Showing posts with label Asakusa. Show all posts
Showing posts with label Asakusa. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Memori 11.3.11 (Shibuya dan Asakusa)...

Rentetan entri semalam. Selepas kenyang my bro bercakap dalam dialek kelantan "Dik mari kito gi tengok anying"atau bahasa bakunya "Adik, mari kita pergi melihat anjing". Dekat Shibuya ni ada patung Hachiko. Sempena memperingati anjing yang setia mengunggu tuannya walaupun tuannya dah pun mati. Pernah tengok movie tu? Kalau versi english lakonan Richard Gere. Tak suka tengok movie haiwan2 ni mesti sedih dan air mata wanita i ni mesti akan mengalir pastu kena ejek dengan en suami haishhh...
 kok di mana kita ini... kami membelakangi Hachiko dan Shibuya crossing...
Malu bertanya sesat jalan, dan kami tidak malu maka kami pun sampai di Shibuya crossing di hadapan Shibuya station.
 Shibua 109, H&M etc...ramainyaa orang even on weekdays...masa ni lampu melintas masih merah...
 cinta hati pun turut bersedia untuk melintas turut memeriahkan suasana hehe...
 ayuh...moh kite melintas... dalam sehari entah berapa ribu orang melintas kat sini... dengarnya lebih dari ribuan entahlah patik tak arif...
 Hachiko statue... belakang tu tempak lepak dan hisap rokok...bau kurang enak pun hado ha... kami pergi semata2 nak bergambar je dan untuk melintasi Shibuya crossing tu...
 ada train zaman dulu dan dalam tu dibuat ala2 mini museum...tapi tak sempat masuk pun ramai sangat orang duk lepak kat depan tu menghalang laluan...
 gambar curi dari starbucks di tepi jalan... lepas tu kantoi jugak... dilarang ambil gambar dari dalam starbucks huhu... syok jugak tengok pelbagai ragam manusia melintas kat situ...kemudian kami ada 2 pilihan sama ada terus ke hotel atau ke tempat lain. Lalu ambil keputusan untuk bawa abang ke asakusa sebab banyak souvenir kat situ... tak sangka terkandas pulak huwaaa...
 seperti yang saya ceritakan pada update pertama saya selepas jishin berlaku. Kami terpaksa berjalan dari subway terakhir yang berhenti iaitu satu stop sebelum asakusa. Masa ni jishin berlaku lagi dan orang ramai semuanya berdiri di atas jalan raya... kelihatan agak panik di situ...
 kami meneruskan perjalan ke asakusa tanpa menyangka apa2 sekadar jishin biasa di tokyo. masa tu belum tahu punca jishin adalah di miyagi. Apa yang kami rasa hanyalah tempiasnya sahaja. Ikan buntal... my bro pernah makan banyak kali dan dia cakap sedap... maklumlah driver ni banyak merantau... saya dan cinta errr..belum sampai seru lagi untuk mencuba... huhu...
 masa di asakusa.... masih terasa sedikit gegaran...
 selipar gergasi...
 in front of asakusa
 berlatarbelakangkan bangunan Asahi kalau tak silap (yang ada kuning setoet tu) lepas tu Sky Tree yang hampir siap...
 kemudian kami terkandas sebab bas dan teksi semuanya full, lepak di stabucks... cinta jakun menyentuh ipad up close and personal buat pertama kali, saya pun jakun jugak..sekarang dah keluar ipad2 pulak... teringin nak milikinya...

Selepas hari tersebut ianya merubah segalanya dan diikuti dengan update yang INI, seterusnya...yang INI pula...

p/s: Scheduled entry juga...di kala anda membaca saya mungkin berada di minami sanriku melakukan kerja sukarela memasak juadah tengah hari untuk mangsa tsunami... ganbare miyagi! ganbare nippon!

Wednesday, May 5, 2010

Dinner oh dinner..

Dinner yang tak boleh nak melaram glam2 macam u all dulu (ditujukan khas untuk cha, nard, c.linda..etc..) Dalam surat jemputan sudah tertera.. lelaki: suit, wanita: pakaian kebangsaan. Termenung seketika... cuba membayangkan diri ini berbaju kurung berjalan menaiki subway/train dengan orang ramai yang penuh sesak di tokyo..oohh tidakkk.. tak sanggup rasanya.. unless kalau tinggal di hotel yang sama dengan tempat dinner diadakan..... jauh panggang dari api..memang tak akan mampu tinggal di hotel tu.. huhu.. tapi...(banyak betul tapinyaa).. memang bagus memartabatkan baju kebangsaan kita kan..dengan suhu masih dingin dan bila berangin terasa menusuk ke tulang, hmm...oleh itu, kesimplannya lebih baik pakai suit jugak.. dengan harapan ada orang lain yang turut sama pakai suit... the best part was, tiket pergi balik akan dibayar oleh pihak mara.. ini adalah peluang tak boleh dilepaskan.. ibarat berjalan2 di Tokyo secara percuma... seronoknyaaa...setakat ni ke tokyo cuma ke DisneyLand DisneySea tapi tak pernah lihat tempat lain di sekitar Tokyo..

Harga shinkansen Sendai Tokyo 20,000 yen (-+RM700) pergi balik, kalau ambil pakej hotel 1 malam dapat la 15,000 yen..yeayy.. the thing is.. hotel kat sini kira per head instead of per room seperti di m'sia. pandai betul berbisnes...bayaran untuk 2 orang di hotel biasa sudah boleh dapat 1 bilik di hotel 4-5 star.. huhu nasib baik dibayar balik...we started our journey awal pagi and arrived tokyo about 9 plus. And then headed to... Asakusa tempat lanter besar tu..and amazingly i know about this place from Qila yg nun jauh di uk hehe.. thanks dear...
keluar dari Asakusa subway terus nampak ni.. nicee.. nak pergi ambil up close tiba2 ada group of tourist pergi posing..
pastu pusing sket nampak ni dalam cermin berkunci..ntah la i have no idea what was it, something to do with the cultural thing i guess...ceremony etc..
 dah naik tangga confuse nak belok kanan or kiri..huhu..sebelah kiri my love and i saw a weird bulding, it's kind of trademark but i forgot the name of the building hehe..sorry... belah kanan plak berduyun beca merah di bahu jalan...ramai orang memanggil mempromot supaya naik beca tu..mak aihh mahal 1000 yen seorang ish2.. so we headed to the right sebab nampak ramai tourist hehe..jalan sket and then nampak la....
tada...the big lantern..sangat ramai orang berposing kat depan ni..so we headed inside..kat dalam tu kiri kanan ada souvenir shop..chomel2 and harga a bit cheaper than Sendai and various as well.. kalau dtg tokyo a recommended place to buy souvenirs.. 
macam ada..cuci mata jelah..didn't plan to buy anything just nk kenal Asakusa.. tudung pun ada jual tapi mereka pakai as scarf letak kat leher hehe.. the best part leh makan monja yang tersangat best..huu teringatnyaa..
di bahagian hujung..ada big lantern jugak tapi bersambung dengan shrine, tak masuk dah bahagian tu..crowded..
 sakura pun dah luruh..daun dah take over tapi ada bunga lain..cantik but i don't know the name of the flower...
mula2 posing kat depan ni sebab nampak macam replika zaman dolu2.. lepas tu datang pakcik ni tekan2 batang besi tu..rupanya still working hehe..kewll..
 anyone interested in pedang samurai and some guns? hehe..ada penggambaran... my love enteprem..
lepas tu pergi lunch at Rafi..highly recommended by Iryd+Pitt romantika hehe.. they went there last week jalan2 Tokyo with their sister and bro in law.. from asakusa stop at inaricho..cross the road and nampak rafi tersergam di tepi jalan..india muslim rest. apa lagi jum makan nasi briyani... 
my love and i took 1 plate each, kambing for my love and ayam for me..huhu..sedapnya rasa sangat terharu..boleh gitu? we managed to finish 1 whole plate..tersangat kenyang... alhamdulillah..
we headed to Ameyoko..at Ueno...ala2 pasar borong and pengkalan kubur gitu, selling goods from china, sports stuffs, unique t-shirts and perfumes cheaper than usual shop. Masa ni ada 2 target nak singgah Ueno dan Shibuya nak tengok the busiest crossing in Tokyo as well as patung Hachiko, tak tengok movie ni sebab nampak sedih...confirm nangis oleh itu perlu dielakkan hehe.. tapi malangnya..penangan beriyani telah menbantutkan our move, rasa sangat penat, kenyang dan tak larat untuk berjalan and we can't open our eyes anymore huhu, so we headed to the hotel..
view from our room at level 10..lepas solat..my love and i tidak sedarkan diri until evening... we should have shared the briyani..mesti dah boleh jalan2 at other places..
after registration towards Tsuru room, tema malam tu 1 Malaysia...
suasana dalam dewan...masa makan malam disajikan dengan hidangan musik klasik jepun..haa yang ni pun lupa jugak apa nama instrument tu..ish2...  (p/s:Qila..tahu tak?)..tengah syok2 makan tiba2 dengar satu pengumuman, ketibaan Datin Seri... ingatkan tak datang... sebab dari awal hanya nampak Dato' Seri seorang.
tak dapat ambil up close..ambil kat sini pun jadilah huhu..
our appetizer, with soup and bread... tapi tak banyak pun, lepas tu main course, salad and terus dapat desert, kesian pada yang simpan perut untuk melantak dinner..memang tak cukup but for me and my love dah terlebih cukup sebab kenyang nasi briyani belum habis huhu and some of the food my love habiskan for me hehe..thank you my love...mmuahh...tanak dah makan 1 pinggan nasi briyani..nak half je huhu.. ntah bila ada peluang pergi makan Rafi lg...
tentatif program...sepatutnya ada majlis ramah mesra bersama PM, tapi disebabkan beliau pulang awal untuk berkempen keesokan harinya maka awallah habis dinner tu.. posing with another traditional instrument which is commonly played by lady..
menyelitkan diri untuk mengambil gambar hehe..gambar bawah tu courtesy from Rafiq..thanks cik nab sebab tag my name.. hehe tak sangka leh sesat in his picture..tak sempat snap gambar pun..baru nak angkat camera kena tegur dengan bodyguard "tolong ye, jangan ambil gambar" ish2 garangnya..takuttt i..wuwu..
sesi bergambar sebelum pulang...
masa ni la boleh perasan artis di red carpet jap hehe..my love with Ayuk yang belajar nun jauh di Kagoshima.. masihkah ingat with our Kagoshima trip? hehe..

The next day check out early morning and went to the outlet... Gotenba outlet yang sangat besar...sampai tak sempat  nak tawaf semua, limited time sebab pergi dengan bas...gucci, jimmy choo, cole haan, bally, tods.. etc... wahh rambang mata...hanya mampu menjamu mata dan jadi mat jenin..sebab memang tak mampu walaupun harga outlet, tak apalah duniawi je semuanya tu... (ecece..insoff), headed back to Tokyo station at 4pm sampai dalam pukul 5 plus tunggu shinkansen..and back to reality...tadi tu di alam fantasi hehe.. cuti umum 3 hari dari 1 hingga 5 mei.. hanya mampu update 1 post sahaja, don't have much time.. will update soon jika ada kelapangan..insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails