Wednesday, December 21, 2011

Nota 1000 yen (Foods and Dresses)...

Owh dah lama patik tak bersiaran, kurang sihat, sakit kepala huhu. Tak tahu nak cerita pasal apa walaupun banyak ceritera tertunggak. Hari ni patik nak bercerita tentang duit. (eh macam terdengar orang nyanyi lagu duit je hiks). Cuba anda lihat nota cinta kat bawah tu...

image taken from HERE

Masa mula-mula sampai dulu, saya dan cinta hati asyik convert aje barang yang dibeli dama yen ke RM. Maklumlah masa awal-awal dulu, bawa duit biasiswa RM dari mesia. Elaun seterusnya baru dapat dalam yen. Nak2 en suami ni orang matematik, memang patik ni bak berjalan dengan calculator bergerak (love, gurau je... penulis berkata2 pada cinta hati beliau).

Lepas tu mulalah, eh mahalnya ni mahalnya tu... kalau fikir macam tu habislah, tak makanlah kami hehe. Akhirnya ada peluang berkumpul bersama adik2 junior. Tengok barangan mereka pakai saya telan air liur semua pun branded dari GAP, Tommy, Coach dan sebagainya. Satu kelebihan mereka adalah, mereka fasih cakap jepun dan boleh buat baito (part time job), menambahkan lagi elaun yang ada. Mereka juga berpesan dah duduk jepun, dapat duit yen maka perlulah sesuaikan diri denga perbelanjaan ala orang jepun. 1000 yen tu macam RM10 (hakikatnya kalau convert tukaran semasa faham2 ajelah huhu). 10,000 yen macam RM100. Betul juga kata mereka sebab kami dah tak dapat duit dalam RM. Elaun yen yang diberi alhamdulillah lebih dari cukup kalau kena caranya dan juga berjimat cermat.

Ok baiklah... mari kita bandingkan penggunaan RM10 di Malaysia dan 1000 yen di jepun. (eh, macam rancangan pendidikan pulak, biasalah patik kan suka berangan).

RM10 (tak tahulah harga barangan sekarang patik bandingkan yang dedulu yang pernah dibeli)
-boleh makan mcD mcvalue, kfc etc
-beli barang seperti susu, tisu, ikan, sayur etc
-makan dan minum di mamak, kopitiam etc tapi tidak di Starbucks dan yang sewaktu dengannya
-makan eskelim cone mcd 10, tapi jumlah jadi RM10.50 sebab tax hehe tapi tidak di Baskin Robin, Cold Strone creamery etc
-makan di kedai lauk tomyam, telur dadar, nasi utk seorang makan
-alamak penat lah moh kite ke yen la pulak...

1000 yen
-boleh makan mcD, kfc tapi tak pergi poms sebab tak halal wuwuwu
-beli barang seperti sama jugak macam RM tu, tapi boleh beli ikan salmon :), udang, susu etc
-makan dan minum di err... tak ada mamak tapi ada kedai halal nan tandori, dan juga boleh makan kek dan minum coffee di Starbucks, Doutor, Tully's dan yang sewaktu dengannya, i likeeee...
-makan eskelim cone mcD berharga 100 yen (with tax) dan juga boleh makan 3-4 scoop di Baskin Robin, Cold Stone creamery etc...
-makan di family restaurant seperti Marumatsu, Saizeriya, La Pausa, etc
-juga boleh beli baju 10 hengget aka 1000 yen seperti di bawah
patik bukanlah seorang yang brand conscious bab-bab pakaian ni, asal nampak cantik, comel, kiut di mata patik cukuplah...

IMG_0033
kebetulan time sale dan juga penghabisan stock, kalau nasib baik jumpa la baju 1000 yen ni. Selalu jumpa di outlet dan juga The Mall Sendai...

IMG_0034
comel tak siap sulam2 lagi... kalau nak tengok saya pakai boleh berkunjung ke entri INI. (eceh macamlah ada yang nak tengok, ferasan vetullah).

Banyaknya boleh dibeli dengan 1000 yen kan? Kat sini inflasinya sangat rendah. Air minuman baik di vending machine mahupun di kedai sekitar 100 yen aje ha dari dulu hingga kini. Duit yen 10 tahun dahulu pun masih laku untuk digunakan. Contohnya patik balik belajar dan simpan sedikit duit yen selit kat buku kononnya kenangan (haha tak menahan!). Tiba2 panjang umur murah rezeki nak jenjalan jepun kononnya tahun 2020 (tskk), bawa je duit sama tu pasti masih laku dan boleh digunapakai. Malaysia pula, inflasi agak tinggi kan, RM10 dulu dan kini dah tak sama, makin lama makin sikit barang yang boleh dibeli dengan RM10 pastu duit asyik tukar aje kan, kejap2 tak laku macam RM1, RM50 etc huhu...

Kawan cinta hati jejaka X ada teman wanita yang bekerja sebagai cikgu sekolah menengah, gajinya sebulan 200,000 yen (huwaaa pengsan, patik sedang membayangkan gaji pensyarah di sini huhu...) kuasa membeli tinggi dan harga barangan pula bersesuaian dengan pendapatan rakyat. Orang kat sini main2 aje beli handbag berjenama. Contohnya Coach di outlet 20,000 yen pun dah boleh dapat dan di butik mungkin 50,000 yen ke atas. Banyak lagi baki gaji dia ha 180,000 yen lagi... dah la bonus 3 bulan gaji yang diberi 2 kali setahun ok! Sekali dapat bonus terus boleh beli kereta cash! pengsan tak? kat mesia gaji cikgu berapa eh? nak beli handbag jenama sama yang harganya separuh dari gaji atau nak sama dengan gaji wuwuwu...haruslah fikir banyak kali tak pun kumpul dulu, takpun credit card dan bayar bulan2...

Lagi satu harga kereta tempatan keluaran negara sendiri (Honda, Toyota etc) terutamanya compact car, mini car etc dijual sangat murah dan mampu dibeli oleh semua tak perlu nak loan bagai. Tapi kereta kita? Jual kat negara luar murah sangat, tapi mahal untuk rakyat sendiri, tak mampu nak bayar cash dan kena buat pinjaman kalau nak beli, huhu sadis betul...

Patik bukanlah pakar ekonomi malah tak tahu sangat selok belok ekonomi ni, sekadar membandingkan sahaja pengalaman di luar ni dengan apa yang pernah dialami di negara sendiri. Sebanyak mana pun emas kat negara orang ni, saya tetap nak balik kg halaman terchenta dan berbakti pada negara hehe... semua ni saya anggap sebagai pengalaman dan rezeki merantau di tempat orang...

35 comments:

Anum said...

mahal kan duit dia org sis

Umie Naziera said...

duit duit ~~ mmg fenin kalau psl duit nie..get well soon :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Agreed with u
Salah 1 cara negara nk maju kuasa membeli Kena tinggi kt mesia kuasa membeli still rendah
Darl citer soba kt kaisha dia still ¥105 jer since 2004 until now x pernah naik...but if noticed brng kt cini bkn suka hati depa nk letak mahal kan...
If beli borong murah di jual pun murah if kt mesia beli borong murah jual Kena mahal if not bila nk untung....but life kt jpn sgt best bab ni x pyh stress pikiq brng mahal etc...gaji 20man tu Selalu Nya basic kot... Yg x der pengalaman ...eh jap tu rate pensyarah ekk... Bonus ikut gaji gak la but Mcm weols ni hutang kt mesia byk so waktu bonus mmg perabih byk hutang la...Cian khen but byk dpt bonus byk gak Kena potong tax...weols kali ni Kena tolak tax 10 man uwaaaa byk giler...sigh

Jue said...

dengan 1000yen+ 50yen tax..saya bleh beli 10 barang comel2 dan pelik kat Daiso..hehehe

amirah said...

waa....bestnya..keciknya duit RM kan hanis,..

sillyme said...

dress u lawa2 semua. nanti u dah nak balik, beli banyak, bawak balik sini leh niage. confirm2 lah i beli kan.

sillyme said...

owh ya.. hajat kite nak shopping beli dress cute2 masih belum kesampaian.

Hanamiko Sakura said...

wahhhh!!! banyak maklumat dapat lah..^^

Juwita Jamaludin said...

betul2.. mula2 dulu selalu convert sekarang ni dah berbelanja secara berhemah mengikut kadarnya..:)

Amie said...

Assalam hanis,
betullah Hanis...toyota bukan main mahal lagi, kononnya itulah jenama paling baik.... ntahlah, tak fahamlah nape kita punya produk pun tak ada harga di luar negara padahal di sini melambung2 nak beli pun banyak kali fikir sebab mahal!

fika79 said...

betul2..pasal barang tu setuju sangat..gaji kita nak beli kereta kena hutang banyak..walhal kat sini ikat perut, gaji 6bulan boleh beli keta cash terus..kalau kat mesia gaji 6 tahun pun tak sure boleh beli keta cash.

Cik SHiNJU said...

kirim baju seploh hengget tu 2-3 lai..heheh...chumel... ;)

Negara kita sdg membangun..harap2 suatu hari nt kita dapat nikmati ape yg rakyat Jepun nikmati skang...Dorg cepat maju pun sbb sikap rajin dorg (plus merompak hasil tanahair kita suatu ketika dulu)..Tapi yg byk bg pinjaman kat negara kita skang Jepun la jugak...Arigato gozaimas..hehe

Unknown said...

kalau convert mmg takut nak beli kan.

Samalah mcm waktu kami di UK dulu, baru2 sampai selalu convert, lepas tu takde dah...semua main beli aje. Dan rasa sangatlah murahnya..

Jepun pun sama ya...

cantik hanis pakai baju tu, dah jengah tadi di link yang di beri..:)

نورعيم said...

kiranya 1000 yen tuh dpt beli mcm2 lah kak eh? ke sama dgn rm10 jgk?

LadyBird said...

comel bj hijau tu...

Anisa Hang Tuah said...

comel baju tu :)

Chekgu Azrine said...

ada dengar jugak org cakap kalau duduk negara org like UK ke apa.. mmg janganla convert dengan RM sbb nanti mmg akan rasa mahal.. n susah nak sopink.. rupa2nya di Jepun pun camtuh erk??

Cik TeN10 said...

Itulah pasalnya..kete kt mesia mahal yg amat.. Baikpkai honda ke or kete oversea je.. Geram jugak kl ckp bab harga kete tu.. Skrg ni hrga brg semuanya nak naik.. Huaaa bygkn lg 5,10 tahun akn dtg..agaknye apa yg kita boleh beli dgn wang RM10 ?.. Kl dulu RM1 boleh beli mcm2.. Skrg?

Unknown said...

mak aii... nk makan sedap2 dengan 1000 yen pun dpt? masyuk! kat malaysia, nk mkn sedap2, sila bw rm50 and above=="

ct kektus said...

Besarnya gaji cikgu kt sana. Bawak balik malaysia, boleh beli mcm2. :)

Siti Aisya mzm-fc said...

comey sangat baju kuning tu

Cik Pi said...

Wish kak hanis dah sihat
amboi...bestnye mcm tu..walau 1000 yen tu mcm RM10, ttp boleh minum coffee kat starbuck...untung sggh org kat sane...

Cik Pulau said...

setuju tang kereta tu..
bilo la nk buleh kijo tetap ni.. nak paka keto. hehehe..

kalu bleh sabah sarawak.. g jah.. tp nk duk dale 2thn jah.pahtu nk tukar la..hihihi

Soo Hae Daa said...

kenapa ye jdik cmtu? tu mmg tsgt la pelik kn? kte negara de myk..ptt kte rakyat kaya raya kan? xperlu tax bagai...tp, hakikatnye?? erm...myk kt negara sndri pon mhl...lg semua brg pon asek naik je...apakahhh?? isk2.tb2 ter'emo' kat sni lak..heheheh

nice entry..i likeee..!!

Anonymous said...

Urmmm bila la nak merasa org tuwwww bg kita gift dr seberang laut...Angan2 jelahhhhh,dlm mimpi....Keychain pon jadilah kalau bkn bj or item2 yg branded....sob2...

memerhati dr jauh kerna dunia kita berbeza....wuwuwuwuwuwuwu...

Nadiah Sidek said...

sama la..masa mula-mula datang US dulu asyik convert ke RM je kalau nak beli barang :p

wida said...

comelnya baju...
tak sangka dgn 1000 yen boleh beli baju cantik cam tu

Hanis Azla said...

kalau nak convert kat negara yg ratenya lebih tinggi mmg tak membelilah kita kan hanis.. tp itulah kesan inflasi mmg nmpk sungguh di Malaysia ni.. nak kirim baju comel tu boleh? he..he..

yatie chomeyl said...

sbb tu kalu nk shoppng brg2 branded shoppng kat nhon. doh la d msa kalu brg branded tu x sure lg or ke dop hhh

シャイマ said...

hihi. kesian negara kita, we're still growing. jepun dah boleh rileks kot wpun the fact is banyak hutang dengan world bank.

syaima pon tak pernah convert bab makanan sejak duduk overseas. kalau beli benda2 besar such as gadgets or handbags tu kalau nak compare tu biasela kan.hihi.

just to share,from what i know, japan ni kan tangga gaji dia for beginners level tak byk beza weather ur an engineer ke pensyarah ke cikgu ke asalkan u keje full time ape sekali position mesti lebih kurang sama. tang naik tu pula based on umur first and your class of work la bila dah tua2 keje dah 10 years ke baru lah nampak sgt beza org grad from uni ke technical school ke.awal2 semua tak byk beza sgt ;)

ch000tz said...

takde yang murah kan hehehe


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-jalanan.html

Unknown said...

wah.. keciknye duit kite..huhu.. akak, nanti buat la bisness on9 jual baju2 dari jepun.. nak beli..ekekeke

Farah Shamsudin said...

waaahhh.. cantik baju hanis.. nanti balik sini wat bisness laa.

Kamalia said...

Betul2..agreed 100persen..mmg mewah sggh duk sinikan..gj sensei mr K, 1 million ++ monthly..nak pgsan bila kami tahu..

whitecappuccino said...

cantik hanis pakai baju kuning/hijau tu..betul ke mata kaknor ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails