Wednesday, January 25, 2012

Soubetsukai di Yonezawa...

Soubetsukai = farewell. Biasanya ia merupakan acara tahunan terutamanya untuk pelajar undergrad sebab mereka adalah majoriti di sini. Mereka juga dapat peruntukan untuk buat majlis perpisahan sebelum balik Malaysia. Kami join pun secara kebetulan dan tak dirancang. Waktu cinta hati selesai solat jumaat 6 Januari, dia terdengar adik2 junior bertanya nak pergi tak soubet (nama manja soubetsukai). Sejurus tahu Yonezawa, terus en suami tertarik sebab tak jauh dari Sendai dan dia tahu mesti isteri kesayangannya nak pergi sebab boleh jumpa Kak As dan juga boleh tengok yuki tebal nak pengsan.

IMG_7045
Maka pagi ahad 8 januari yang cerah dan indah kami bertolak dari Sendai jam 10 pagi (eh nak menyelit jap kalau hari cerah my love cakap "ceroh ceraco", patik jakun tak pernah dengar hehe). 6 kereta semuanya. Ketua rombongan merc A class kat depan tu, Ab+Akmal=Gen kun stream, skyline pejal, kereta kami dan juga 2 kereta stream di belakang. 
Dari tol sendai terus je sampai jumpa exit Fukushima Iizaka dalam 40 minit.. kemudian ambil jalan biasa lebih kurang 40 minit juga tapi sebab yuki agak lebat kena bawa kereta penuh berhemah dan berhati-hati...
IMG_7071
kesian betul tengok pakcik kerja sejuk2 macam ni... tapi mesti mereka dah biasa kan...

IMG_7090
air mengalir pun beku... wow! sila bayangkan hidup kami macam dalam freezer di musim sejuk ni (hehe penulis memang suka over exaggerating)...

IMG_7104
ramai dah main ski/snowboard, nasib baik patik dan cinta hati tak berminat (cukuplah sekali pengalaman seumur hidup hehe), kalau minat memang banyak akan berhabis duit untuk sukan ni...

IMG_7105
ramainya yang tengah naik gondola tu, lepas tu meluncur laju menuruni bukit... 

IMG_7111
lebatnya... kat sini boleh dikatakan hari-hari pun yuki.. memang pengsan, tak sanggup... tapi kalau pergi bersuka ria sekali sekala seronok jugak hehe...

IMG_7120
lihatlah paras yuki tu... tskk...

IMG_7136
dah tak nampak rupa rumah... (tengah banyang rumah Kak As macam mana sebab kunjungan yang lalu time fuyu taklah lebat macam ni...)

IMG_7154
sebelah tu ada ruang sikit untuk pejalan kaki adakala nampak topi/objek separa bulat bergerak tapi orangnya tak nampak pun hehe...

IMG_7164
dah nak sampai ke dewan soubet...

IMG_7206-tile
ganbarou tohoku... dan lihatlah ais kat bumbung bangunan tu, kalau jatuh err tak berani nak bayangkan...

IMG_7210-tile
Gen yang malu2 bila diusik oleh adik junior... semua pun geram nak pegang dan ambil gambar... Nasib baik dengan "a-chi" dia tak pernah segan/malu hehe...  juadah yang amat menyelerakan, ayam masak merah pedas membara tapi sedap, dengan acar dan nasi beringin... dessert puding roti dengan kuah apa ntah custard kut... dan juga caramel banana... alhamdulillah kenyang lunch.

p/s: the best nasi kerabu @ dinner time!

27 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

PITAM tgk yuki tebal gituew
eh ab dah tukar keta ekkk
best rempit ngan skyline tue wootz wootz....

Hanis MY said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆

i baru je post u dah komen, mmg mata u ni ada kuasa ajaib speed reading la haha... haha mana de rempit kitaorg follower je...

Umie Naziera said...

yuki tebalnya...sejukkk gila ah

Asmara said...

hehe.. ayu mmg boleh dpt award pengomen paling laju. :D
*hari ni panas habis cair suku salji. hihi..

Kamalia said...

Kannn..pitam tengok yuki yg tebal kat yone tu tapi cuaca takdela sejuk sgtkan..hehe

Hanis Azla said...

indahnya pemandangan dalam gambar2 tu.. akak yg terketar kat sini tgk slji yg memutih tu.. he..he.. psiko lebih..

Unknown said...

wow.. bestnye laah kak.. eh lamo x jenguk kak sini.. internet baru buleh.. hehe.. how's akachan?

Anum said...

tebalnya sis

Cik TeN10 said...

uwaa ktorg xdpt join kali ni sbb de program lain.. mcm sodap je nasik ngn aym msak merah tu.. huhu

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa masa ini Hanis mesti tengah kuat makan kan sebab berdua hihi.... tapi ada kala kalau berlebih makan boleh mengah kan dik... so jaga kesihatan...

Daddylicious said...

boleh demam hari2 kalau sejuk macam tu...

Chekgu Azrine said...

tu dia.. berlatih ambk gambaq ngan anak orang.. lepaih ni ngan anak sendiri plak.. akak plak over excited sis.. hehehe..

..lawa giles YUKI kat Jepun erk.. untung sis.. dapat merasa YUKI!!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

mcm kakD tngk salji tu best la kan...

TAPI bg org yg merasa kesejukan tu...eemmm...sian...sejuk ye...mai sini kakD peluk ketat2...

a'aa...mcm dah nak nampak ye itu perut ibu mengandung....syomel sgt2..

amirah said...

purrrr..sejuknyaaa..kalo sejuk cenggini akak mesti lahap byk2..hehe

Dina Zakaria said...

kak hanis ni selalu letak pic kasik org jeles tengok salji..

Nieda said...

Berapa agaknya Stream / wish kat Jepun?
Bila sampai Malaysia , ratus ribu pun orang sanggup beli.

♥ p a a n i ♥ said...

bestnyer saljiiiiiiiiiii wuuu..

AzwanRamli said...

wow...teringin nk ke saner...

msredcheesecake said...

Berjalan jauh untuk makan... Layan je....

Zainur said...

kat sini pun baru je farewell dengan 2 buah keluarga yg dah balik msia for good. Next month lagi 2 family. Next, next month another family... At the end of the year, dah tak ada lagi senior2 kat sini...sedih!

Tea said...

mcm sgt sejuknya situuu.... yg paling best makanannya...

Kazman / Sue said...

perghh... keter nissan skyline tu kan kalau kat malaysia dah solek cantik2 siap boleh terbang lagi... tapi gambar keter tu yg hanis ambil standard macam nak buat pi pasar jee...

cik norai said...

oh rindu sangat view putih giler mcm ni..kat fukuoka tadak huhuhu. rindu nyeee teringat zaman bujang dulu

ch000tz said...

cantek but I can imagine sejuk dia macam mana hhahahaha =)) excited tapi kejang hahaa

Cik Amni said...

amni nak main ski tu kak.. masa kat shah alam main kat ICT tu pun dah sangat best.. ini kan pulak kat tempat betul2 kan.. seronok! Sukanya...=)

Munn Jaafar said...

tu dia...air smpai beku?

Annisa said...

comelnya rumah kena selimut yuki.. :')

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails