Showing posts with label Miyagi. Show all posts
Showing posts with label Miyagi. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Autumn with Ken Hamza...

Sipp... ahh... nyaman rasa horlicks panas yang baru diteguk. Buku dan fail berselerak di sebelah, mengantuk pula rasanya... Hamza dah lama lena dalam bilik, berblog sekejap nak ambil mood study... (ye ye je kamu ni). Sejak dua menjak di patik dahulukan mana yang perlu, blog dan bw tak rancak seperti waku dulu huhu, bila dah surut kesibukan ni semua tak sabar nak menulis dan berceritera di sini. Bagi yang pernah singgah, janganlah jemu singgah ke sini lagi ye sob sob...

Pagi tadi dah hantar tajuk untuk menghadapi first defense. Tak lama dah... kadang rasa mampu ke tak untuk membentang dan menjawab soalan2 yang bakal diajukan oleh profesor2 tu semua. Walaupun dah beberapa tahun, tapi ilmu ni rasa macam tak cukup2 lagi huhu. Kalau lulus yang ni baru boleh ke final defense. Takutnyaaaa! Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan cinta hati. InsyaAllah...

Dalam kesibukan sempat jugaklah kami mengambil peluang untuk melihat koyou (daun bertukar warna di musim luruh). Bukannya apa, patik teringin sangat ada kenangan dengan anakanda Ken Hamza. Itupun pergi yang dekat2 je jika ada kelapangan pada hari ahad kerana hari sabtu diisi dengan kerja di lab. Nasib baik baby sitter boleh jaga Hamza pada hari sabtu. Buat rumusan ajelah pasal koyou ni, ada masa patik story mory cerita basi ye!

 naruko gorge... kebetulan waktu tu hujan jadi nak ambil gambar pun terhad apapun kami terpegun dengan keindahannya.. syukur Alhamdulillah di atas peluang ini...

 kokia yang comel, saya hanya tahu nama kokia je, nama melayu ke nama mat soleh ke tidaklah patik ketahui... ampunn...

 kireii ne?

yang ini pula sampai secara tak sengaja di Shiroishi... ingatkan dah tak ada koyou rupanya masih ada saki baki, alhamdulillah kerana berpeluang walaupun tidak dapat melihat keindahannya pada waktu kemuncak, tapi warna daun di kawasan ni senada dan seirama... sama aje semuanya... tak kalerful macam bukit lain, tengok jenis pokok jugak agaknya, maaflah patik kurang arif huhu...

di kawasan tu ada suspension bridge... tapi pendek je... namun walau hanya kami bertiga melintasinya tetap rasa goyang dan berayun... 

singgah isi perut makan nari air dengan isi kani (ketam)... not bad, sedaplah jugak...

Yosh, sambung kerja sikit lepas tu nak tidur... ganbatte to me!

Thursday, December 15, 2011

Memories with Momiji...

Memori terakhir bersama momiji untuk tahun ini. Tahun depan tak pastilah sama ada masih ada rezeki atau tidak. Pertama kali lihat momiji di waktu malam diterangi lampu lip lap lip lap. Mungkin warna daun momiji lebih terserlah bila ada lampu. Entahlah patik kurang arif. Ini merupakan trip on the spot senior citizen Sendai. Sewaktu sampai di Matsushima lebih kurang 1 jam dari bandar Sendai, hujan mula turun rintik2. Alamak dah la kami tak sediakan patung sebelum hujan huhu... Maka sedikit tergendalalah outing kami ada malam tersebut. Tak sempat nak posing beramai-ramai. Hujan tak menentu sekejap rintik sekejap lebat... tapi bila dah nak balik makin lebat dan kami terpaksa cari tempat berteduh. Kebetulan hari tu merupakan hari terakhir matsuri berkenaan, wuwuwu... nak tak nak terpaksa redah jugak la kan...

IMG_0106
Harga masuk taman ni 500 yen dan orang sangat ramai, sehingga terpaksa beratur untuk masuk dan berjalan perlahan2, nak ambil gambar pun susah. Dah la patik dan cinta hati sangat tidak arif ambil gambar waktu malam. Pasti hasilnya hancur luluh sehancurnya hati patik ni huhu...

IMG_0110
momiji desu!

IMG_0113
suka sangat dengan warna momiji ni... cute!

IMG_0147
yellow momiji...

IMG_0114-tile
adalah juga beberapa keping gambar yang "menjadi" untuk diabadikan oleh penulis :P, suka sangat dengan susunan lampu di sepanjang jalan. It felt romantic (mulalah nak berangan tu!)... tapi gambar beramai2 blur la pulak, dengan orang ramai menyukarkan kami untuk posing berkali2 ala-ala filem yang kena shoot balik bila ada scene tak menjadi (eceh!)...

IMG_0127
abaikan boots comot tu... dah banyak momiji yang gugur. Cantik pula bila tanah dipenuhi momiji pelbagai warna...

IMG_0129
besar juga pokok momiji ni, kena dongak atas untuk lihat... 

IMG_0144
masa ni hujan dah mula lebat, momiji ni ditanam di tepi tasik dan nampak reflection, sayangnya keadaan cuaca tidak mengizinkan kami untuk melihat lebih lama, orang ramai dah berpusu-pusu keluar dan juga mencari tempat berteduh. Ada bangsal kat tepi tasik tu tapi dah fully occupied, terpaksa kami cari tempat lain, berlari-lari anak berpimpin tangan dalam hujan, owh such a romantic moment (haha tak habis2 berangan)... 

p/s: tiba2 teringat watak jahat dalam power puff girls monkey mujojojo (betul ke)... haha apakah?


Friday, July 22, 2011

Nametsu Otaki...

Sambungan dari entri sebelum ni... saje post asing2 saya risau gambar lambat keluar huhu... harap2 pengunjung HS boleh lihat kesemua gambar yang dipaparkan...(macam rancangan tv pulak, koya nak jadi pengacara nona :P)
IMG_4379
yeayy... dah sampaiiii...alhamdulillah tak sesat... silaplah tak bawa baju extra, kalau tak boleh rendam2 badan dalam air... bestnyaaa...
IMG_4380
kalau otaki yang anum comei FMTY pergi tu kena panjat tangga, tapi yang ni terbalik pulak, kena turun tangga tinggi... turun takpe lagi, masa nak balik tu adehhh jenuh nak naik tangga tau... (tapi patik tak "terel" ambil gambar macam anum huk2... gambar otaki patik sangatlah buruk wuwuwu... (lari laju2 masuk bilik humban muka kat bantal, ok apa kena hari ni asyik over acting aje haha...)
IMG_4386
Namestu Otaki desu! (air terjun Nametsu/Nametsu waterfall)... subhanallah, waahhh sampai2 aje terpegun tau..., sukanyaaaa i like pantai dan waterfall! Musim panas macam ni airnya sejuk sedang2 elok, cuba kalau ke tempat ni musim luruh confirm tak boleh nak celup kaki sebab sejukkk brrrr.... musim sejuk entah2 beku...
IMG_4407
air yang jernih, owh sungguh nyaman... rasa nak guling terus kat situ ahaha... tapi tak boleh sebab tak bawa baju huhuhu....
IMG_4425-horz
terpaksalah patik jadi photographer tegar, sebab cinta khusyuk sangat menikmati keindahan otaki, dah tu bila jumpa geng terus borak pasal kereta hehe... lelaki dan kereta tak dapat dipisahkan ok...
IMG_4389-tile
cinta hati ku malas nak posing so banyak gambar candid, penulis excited kemain siap buat gaya ala2 membasuh baju di tepi sungai macam cerita Bawang Putih Bawang Merah Latifah Omar dan Mustapha Maarof, nasib  tak nyanyi lagu bunga hutan aje haha... arigatou my love sebab sudi bagi pinjam selipar, terpaksa cinta berkaki ayam, yelah saya mana tahu kena redah air, bila jalan tanpa kasut rasa tajam2 batu tu huhu (ngengada betul tuan puteri celup ni!) ingatkan boleh duduk posing2 kat tepi tu je hehe, siap pakai kasut lagi pergi otaki ahaha... tak seswai betul...
IMG_4392-tile
jernih kan air dia... cantikkkk.... owh nametsu otaki, i miss uuu... (jangan dilayan penulis yang terfeeling ni hik2)
IMG_4428
inilah satu-satunya gambar saya dan cinta...huhu sadis betul... susahnya nak ajak dia berposing, en suami satu je cukup, yang si isteri tak cukup satu pose, nak banyak2 hehe...
IMG_4440
Rasa macam nak pergi interview je pakcik tu tapi saya tak reti nak cakap, takutlah huhu, "Pakcik pakcik, ada ikan ke? saya tak nampak pun"(ada yang nak kena hempuk dengan pakcik tu kan :P)... mesti pakcik ni dah expert dengan kawasan ni...
IMG_4462-tile
auww pasangan jepun yang sweet muwit, anak Kak As, Haqem yang sangat comel! asyik senyum aje... mesra pulak tu... tak dapat ambil gambar berdua banyak2 ambil gambar bayang2 pun jadilah. Masa untuk pulang, uwaaa sadis tak puas posing bercanda di otaki.
IMG_0011-tile
Bila dah naik atas tu baru perasan ada tempat untuk melihat otaki dari jauh, gambar kedua menunjukkan pandangan otaki tu dari atas. Manakala gambar ketiga dan keempat adalah pemandangan di sekitar tu... sawah padi luas terbentang... mentari petang mula mengundurkan diri di celah bukit bukau... owh indahnya...
IMG_0008
Banyak lagi rupanya tempat yang belum diterokai di Miyagi-ken ni...

apa? tak tahu lagu bunga hutan? Inilah cerita kegemaran patik tau...
sungguh murni (ehhh)...bunga hutan..(ohhh)...
p/s: dinner date to remember...

Nametsu Otaki: The journey...

Masa kecik2 dulu saya jarang dapat berjalan. Hanya berjalan bila abah ada out station, so itulah yang dinamakan cuti2 kami sekeluarga. Jarang ke pantai, ke air terjun etc. Bila belajar barulah ada usaha pergi jalan2 bersama kawan2. Serius! kenangan saya di air terjun hanya 2 kali huhu silalah turut sadis bersama patik... pernah ke air terjun jeram linang dan juga jeram pasu huhu... itulah kenangan air terjun patik masa zaman kanak-kanak... huk huk...

Betapa terujanya hati saya ni bila Kak As (Asmara Life) telah mengajak saya dan cinta bercinta eh silap pergi jalan2 di otaki atau taki = air terjun/waterfall not waterjump okeh! rupanya dalam kawasan miyagi, dekat aje dengan sendai...haha kenapalah kami tak pernah tahu... auww malu maluu...
IMG_4347-tile
setelah bersesak-sesak dengan lautan manusia di Rokkon Matsuri, kami akur dan pulang ke rumah dengan penuh kekecewaan (penulis aje yang kecewa terlebih hik2, biasalah i kan over ektim), sejurus selepas solat laju2 kami ke Namtesu Otaki... dahlah kereta tak ada navi, nasib sempat men-google tempat tu... Nasib kak as explain dengan penuh detailnya, sebab dia takut saya dan cinta tersesat ke lorong2 hitam eheh. Ambil Tohoku expressway dan exit di Shiroishi... lepas tu lalu jalan biasa menghala ke bandar Shichikashuku... tenang dan damainya pemandangan, "love, nak pergi lagi tempat ni... i likeee..."
IMG_4360
pakcik...pakcik coolll... (sila nyanyi ikut nada yang betul :D) Siap lalu di ruangan basikal/motor demi mengelakkan kesesakan lalu lintas...
IMG_4363-tile
melintasi empangan yang sangat besar dan cantik, airnya warna hijau, saya jakun sebab tak pernah pergi tasik kenyir yang mana cinta hati pernah ke sana... so dia tak heran takat tengok air hijau macam tu hehe.. siap cakap "segala jenis ikan pelik, 'resaksa' semua ada dalam air tu" ish love ni biar betul? menakutkan je, mentang2lah i ni mudah percaya, suka tau main2kan perasaan i (ok sila pengsan haha)
IMG_4361
depa ni suka buat jambatan lagu ni, tapi saya suka je tengok... terus teringat cerita otoman taro... resaksa menendang2 jambatan hingga terbelah dua... huuu... abaikan khayalan saya ni...

p/s: bersambung...

Saturday, November 6, 2010

Bertukar! Rairaikyou...

Sekejap je tengok Akiu fall..kami mengejar masa..lepas ni nak ke lab pula..on the way balik i ajak my love singgah rairaikyo alang2 dah sampai akiu ni kan, walaupun dekat je dari rumah kami, tapi tak pernah sampai pun... inilah kali pertama jejak kaki ke akiu. Ada onsen... nak cubalah nanti. Kali pertama mandi onsen adalah di SINI. Pengalaman yang manis dan tak akan dilupakan...

Rairaikyo gorge ni adalah batu-batuan semulajadi di sepanjang sungai... Trekking la sikit tempat ni, kena turun naik tangga, ada bukit2 kecil... tapi nyaman, tenang dan damai... Kenapalah baru tahu dan baru sampai seru nak datang sini...insyaAllah more visits here sooner or later...
 
 the entrance.... nak ke entrance ni pun kena turun anak2 tangga...
 terpukau dengan pemandangan sekeliling...
 air mengalir deras... due to the rain the night before agaknya...
 pada awalnya...my love and i berjalan di sepanjang batu2 yang berlekuk2 ni...
 diikuti dengan anak2 tangga dan small bumps along the way...
 i like the view... tanoshi! (p/s: baju pinky winky tu baju 10 hengget..i likee... siapa yang baca post japanese yen sure faham hehe...)
 "curangnya"eh salah la..curamnyaa...cliff ni...(cliff la sangat)
 di sini ada banyak mini air terjun...
 "my love..where r u?" nampak tak camouflage di sebalik tiang itu? hehe...
 lagi air terjun,,,lupa dah nama apa, setiap air terjun ni punya nama tersendiri...
the stream...quite a long trekking...nak habiskan route ni tak larat rasanya...

 cheeky pose from my love..."dedaunan berguguran..." eh ala2 lirik lagu misha omar :P, i like that song bunga-bunga cinta...
more scenes... rehat sebentar di bawah bangsal... arigatou mr stranger kerana sudi ambil gambar my love and i...
asyyiikkkk...
 "sayang, hantu!" kata my love sambil menunjukkan pada objek biru itu... ish2 my love ni, time kat dalam hutan cenggini la dia nak buat lawak antu plak.... spookyyy... cubit kang...

 lawalah...
the last picture at rairaikyou...we didn't continue our journey...tataulah di mana penghujung rairaikyou ni...

 kami menyelit di celah bangunan, alih2 sampai hotel ni...
 di sinilah hotel penginapan kami (oohhh tipu dusta semata-mata...) nampak kellas aje, sure tak mampu nak stay sini...
 eh ada train zaman dululah...abaikan model tak berbayar yang berjaket biru itu...
 view from across the road...
 ada sejarah pasal train ni...tapi tak faham la... ada sesiapa nak tolong translate?
 the same train suatu ketika dahulu..agaknya tempat ni dulu stesyen keretapi pertama sendai kut.. entahlah...
 wahhh ada kaleidoscope museum! dah parking cun2 dan nak masuk...aduss...entry fee dia sangat mahal ok! 1000 yen, stok ikan dan sayur seminggu tu huhu...niat dibatalkan..duit tu boleh pergi makan sushi atau lunch di marumatsu... takpelah we already have our selfmade kaleidoscope (klik SINI untuk baca)
 lagi gambar pisang kaki..banyak kat sini...teringin nk pergi dekat, yang kat atas tu nampak ala2 hidup segan mati tak mahu tapi buahnya nampak masih elok, daun je dah habis gugur...
 perjalanan balik...
aki (autumn) always have the best view of the trees...and nature....
Di kampus pun tak kurang hebat...will take photos and share it here soon....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails