Friday, February 10, 2012

ドラゴン no Origami...

Dulu pernah buat origami di entri INI sewaktu mengikuti program Hina Matsuri. Kali ni menerima ajakan last minute dari cik nab. Program pada hari sabtu lepas, dia pun tak pasti jam berapa. Tahun lepas program ni bermula jam 10 pagi, maka cik nab pun assume kali ni bermula jam 10 pagi juga. Hari sabtu tu patik bermalas2, bersiap pun lambat haha... sebab kena pergi seorang diri (padahal cik nab pun ada sama, alasan...). Cinta hati bukan berminat pun dengan aktiviti sebegini.

IMG_0183
ocopot terkejut, sebab masa turun tangga tiba2 nampak macam ketulan ais jatuh, bila dongak tengok ada duri ais (nama apa ntah ni haha, rekaan semata-mata sila jangan percaya). Ish tak pernah2 ada, sebab Sendai bukannya banyak yuki macam tempat lain... Program tu beberapa langkah je dari rumah, memandangkan pagi tu sejuk, yuki yang ada tu macam mengeras. My love berkali2 pesan jalan elok2 takut nati terjatuh.

IMG_0186-tile
telefon cik nab tak dapat, hati terdetik "tak jadi pergi ke cik nab ni?" Masuk ajelah... rupa-rupanya program tu jam 9.30 pagi, adoii pengsan. Sesampainya patik, orang lain dah bertungkus lumus buat origami masing2... nasib baik ada staf cepat2 datang dan tunjukkan cara untuk buat origami pada hari tersebut. Mata melilau cari cik nab. "tak sihat ke?" hari tu berpeluang buat origami dragon (ドラゴン=doragon) sempena tahun naga gitu kan... banyak betul kertas yang harus dilipat pelbagai warna...

IMG_0184
akhirnya cik nab datang jua, dia ada hal rupanya... sebab tu lambat sikit... 

IMG_0187
para peserta lain... ada peserta dari jepun, korea, bangladesh, india dan juga tak tahu sebab tak sempat berkenalan pun.. Sebelah saya seorang kanak2 perempuan bernama Hina-chan, tapi tak mesra alam sangat, puas i senyum2 pandang2 tapi tak dilayan pun huhu... takut agaknya melihat muka patik yang jelek ni wuwuwu...

IMG_0188
yang warna warni tadi dibentuk menjadi bulatan....

IMG_0189-tile
lepas tu letaklah "doragon" kat tengah2 tu (ala2 "dora" the explorer pula, eh tiba2) maka siaplah origami saya hehe.. simple je tapi senang nak simpan ataupun frame kan... kelakar betul, asal nak bergambar je mesti fasi tu suruh pegang hasil keras tangan masing2, malu i u wuwuwu...

IMG_0194
Bersama sensei yang ajar kami. Arigatou ne sensei! ureshikatta... dah macam rupa anpanman dah patik sekarang ni wuwuwu....

IMG_0196
dapat origami kimono ni, hadiah dari sensei. My fav origami! boleh buat book mark...

IMG_0197-tile
yang ni pun diberi juga kepada peserta, yang sebelah kanan tu nampak macam bunga tapi boleh berpusing seakan gasing... sangat menarik! saya ambil yang versi kecil je, tak tahu nak simpan kat mana, buat menambah habuk je nanti...

IMG_0203
ada sedikit makanan ringan dan minuman disediakan. Senbei, coklat meiji, kacang, sakura mochi yumyum dan ichigo mochi (ichigo=strawberry) yang ditapau buat en suami tersayang hehe... seludup masuk dalam poket baju, shh...

IMG_0214
gambar kenangan bersama para peserta yang langsung tak kenal haha, tak sempat nak borak. Yang kat depan baju pinky winky itulah Hina-chan... kawaii ne!

IMG_0215
Dengan fasi yang best. Bagi penerangan dalam english untuk patik hehe... cik nab org lama kat sini nihongo memang pera-pera nak pengsan!

p/s: abaikan jelah tarikh dan masa yang tak tepat pada gambar tu..last2 setting tak letak date and time, senang...


36 comments:

Cik Sara said...

origami kimono tu sangat sweeeetlah sis!..
heee..muka kelihatan dipam-pam..=D.. tapi untuk kebaikankan??

