Saturday, February 18, 2012

Akachan@23 weeks and ultrasound exam...

Tiap kali check up doc akan scan akachan aka ultrasound exam. Dah lama tak letak gambar scan akachan hehe. Saje patik makles plus busy.

Appointment pada jam 9 am 15 Feb 2012. Sesampai di Tohoku Daigaku Byouin, ambil folder hijau untuk isi kertas appointment dan baucer diskaun check up. Kemudian self check blood pressure dan berat badan, kertas kecil yang keluar dari mesin tu diletak bersama dalam file hijau tersebut, kemudian serah di kaunter. Satu lagi bekas urine letak je pada slot bertingkap yang disediakan dalam toi tu.

Apabila selesai, tunggu nama dipanggil masuk consultation room jumpa mid wife yang mana ada dua je kat sini iaitu bilik no 21 dan 22 yang berbunyi

"Hanis-san, ni-jyuu ichi (21) ban ni ohairi kudasai" [kudasai=please/sila, ban=no, ohairi=enter/masuk] --> (puteri Hanis sila masuk bilik no 21) maaflah patik memang suka berangan jadi tuan puteri tsskk...

Tengok pada berat badan, hati ini sangat gusar dan kecewa sebab naik lebih dari 2 kg (sebulan patut naik maksimum 2kg sahaja). Check up yang lepas dah kena bebel, kali ni sure kena lagi padahal rasa macam dah kurang makan (rasa ajelah hehe). Seperti yang dijangka kena tegur lagi, dia tanya makan apa etc, kalau boleh banyakkan bersenam/berjalan huhu. Jalan la jugak ke kampus, masak2 kat dapur buat kerja rumah etc huhu. Bukan ke bila dah nak masuk bulan ke 8-9 ke kena jalan banyak? entahlah. Kemudian tunggu doktor panggil masuk. Kali ni lama pulak tunggu, takdelah lama pun tapi terasa lama dari biasa, ke tak sabar nak tengok akachan, hikhik... bilik jumpa doktor ada banyak no 23-29. Dari tilam hingga kerusi ajaib. Lupa pulak bilik kerusi ajaib no berapa. I dont like kerusi ajaib wuwuwu.

"Hanis-san, ni-jyuu nana (27) ban ni ohairi kudasai"

Berjalanlah saya dan cinta hati menuju bilik 27. Bila masuk terkejut tengok ada 2 orang doktor. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki sah2 doktor jepun. Yang perempuan nampak macam gaikokujin (orang luar). Lalu dia perkenalkan diri tapi tak dengar nama, cuma dengar "I'm from Philippines."Kemudian doktor lelaki tu terus menyampuk, "She is a specialist in ultrasound etc." Terkejut ocopot la sebab tak pernah2 pulak ada doktor pakar yang check. Apapun syukur alhamdulillah. 

Agak kuat la doc tu tekan sebab banyak yang dia check. Geli pun ada huhu. Nak tergelak je. Tapi gambar scan dia bagi 2 keping je wuwuwu. Sebab dah biasa dengan check up sebelum ni bila doc letak je scanner tu biasanya akan nampak kepala, kemudian perut, lepas tu paha. Namun begitu idok la pulak saya tahu terma2 yang digunakan oleh doktor ni seperti BPD, HL, AC dan FL. Kali ni banyak betul yang diperiksa. 2nd trimester ni masih boleh nampak see through dalam badan baby, bila dah 3rd trimester dah tak nampak. So alang2 masih dalam 2nd trimester ni, doktor tu check
- kedudukan rahim
- kandungan cecair amnion
- bahagian otak, dia tunjuk celebrum
- jantung, dia tunjuk aorta, atrium, ventricle kanan dan kiri
- bahagian perut
- ginjal
- tulang belakang
- tulang jari tangan
akachan bergerak banyak sangat melindungi pemandangan doktor. Sampai satu tahap tu doktor naik geram dan tekan2 serta tolak2 perut saya sambil cakap "Come on baby just move a little bit more over there..." tapi akachan tidak memberikan kerjasama. Dia nak check tulang jari kaki tapi terlindung la pulak.

Sepanjang check up tu cinta hati angguk-angguk nampak macam faham. Bila sampai rumah dia belek balik gambar tu juga gambar check up yang sebelum ni dan tanya macam2. Ni apa? Ni gambar belah mana? Laaa tak faham rupanya, comel betul! Cubit pipi tu kang baru tahu.

IMG_7443
Ni apa ni? tanya en suami. Saya tahu tang tulang paha je, istilah dia tatau yang mana satu dan ianya tertulis pada jadual sebelah bawah kanan tu... sekarang berat akachan lebih kurang 734 gram.

IMG_7445
tulang hidung pun doktor ukur jugak, tsk... 

Maka gigihla patik cari maklumat, nasib baik di hujung jari u ahauwww, dengan taip2 di tenet ni. Itu yang tiba-tiba gigih buat entri pasal akachan. Baiklah ibu-ibu dan para wanita sekalian alam, uish over betul haha... semua maklumat dan gambar diperolehi di LINK INI. Entah2 semua dah tahu, patik je ketinggalan jaman wuwuwu...Takpelah anggap sebagai ulang kaji pelajaran eceh macam masuk exam, dush!

bahagian kepala, doktor akan ukur BPD stands for Biparietal Diameter, sebelah tu contoh gambar ultrasound.

yang ini pula AC stands for Abdominal Circumference. 

FL stands for Femur Length iaitu ukuran tulang paha. My fav part sebab ini yang paling faham bila tengok. 

Oklah sekian dulu kelas tak bertauliah ni, sensei lapar nak pergi makan hehe... aiyoo next check up kena bebel lagi ni, huhu... ada sesiapa sudi bagi tips makan. Nak minum jus je kut tak makan, tskk sadiss...

p/s: dah lama tak ambil gambar purikura huhu...

33 comments:

kasihredha said...

aikk dah 3rd trimester dah...
cepatnya
tak lama lagi dah dapat tengok akachan secara real..InsyaAllah.

Hanis MY said...

@kasihredha
kak kasih ku sayam, silap baco kut, hanis dlm 2nd trimester lg hehe...aminnn insyaAllah...

Cik TeN10 said...

Jga kesihatan mummy ngn baby ea =)

Unknown said...

tahniahhhh! :D

happyichigo♥ said...

hello akachan@23weeks and hanis!
Aww tumpang hepi bace entry hanis pergi checkup! Mesti Hanis rase seronok dan berdebar nak tengok akachan melalui scan kan? dira pun macam hanis, tak paham ape maksud istilah2 yang ada kat gambar scan baby, balik terus google nak tahu apa dia! bertuah akachan mama dia banyak cari maklumat mengenai pembesaran akachan..mengenai berjalan banyak, memang betul hanis, baik berjalan banyak semasa mengandung..insyaAllah masa bersalin nanti senang. Dira kan kerja di Kino masa preggy, banyak berjalan keliling bookshop. Masa tahu nak dekat bersalin pun air ketuban pecah dan terus ke hospital..Mungkin sebab terjadi kat dira, sebab tu dira percaya time preggy elok banyak jalan..sekarang dira kerja di office, risau klu preggy nanti tak banyak jalan pula!

take care Hanis

zie_ira said...

wah wah wah !
eksaited nk tgok akachan kluar ,,,omei3,,^^

kyo_9 said...

uih.. detail nyer penerangan..
thanks :)

Ijah EmoTemo said...

wahhh , take care ye akak :)

Azmie & Vivie said...

seronok baca catatan ttg akachan =0). moga sihat walafiat sentiasa. tak sabar nak nengok rupa paras akachan =0).

Chekgu Azrine said...

Sis..seronok je bca citer psl.akachan sis..nti update psl jntina boleh?ke dh citer akk xbaca?hehe

Woofer Storm said...

susah nak faham ayat2 medic ni sis..

#bestnya amik phd suami isteri..takpe ke boleh mengndung time stdy ni?

wida said...

wah..nmpak dah ke baby ape?hr tu wida scan x nmpak pon.baby malu2..asyik lah terkepit.
x pe..janji hanis n baby sihat ker.jg mkn tu..okey

Nadiah Sidek said...

masa ultrasound best..excited tengok baby dalam rahim! ^_^

Hanamiko Sakura said...

hanis-sensei arigatou ^^

akachan dah nampak besar lah ^^ akak dah tau ke akachan ni laki ke perempuan?? nak tau jugak...

anumuchan said...

waa xsabar nk tgk k.hanis jr.heeeee

Umie Naziera said...

xsabar rasanya..tngok gambar jer skarang,t nk tngok real pulak..heeeeeeeeee:)

Mitchamorchell said...

Baby akachan made from Japan! :D

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tngk pict tu sambil tepuk tangan tanda suka....

Unknown said...

baco entry kak hok ni, sero gerey nok g tekan2 sediri perut kak tu..hehehe

Prettywrite said...

tak sabarnya nak tengok baby jepun ni..hee..

Annisa said...

Assalamualaikum, suka entri ni.. nti nisa daa kahwin, leh tengok balik entri kak Hanis ^__^ hihihi. nisa tak sabar tunggu akachan melihat dunia. jaga pemakanan ye kak Hanis :) i mish you..

whitecappuccino said...

sukanya kaknor ikuti perkembangan akachan dgn mummynya ni..tak sabar la..excited ni!

kay_are said...

tak faham ape2 ni kak.. macam tu ke care nak cek bayi? cane care ultrasound tu berfungsi.. tak nampak ape2 pun <-- patut r tak jadi dr.. ape pun.. semoga selamat lahirkan baby ye kak =)

Unknown said...

omedeto :D

Anonymous said...

aka chan!!!

yatie chomeyl said...

oghe dulu meme alhamdulillah naik bera 1kg jah sebulan. cumo ado seklai tu ore make tgh mlmsokmo, jd naik 3kg sebulan..terus keno ngepek. then dietitician suggest mkn strawberry & brocolli utk kalsium *sbb ore jrg minum susu* dan jugop jgn mkn tgh mlm. klu lpr sgt, minum jus jah

Kamalia said...

huhu..kerusi ajaib memamg tak suka..sangat malu..awww
alhamdulillah,siaht ye akachan..berapa dah berat dia?
semoga terus membesar dengan sihat ye akachan..

amirah said...

eee..mancungnya hidung akachan ni..boboi ke gegirl ni? byk mkn buah jela hanis..akak berat tak byk sgt naik tp adik baby punya berat merisaukan mamanya..hihihi

Diana @ BKKC said...

mcm gitu ke??....pernah scan pas operation..tp bkn scan baby..hehe

Hanis Azla said...

baca entry ni macam akak pun ikut hanis pergi check up pulak.. siap ikut masuk bilik2 tu semua dan berkenalan dgn doktor philiphine tu.. he..he.. akak ni wp anak dah 3, tp kdg2 tak faham juga bila tgk gambar scan tu.. ha..ha..

CikUna said...

so cute akachan.. hehe take care ye..

\\(^_^ )//

Unknown said...

bilo baco entry nih teringat lak time Mifz dalam perut dulu...time2 buat checkup & scan mcm nih...memori...:)

Asmara said...

bilik kusi ajaib sini ni-ban. hehe.. excited bila tgk baby gerak2 masa scan tu kan! tak sabar nk tengok bila keluar nnti. ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails