Thursday, December 15, 2011

Blighted ovum pregnancy...

(entri memang panjang, harap dapat baca sampai dengan teliti, takut nanti ada yang memberi komen yang tiada kaitan dengan entri wuwuwu...)

Pernah dengar istilah blighted ovum pregnancy? Bagi yang belum tahu boleh refer text di bawah.

 "A blighted ovum, also called an "anembryonic pregnancy", is a fertilized egg which implants in the uterus, and begins to develop a gestational sac. The fertilized egg, however, fails to form beyond the sixth week and is absorbed back into the uterus."

Persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku dan terus berkembang menjadi sel embrio dan uri atau nama saintifiknya gestational sac. Namun, embrio tidak berkembang menjadi fetus manakala uri terus membesar dan pada satu ketika akan mengecil dan tidak berkembang lagi. Atau dengan kata lain, sudah ketentuan dari ilahi dan tiada rezeki.

Nak bercerita sikit tentang kisah lama. Saya tak pernah bercerita terperinci dek kesedihan yang amat. Hati berdebar-debar tatkala jari-jemari bergerak menekan huruf pada papan kekunci melakar kenangan lalu. Saya tak pasti apa sebabnya, tapi setelah mencari2 di internet saya simpulkan saya telah mengalami blighted ovum pregnancy pada tahuh lepas, Mac 2010. Memang bukan rezeki daripada Allah, tak perlu kita pening2 fikir dan nak menyalahkan sesiapa.

Alangkah indah dan gembira melihat pasangan yang mendapat zuriat rezeki daripada Allah dengan cepat. Lepas beberapa bulan kahwin terus ada berita gembira. Takpun belum sampai setahun dah ada perkhabaran gembira. Mulut orang saya tak boleh nak halang dari bertanya. Ada yang bercerita gaya berlagak, ada yang bertanya dengan sinis, ada yang bertanya secara prihatin dan ingin membantu dengan memberi pendapat dan nasihat. Tak perlu mempersoalkan kerana rezeki adalah ketentuan daripada-Nya. Sentaplah jugak bila ada yang cakap, dah lama kahwin tapi belum ada anak. Pasangan mana yang tak inginkan zuriat, melainkan bagi pasangan yang merancang kerana itu hak bagi pasangan tersebut.

Sebelum berkahwin, saya ada berbincang dengan cinta hati tentang zuriat. Tak lama lepas kahwin kami akan sambung belajar, nak2 saya dalam bidang kimia, menggunakan bahan2 kimia dan sebagainya. Cinta hati cakap bergantung pada rezeki dari Dia. Selepas menjadi isteri saya akur akan kehendak suami tersayang dan dalam masa yang sama saya berdoa, mohon pada Dia agar diberikan rezeki zuriat pada masa yang sesuai dalam keadaan saya yang belajar ni. Beberapa bulan selepas kahwin, ramai yang bertanya soalan cepuemas. Masing2 sibuk nak tahu dah ada isi ke belum. Tak kurang yang membanding2. Ya Allah, benda ni bukannya kita ada kuasa untuk tentukan.

[[Dulu (tahun 2005) saya pernah di-admitted di hospital pakar berhampiran Larkin (lupa nama). Masa tu suspected appendicitis. Kebetulan masa tu mensus datang lambat sedikit daripada biasa, terus dr tanya awak mengandung ke? (terang2 dah tahu saya belum berkahwin, terus tanya soalan macam tu... pengsan! tak suka pergi hospital! saya benci doktor! haha masa tu kan muda belia lagi, tapi benci tau dr yang cakap macam tu tanpa usul periksa, hello! please check my urine first before saying anything like that!). Dr pakar masa tu sibuk nak buat pembedahan sampai seakan paksa saya menandatangani surat pembedahan. Dah la selalu datang time mama abah dan kakak saya tak ada di wad. Yela charge yang dikenakan untuk pembedahan mencecah ribuan ringgit. Kebetulan saya ada sepupu bekerja sebagai doktor di hospital selayang. Maka dia sarankan pergi ke sana, boleh dia tolong check kan.

Bila di Selayang, sakit dah hilang, tapi alang2 dah ada sepupu kat situ, lebih baik periksa apa yang patut. Saya menangis2 di wad tanpa henti setiap hari, sebab doktor pelatih datang periksa macam2. Cucuk sana sini macam bahan eksperimen. Kebetulan sepupu saya sibuk dan tak dapat nak tumpukan sepenuhnya pada saya. Masa tu mensus masih belum datang lagi (mungkin sebab tension). Doktor kat sini pun sama, syak yang bukan2. Asal sakit perut dan lambat mensus je mengandung, benci! Akhirnya saya dibawa ke gyne untuk discan di bahagian rahim. Macam biasa doktor pelatih yang check terlebih dahulu, dia nampak sesuatu di skrin dan assume ada kandungan dalam rahim (tuduhan palsu apakah ini! tidakkkkk, kejamnya!). Berderau darah. Rasa nak marah ok! Dia pun teragak2 nak confirmkan. Tapi beria-dia dengan kawan lagi sorang cakap, macam embrio kan? Embriolah sangat, dush! Padahal bila saya ingat balik tak ada rupa gestatinal sac pun, sebab dah ada pengalaman scan kandungan sendiri yang versi betul! Kemudian datang boss mereka, saya tak ingat nama doktor tu tapi dia sangat baik. Dia check dengan teliti dan sedikit merungut lebih kurang macam ni (seingat saya, maklumlah cerita lama)...

"Tak suka betullah, selagi tak confirm dekat gyne department, mesti department lain tak nak ambil tahu. Cubalah check dulu, ini semua nak gyne yang check dulu, dah la kita ramai patient lain."
kemudian dia menyambung... masa tu tengah scan di kawasan berkenaan ke kanan dan kiri.

"Rahim adik normal, (sambil tunjuk pada skrin) tengok dinding rahim menebal, saiznya pun normal, tak lama lagi akan mensus. Ovari dan ovum sebelah kanan dan kiri pun tak ada apa2 masalah. Normallah tu kalau mensus terlewat sedikit dari kitaran biasa. Mungkin adik akan ada satu kali cycle yang mana dia akan lari sikit, tapi tu perkara biasa, jangan risau." terangnya sambil tersenyum. Terima kasih kerana tak salah sangka dengan patik ini wuwuwu.

Masa tu memang saya rasa nak jeling pada doktor pelatih tu, orang Islam tapi nak tuduh yang bukan2 pada pesakit tanpa pemeriksaan yang teliti. Harap2 dia belajar dari kesilapan. Masa tu kebetulan dah banyak kes pasal anak luar nikah, saya turut jadi mangsa. Wahai wanita di luar sana jagalah maruah dan mahkota mu, kalau dah terlanjur kita orang perempuan yang menanggung semunya, orang lelaki syok aje teruskan kehidupan dan mencari mangsa/pengganti lain (sempat lagi bagi nasihat). Hilang mahkota tu hilanglah segala-galanya. Hanya suami kita sahaja yang berhak ke atas diri kita.Sebab tu Islam menghadkan batas pergaulan, untuk elak perkara yang tidak elok.

Lepas tu sepupu saya dah free dan dia melalukan pemeriksaan seterusnya. Penat ke hulu ke hilir scan sana sini. Tak ada masalah apa2 pun. Last2 dia cakap mungkin tersalah makan menyebabkan angin dalam perut. Walaupun perit sekurang-kurangnya saya tahu saya sihat, dari rahim, ginjal dan segala jenis pemeriksaan pun didapati normal. Alhamdulillah syukur atas nikmat mu ya Allah.]]

Ok berbalik pada cerita anak pula. (pernah buat entri pendek di SINI). Disebabkan orang sekeliling yang mentensionkan patik maka suatu hari (masa tu dah nak hampir dengan cuti belajar dan nak datang Sendai) saya ke klinik. Kebetulan tak sihat, doktor perempuan pula waktu itu, maka saya tanpa segan silu tanya pasal zuriat. Doktor perempuan tu tanya "Dah berapa lama kahwin" saya menjawab "Dalam 5 bulan." doktor tu tersenyum sambil menyambung "Baru lagi. Lagipun masih muda. Cuba bagi peluang dalam masa 2 tahun, kalau tak ada apa2 baru cuba inisiatif lain seperti ubat  dan sebagainya." Kata2 doktor tu buatkan saya lega. Iyelah mana boleh kejar dua perkara dalam satu masa, nak study lagi nak anak lagi. Sedangkan orang yang dah ada anak dan sedang study pun berpesan pada saya "Hanis, belajar dulu k, jangan sibuk2 nak ada anak, bukan senang tau belajar dan ada anak. Dah la hanis n hubby dua-dua belajar" "Hanis, honeymoon dulu puas2 sebelum ada anak, jangan jadi macam akak..." Adoii yang sebelah sini asyik tanya bila nak ada anak, sebelah lain pulak bagi nasihat sebegini, pengsan mak noks. Tapi hati kecil ini tetap ingin memeluk cium si kecil yang comel!

Kehidupan semakin lega bila kami berada di jepun. Dah tak ada mulut kepochi yang bertanya pasal anak. Beberapa bulan sebelum saya dan cinta hati sambut anniversary ke-2 pada May 2010, masa tu bulan awal Februari 2010, saya disahkan mengandung. Hati gembira tak terkata. Masa pemeriksaan pertama doktor mengesahkan kandungan 5 minggu. Serius terkejut dan tak sangka tapi gembira tak terkata. Waktu tu pemeriksaan dilakukan di klinik puan biasa, caj dikenakan pun mahal huhu. Doktor minta datang lagi semingu kemudian untuk lihat baby. Seperti yang dijanjikan kami berkunjung ke sana sekali lagi. Tapi kunjungan tersebut tidak seindah yang disangka, "I cannot see your baby. Maybe still small. Next week is the most important week, if there is still no fetus, then it is abortion." Mungkin istilah lebih lembut miscarriage. Abortion tu nampak macam tak sesuai sangat kan. Masa tu dengan emosi tak stabil, dengan terkejut, terkilan semua ada bercampur baur.

Terus saya cakap pada cinta hati nak periksa di Hospital Tohoku University pula. Mungkin kelengkapan lebih canggih. Kami terus buat temujanji. Ada masalah la pulak, sebab saya tak ada rekod pemeriksaan di sana. Sambil menunggu di kaunter, air mata tak henti mengalir. Dah tak peduli apa orang yang lalu lalang nak cakap huhu. Setelah menunggu, alhamdulillah dapat jumpa doktor tapi dalam masa beberapa hari lagi. Saya menanti penuh debar. Pada hari ditetapkan kami berjumpa doktor dan ceritakan dari a-z. Dia pun scan dan cakap uri (gestational sac) makin membesar, mungkin baby perlu lebih masa untuk membesar. Ada sedikit harapan di situ. Dia minta kami datang 2 minggu lagi. 2 minggu berlalu dan kami berkunjung lagi, alangkah sedihnya bila uri dan makin mengecil. Doktor bertanya nak buat D and E atau biar keluar sendiri. Saya memilih untuk biar dia keluar sendiri. Tak nak bercerita tentang kesakitan (sakit yang amat huhu), saya rasa sakit bersalin itu jauh lebih menyakitkan.

Doktor mengambil darah tersebut. Setelah ujian dijalankan memang ada uri sahaja dan tiada janin. Memandangkan tiada janin maka cinta hati rasa tak perlu tanam. Lagipun susah sangat nak dapat balik. Prosedurnya rumit tambahan pula saya dan cinta hati kurang fasih bahasa jepun huhu. Saya mencari kekuatan dengan membaca forum, site, yang mana ada pengalaman keguguran. Waktu itu terjumpa tentang blighted ovum pregnancy dan simptom yang saya alami hampir sama. Baca pengalaman orang lain buatkan minda saya lebih terbuka. Masa tu hanya Dia yang tahu betapa saya perlu kuat semangat untuk meneruskan pengajian dan buang jauh2 kesedihan tu.

Bersyukurlah bagi yang mudah dapat rezeki zuriat dari Allah. Kita perlu ingat rezeki Allah ni datangnya dalam bentuk yang berbeza-beza, apa yang penting kita perlu sentiasa bersyukur, berdoa dan terus berusaha. Jangan sekali2 riak dengan rezeki Allah sebab kalau Dia nak tarik tu bila-bila masa aje. Nauzubillah. Yang saya masih kurang faham kenapa perlu adanya...

- segelintir manusia yang asyik menyalahkan satu pihak sahaja iaitu perempuan aje yang dipersalahkan bila perkara sebegini berlaku (tak cukup ilmu dan kurang agama agaknya - maaf penulis geram huhu)
- adanya lelaki yang bangga dan rasa terbukti kelelakian jika ada anak cepat (cinta hati pun tak setuju, dia terus tanya patik "siapa yang bagi rezeki?")