Kalamhati said...

bestnyoo buat origami ni..comel2 jah hehe
takpo la napok gebu sikit..hehe nnt slim la balik..hok pentingnyo keno jago kesihatan hanis dan akachan (chewaah spekim jepom i!hehe)

Umi Anaan said...

kreatif nyer...+ kawaii la origami tu

Cik TeN10 said...

wahhh bestnye !! mcm2 ade.. suka yg kimono tu !! mmg betul2 jepun punya trademark lah tu.. boleh dibuat penanda buku tu.. =)

yatie chomeyl said...

org2 sabar jah buleh buat origami ni..klu jenis x brp sabar supo oghe ni..adoyaiiiiii

btw, x napok pun tembam..perasae hanis jah tu :P

amirah said...

rajinnya join aktiviti cenggini hanis ni..hehe..tp best kan..takdela boring sgt..ada mkn2 lak tu.. hehe..hanis dah masuk brape weeks ni? comelnya la ibuk peknen sorang ni...muka akak dah scary dah - bukan untuk tatapan umum..hahaha

Umie Naziera said...

nak lipat kertas tecik2,mmg xbuleh blah,adoiiii

anumuchan said...

Wa bestnya boleh buat origami cm ni huhu
Cantik2 semuaaaa

whitecappuccino said...

colourful!! suka suki la! ok jgk main2 dgn origami ni..kreatif.

Aunty said...

Mau belajar cara buat origami burung.

Unknown said...

lamo x buat origami..

wewittt.. napok dohhhh perut tuhh ;p

Mixed-family in da house.... said...

canteeekkk sgt origami kimono tuuuu....pos sini 2 biji...hrheehhreeee

Imran@Copenhagen said...

kelas origami tu free ke? Bagus betul, at least dapat jugak belajar benda baru. Next time boleh la tunjukkan step by step cara buat origami yang kimono tu ye..

isabelle said...

gagagagaa...sukanyaaaa origami yg kimono tuuuuu

Annisa said...

lama tak wat origami :) last buat origami macam kipas (actually buat masa dgr ceramah Induksi) hihi..

suka origami macam bunga tu ^_^

Unknown said...

warna warni yer hasil kerja tuh...:)

Hanis Azla said...

alamak tak boleh view gambar pulak.. tak dapat nak tgk origami hanis tu..

Chekgu Azrine said...

chomel dah ibu mengandung.. tapi still vogue la.. hehehe

Eliss said...

hari tu abang eliss ada belikan nuha buku origami. ingat senang nak buat2,last2 satu hapa pun tak jadi.mungkin tak faham cara melipat tu :p

ijayuji said...

Salam hanis! kita kan kalau buat origami mmg selalu tak menjadi, tp yg burung tu kita reti kalau yg renyah2 gini kita surender :D dah nmpk naik sikit hanis ;-)

me suya said...

rajin sungguh kak hanis join benda-benda gini..suka2.. tp suka nengok akak rajin je la.. kiki3

Anonymous said...

salam dearrrrrr... lama x jenguk blog awk .. sihat ker?
mana ada tembam lew.. still menten cute..

akak pun sgt2 suke origami tau , kalau dh wat mmg xwat kejo lain le jwp nye heheheh

dalila said...

kreatif... best kan joint aktiviti begini... tmbh kenalan

kema said...

hoohoo..kema mau origami kimono tuh bole?...santeekk sgt la...hihi :)

ZWAN SABRI said...

Cantiknya origami.. tringinlank blajaq jugak.. HUHU

Unknown said...

suka NAK buat tapi TAK reti...uwaaaaa :'(

Unknown said...

creative nya :D

zuan pandai origami ros je..huhu

Hanamiko Sakura said...

nak buat... tolong ajarkan hanis-sensei... hehe

kawaii!! seronok dapat buat origami macam2... kite cuma tau buat angsa dan bunga... itu je origami susah yang kita tau buat.. hihi

senyumSOYA said...

wat so ko adik bules? heee~ cumei2..nok origami panda bear deh... ^^

kasihredha said...

kreatif2 sure akachan dalam perut pun turut enjoy belajar sama :)

Cik Pi said...

kak hanis, apa bag plastik kat meja jamuan tu? beg sampah ke?

KizZ said...

WAh...sangat kreatif okey....kagum!

msredcheesecake said...

Best la layan origami kan? Nak try laa...

Woofer Storm said...

berani dia tak tegur sis,ni nak sekeh je rasa ni..hehehee

#cantik la sis.leh pos p msia tak?ehhee pndai je sy tengok sis shoot pic,leh jadi photographer tu..yakin ye^^

Zaza said...

jelesnye akakkkkkkkkkk.
1. sye suke buat origami, tp sgt susaaah nak folow instruction kat paper. kan kan?
2. UK x snow selebat jepon lgi -.-

LadyBird said...

seronoknya aktiviti mcm ni.. kalau di malaysia ni ade.. insyaAlalh xkan lepaskan peluang..

ajarlah jugak nak buat dragon tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails