Friday, July 13, 2012

Disoal siasat oleh polis jepun...

Tak sangka jalan2 makan angin waktu petang (boleh baca di entri Evening Stroll) suatu masa dahulu mengundang curiga suatu pihak yang tidak diketahui.

Disapa oleh polis jepun ni adalah perkara biasa buat kami berdua. Sebab dah banyak kali kena kat airport, be it whether Narita or Haneda. Mereka berpakaian biasa dan akan datang di sebelah kami sambil tunjukkan kad polis (ala macam dalam movie tu... kalau rajin boleh imejin sendiri). Tak ada apa sebenarnya mereka cuma bertanya apa yang kami buat di jepun dan mengambil sedikit maklumat. Kali pertama kena cuak la jugak, tapi kali kedua dan seterusnya dah lali. Bukannya buat salah pun, jadi tak perlu takut. Mereka cuma menjalankan tugas melindungi negara mereka. Bagus juga kalau dilihat dari sudut lain. Bila orang luar datang sudah tentu tak semuanya mempunyai niat yang baik. Oleh itu mereka mengambil langkah berjaga-jaga. Tiap kali tiba di airport sewaktu menuju ke kaunter tiket shinkansen mesti kena tegur. Hari tu masa nak ambil mama dan abah di narita pun sama juga. Sedang khusyuk menunggu di ruang ketibaan tiba-tiba ada lelaki ini anuar zain datang sebelah my love tunjuk kad polis. Sebab dah biasa kena dengan abam polisi terus kami keluarkan registration card dan student card tanpa sempat dia bertanya lebih lanjut, senang cerita hehe...

Yang tak disangka polis datang rumah pagi semalam. Saya tengah menyusu Hamza di bilik, cinta hati bersiap untuk ke kampus. Oh ibu (ala intro lagu exist, nyanyian mamat-sempat lagi nak menyanyi bagai) berada di dapur. Abah di ruang tamu.Yang berurusan hanyalah en suami. Polis tu menyatakan ada orang telefon bagitahu 2 minggu lepas nampak patik dan parents sekian2 di sekitar traffic light depan rumah (masa tu menuju ke rumah Iryd) dan suruh datang check. Yang hairannya 2 minggu lepas??. Padahal dah lama dah, sebelum bersalin lagi, dah sebulan lebih.

Polis nak tengok passport abah dan juga mama patik. Selepas melihat visa dan bertanya itu ini, mereka pun beredar. Walhal rumah kami ni dah dikira dekat dengan international house (kaikan) yang ada penghuni dari pelbagai negara. Kebetulan orang yang nampak kami tu tak biasa tengok orang luar gamaknya hehe.

Menyelit cerita Ken Hamza sikit, macam nilah hari2 dengan dia. Sejak rasa dah ok sikit ni, gaya terbaru dia tidur di siang hari nak kena buai dalam car seat. Kalau tak, susah nak tidur. Letak kat tilam tak sampai 5 minit dah terjaga. Nasib baik malam dia tak nak tidur dalam car seat ni dan boleh tidur di atas tilam itupun kalau kena caranya, malam ok sikit boleh bergilir dengan my love (Kak amirah, tidurkan sambil nyusu baring dia tak tak, awal2 dulu je nak huhu).  

Sebelah tangan buai (car seat tu boleh buai depan belakang), sebelah lagi menaip depan lappy. Kalau dia tidur lama bolehla mama Hamza ni buat kerja plus blogging. Kalau sekejap, sempat sentuh data ajelah huhu... kadang baru je on pc dah merengek2. Kadang ada juga tak nak tidur, paling lama pun 30 minit je. Apapun Ken Hamza adalah buah hati pengarang jantung saya dan cinta hati.

p/s: rumit juga apply nuseri di Sendai ni, ada masa nanti nak cerita kat sini... sebelum tu rasa nak cerita kunjungan mama as dan aunty kamalia tengok ken hamza.


39 comments:

Asmara said...

Haritu pun abah kene soal siasat masa kat airport. masa tu kami takde, nasib baik dtg cepat tapi takde apa cuma tanya je dari mana semua tu, tak tunjuk apa2 pun. act. ni first time kene tahan polis. hehe.. cuak jugak mula2 tu tau. tp tau xde apa. kalau kat sini bdk2 UG selalu la kene tahan masa naik basikal mlm2, tp tunjuk alien ngan student card je. polis sini tak banyak keje kot. :D

Unknown said...

ye ke..so far tak pernah di sapa pak polisi utk tanya buat apa kat sana..maybe sbb kebetulan saya berlegar2 kat depan sekolah je..so diorang tau la kami student situ..

kepoh jugak ek kejiranan situ.. sampai call polis bila nampak your family..

tapi pernah kena sound futari nori abunai desu yo..sbb naik basikal membonceng dua orang..hahaha..

lama saya tak dapat masuk sini... entah kenapa tiap kali nak masuk jadi error..tengok muka ken hamazah pun kat blog asmara aritu..

Cik TeN10 said...

Supermak !!! Smbil hayun buaian smbil menaip..hahahh :)

Bambam nye ppi diaaa

Eey said...

Salam Hanis,
Baby mmg mcm tu, byk ragam. Lagi2 kalau yg BF. Tapi ragam tu laa yg buat kita teringat nanti.
:p

FnF Simple Life said...

Alahai geramnye sama Ken Hamza... Ganbare mama hanis pulun study... ;) teringat saya masa berpantang anak pertama tahun 2005 dulu sy tgh sibuk writing thesis master masa tu. habis je maternity leave draft thesis pun siap dan submit ke sv...heeee...

Asrul "iLham" Sany said...

seram kan kekadang abam2 polis ni kan hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Giat terlebey plak theyols ni
Org report la tu sbb dia tahu ur house etc
Nasib baik semua dh setel

Alahai manjer nyer prince ni...hope ok la Biler u htr g nuseri nnt babe (^ー゜)

maszull said...

assalamualaikum hanis...memang takut juga kalau kena mcm tu...:)

senyumSOYA said...

hohoho..seram gak... ^^

hamza tdoq lma sket deh~ ibu nak wt keja,,..hehehhehe

Unknown said...

perghhh mcm cerita hongkong pun ada...patutla da biasa...tpi kalau pertama kali,mestila cuak..tpi bagusla jugak,kalau nak tgk dari segi positif - yg jiran2 laporkan.

kasihredha said...

bagusnya polis kat sana...jalankan tugasnya sampai mcm tu sekali kan.
Mmm kalau abam anuar zain yg datangkan best...hihi

Ijah EmoTemo said...

Aiyark...dia akan soal siasat ke? Wuu,mmg menjaga keselamatan sgt ni. Pheww...

Fuhh makin lama makin comeiii tau Hamza ni! Hehehe

Lysa said...

baru tahu kat jepun kene cmni :) hehe kalau x salah,xpe. anyway, ken hamza dah tembam! comel!

Nadiah Sidek said...

macam tu ye di jepun. bagus juga kan. mana tahu ada yang masuk secara haram ke. alangkah bagusnya malaysia pun buat macam tu. dah terlalu banyak warga asing di malaysia

kyo_9 said...

hmm.. dah masuk tahun ke-5 di Jpon tapi buat masa ni belum pernah kena tegur ngan polis undercover gitu.. huhu~ maybe sebab dari Kansai kot.. haha~

ummu said...

salam wah hana
sampai cam tu sekali ye encik polis mereka buat check kat org luar.
saya harap dapatlah ahana jumpa nursery pengasuh yang baik utk ken Hamza...

Hanamiko Sakura said...

saya dah imejin cerita detective conan dah.. hehe

kawaii hamza chan XD

Nuwairani said...

setiap kali sampai epot sana mesti rasa cuak sebab macam2 dia soal kite..dahle takleh ckp english. macam itik dengan ayam je bercakap.nasib baik xde pape.setiap kali nak gi memane memang takkan tinggal passport. kang tak pasal2 kene tangkap.

Salina Mat Isa said...

Nk tido dlm car seat ye..mcm2 la..ank sy mmg msuk buai la,tp mlm tido ats katil..

Amie said...

Memang ketat sungguh kawalan keselamatan di Jepun ye Hanis. Apa pun memang itu sudah tugas dan tanggungjawab mereka.
Amboi... lenanya sayang Ken Hamza tidur yea... tak lama lagi tu semakin hari semakin membesarlah dia...

Miss Butterfly said...

uihh.. kes dah lama pon still siasat uh.. tkpe kak , berani kerana benar ye! :)

Unknown said...

Abam polis baik jalankan tugas.

Makin comel pulok tengok baby ni..

نورعيم said...

ketat eh denu punya security. takut bena kalu jd gapo2.

Ummi Husna said...

hailaa...first time baru nak comment kat sini sebab cite pasal polis... dah la i kena tahan ngan polis utsunomiya semalam sbb hubby tak berenti kat tempat berenti..dia berenti kejap tp tak berenti sepenuhnyaaa...kenalah makcik 7000yen!!!!! boleh shopping sano tuuuuuuuuu.... omg omg omg... dah nak jadi........ aoe den nak kato..

nak citer pasal tadika pulak... mmg bnyk hal ..masa mula2 dia suruh sensei yang call...mmg segan... skrang dah 4 bulan kat utsunomiya ni... dah biasa... tadika jepon mmg best..kalau tinggalkan anak ngan derang mmg sgt berpuas hatilah.... tak risau pape kecuali doakan makanan je tak tercampur or tersilap.... haha...(penah ternampak sensei bagi tersalah... kantoii sudah)

Kak Mahh said...

besar dah baby...

Mak Wardah said...

Salam. Dah besar si comel nanti balik sini mesti Nihon-go semata.

Prettywrite said...

sapa g cari rumah nah polis dih kak..ketat jugak undang2 dio..

eh baby koho bulat doh..heee..comeiii..peha tu gere nok kekoh..keh3..

Dkna Abza said...

macam best jer bb tidur dalam tu haa..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

dah mcm ank org jepun sudahh...

hehehehe...syomelnya dia...

amirah said...

ooooo dak tecik ni pandai pilih ek...hehe..tanak tido kat tilam..nak tido dgn mama je ni..hamza baru sebulan lebih, jgn risau, lelama dia akan ok..hanis pun kena praktis gak sebab penat nyusukan duduk..

msredcheesecake said...

cuak gak kalau asik kene soal ngan polis, polis negara lain lak tu...

mrs kayrul said...

bagus polis kat sana..menjalankan tugas tak kira masa sampai pakai baju biasa jer...

HanisLazimAndTheShaklee said...

Polis jepun betul2 jaga negara diorang kan :)

#makin comel hamza ^_^

Unknown said...

wow Ken Hamza tidur dlm seat recaro..pasti la tidur dgn nyenyak kan...:)

Shana' said...

Kalau pak polisi dah malaysia boleh komited mcm polis Jepun pun alangkah baiknya. Kat Malaysia orang dah bertahun tamat visa pun rilek je buat mcm negara sendiri....kita rakyat tempatan pulak yg takut

ct kektus said...

ken hamza saje je tu nak manja2 lebih mintak dodoi dlm carseat. haha :D

sudipVSsenduk said...

kalau dkt M'sia ni, mcm pendatang dr Indon, Bangla dll yg selalu diperiksa, demi keselamatan negara...

lady-D said...

ouh..siap mari jale rumoh nah abam polis ni..punyola jago dih..ken napok tubuh jugok tu..sedap tdo..tabik spring la k.hanis bleh blogging smbil jago ken..

CikUna said...

hehe.. macam2 gaya Hamza Chan tito eh?? alaaa bucuk2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails