Sunday, May 22, 2011

Apa sebenarnya yang terjadi...

Pening seketika menyusun ayat untuk tajuk entri kali ini, tapi hentam sajalah labu huhu. Pada suatu malam, sedang kami bersantai, rilek2 depan tv setelah seharian di kampus adalah tonton satu rancangan ni. Cerita ni dah lama iaitu 11 Mei yang lalu yang mana genaplah 2 bulan peristiwa bersejarah gempa bumi besar di daerah Miyagi 11 Mac 2011. Atau nama lain yang lebih famous, 3in1 disaster. Ada satu rancangan ni buat tinjuan ke tempat yang terkena tsunami. Selain Minami Sanriku, bandar di tepi pantai iaitu Ishinomaki turut terkena tsunami yang teruk. Kami pernah ke Ishinomaki pada tahun lepas, untuk imbas kembali boleh baca di entri INI (anime world). Muzium yang kami kunjungi habis musnah malah semua bangunan sekitarnya turut musnah akibat tsunami. Kami hanya sempat melihat keadaan di Minami Sanriku namun belum ada kelapangan untuk ke Ishinomaki. Kalau setakat jishin insyaAllah bangunan masih boleh, namun kerosakan yang besar adalah disebabkan oleh tsunami.

Keadaan di Ishinomaki hampir sama dengan Minami Sanriku yang masih dalam proses pembersihan dan pembangunan semula... kebetulan kamera ada kat tepi, maka saya snaplah gambar kat tv (orang jepun panggil TEREBI). Tapi maklumlah kualiti gambar diambil di tv faham-faham jelah huhu... takpun photoraphernya yang tak cekap T_T. Mungkin ada yang dah lihat di National Geographic, etc tentang jishin ni tapi saya nak kongsi yang saya lihat di terebi sini.
mereka sedaya upaya ingin meneruskan kehidupan secara normal namun kesan tinggalan tsunami masih banyak dan setakat ni dikumpul/dilonggokkan di tepi jalan.
kat pulau ni ada Manga Museum, tempat yang kami lawati (link anime wolrd di atas)
kedudukan negara jepun di sebelah "ring of fire" menyebabkan negara itu terdedah dengan anasir2 jishin dan tsunami. Bersyukurlah Malaysia bukan di sebelah ring of fire tu kan... Jishin yang berlaku adalah di lautan pasifik selari dengan Minami Sanriku (MS). Walaupun selari dengan MS namun kesannya turut dirasai di tempat lain sepanjang pantai bersebelahan MS.
plat rekahan di dalam laut...
diagram menunjukkan tanah daratan dan tanah lautan dan geseran yang berlaku mengakibatkan ombak setinggi 7 meter dari lautan menuju ke daratan... (tiba2 rasa macam buat presentation je)
dan bila ombak di tengah lautan semakin menghampiri daratan ia menjadi semakin tinggi, dan tsunami yang berlaku bukan setakat 1 tapi ada 3 ombak yang telah membuat lawatan bersejarah...
ombak deras yang melanggar daratan... kat bawah tu pula siap buat simulasi lagi untuk faham dengan lebih terperinci....

Besarnya kuasa Allah taala... sekelip mata je kalau Dia nak tarik, bersyukurlah dengan kehidupan kita ni... semoga dijauhi daripada perkara sebegini dan juga perkara merbahaya yang lain. Mungkin dalam masa terdekat insyaAllah tak ada lagi gempa besar, kalau di Miyagi ni mungkin 20-30 tahun mendatang, tempat lain tu tak pasti.. nauzubillah...

27 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah,hebatnya bencana Tuhan...

kasihredha said...

Nauzubillah
sekelip mata saja Allah tarik balik.
Segala2nya pasti ada hikmahnya kan

Unknown said...

herm.nak dibandingkan dgn bencana2 kaum dulu..ni baru seciput je kan

Amni said...

amni kagum ngan org jepon kak.. memang bencana besar, tapi dorang kuat semangat... cepat je semua org bertindak... mungkin sebab tu yang diajar sejak kecik kan....

Anisa Hang Tuah said...

nauzubillah..

segalanya ada hikmah.

Allah suruh kita semua beringat.

wida said...

betul tu hanis, Allah tarik nikmat yg ada ni dlm sekelip mata jer.

takut jugak..hope kita dijauhkan dr bala & bencana

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

masayaallah...dasyatnya...

auntie...silap la...bukan intan tau Farah la...

kyo_9 said...

nape 3 in 1 ek?
x paham...

Anonymous said...

musibah sebegini membuatkan mereka lebih tabah dan kental jiwa... tabik la ngan org2 jepun ni.
moga2 kita semua terselamat dr bencana

Unknown said...

bukti kekuasaan Allah..

anie,Nagoya said...

Dari kajian,30thn akan dtg akan lebih dahsyat.itu cuma kajian.yg menetukan adalah Allah.ms tu kita dah jd makcik2.entah dah jd nenek

Unknown said...

harap dijauhkan la bencana alam mcm ni kat Malaysia...amin...

whitecappuccino said...

kuasa tuhan, tiada tandingan.

Annisa said...

Macam mana ye dengan nasib orang
yang mengalami semua ni kan.
Rasanya, semangat yg ada, hope
diorang masih bleh survive smpai hari ni. Amin.

kokser kokdam said...

tu la, da bnyak Allah tunjuk warning kat manusia.. tp, penganut Islam snirik pon masih lg lupa n lalai..

moga2 kita sentiasa di beri kesedaran, petunjuk, dan hidayah..

=D

Rohani Hashim said...

hana, nak recover tu mmg sakit kan. hany yang tengok keadaan pun rasa berattt sangat, apatah lagi yang mengalami, yg melihat tiap2 hari kesanya kan...semoga semua yang berada di Jepun sana tabah menghadapi segalanya dan mampu bangkit semula...

anumuchan said...

insaf bila tengok kejadian ni..masa jishin ni jadi..start dari 11hb tu..memang hari2 dok rumah tengok news je..pagi ptg siang malam..kitorang ni walaupun duduk jauh dekat fukui ni rasa sedih sangat2 time tu bile tgk dekat news tsunami tu sekelip mata je ranapkan n hanyutkan rumah2 dekat tmpt yg kena tu..aaa..keadaan dekat sendai skarang ni dah ok ke..jalan2 semua dah baik pulih or odw lagi eh..macam air paip boleh guna macam biasa ke..yela sebab risau kesan radiasi tu kan..sendai n fukushima daiichi tu tak jauh sangat pun kan..

Hanis Azla said...

subhanallah.. semoga kita semua selalu dilindungi olehNYA..

Anonymous said...

Cikha,

salam..pe kabor?

aku ade tgk dlm NatGeo last 2 days..ade documentary psl tsunami kat japan..it's so terrible and takut aku tgk..aku teringat sgt2 ke mu ms tgk.syukur mu n term tkde ms tu..alhamdulillah....

farah fauzi said...

hmm...bersyukur kita berada di bumi Malaysiakan...

Anonymous said...

kdng2 bile manusia dh terlalu lupe pd 'NYA'.. DIA dtgkan bencana supaya manusia ingt kembali sapa diri mereka

PinKy MoMMa said...

masa ni memang org 1st yg diingat adalah hanis!
aihhh sgt risau tau nis..
nasib baik hanis ada update entry..

amirah said...

moga kita dijauhkan dari bala bencana..

mrs kayrul said...

tengok yang hanis tangkap gambar dari tv pun dah dahsyat...mcm mana la diorng teruskan hidup kat sana....

Kamalia said...

ye..3 in 1 disaster..mmg terukkan..kwn kami yg kat otsuchi(miyako, dia balik 2minggu awl sblm tsunami ni..kenetulan dia pun preggy..sebaya pulak tu kndungan kami..family dia dah balik setahun yg lepas,dia extend 1 year..rumah yg dia sewa tu habis..tinggal tapak tumah je..research centre pun lenyap..mmg dia kata bersyukur sgt waktu tu dia nak balik awl,xtunggu convocation day.

Nur Liyana said...

macam2 sekarang nie...
selalulah kita mendekatkan diri kepada ALLAH...


p/s: akak hanis, Alhamdulillah yana dpt scholarship mara untuk buat medic.....hehe

kak hanis, doakan yer:)

Ct Arina said...

sementare je kot tu.. jepun kan cepat maju.. fighting! ehe^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails