Tuesday, July 24, 2012

Kunjungan lagi...

Belum habis mengenai ceritera kunjungan sahabat handai datang tengok Ken Hamza. Ramai panggil akachan Ken, papa dan mamanya panggil Hamza je. Terpulang nak panggil apa Ken @ Hamza atau kedua-duanya.

Selepas kunjungan dari Kak As Yonezawa dan Kamalia Iwate minggu seterusnya lady diva Oyama datang ke teratak buruk patik ni atau dengan nama lain LC bukan longchamp mahupun lizclaiborne tapi ladychenta Ayu, (uish kamu ni nama bag aje yang diingat huhu) dan juga mommy to be Ami. Tapi kedua keluarga ni datang pada waktu berbeza.

Ayu datang sambil nak mengenali bandar Sendai, stay 1 malam di hotel berhampiran bandar sendai. Sampai2 sendai terus terjah datang tengok Hamza. Anak teruna Ayu, Adam... jeles ke mama diva (pandai2 je buh nama mama diva) pegang baby? atau excited jugak nak pegang baby tapi frust bila mama diva tak kasi peluang untuk pegang? comel je ekspresi adam. 

 Auww Hamza tengok kat mama diva Ayu... mesti dia ingat macam pernah tengok je masa dalam perut dulu erk... apakah?

 mama patik ada masak2 sikit untuk jamu tetamu jauh, org berpantang hanya mampu melihat sambil menahan air liur meleleh (ampunn over ekspresi). Yang mencuit hati bila Adam pergi dapur cakap pada mama saya, "Sedap, Adam tambah banyak kali." Alo comei la anak teruna Ayu ni. Mesti dia rindu pada atuk dan nenek dia tu.

 ya ampun ocopot terkejut patik, murah rezeki Hamza dapat hadiah dari mama diva iaitu rainforest deluxe gym fisher price, matching pulak dengan rainforest jumperoo pemberian model dan chef sendai Pitt n Iryd. Arigatou babe! hugs ketat2 (ayat wajib di blog LC).

 ada kad lagi ha... blue karer i like...

sticker glitter2 sesuai dengan personaliti Ayu yang vogedivass...
 
Keesokan harinya sebelum pulang ke Oyama Ayu datang terjah sekali lagi bersama geng2 senior citizen sendai yang lain. Meriah rumah pagi tu. Nasib baik Hamza behave je.

 Petang tu Ami dan suami pula berkunjung ke rumah. Gojes mummy to be. Didoakan semoga semua berjalan lancar buat Ami. Tak sabar nak tengok baby Ami pula. InsyaAllah kami pula akan berkunjung ke rumah Ami nanti.

 Sweet pressie from aunty Ami and hubby. Terima kasih banyak2.

Terima kasih tak terhingga sekali lagi buat semua. Harapnya bila Hamza besar nanti dia akan baca balik kenangan mama dan papanya di rantauan (berangan tak sudah hehe, nak ke dia baca). Tak tahula sampai bila nak berblog ni. But I do love writing and babbling hehe.

p/s: gelagat Hamza...


18 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Opocotttt terkejuzzz gituew tgk n3 ni ngeeee....Ehhh Adam smpt pegang ken rite but dia yg kaku bagai....ya ampun nampak diri ku gelojoh nyer mkn ...mmg terangkat,terbaek dari ladang air tangan ur mom tu

Rasa x best sbb nk kasi baby room tu x dpt sbb x maut keta comey ai tu nangesss....
Maluzzzz oke tgk tulisan kt kad tu...vuruk nmpk hahaha..berthn x tulis asyik type jer...ありがとう babe sudi melayan diva pencen ni...murah rezeki ken dpt hdh mcm2 tu...hugs ketat2 ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

Nuwairani said...

hihih...paling tak tahan part adam makan bertambah2 tu. mesti dia dah lama x merasa masakan malay ala2 nenek2 yang masak ni.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Opocotttt terkejuzzzz gituew tgk this n3 ngeeee
Over betui Adam masa tu hahaha.....Adam sempat pegang ken kejap rite...but dia yg kaku bagai

Ya hampun nmpk sgt ai tgh gelojoh nk mkn...Mmg terangat, malatop & terbaekkkkk Dari ladang la ayaq tangan ur mom tu....

Rasa x best sbb nk Kasi baby room x blh sbb x muat keta comey weols tu nangesssss....maluzzzz oke tgk tulisan kt kad tu...vuruk nmpk hahaha...lama x tulis tangan asyik type jer....ありがとう babe sudi melayan diva pencen ni... Murah rezeki prince ken dpt mcm2 hadiah...hugs ketat2 na....@_@

anumuchan said...

bile la dpt jmpe baby hamza..huhuu..selamat berpuasa k.hanisss...

Shana' said...

seronoknya....murah rezeki baby Ken Hamza

Nur-nba said...

Gembira melihat keakraban dan kemesraan kalian.. Beruntung Hanis ramai kawan2 yang datang menziarah.. Rezeki Ken Hamza.. Nanti bila dia dah besar suruh dia baca entri ni.. Banyak betul Ken dapat hadiah dari auntie2 yg gojes... :)

Azian Elias said...

seronoknya ken.. dpt banyak hadiah..

kasihredha said...

sure adam rindu dgn nenek dan atoknya kan...menumpang kasih dgn atuk dan nenek Ken :)
Seronoknya ken dpat byk hadiah :)

FnF Simple Life said...

meriahnyaaa. Ramai betul aunty uncle datang nak tengok prince Ken Hamza... dapat hadiah best2 pulak tuuu... Kesian mama telan liuq tengok tetamu makan sedap2.

Unknown said...

heheh hamzaaaa!!!!
comel laaa benda2 untuk hamzaaa!!!hehehe

ct kektus said...

mama diva tu sis ayu. :D

mesti ken hamza teruja nak baca punyalah kak. kenangan ni. :D

maszull said...

assalamualaikum Hanis....seronoknya die sbb banyak dpt hadiahkan ...:)

Chekgu Azrine said...

Murah rezeki ken hamza dpt kunjungan dan hadiah..alhamdulillah..

Nini D.. said...

amboi..tangkap gmbr smbil tangan tutup perot..motif? kihkihkih...
kene pantang tau..jgn langgar pantang makan ye :)

amirah said...

seronoknya hamza dpt byk hadiahhhh

Asrul "iLham" Sany said...

seronok layan member2 dtg rumah kekadang kannn

Farah Shamsudin said...

wah! rezeki Ken Hamza. Ramai yang datang melawat kan.. kalau dekat nak je datang.. geram kalau tgk baby ni.

Nieda said...

murah rezeki Hamzah.Mcm2 dpt hadiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails