toi tu ada mesin. Masukkan syiling baru pintu terbukak.... siapa yang dh byr kat makcik tu kenalah bayar lagi sekali maka jumlahnya 2.50 euro, tak ke pengsan...

IMG_1751
peace makcik..... nampak macam hot je, saya nak posing depan toilette aja dong, p/s: tak baik tau ambil duit orang walaupun sedikit huhuhu... makcik tu tak puas hati sebab tak dapat ambil duit kami. 2.50 euro dah boleh makan pizza dengan kenyang perut suka hati tau...

IMG_1776-tile
SF from Firenze, tak pasti bangunan apa yang penuh dengan ukiran tu... 

IMG_1891
teater tak tahu nama :)

IMG_1792-tile
view di celah bangunan... Macam suka pulak dengan view ni... warna air pun cantik...

IMG_1886
dah penat berjalan serta ber-gondola, isi perut sambil tumpang toilette... tak sanggup nak melabur 3euro utk dua orang masuk public toi tu...pizza cheese dan tomato tu satu slice 2.50 euro (1/4), kalau sekeping besar tu 5 euro... burpp alhamdulillah...

IMG_1871
Under the Venice sun and cappuccino... such a memoria...
IMG_2103
Pernah tengok The Tourist tak? lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie, agak2 ni ke bangunan yang "abam joni" terjun melarikan diri tu?...entah patik pun tak pasti...

IMG_2122

Dah tak ada idea nak ke mana, kaki dah penat perjalan. Cari jeti untuk naik water bus balik ke Piazzle Roma...

IMG_2108-tile

cubaan melompat tapi tak jadi wuwuwu, pasrah, patik memang tak ada bakat huhu...

IMG_2149

masa ni dah naik water bus... eh ada model gitu hehe... saya buat2 ambil gambar view hehe, melihat panorama Venezia untuk kali terakhir...

IMG_2161-tile

Sayonara Venezia... sampai je bas dah penuh so tunggu next bus, balik ke hotel... what a wonderful day... alhamdulillah...

p/s: Cinta hati dah mula pasang lagu raya...

Wednesday, August 24, 2011

Italia: Rialto, Gondola, ciao ciao...

Meneruskan perjalanan mencari Rialto. Keliru dengan peta. Sesekali terjumpa pelancong lain yang turut sesat. Dilihatnya saya membawa peta, lalu dipinjam sekejap. Malangnya destinasi kami berbeza. Kalau tak pasti boleh tumpang sekaki. Lantas diucap ciao ciao persis Italian. Masuk kandang kambing.... (err, kambing la pulak), maka saya pun ber"ciao ciao" jugalah sambil membalas lambaian...

IMG_1822-tile
tak terkira lorong-lorong kecil dan jambatan yang kami lintasi... tiap kali lalu pasti saya nak bergambar sehingga kami sedar, eh lebih kurang aje pemandangannya... nasib baik terjumpa makcik yang petah berbahasa inggeris. Kelihatan seperti salah seorang penduduk di situ, ketika kami menyapanya, dia sedang mengunci pintu rumah.

IMG_1830-tile
Makcik tu cakap kalau nak ke Rialto jalan depan lagi, "but if you want to see the view of Rialto, you can just go this way" sambil menunjukkan ke suatu lorong... maka sampai lah kami ke tempat seperti gambar di atas... ada jeti kayu... bertapa la kat situ sekejap sambil berehat... dan menikmati pemandangan, bot, gondola yang lalu lalang...

IMG_1837
Rialto Bridge, Venice...

IMG_1894
Kami meneruskan perjalanan ke Rialto, jumpa pulak pakcik, ke abang eh? hehe... berkira-kira nak naik ke tak... tengok duit dalam poket, pandang sesama sendiri... dah alang2 sampai ni naik ajelah... entah bila ada peluang sampai lagi kat sini... kami sempat menanti sekiranya ada yang sudi naik bersama bolehlah sama2 bayar... namun hampa tak ada yang nak naik... maka teruskan ajelah.... masa tu saya nak turun tangga naik gondola... pakcik tu nak sambut tangan, tiba2 rasa nak buat dialog gedik "eh, apa ni nak pegang2 tangan i, miang..." haha pengsan! memang bagi mereka perkara biasala kan takat nak sambut2 tangan ni... saya buat2 pegang handbag lalalala...

IMG_1897
Minta tolong pakcik tu ambilkan gambar... sejurus lepas tu terus dia cakap "now, my money" amboi tak nyempat2 haha... rilek la pakcik... kami pun terus bagi, memang nak bagi pun tadi tapi dia nak tolong ambilkan gambar kami dulu...

IMG_1898
pakaian seragam berbelang dengan topi riben, lagi comel dari topi i wuwuwu... pinjam topi pakcik la, boleh tak? (sekadar soalan dalam hati je...)

IMG_1914
Menuju ke Rialto, tak sangka pula pakcik tu bawa kami menyusuri Rialto, sebab kami kurang faham dengan englishnya yang punya pelat italiano, ingatkan dekat2 situ, pusing canal yang sempit2 tu je... terima kasih ye pakcik...

IMG_1918-tile 
Patiklah orang paling tak duduk diam dalam gondola haha...asyik bangun aje, sampai pakcik tu cakap "Seniora, madam, be careful". Orang lain siap beromantika, peluk2, lentok2, ki**  dalam gondola tu (auww malu2), saya pula duk lihat panorama sekeliling... nak simpan ketat2 dalam medula oblongata ni, akhirnya dapat yakinkan cinta hati untuk bangun dari kerusi gondola, sebab gondola tu berayun2, dia jadi gayat nak bergerak... (sila imaginasi naik gondola macam naik sampan, saya pun tak pernah naik sampan hehe, sebab tu jakun semacam aje, nak2 naik di lautan pulak).

IMG_1987-tile
melalui jambatan-jambatan kecil dan juga canal yang sempit, kadang rasa seolah-olah, eeeii.. macam nyaris2 je nak terlanggar dengan dinding bangunan tu... adakalanya kena bagi laluan pada gondola lain dulu sebab tak muat. Waktu bertembung gondola lain, pelancong2 lain sangat sporting, mereka melambai dan ber-ciao ciao, apa lagi saya pun turut membuat perkara yang sama, comel aje. Ada juga satu canal tu baunya menusuk kalbu, tapi takdelah sampai nak pengsan hehe...cuma hampir menutup hidung dan berpandangan dengan cinta hati untuk pastikan bukan hidung saya je yang bau...

IMG_1980
Masa ni ayat tak menahan keluar dari mulut pakcik ni, dia cakap kat sebelah dia tu rumah gigo** terkenal masa zaman dulu, lupa nama apa, ampunn. Part tak menahannya adalah lepas dia cakap tu, terus dia sambung ayat "just, like me..." tangan dilepaskan sebelah dari pengayuh tu sambil buat gaya "tiru macam saya". Haha tergelak saya dan cinta hati, lawak pulak pakcik ni...

IMG_2025-tile
Pinjam topi pakcik sat untuk bergambar... lagi dua gambar tu, atas jambatan Rialto, dan gambar terakhir, deretan kedai di Rialto... serius satu kedai pun saya tak masuk haha... sekadar singggah gerai tepi jalan je huhu... memang sightseeing semata2 sambil mengenal tempat orang...

p/s: petang nanti ada meeting, ganbatte to me huhu...

Tuesday, August 23, 2011

Italia: Venezia, Piazza San Marco..

Setelah menjamu mata melihat pemandangan dari water bus, kami pun sampai di Piazza San Marco. Walaupun cahaya matahari nampak panas terik tapi dingin spring masih terasa... saya pakai cardigan lepas tu top up dengan jaket pulak hehe....sejukkkk... Ni cerita lama hujung April yang lalu, sekarang mungkin masih summer di sana macam di Sendai ni... tapi hari ni hujan kat sini sejuk sikit... teringat kembali suasana di Venezia tatkala menulis entri ni...

IMG_1694
bergambar dengan salah satu jambatan... banyak lagi gambar jambatan menyusul...harap tak jemu...

IMG_1693-tile
Gondola di mana-mana. Ia bukan pengangkutan utama tapi bayaran dikenakan untuk "sightseeing" selama 20-30 minit. Nak dia nyanyi2 dan juga naik lebih lama bayaran tambahan akan dikenakan. (mungkin sebab ramai pengunjung waktu ni, maka harga pun up up and away huhu). Kalau naik ramai murah la sikit, boleh kongsi (lu langsi lu... eh tertulis tag line filem kongsi pulak... lawak ok cerita tu... tang speaking kelantan siam tu yang best haha).

IMG_1715
Trademark Piazza San Marco, tak pastilah pula apa nama menara ni... ampunn... (ML, Kak As, Fara dan Yatiey C, ni apa? korang kan lagi expert dari patik ni, patik jakun baru jejak Venezia wuwuwu.)

IMG_1744-tile
Piazza San Marco ni ada satu dataran besar... dikelilingi deretan butik, muzium, kedai makan etc... angin bertiup, padahal sepoi2 aje tapi biasalah i ni over acting asyik pegang topi je risau diterbangkan dek angin... kami tak masuk pun muzium, sebab ada bayaran dikenakan. Sekadar jalan-jalan lihat pemandangan, lihat telatah orang ramai, lihat bangunan lama, senibina dahulu kala...

IMG_1770
suka sangat tengok gondola lalu-lalang bawah jambatan ni... ramai aje pasangan yang beromantika dan bermesraan tatkala menaiki gondola... maklumlah kata orang ini romantic city, tapi saya dan cinta biasa2 je tak ada nak beromantika pun, rasa happy dan bersyukur sebab diberi peluang ni... jalan bersama berpegangan tangan... owhhh hanya saya je yang duk romantik sorang2 haha... whisper at his ear "love, i love u..." he just smiled and i assumed "yes, i love you too"...

IMG_1768
Saya nampak seorang pakcik ni pegang kamera canggih, dengan tak malu approach minta tolong ambil gambar... thank you so much mr stranger... kena tengok orang jugak, risau kang dibawa lari kamera tu, tawakkal ajelah huhu... kadang percaya naluri sendiri, dalam hati berkata, ok kut orang ni... 

IMG_1761
berlatarbelakangkan gondola dan bangunan lama Venice... caption tak menahan haha... pling2 nak lesapkan diri nyorok dalam bilik... malu2.... agak2 kami naik tak gondola? 

Setakat ni je dulu, nanti patik sambung lagi ya... harap tak jemu untuk baca perkongsian travelogue saya dan cinta hati...

Monday, August 22, 2011

Italia: Venezia water bus...


Alamak entri sebelum ni ada kesilapan ejaan. Nak tulis ala-ala Italian punya pasal, Venice=Venezia bukan Venizia huhu... maafkan patik ye... Mari kita teruskan pengembaraan...

IMG_1604
Sekejap je dah sampai Piazzle Roma, Venezia, dalam 10 minit. Kami berdiri sepanjang perjalanan, berhimpit2 dalam bas. Tangan memang tak lepas dari bag ni dan memang peluk erat2 huhu... pihak hotel pun nasihat supaya berhati2 dengan penyeluk saku... Bas stop untuk ke Venezia depan Bologna je, tapi orang yang menunggu punyalah ramai, bas ketiga baru kami dapat naik. "Fesyen" kat sini orang tak beratur, main naik je, siapa pandai rebut dia dapat naik dulu, lepas tu bas pulak tak berhenti betul2 pada bus stop tu... huhu konfius patik... (abg patik cakap kalau orang tak beratur atau tak ikut peraturan atau buat apa saja sehingga tak fikirkan orang lain, gelarannya adalah "sek kube", terpaksa patik dan cinta hati terjebak jadi sek kube sekejap sebab naik bas tak beratur huhu... pengsan!)
IMG_1607-tile
Jalan sikit je dari bas terus nampak pemandangan gambar pertama tu. Macam tak percaya pulak, ye ke da sampai Venice ni? Lepas tu terus naik jambatan untuk lihat pemandangan dari atas tu... angin Venezia menyapa lembut pipi patik... terasa kedinginan dan bisikan dari sang angin, katanya "Hello princess, welcome to Venice." (perhatian, ini hanyalah khayalan penulis) toksah duk percaya la angin boleh cakap bagai... speaking london pulak tu... sebab penulis tak reti cakap Italia haha... Tak tahu nak ke mana sebab masih "blur"... nak terus berjalan dari jambatan tu atau terus naik water bus.

Pengangkutan di sini semuanya guna bot atau nama glam dia waterbuses, sebab bas versi atas air jadilah water bus. Tak sempat nak berkhayal lebih jauh, nampak water bus ke Piazza San Marco akan berlepas. laju2 saya panggil cinta untuk naik. Alang2 dah beli  travel card untuk bas dan juga water bus mestilah guna sepenuhnya (tips: lagi jimat beli travel card berbanding tiket asing2, mahal). Kalau jalan ke Piazza San Marco memang sampai tapi mesti berjam-jam lamanya... Sila refer gambar di bawah...
Tarikan utama di Venezia adalah Piazza San Marco (biru) dan Rialto (merah). Bas dari Bologna berhenti di bulatan hitam Piazzle Roma. Mula2 berangan nak jalan kaki sambil menikmati pemandangan dari Piazzle Roma ke Piazza San Marco. Bila tengok peta, lupakan ajelah.. nanti tak pasal-pasal sesat di celah2 laluan keci tul...

Kalau tanya en wikipedia,banyak gelaran yang telah diberikan pada Venezia ni antaranya adalah:
"City of Water" (dikelilingi air laut)
"City of Masks" (berkaitan dengan teater dan opera)
"City of Bridges" (pulau2 kecil dihubungkan dengan jambatan, akan saya tunjukkan di entri seterusnya)
"The Floating City" (macam terapung gitu kan sebab sturktur pulaunya yang ada jarak antara satu sama lain)
"City of Canals" (laluan air, di celah2 bangunan etc, kalau lihat peta di atas, laluan di bawah Rialto tu merupakan Grand Canal kerana ia merupakan laluan terbesar berbanding yang lain)

IMG_1618-tile
antara pemandangan semasa menaiki water bus ke Piazza San Marco... pertama kali lihat kapal cruise depan mata huhu jakun seketika.

IMG_1681
"Pakcik nak tumpang naik yacht boleh? Macam best je..."

IMG_1665
Mungkin Piazza San Marco dari kejauhan... banyak sangat bangunan ada kubah dan menara di sebelahnya. Kat sini juga banyak duomo (lupa duomo? sila check di SINI).

IMG_1649-tile
Bangunan lama... rasanya semua bangunan kat sini adalah sejak dari zaman dulu lagi. Banyak juga bangunan yang sedang diperbaiki/baikpulih... teringat kata2 kawan ku, F-san yang pernah ke Belgium. Dia cakap bangunan kat europe ni dari jauh nampak cantik tapi bila pergi dekat "kitanai yo" katanya dengan penuh ekspresi (kitanai=kotor/dirty) yelah bangunan lama kan memang macam tu kalau tak dijaga memanglah nampak comot... menghampiri Piazza San Marco, kali ni lebih jelas rupa parasnya...

p/s: konfius nak cerita apa lepas ni makcik kekwat ke kambing... cuba curi masa untuk menulis entri seterusnya... busy2 pun sibuk nak menulis kat blog huhu...

Sunday, August 21, 2011

Italia: Bologna Mestre...

Asalnya nak buat tajuk main piano di Bologna. Tajuk boleh buat orang pengsan haha... sekali sekala tulis tajuk entri tak menahan pun ok jugak, ye tak? Tapi cepat2 je insaf haha...

nasib baik kami memilih untuk tinggal di Mestre. Kebetulan train dari Milano tu lambat. Kalau tiba lewat di Venezia mesti penat nak cari hotel, sebab venizia tu seolah2 pulau2 kecil yang rapat antara satu sama lain. Kami dah cuba cari hotel yang berpatutan di situ tapi, asal yang murah je mesti tempatnya agak terpencil. Tak berani ambil risiko sesat cari hotel, kami pilih je di Mestre. Nasib baik sebelum tu sempat tanya kawan saya, Fara yang pernah berkunjung ke sana sebelum ni. Di Mestre hotel kami hanyalah di hadapan train station. Yeayy... Dalam kepenatan dek jadual perjalanan di luar jangkaan kami, tiba2 rasa seronok bila nampak hotel. Tak sabar nak rehatkan badan. Masa sampai tu, kedai pun dah tutup. Cuma kedai di Mestre station je yang masih dibuka. 
Keesokannya, sarapan dan kami bersedia untuk melihat Venizia. Kami gunakan travel card untuk bas dan juga water bus untuk pengangkutan di Venizia. Kalau nak travel di Venizia semua pun gunakan bot. Sebelum tu tunjuk gambar Bologna hotel dululah ok tak?...
IMG_1597
Kenapa saya nak buat tajuk main piano? baru tahu Piano = floor. Comel tak? hehe i likee... Masa ni dah keluar hotel menuju ke stesyen bas.
IMG_1586-tile
bilik kami di Bologna...
IMG_1600
Di hadapan Bologna pulak, hotel biasa2 je... maaflah tak pandai nak posing huhu...
IMG_1594
Malam sebelum tu, kami study map Venizia ni, keliru nak pergi ke mana. Kami ambil keputusan untuk terjah 2-3 tempat je, atau mana yang sempat ikut kaki melangkah...

Oklah dah lambat dah ni untuk ke masjid...patik agak sibuk kebelakangan ni huhu sadis... tak sempat untuk bercerita panjang hari ni sebab lepas ni nak pergi Masjid. Minggu ni giliran gabungan Indonesia dan Malaysia menyediakan juadah berbuka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails