Tuesday, November 27, 2012

Autumn with Ken Hamza...

Sipp... ahh... nyaman rasa horlicks panas yang baru diteguk. Buku dan fail berselerak di sebelah, mengantuk pula rasanya... Hamza dah lama lena dalam bilik, berblog sekejap nak ambil mood study... (ye ye je kamu ni). Sejak dua menjak di patik dahulukan mana yang perlu, blog dan bw tak rancak seperti waku dulu huhu, bila dah surut kesibukan ni semua tak sabar nak menulis dan berceritera di sini. Bagi yang pernah singgah, janganlah jemu singgah ke sini lagi ye sob sob...

Pagi tadi dah hantar tajuk untuk menghadapi first defense. Tak lama dah... kadang rasa mampu ke tak untuk membentang dan menjawab soalan2 yang bakal diajukan oleh profesor2 tu semua. Walaupun dah beberapa tahun, tapi ilmu ni rasa macam tak cukup2 lagi huhu. Kalau lulus yang ni baru boleh ke final defense. Takutnyaaaa! Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan cinta hati. InsyaAllah...

Dalam kesibukan sempat jugaklah kami mengambil peluang untuk melihat koyou (daun bertukar warna di musim luruh). Bukannya apa, patik teringin sangat ada kenangan dengan anakanda Ken Hamza. Itupun pergi yang dekat2 je jika ada kelapangan pada hari ahad kerana hari sabtu diisi dengan kerja di lab. Nasib baik baby sitter boleh jaga Hamza pada hari sabtu. Buat rumusan ajelah pasal koyou ni, ada masa patik story mory cerita basi ye!

 naruko gorge... kebetulan waktu tu hujan jadi nak ambil gambar pun terhad apapun kami terpegun dengan keindahannya.. syukur Alhamdulillah di atas peluang ini...

 kokia yang comel, saya hanya tahu nama kokia je, nama melayu ke nama mat soleh ke tidaklah patik ketahui... ampunn...

 kireii ne?

yang ini pula sampai secara tak sengaja di Shiroishi... ingatkan dah tak ada koyou rupanya masih ada saki baki, alhamdulillah kerana berpeluang walaupun tidak dapat melihat keindahannya pada waktu kemuncak, tapi warna daun di kawasan ni senada dan seirama... sama aje semuanya... tak kalerful macam bukit lain, tengok jenis pokok jugak agaknya, maaflah patik kurang arif huhu...

di kawasan tu ada suspension bridge... tapi pendek je... namun walau hanya kami bertiga melintasinya tetap rasa goyang dan berayun... 

singgah isi perut makan nari air dengan isi kani (ketam)... not bad, sedaplah jugak...

Yosh, sambung kerja sikit lepas tu nak tidur... ganbatte to me!

39 comments:

Umie Naziera said...

kokia tuu...cantiklaaa

Kuazue Mohamad said...

subhanallah..!!! santek aahhh!!!

nabila azmi said...

hehe..like yg pink tuuu=)

Chekgu Azrine said...

semoga dipermudahkan utk sis dan suami ye bg mndptkan phd..insyaAllah..

whitecappuccino said...

cantik sgt2 view tu..eee...hamza! good luck ye hanis...

fara said...

nak tengok gambar ken lagi dan lagi..hehe.

wah, dah nak defend2 kan diri yek. cemana style phd defense sana?

Nadiah Sidek said...

cantiknya kokia tu!

mummy alisha said...

ya allah cantiknyer kokia tu... :)

Fazleyatul Aini said...

kokia tu cantiknya!

mamawaiz said...

cantiknya kaler kokia tu...pink yer?

Eey said...

Moga dipermudahkan semuanya, ya!
;P

Hanis Azla said...

Subhanallah.. indahnya hanis.. suka sgt tengok.. semoga segalanya berjalan lancar buat Hanis di sana.. Take care..

LuN@_aiDi said...

insyaAllah kaknis mampu tuh men'defence' nnt.caiyook!!caiyook!!
kenyit-kenyit mata cket kat prof tuh sume..heheheh

sempat baby ken berposing utk autumn before ke winter.
kata dah ber'yuki'(btoi x tah) disana?..heheh

Eliss said...

seronoknya jalan2 musim autumn yer. teringat pulak cerita autumn in my heart ;p comel betul pokok kokia tu. mcm nokia pulak bunyinya :)

Unknown said...

suka sangat aki!! tengok warna2 daun berubah blend dengan langit..

Nieda Ramly said...

cantuk warna daun . kat sini mana dpt peluang kejadian alam begitu.

FnF Simple Life said...

moga berjaya viva nnt ye... viva pun koyou' tu aktiviti wajib ye tak...hehe... bila first defense hanis, dah tau date ke?

maszull said...

assalamualaikum hanis...cantiknya pemandangan kat sana...:)

ishamizu said...

Cantiknya subhanallah!
Sempat amik gmbr dgn Ken kan. ;)
Good luck ye Hana for your defence..:)

Miss Lexus said...

bestnye jalan2 kt sne.... mst jakun kejap.. pape pun gud luck :)

Munn Jaafar said...

cantiknya kokia! rasa mcm nak tarah seketoi bawak balik rumah letak kat ruang tamu kan??? hahahaha

goodluck nis!! :)

Annisa said...

Assalamualaikum kak Hanis :) sihat kat sana? cantiknya bunga2 tu. nisa pun daa lama tak on blog ni. ken Hamza daa besar&comel daa :')

take care, rabu rabuuuu sis :)

Amie said...

Comelnya Hamza posing gitu.... cantiknya pemandangan di sana...

Nur-nba said...

Salam. Cantiknya pokok Kokia tu.. kalau tak datang blog Hanis tak akan tahu nama pokok tu.. :)

HanisLazimAndTheShaklee said...

wahhhh kokia tu mmg betol2 comell...bila lah nk smpai jepun nih..huhuuu

Queen said...

subhanallah.. cantiknya...

dah besar dah hamza.. =)

danyang last itu..sangat2 tempting..lapar hokeh

a said...

Woah! kireeeei!!! hontoni kirei desu <3 Ma shaa Allah, lucky Ken-kun^^

zainur1925 said...

ganbatte for your defense! InsyaaAllah boleh

hanim said...

Subhanallah, cantik nya suasana, Hamza makin besar sekarang, take care .

*∽ IZAN ∽* said...

canteknyaa.. rindu nak tengok permandangan macam niii uhuhuh.

debab dah kenn.. geramm auntie tengokkk!

~Beb~ said...

assalam u and famly..

u in japan ok ke? dgr ade earthquake smlm. nauzubillah. hope u all ok2. take care.

Unknown said...

x sabar nak jmpa ken hamza!!

norh said...

comel kokia tu..

Yong Is My Name said...

Mama Hamza,
geramnya tengok..
Baby hamza dah bam-bam.
Aunty Yong gereem

Kazman / Sue said...

cantik2x la pemandangan di sana yeee.... bila la kami dpt sampai sana...

Anonymous said...

nak lagi nak lagi cite Kenza wahai mamanya kenza. hehe.. Gedekiah sungguh srh org hapdet. kikiki. Cik ha bila nak blk msia?

نورعيم said...

kak, gi mano lamo xupdate blog ni? rinsu nok baco2 ni.

Unknown said...

kakkkkkkk! rinduuuuu!

sihat ko?

Azian Elias said...

ya allahh.. besar dah hamza.. tomelll..hanis ok ke now?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails