Ini adalah entri tertunggak, eh eh boleh pulak ye, macam bil tertunggak aje ha. Dah lama terperap tak sempat nak update.Gambar terbaru mungkin di entri akan datang. Yang dalam entri ni Hamza zaman muda, rambut pun jarang2 lagi haha... masa ni masih di Sendai.
Ni untuk bacaan@tatapan anakanda bila besar nanti, eceh verangan gitu. Tak pun angan2 kedua adalah... pada suatu hari seorang "awek"(awek tu) menghampiri Hamza dan cakap, "eh lambat ye awak tumbuh gigi masa baby dulu." Hamza terpinga2... getusnya, eh kok gimana sih dia bisa tahu (haha boleh pulak cakap bahasa lain eh, apa ingat ini sinetron?) "Saya tahu sebab saya ada terbaca di blog mama awak." sambung awek itu lagi. Aduhai, apa ingat glam sangat ke blog hana sakura ni sampai ramai pembaca haha... pitam! Berangan tak sedar diri namanya tu hihi...
27 Sept 2012 lebih kurang jam 9.30 pm Hamza made his third attempt untuk meniarap. Awalnya tangan tersekat (as usual) lepas tu my love betulkan tangan dia, tapi dia bounce back pada posisi baring. Both of us gelak sebab lawak muka dia masa tu. Sekali dia meraung punya la kuat, sama ada terasa mama papa dia gelak atau gelak kami tu terkuat makanya jiwa sensitip dia sedikit terkejut. Tapi rasanya tak kuat pun gelak2 biasa aje...
nampak penat anakanda dek berusaha bersungguh2 nak main remote tv hikhik....
the next day bangun tak mandi lagi terus nak meniarap...
Progress Hamza ni biasa2 je, tak cepat pun... tapi at least ada progress la... 2 November 2012, Hamza dah boleh mengesot ke depan... 13 November 2012 Hamza dah boleh pusing 180 darjah, angkat punggung macam nak merangkak tapi tak bergerak pun... action je lebih haha...
20 November 2012 for the first time bila saya cakap Mama oide (come to mama) dia hulur tangan nak pergi dengan mama... berbunga2 hati i, u...
03 Disember 2012 Pertama kali dia makan jari kaki dan habiskan his first porridge!
06 Disember Hamza dah mula meniarap dengan lincah di mana2 pada bila2 masa... sebelum ni time dia rajin je...
10 Disember 2012 genap 6 bulan Hamza dah boleh duduk... (org kelantan cakap duk congok)
Hamza suka baca buku sebab mama dia baca siap dengan suara menjiwai watak gitu kan... masa ni balik je dari rumah baby sitter terus pegang buku sambil jerit geram... bila dah baca baru dia senyap... adoiii
salah satu mainan 100 yen shop yang digemari Hamza... maaflah anakanda mama papa beli mainan murah2 je haha... mahal2 bukan Hamza nak main sangat pun, sibuk nak berebut remote, nak main mug, pinggan, paper cup etc...
27 Februari 2013 Hamza mula merangkak...
04 Mac 2013 Hamza mula pachi-pachi (aka tepuk tangan). Bila cakap pachi aje terus dia buat aksi pachi sambil senyum... tapi sekarang tak senyum dah dia pachi aje...
Tak catat tarikh terkini... tapi waktu 9 bulan Hamza mula berdiri... sekarang bila dah 10 bulan asyik nak tolak kerusi atau kotak atau apa2 tempat yang dia boleh berpegang. memang kena berjaga2 takut jatuh. Nasib baik time merangkak dan jumpa benda dia jenis tak masukkan dalam mulut. Cuma yang harunya... bila dia main pintu ke, sliding almari ke... dia akan jilat kat mana2 yang dia rasa berkenen... haha, nak tahu rasa best ke tak kut... pastu bila tarik dia akan marah, kuat protes betul sekarang ni... tak dapat apa yang dia nak, bising aje... nanti ada masa patik nak rekod pastu tunjuk time dia besar nanti hik2...
anakanda Ken Hamza... will you read about this one day?