Pengalaman ni memang betul2 banyak mengajar saya. Di harap perkongsian ini bermanfaat. Berkali2 saya fikir untuk publish entri ni huhu...saya juga masih tak faham orang sekarang, sudahlah terlanjur, sanggup pula nak bunuh bayi yang dikandung, astghfirullah... berganda dosa besar.

p/s: ada lagi nak story mory... till the next entry... :)

32 comments:

Anonymous said...

ayat amaran mcm tuju kat I je ...okeh i can accept it...sobs sobs...

Hanis,I want to tell u that u r the real storyteller....Really2 good girl.....

sebab dah ada pengalaman scan kandungan sendiri yang versi betul!Sindrom apakah ini...wuwuwuwuwu....

waaa,nak reveal sedikit demi sedikit erkkkkk.....

Terima rezeki yg allah beri sbb itu yg baik..selalu bersyukur sbb bkn kita PENCIPTA.

Rohani Hashim said...

Hana...ntahlah. Ni hany balik ni mana runsing ayah sakit, mana duk dhr lagi suara2 brtanya itu ini. Kadang2 ada 1masa tu smpai mcm salahkn diri sendiri apsal xngandung lagi ni.smpaikn dah rasa ntahlah downnn yg amat ...

Chekgu Azrine said...

dik.. bertawakal ye banyak2 pada Allah.. mungkin ada hikmah pada perkara yang berlaku..kita tak tahu.. mungkin Allah ada percaturan yang baik untuk adik.. mgkin dia nak adik habis study dulu.. baru diberi rezki anak kepada adik.. bkn semua benda dalam dunia ni kita blh capai.. kita semua dikira beruntung sebab Allah dah bg kehidupan kita just nice je utk kita tempuhi.. dan yg penting cinta hati adik memahami situasi yg berlaku..biasala kalau bab2 mengandung ni selalunya perempuan la yang dipersalahkan..harap adik byk bersabar dan get more closer to HIM.. insyaAllah.. akak doakan adik akan cepat dapat zuriat ye..amin..

Hanis MY said...

@Anonymous ayat amaran mn ee? Tak terniat tuju kt u wuwu... Yela keg Ada tu bg komen mcm tk bc entri mls I nk publish.

Pngalamn scan yg first la nmpk gestational sac tu hehe...

whitecappuccino said...

Hanya yang menagalami sahaja yang tahu bagaimana perasaan menghadapi keadaan ini Hanis..Insayaallah, mungkin belum masanya rezeki ini sampai, Allah itu maha megetahui..bersabar, berdoa dan tawakkal...

Asmara said...

InsyaAllah rezeki tu akan tiba, take care lebih2 dear. Emosi kene jaga ye, kdg2 hormon ni tak menentu. Masih ramai org disekeliling yg sentiasa mendoakan kebahagiaan Hanis dan Mi. InsyaAllah..Mudah2an urusan dipermudahkan. Amin..
*panjangnye entry kali ni, terasa mcm ai pulak dlm situasi ni. adakah bersambung dengan story lain? hehe..

Fatin Syahira Ramli said...

Subhanallah! even belum kahwin and tak ada pengalaman lgsung, seriously sgt sebak dan boleh rasa pressure tuuu. sbb makcik bongsu sebelah mak pun dah sepuluh tahun kahwin still sampai skrg tak dpt anak. macam2 usaha dah buat sampai the last one ikhtiar, rahim makcik terpaksa dibuang due tu apa ntah. sbb dah byk kali buat yg tabung uji tuh tak jd2 jugak ;( kami semua sedih. kalau setiap kali balik mst org akan point dkt diorg. kesian. tp semua tu rzeki dr Allah. akak sabar ya, InsyaAllah atin doakan moga one day Allah akan bagi amanah tu untuk akak dgn hubby :)

ummi_khalish said...

hanis..lama x komen..slalu baca je...hanis...percayalah,masa kamu untuk kamu timang zuriat sendiri akan tibe jua..jaga kshtn..mhn doa byk2 dan ikhtiar..insya Allah..:-)

Unknown said...

berdua puas2 dgn hubby dlu. hehehe:)
insyaAllah.. kalau ada rezeki, x ke mana.. doa byk2 n usaha^^

Tea said...

Allah menyediakan yang baik untuk kita....
Hanis ada suami yang penyayang...


Ramai ibu2 di luar sana...
Tidak ada kasih suami.. Mangsa sepak terajang.. mangsa skandal...

Allah bagi kita nikmat dalam bentuk berbeza.. syukuri seadanya..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Org malayu mmg mulut gituew berbisa bila bertanya
Ai paham apa u rasa
Suka hati label org planing or Takut nk bersalin etc
Yes rezeki tentang ni hanya DIA yg tahu
Don't give up Mcm ai gak tgh try nk dpt kan yg 2nd ni
Yg kes Kwn ai lg kesian sbb bb meninggal dlm perut waktu kandungan 6 bln...simpati sgt
Nasib Dan takdir kiter berbeza part ni
Moga sinar bahagia menanti Kita IA!
Fighting uols!!!!!!!

Diana @ BKKC said...

hanis, rezeki Allah nak bagi...kita hanya berusaha dan merancang..

sebelum D start belajar..dah bincang dgn hubby (fiance mase tu)samaada dia terbuka dan bersedia dgn situasi D nanti. D bukan taknak anak awal, tp memandangkan D terikat dengan kontrak dan biasiswa, D kena pastikan, setiap menda yang D buat perlu perancangan. ( D tak kata, kerana anak nanti study D terganggu sehingga D tak dpt abiskan study dlmasa yg ditetapkan )..

tp selepas D start study, (D belek jadual dan plan studies, jugak possibilities nak berulang alik ke study sites ( research D nanti kat national park ), ditambah pulak dengan tuntutan U utk conference dan publish paper). D rasakan insyaallah D mampu utk handle diri bila pregnant+ada anak sebab hubby D kerja gov.

Namun, hanya DIA yang tahu apa yg terbaik buat kita. Mungkin ini bukan masa yg sesuai utk D pregnant. Lgpon, kalau nak dibandingkan Hanis..usia perkahwinan D baru 7 bulan.. Takde reason D nak give up or nak marah-marah kan?

To hanis...take care. "kadangkala benda yg kita rasa baik, sebenarnya mudharat buat diri kita... dan benda yang kita rasa tak elok, adalah terbaik buat kita..."

HANI IZWAN said...

u, mesti ada hikmah disebalik semua ini. Allah ada perancangan baek lagi untuk u and hubby, who knows..

sabar, doa, usaha dan tawakal yang terbaek u.

mulut orang memang kita xmampu nak tutup. biarkan aje, nanti diam lah diorg tu.

*with lots of love*

Mixed-family in da house.... said...

hana..takper.....insyaAllah ada rezeki nanti....akak dulu pun 1st baby miscarriage juga....keluar sendiri jugak...no D&C

farah fauzi said...

hanis...miss u...setiap kali baca story hanis mmg asyik gelak jer...sukaaaa sangat222...

ct kektus said...

tak pe lah kak. ada rezeki, ada lah nanti. ok. :)


yg tak tahan, part doktor pelatih scan tu kak. suka2 je ckp orang lain lengandung. kalau kite pon geram orang main tuduh melulu.

et said...

hi hanis...
sob...sob..sedih baca ntry kamoooo,
saya pun sama tak der rezeki lagi sejak 8 tahun yang lalu..huhuhu.
takperla bersabarlah kita yer hanis..yang penting kita njoyy our life kan?
insyaallah ada rezeki untuk hanis n suami..

Amie said...

Selamat pagi Hanis,
memang benar dik, kita hanya mampu merancang tapi Dia Maha Perancang... anak adalah rezeki, juga amanah daripada-Nya, Kak Amie faham perasaan Hanis, sebab kakak telah alami sendiri (walau pun ada 3 anak) tapi lebih 10 tahun lamanya Allah belum memberi lagi walaupun kami berusaha untuk mendapatkannya.

Zainur said...

ada juga kes begini yer. tapi memang tak patut dr pelatih buat andaian bukan-bukan kan? Takpe Hanis, belum rezekinya lagi. Saya alhamdulillah lepas kahwin terus fly jd xsempat nak dgr mulut2 kepochi...hehe...

Memang rasa nak sgt baby tp bila fikir balik rs waktunya tak sesuai...Kat sini ramai yg bg semangat dan suruh fikir positif. Katanya enjoy dulu masa berdua sebab kalo dah ada baby nanti susah nak cr quality time bersama. Apa pun semua rezeki dari Allah dan kepadaNya lah jua kita bermohon. InsyaAllah Hanis. I'll pray for you...ameen

anumuchan said...

baru tau cerita psl tahun 2010 tu..nak buat cmne kan..sabar eh k.hanis.tp tulaa kalau dok mesia msti rmai je mulut yg btanya..nsb duk dkt jpn ni takde la sgt org nk btnye.ttunggu2 yg kata ada lg nk story mory tu.cite ape la tu..heee

amirah said...

hanis..sabar ye dik..jgn risau sgt mengenai anak ni ye. yg penting jgn berhenti berharap denganNya.Jgn berhenti berusaha.Segala-galanya Dia yng Maha Mengetahui.Jgn difikir2kan sangat kata2 orang lain.Ada yg lagiii lama menunggu kan? Tabahkan hati dan fikirkan perkara lain.Kdng2 stress je dah boleh menyebabkan kita takbleh mengandung.rileks dan tenangkan diri.Akak doakan yg baik2 saje untuk hanis dan suami.

nur easy said...

semua kan ada hikmahnya.. mudah2an satu masa akan termakbul doanya

yatie chomeyl said...

ujian Allah di berikan pada hambaNya yang sabar. insya Allah berkat kesabaran Hanis & Mi tu, nanti mesti Allah bui rezeki lagi utk Hanis....ore doa ko Hanis :)

LadyBird said...

sbr ye awk..
rezeki itu akan tiba insya-Allah..
cume lmbt atau cepat je..
yg pntg ush..
kalau x dpt jugak..
redha dgn ketentuan Alalh..
hidup ini terlalu singkat tuk bersedih..
kite sedih.. msh ramai lg org yg lagi sdh dr kite..

Anonymous said...

akak...sdey bace ni..tersentuh kat hati..Smg Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat akak dan suami ya :)

Juwita Jamaludin said...

sabar hanis.. akak pun dulu lambat dan pengalaman mengandung 3 kali gugur... itu semua ketentuan Allahkan.. Allah maha merancang untuk kita.. takpe mungkin ada hikmahnya tambahan hanis tgh study.. jika Allah memberi tiada siapa pun boleh menahan.. jangan tension tau.. tak baik untuk kesihatan..:)

wida said...

x pe hanis...lambat laun nanti ada lah rezeki tu.

jgn berhenti berusaha & berharap..doa pada-NYA. pedulikan kata2 orang lain..

smile...jgn cedih2 yer

Hanamiko Sakura said...

akk, saya pernah baca satu cerita..

sepasang suami isteri ni dah lama berkahwin.. tapi mereka belum dikurniakan zuriat... satu hari isteri mengandung.. tapi malangnya keguguran... mereka frust sangat.. tapi si suami pernah dengar satu ceramah ringkas dekat radio... apabila difikir2.. baru suaminya menyatakan bahawa mereka belum bersedia menjadi seorang ibu bapa yang baik... setelah itu mereka berusaha untuk mendapatkan zuriat.. setiap malam mereka solat hajat... bukan saja suami.. malah isterinya... setelah itu mereka akan membaca al-quran walaupun sebaris ayat... akhirnya Allah kabulkan permintaan mereka...

kak, cuba akak amalkan surah waqiah.. dan solat sunah dhuha..kalau tak sempat solat sunah dhuha, baca doanya pun jadi... amalan2 ini memudahkan pintu rezeki kita... betul tak kak???

ini je yang saya mampu tolong... setiap dugaan menandakan Allah sayang sangat dekat kita... Allah pun tengok macam mana hambaNya menghadapi ujian ini... kita hanya mampu bersabar...

Anonymous said...

Salam...sy baru keguguran bln ogos 2011 dan baru tau punca gugur kerana blighted ovum pregnancy setelah puas mencari punca keguguran melalui pencarian maklumat sendiri di Internet...terjumpa dan membaca kisah saudari...jgn putus asa dan Allah Maha Mengetahui....alhamdulilah, kini sy hamil lg setelah 4 bln keguguran...

Eera Shera said...

err baru tau psl ni..thx kak sbb share..kalo Allah nak bg rezeki sape pun tak leh halang ;)

Anonymous said...

Hospital pakar puteri

mekchu said...

ohhh mungkin ini lah yg mekchu alami sebanyak 2kali sebelum mengandungkan najmi dulu.. apa2 pun belum terlambat nak wish tahniah.. semoga selamat semuanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails