Monday, January 31, 2011

RED dan Asia Cup Doha: Japan vs Australia...

Tak sia-sia i menemani my love menonton perlawanan peringkat akhir Asia Cup yang berlangsung di Doha, Qatar antara Jepun dan Australia. Akan diceritakan kemudian sekarang nak cerita tentang RED. Pulang dari kampus petang Sabtu kami ke The Mall menonton wayang cerita RED. Lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman dan beberapa orang lagi entahlah patik lupa huhu... tapi jalan cerita dan segala action cerita tu i tak lupa sebab sangat best ok! Sesampainya di sana kami ada 3 pilihan filem untuk ditonton RED, GREEN HORNET dan juga SOCIAL NETWORK. Tapi cinta hati suruh i buat keputusan huhu takutnya bimbang si dia tidak enjoy menonton, i pulak ok aja dong mana2 movie pun...(janji movie tapi takmo citer antuuuu) keputusan yang sukar antara green hornet dan red (social network tolak awal2 confirm my love tido dalam cinema nengok citer cenggini) akhirnya si isteri memilih RED! walaupun gementar huk2...
 cukup lengkap dari segi action, jalan cerita, lawak spontan, romantika etc... Retired Extremely Dangerous (RED)
Di awal cerita tu ada babak perbualan telefon, bila ada cakap2 macam tu mulalah si dia ala2 tak senang duduk lantas berkata "macam tak best je cerita ni" Gulp... i telan liur alamak pilihan yang salah ke? huwaaa... baru aje nak menyesal tiba2 ada orang masuk rumah si hero dan berlakulah aksi tembak menembak tanpa henti and the fun starts there... tak berkelip tengok syok sangat... patik sangat lega hehe... 
Balik rumah puas hati lepas solat terus si dia standby depan tv. Perlawanan bermula jam 11.50 pm. Mula2 i macam nak tidur tapi takpelah join my love tengok bola pun syok juga... of course la kami sokong jepun haha... Jepun berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan kedua... memang perlawanan yang sengit dan strategi coach tu sangat berkesan ok! Dan juga perlaksanaan mid player tu mula2 macam ampes tapi lama2 baru nampak rentak game yang menarik. Omedetou! Photos taken from here and here.
 menjulang piala pusingan yang dimenangi..comel je "cenderamata" (bantai je) piala mini tu bila angkat untuk bergambar matching dengan piala yang besar tu i likeeee... biasanya dapat pingat tapi kali ni ada kelainan...
 Keisuke Honda dinobatkan sebagai best player
 goalkeeper yang sangat terror ini bernama Eiji Kawashima.. banyak bola yang dia berjaya tepis sepanjang perlawanan asia cup ni.. masa ni dia tengah HOT! mana taknya si no 4 tu sepak dia jatuh...main ngelat eeee.... mula2 buat ala2 macam tak sengaja bila playback baru nampak the truth... wah2...
 Sepakan kemenangan oleh Tadanari Lee mula2 i pelik eh jepun ada pemain import ke? rupanya dia ni campuran jepun dan tak pasti cina atau korea merupakan generasi keempat rakyat yang migrasi ke jepun masa perang dunia pertama dulu...
coach Alberto Zaccheroni dan kapten pasukan Makoto Hasebe....


Pernah tengok dot dot dot???

Apa la agaknya ye sampai kena guna dot dot dot. Tak nak la tulis tajuk HOT hehe. Dapat omiyage makanan dari seorang teman. Sangat comel tau! Anda pernah lihat Ta*k hidung (th) lembu? Lembu pun ada "th" ke? tak pernah tahu la pulak huhu... selepas dapat omiyage ni baru saya tahu ok! Jom terjah!
 omiyage dari Fukushima. Mula2 tengok sampul tu macam pelik... tulisan kanji (mcm tulisan cina tu saya tak faham...) cuma faham tulisan dan gambar dalam bulatan. Bulatan PINK siap ada aksi "th" lembu keluar dari hidung lagi haha... tak cukup dengan gambar comel itu ditambah pula dengan sound effect dalam bulatan hitam 1: POPON (lengkap dengan note muzik merah) 2: berhampiran lembu kecil HOJIHOJI... agaknya macam tulah bunyi apabila "th" lembu keluar...kelakar la!
 bila buka dalam tu ada ketulan bulat2....apekah???
gimik aje yang lebih... bila kunyah ada kacang bersalut coklat rangup...sedap tau! hik2.. bila makan sila jangan bayangkan kartun di hadapan pembungkus tu ok? sape nak, boleh order sini haha... ada rupa pembekal tetap tak?? bila bagitahu pada si pemberi dia pun baru perasan omiyage dia beli tu adalah KONONnya "th" lembu hehe...sangat kreatif dan penuh kecomelan...


Sunday, January 30, 2011

Malam Okonomiyaki..

Aktiviti biasa warga senior citizen sendai adalah keluar makan-makan... seronok! Mari saya senaraikan persoalan dalam pebagai dialek eh...
- namo rima okonomiyaki nih?
- mende ape okonomiyaki?
- apo ko bondo eh okonomiyaki tu?
eh perlu ke semua ni?? ok tak perlu nape ntah gediks... jum makan!

Senang je na buat okonomiyaki ni, boleh cuba buat sendiri kat rumah ye. Campuran tepung gandum, air, sayur-sayuran (biasanya kubis) dan juga seafood seperti udang (ebi) atau ika (masih ingat ika itu apa?) haha saya sendiri pun tak pernah cuba kat rumah sebab boleh pergi makan di kedai saja dong.
 bila senior citizen berkumpul memang havoc u...
i love uuuuu
mengambil berkatttt... gen kun yang sangat comel....
okonomiyaki dah sampai...kena gaul hingga sebati...
jangan lupa letak sedikit minyak atas tempat nak bakar okonomiyaki tu....
tuang ke atas bara api...
buatlah bentuk ikut suka hehe...biasanya bulat je... tapi kali ni saje je buat bentuk love Miss Komet TING.... PLINGG.... (kalau ada bunyi2 ni sah-sah ler tengah berimaginasi)
kami juga order yakisoba (yaki-goreng, soba sejenis mee) atau nama lain mee goreng sudah, hehe tapi rasa dia special sebab guna soba (saje je kasik jeles) makan secara berjemaah...sedap tau lauk hotate (scallop), ika dan ebi... yang merah tu halia jeruk...taklah syedap sangat halia tu tak makan pun...
bila sebelah bawah tu dah agak garing silah lah terbalikkan ke atas pulak (betul ke guna balik ni mcm bahasa ibunda [kelantan] je) lepas tu sapukan shoyu (kicap soya) dan letak mayonis. Tu dia papa gen kun siap hias ala2 biskut mama carries gitu yummy! 
step terakhir taburlah hirisan ikan salai di atasnya... ohhh saya paling suka yang ni mesti tabur banyak2... makan hirisan ikan tu saja pun sedap gak (org kelantan cakap nngatoh u know, ntah2 silap penggunaan haha)
potongan kek okonomiyaki dah sedia untuk dinikmati....
posing wanita-wanita senior citizen...
 
ambil berkat lagi hehe...semoga ada rezeki kami nanti...insyaAllah...

Saturday, January 29, 2011

Kuruma no parking...

Bukan nak masak kurma atau makan buah kurma mahupun kisah en kuruma yang tak boleh parking ye! "Kuruma=kereta". Nak berkongsi sistem parking kat sini yang mahal tapi canggih. Ia dipanggil "conveyer belt parking" ataupun "automated car parking". Some people say only in Japan but i say wallahua'lam. Sebab saya bukan pernah merantau seantero dunia jadi tak berani nak buat kesimpulan sendiri.
gambar hiasan semata-mata, baru keluar dari subway station, tapi tak naik subway pun saje ke kaunter tiket JR untuk melihat sekiranya ada pakej murah untuk weekend getaway, ni cerita lama kalau tengok tarikh pada gambar tu...
kebiasannya bangunan parking adalah tinggi dan selim melim macam bangunan kat atas ni (googled) kereta akan dibawa naik ke atas secara automatic dan bibawa turun ke bawah hanya menekan butang saja...wahhh memang i jakun u!

sedang menunggu kereta turun dari tempat bertapa... hehe
menebalkan muka ambil gambar kat sini sebab kami tak pasti sama ada boleh ambil gambar atau tidak... maaflah makcik saya ni jakun sikit sebab tulah kena ambil gambar... kalau parking kat sini atau mana-mana parking sekali pun mesti kami akan jalan cepat2. kebiasaannya parking atas urusan penting je (20 minit 200 yen huhu). Bila kereta dah sampai, tuan punya kereta akan naik dan undurkan kereta...lepas tu bulatan tu akan berpusing ke arah jalan raya kalau kita nak ke kanan maka akan sengetlah sikit ke kanan begitu juga sebaliknya kalau kita nak ke kiri... canggih kan i likeee...
kalau rasa nak tengok video cemanalah sistem kat dalam bangunan parking ni boleh tengok video kat bawah ni ok...

Courtesy My RC Videos

selamat hari sabtu... bosannya kat lab ni huhu... yosh ganbare!

Friday, January 28, 2011

Dua puluh lima perkara...

maskot mister donut... (arigatou enche' google)
Asalnya nak buat tajuk yang vass dan nak dapat polulariti seperti 25 perkara tentang artis mana2 yang tershor ke (ish2 artis aje kamu ni ye)... tak pun 25 fakta penting ke haha.. namun niat tu dikuburkan. Insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Di tag oleh Kak Nor white cappuccino (wow my favorite drink jugak tu... me like cappuccino). Sebenarnya ada lagi seoang yang mentag tapi lupa nama huhu...(maafkan daku). Sudikah anda membaca perkara jelek lagi 'menyampas' tentang diri ku ini??? banyaknya sampai 25 apa lah yang nak ditulis ni...
  1. Anak bongsu...
  2. berbintang leo... "roarrr" sila bayangkan roarr tu secomel lion mister donut kat atas tu ok! (comel takkk? comel kannn...)
  3. peminat setia kartun dari kecik sampailah sekarang... masa kecik dulu semua jenis kartun i paling suka fairy tale seperti Cinderella, Snow white, Sleeping beauty etc sebab suka dengan baju2 kembang tu... teringin nak pakai ok! (nakkk sangat2 sampai rasa nak g ambil kat studio huhu) pastu ada nyanyi-nyanyian ada haiwan etc....i likee...
  4. sekarang tengok yang movie macam toy story, shrek etc... namun "zannen"(malangnya/kachiwa) sebab kartun wayang sini semua akan dialih bahasa ke bahasa jepun huhu... adakalanya rindu nak tgk balik kartun fairy tales dan kartun lain seperti CARE BEARS, SMURFS...
  5. keinginan pakai baju kembang dan pergi ke majlis tari menari masih ada sehingga kini (haha pengsan! part tari menari tu tak lerr... sikit2 je rasa nak menari dgn my love :P, sudah semestinya dia tak nak)
  6. sebab tu suka sangat pakai dress dan pengumpul tegar tapi beli yang murah-murah je yang 10 hengget (1000 yen) adakala jumpa 3 hengget (300 yen) atau 5 hengget (500 yen) kat kedai barangan terpakai (biasa pergi Second Street) tapi kebanyakannya nasib baik sebab dapat yang baru siap masih ada tag harga... kenapa ntah tuan dia jual kat kedai second hand tu, tapi takpe i likeee... (nilai 1000 yen tu seolah-olah boleh beli barang RM10 di m'sia, tapi kalau convert betul2 bukan amount tu)
  7. seorang yang simple tak pandai nak mekup2... huhu... nasib baik cinta hati tak kisah...
  8. cepat sedih dan senang menangis lagi2 kalau tengok cerita sedih ataupun tengok orang susah, atau kena marah....huhu... (selalu kena tegur dengan my love... "ala itupun nak nangis..." :P)
  9. suka makan!...zaman muda mudi metabolism rate tinggi oleh itu berat badan tidaklah berubah mana (sampai diberi GELARAN PERUT TONG sebab makan tidak berpada-pada) tapi sekarang tidak lagi... owh terasa sudah tua... namun begitu masih tidak dapat menjauhkan diri dari makanan...
  10. masa kecik2 sangat sensitif nak2 lepas kena marah dengan mama-abah mesti rasa macam nak lari dari rumah (sungguh over acting, siap nak tulis surat bagai... macam dalam drama/kartun gitu kan... kuat sungguh pengaruh tv terhadap diri ku ini) lepas nangis puas2 bawah bantal keluar bilik mama masak best2 terus tak jadi lari haha.
  11. Gelaran Tingkatan 1 adalah Miss Japan sebab fanatik sangat dengan bunga sakura dan suka buat bookmark bentuk kimono bagi pada kawan-kawan...
  12. Gelaran Tingkatan 4 Miss Flower sebab suka bunga dan cikgu kimia puji cantik macam bunga ahauuuww... adakah sebab itu suka subjek kimia??? :P
  13. Masa sekolah menengah dulu selalu kecewa sebab dibandingkan dengan adik beradik lain (dalam ramai2 saya paling tak pandai huk2...) alhamdulillah dapt belajar sampai tahap sekarang ni... kesimpulannya tahap kebolehan seseorang tidak sama dan akan sampai pada umur tertentu okies...
  14. tak suka air bergas, entahlah tak gemor ler..kalau minum pun beberapa teguk je itupun sangat jarang... sebulan/2 bulan sekali...
  15. suka tengok movie... cite hantu takut..takmo tengok wayang, layan action, komedi, romantik, thriller... etc
  16. alamak baru no 16??? suka jalan-jalan kenal tempat orang malangnya tiada ongkos dan juga masa huhu... semoga ada rezeki untuk holiday with my love... 
  17. sangat suka kejutan macam pling tiba2 dapat hadiah ke bunga ke tiket percutian ke hehe... berangan memang tak hengat...
  18. sangat suka pada handbag dan kasut... tiap kali birthday je minta handbag haha... pening cinta hati, takde hadiah lain ke nak mintak?... ok, tahun ni minta hadiah lain...
  19. nasib baik ada blog boleh la coret apa2 yang patut... terasa macam nak tulis cerpen aje kat sini...
  20. cerpen pernah masuk majalah remaja tahun 2000 ke 2001 lupalah... tajuk cerpen "Derita seorang perindu" ntah mana letak keratan cerpen tu... ada kat muzium rumah kut balik ni nak carik...
  21. ok lagi 4 je ganbare! sangat suka makan nasi ayam...
  22. teringin nak jumpa (di jepun Kak As dan Kak Anie) (di mesia...selain keluarga of course pengunjung setia blog hana sakura)
  23. suka nyanyi/humming lagu kegemaran adakalanya lagi best nyanyi part penyanyi latar macam ooo, ahhh, lalala... hehe ape punya pesen daaa... contohnya macam lagu utada hikaru goodbye happiness..
  24. laparnya, tak sabar nak balik makan roti cicah daging masak kerutuk nyum2... sekarang pukul 8.42 pm huk2... (love jom balik.. ceh padahal boleh je ym haha...)
  25. masa tulis post ni tengah dengar lagu utada hikaru... sambil nyanyi part latar o-u, o-u... nak tahu kliklah gambar bawah tu... (tapi nyanyi dalam hati je sebab sekarang kat lab ni tengah edit data hehe...)
 o u (sebutan u tu sebut bunyi u bukan huruf u-yu)

Thursday, January 27, 2011

Saya Blogger Perantau...

Kali pertama mengambil bahagian dalam Blog Pilihan Malaysia bagi segmen Blogger Perantau.
 untuk maklumat lanjut dan tinggalkan link penyertaan, sila klik pada gambar di atas...

Terima kasih buat DKKC (Dari Kelate Ke Copenhagen) di atas makluman, malah beliaulah yang mencadangakn agar BPM menganjurkan segmen ini. Syabas untuk anda kerana telah mencadangkan idea yang bernas. Apa yang perlu dibuat untuk segmen ini? 
Buat satu entri yang sangat menarik yang mengandungi:
  • Tajuk entri 'Saya Blogger Perantau'
  • Sila sertakan link blog ini (Blog BPM).
  • Gambar anda bersama keluarga atau rakan-rakan di sana.
  • Nyatakan anda berada di negara mana dan buat apa? sama ada bekerja, belajar dan lain-lain..
  • Ceritakan pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berada di negara tersebut.
  • Tarikh tutup penyertaan : 29 Januari 2011 (jam 1 petang)
Maka bermulalah isi utama untuk segmen ini... wahh boleh ke nak buat entri menarik ni? Saya cuba ok! (peringatan: entri adalah sedikit skima gaban)

Saya dan suami buat masa ini tinggal di Sendai, Jepun. Kami sama-sama menyambung pelajaran di sini. Suami mengkuti jurusan 'Doctor of Science, Mathematics' manakala saya pula 'Doctor of Science, Chemistry'. Sendai merupakan salah satu bandar di bahagian utara Jepun yang dipanggil Tohoku. Ia terdiri daripada Miyagi (Sendai adalah bandar Miyagi), Yamagata, Iwate, Akita dan juga Aomori. Banyak universiti yang kami pilih di pelbagai negara termasuk di Eropah juga Australia dan New Zealand. Tapi amat sukar untuk mendapat respon kedua-dua pihak memandangkan kami mahu belajar di universiti yang sama. Alhamdulillah respon positif daripada kedua-dua penyelia diperolehi di 'Tohoku University'.

Ramai yang sedikit terkejut kenapa Jepun jadi pilihan kerana di Eropah pasti lebih seronok dan mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Tidak mengapa, ilmu boleh dipelajari di mana-mana, belajar di Malaysia pun sudah setaraf dengan universiti luar negara. Malah kami bersyukur kerana berpeluang belajar di sini kerana ia merupakan peluang terakhir kami untuk menuntut ilmu di negara orang memandangkan sarjana muda dan sarjana kami di Malaysia.Lagipun sejak dari kecil Jepun memang menambat hati saya baik dari segi bahasa dan budaya mereka. Seolah-olah impian menjadi kenyatan. :D

Banyak pengalaman manis yang ingin dikongsi. Alhamdulillah setakat ini kami tiada pengalaman pahit cuma sibuk dan tekanan dengan pelajaran adalah lumrah biasa dan juga kesukaran di awal kedatangan kami di sini. Maklumlah hidup di tempat orang tambahan pula kami masih tidak tahu selok belok kehidupan di sini. Semakin lama semakin banyak yang diketahui dan semakin seronok dengan kehidupan di Sendai.

Nak berkongsi pengalaman dari segi pelajaran mungkin tidak semua yang memahami. Oleh itu saya ingin berkongsi tentang kehidupan kami di sini. Pengalaman manis yang utama sudah tentu dapat merasai pertukaran musim. Setiap musim memberi suasana yang berbeza dan menyeronokkan....
Kami sampai di sini pada November 2008. Musim sejuk (Fuyu) baru bermula. Sudah pasti teruja melihat salji memutih.....
 Tapi salji di Sendai tidaklah lebat sangat, sedang elok saja untuk bersuka ria... kalau nak merasa salji tebal kami akan merantau ke negeri jiran iaitu Yamagata
tidak dapat dilupai juga kali pertama bermain 'snowboard' di Yamagata Zao Eboshi awal tahun 2009, pada mulanya agak sukar kerana asyik terjatuh tapi bak kata mat saleh "practice made perfect" namun masih tidak berani nak menuruni sepanjang bukit yang tinggi itu... Berterima kasih buat warga Sendai yang sudi mengajak kami ke sini... tanpa mereka kami pasti tidak akan merasa pengalaman ini...
 Kami lebih suka bermain salji yang putih berseri dari 'snowborad'.... pengalaman manis seterusnya adalah dapat melihat 'Juhyo' iaitu salah satu fenomena alam. Perjalanan sejam dari Sendai ke Yamagata Zao Onsen....ini kononnya honeymoon kami di awal tahun 2010.
 bersantai (berguling) di atas salji sambil menikmati 'Juhyo'...
ahhh seperti berada di alam lain....fantasi mungkin? (saya memang suka berfantasi!) 
Musim sejuk berlalu disapa dengan pemandangan memukau bunga sakura (Hana Sakura) atau bahasa yang lebih betul 'sakura no hana'... semasa menubuhkan blog ini saya masih jahil dengan bahasa jepun lantas translasi secara terus dilakukan, terjadilah Hana Sakura namun sehingga kini tidak terlintas untuk menukar nama ini (sayanglah)... saya rasa di setiap negara empat musim pasti ada bunga ini dengan nama inggerisnya 'cherry blossom'. Tapi masih tertanya kenapa sakura amat dikenali di Jepun, mungkin di sini punyai spesis pohon yang berbeza?
Pemandangan sakura memang sangat indah di sini...tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tambahan pula saya memang PENCINTA BUNGA. Aktiviti utama musim bunga (Haru) adalah HANAMI iaitu menikmati juadah ringan sambil melihat keindahan bunga sakura berkembang mekar... Hanami lepas bukan setakat jamuan ringan malah kami telah membakar satay di tepi sungai! Gambar di atas adalah kenangan kami bersama 'senior citizen' yang lain di Sendai(Iryd+Pitt=ai-chan). Jangan terkejut kerana kami warga 'postgrad' dipanggil 'senior citizen' dek kerana lebih ramai pelajar sarjana muda.
Bila Haru berlalu Natsu (musim panas) pun menyapa... suasana seperti di Malaysia tercinta... Musim ini ada Tanabata Matsuri yang mana wanita dan lelaki akan memakai yukata. Ia adalah sejenis kimono yang hanya dipakai untuk musim panas. Diperbuat daripada kain kapas lembut sesuai dengan suhu di musim ini... Perhiasan bersaiz 'gergasi' akan digantung di sepanjang 'mall' dan pertunjukan bunga api (hanabi) secara besar-besaran diadakan di setiap negeri. Hanabi di Sendai biasanya pada minggu pertama bulan Ogos. Memang mengujakan... saya memang bersungguh bila tiba waktu untuk pakai yukata tapi suami masih malu nak memakainya...
Setiap natsu juga warga sendai akan mengadakan acara tahunan iaitu ber-bbq di tepi sungai... makanan memang sangat 'marvelous' semuanya pandai masak...menu tetap adalah ayam bakar, ikan sanma dan salmon bakar dan pasti ada menu-menu sampingan yang berubah setiap tahun. adakalanya kami berbbq juga di musim luruh...
 Sambutan Hari Raya kami ada dua...yang pertama adalah peringkat Sendai bersama warga Sendai dan keduanya adalah peringkat Tohoku yang dijalankan secara bergilir-gilir di setiap negeri yang ada di dalam Tohoku ni... gambar di atas adalah sambutan raya Tohoku di Iwate... semua tu adalah warga sendai yang memang sentiasa riang remaja... (perasan tak yang di belakang tu buat aksi terima anugerah gitu... haha)
Ni pula solat raya di Sendai... ada masjid di sini namanya 'Masjid Sendai' (betul, tak tipu, memang ditulis masjid, saya tak pernah bergambr di hadapan masjid, dalam masjid adelah...) masjidnya kecil sahaja persis rumah banglo satu tingkat (di belakang bangunan biru tu...) Bila tiba hari raya ramai yang datang solat, masjid yang kecil itu tidak mampu menampung semua ahli, jadi terpaksa solat di kawasan lapang berdekatan masjid. Pelbagai bangsa yang datang. Yang berpakaian ala2 hip hop rnb pun ada memang terkejut bila ke masjid sewaktu solat hari raya... nampak lelaki yang sedang bercakap di mikrofon tu? Dia adalah mualaf jepun, yang banyak membantu dalam pembinaan masjid dan juga perkara lain berkaitan umat islam di Sendai... syukur...
 Berakhirnya Natsu... Aki (musim luruh) datang menjelma... waktu yang paling dinantikan adalah "KOYOU" iaitu menyaksikan perubahan warna-warna daun sebelum luruh ke bumi... Gambar di atas diambil sewaktu trip warga Sendai menikmati koyou di Yamagata (asyik kat Yamagata aje?? sebab ia paling dekat dengan Sendai, senang untuk kami pergi beramai-ramai tanpa perlu bermalam, tambahan kawasan berbukit bukau sudah tentu menghasilkan panorama yang indah)...
Ini pula koyou sekitar sendai...ahhh saya rindu pemandangan daun rona merah, jingga, kuning ini... sangat unik dan cantik... subhanallah...

Sebelum mengakhiri entri ingin saya ingin berkongsi sedikit mengenai pemakanan. Ianya tidak sukar. Ada dua kedai berhampiran kediaman kami yang menjual barangan halal juga barangan import seperti rempah ratus, sos dan sebagainya. Makanan halal boleh juga dibeli melalui internet dan akan terus sampai di hadapan pintu rumah. Elaun yang kami dapat adalah bersesuaian dengan kehidupan kami di sini. Selain itu restoren halal Iran dan Bangladesh juga ada yang mana kami boleh menikmati makanan seperti roti nan, nari beryani, kari dan lain-lain. Banyak juga restoren jepun yang menghidangkan makanan berasaskan hidupan laut, maka bolehlah kami berkunjung di hujung minggu... yang pasti saya dan suami sudah jadi peminat sushi yang dulunya kami tidak pernah makan dan tidak ada keinginan untuk mencuba sewaktu di tanah air. Walaubagaimanapun kami tetap merindui makan seperti 'nasi berlauk' 'nasi kerabu' dan sebagainya sebab kami ni punyai tekak melayu. :P

Jika nak berkongsi semuanya sudah tentu penulisan 3 hari 3 malam pun belum tentu habis... itulah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi di ruangan ini... selebihnya bolehlah anda baca di entri yang lain...  
p/s: Buat rakan seperjuangan di luar sana sama-samalah kita memeriahkan segmen ini ya... (kalau suka dengan entri ini, sudilah kiranya untuk tekan like kat bawah tu... arigatai)

Wednesday, January 26, 2011

Cita-cita saya...

Diharap entri ini dapat membantu para pelajar sekolah rendah yang meng"gugel" untuk buat karangan bertajuk cita-cita saya...haha... tak adalah gurau aje... perasan tak rumah baru saya? eh eh tiba2 aje "baik" macam manyeusof cakap bersaya-saya hehe... (tolong ajar ahkak cemana nak letak icon2 kecik tu ala yang ada lambang b untuk blog, f untuk facebook, huhu dalam template ada tapi bila dah guna takde puleks, kachiwa daku ini) Rumah baru 'feel' baru kali ni nak cakap guna saya kalau dalam bahasa kalau "speaking london" barulah guna "i". Boleh ke? Tak tahu berapa lama bisa bertahan hik2. Rasanya macam tak bisa bertahan lama. Entry ni menjadi saksi yang i telah bertungkus lumus 'renovate' rumahku duniaku ini. Ok cukup. Masa kecik dulu anda semua nak jadi apa eh? Jangan pengsan kalau dengar cita-cita i ok?

Tak pernah pergi tadika, alih-alih terus ke darjah 1 (SRK Zainab 1). Bila guru bertanya akan cita-cita... saya kelu, hanya mengikut teman sekelas... vouge betul cita-cita kawan2 ni.... sebabnya masing-masing nak jadi penyayi...pramugari....model... fuhh...tapi i pun turut serta nak jadi macam depa jugak haha. Maklumlah sekolah semua perempuan...cita-cita pun harus vouge ok.

Tapi memang tak boleh lawan cita-cita anak-anak jepun yang comel ini. Bayangkan tiap kali tanya akan persoalan itu mereka pasti menjawab....
"penjual bunga"
"penjual aiskrim"
"penjual gula-gula"
tapi yang paling tak tahan bila besar nak jadi "DRAGON BALL!!!" comel tak???
*from google...

Monday, January 24, 2011

Tokyo Auto Salon 2011, Part 3 (Transformasi)

Entri terakhir untuk ceritera auto salon 2011. Satu kereta pun kami tak berani naik, tak tahu sama ada boleh naik atau tidak. Mungkin sekadar untuk bergambar kerana sesetengah kereta hanya boleh dilihat dari jarak tertentu sahaja. Berlainan pula dengan motor ini..mula2 sekadar jenguk2...
tapi pakcik yang baik hati berdiri sebelah kanan tu cakap "douzo, douzo" sambil tangan menunjukkan pada motor tersebut, en suami malu2... "pergi la love... " "boleh ke?" "boleh...kan dia dah bagi tu" dengan malu2 tapi mahu si cinta hati pun naiklah.... hehe.. haish malu2 kucing...
ada lagi beberapa motor lain tapi ramai pulak orang sedang beratur untuk ber'posing'. Tadi kemain cakap orang malu... bila disuruh naik, i pulak yang malu haha... yerlah kan mana reti bawa motor... malu2 tapi bila naik, hamek u... posing peace gitu tapi kalau nengokkan gambar kat atas tu boleh bankrup kedai motor ada model sebegitu jelek...
Honda hybrid insight... lawan dia Toyota hybrid prius...
Ferrari... tapi kurang arif pulak tentang model kereta dan sebagainya...
gaya mutu keunggulan...
tu dia...posing ala2 "i want to spend my lifetime with you" gitu kan...
eh eh ada ultraman celup lah...
feewwiitt...samurai X dengan tayar good year...
Tak sia2 kami pergi ke booth good year dapat lah "handbag" sorang satu... gambar atas tu adalah jurucakap good year tak berbayar...
Owhhh..Transformasi 1: Dari yang vass kepada vouge dan bling2... sanggup tak anda memandu kereta yang dipenuhi intan payung berlian ni?
'jangok' sungguh...
pinky winky bike...nampak macam susah aje nak naik... tak dapat bayangkan...
  akhirnya dapat juga bergambar bersama... terima kasih encik baik hati...
seolah2 baru keluar "jungle tracking"
dahsyat....
Boss besar Toyota (yang berbaju merah) tak sangka boleh tengok depan mata.. sebelum ni tengok kat tv je... Tahu kan, baru2 ni (tahun lepas) prius ada masalah di US break kereta kurang mencengkam... pengguna di us kecoh satu dunia... tapi i rasa tak lah serius mana malah tak ada sebarang kemalangan pun dilaporkan... tak tahulah depa minta ganti rugi apa... boss toyota turun padang ke us meminta maaf bersungguh2 sehingga menangis... huhu...
model baru suzuki... sekarang syarikat ni banyak buat kereta baru... macam2 model iklan kat tv, tapi entahlah setakat ni tak dapat menambat hati kami...

Transformasi 2: gambar dari web toyota.. tak sempat ambil gambar sebelum cuma sempat ambil gambar selepas je... salah satu kedai ni telah modified prius menjadi.... jeng jengg.....
Bentley (haaa pengsan takkk???) mula2 kami ingatkan bentley rupanya transformasi daripada prius...kellas la...
Transformasi 3: Van pick up biasa kepada...jeng...jengggg
entahlah kereta apa... ala2 badak sumbu pun ada haha... tapi memang 100% berubah dari yang asal...
sistem stereo pun dah cenggini jadinya... pasti bingit... (cuba cari penulis yang tersembunyi dalam gambar tu :P)
tak pasti kereta apa... kalau tengok bahagian belakang macam prius atau insight yang dimodified (ampun..kalau salah)...
bahagian depan (surrender... memang tak tahu kereta apa) masa ni dah soro2 nak keluar dari dewan... mana yang menarik main ambil je gambar tanpa pergi dengan lebih dekat sebab dah puas hati dapat tatap GTR :D
Rolls Royce ada berani??? latest model tau... Agong pakau kereta ni kan? tapi tak pasti model mana..
pengsan untuk kali terakhir sebelum beredar...rasanya rolls royce tadi dengan kereta Lamborghini oren ni adalah antara kereta termahal di pameran auto salon ni...
ini kalau dapat...ada yang duk menilik kereta 24 jam hehe...
siapa nak/minat kereta ni?
ni pula warna biru tak ada bumbung...
  fuhh... dapat tengok pun jadiklah ye...
Audi...
Lamborghini... siap dengan gambar bull lagi ha...
mercedes...
ini pun idaman juga... owh warna biru pulak tu i likeee...
mengabdikan kenangan bersama di hadapan black bison...

terkejut nampak mamat ni... apa ke "juadah" Johnny Depp nak datang sini, versi celup rupanya tapi memang nampak macam real captain jack sparrow kan???
lexus pink...sakura special edition, enjin siap ada lukisan hana sakura gitu...
comelllll....
menaiki escalator... selamat tinggal auto salon...
pandangan terakhir (owhh tak sanggup untuk meninggalkan mu, eceh over betul!)
di hadapan peta pameran Tokyo Auto Salon 2011...
dalam perjalanan pulang (eh teringat kat jambatan Pulau Pinang, pertama kali ke penang sewaktu berumur 2 tahun menaiki feri sudah pasti tak ingat apa pun dan tak pernah lalu jambatan tu.. teringin nak jelajah seluruh malaysia satu hari nanti...)
Tokyo Sky Tree in the making... pengganti Tokyo Tower yang lebih tinggi
RnR di Pasar Hanyu, eh unik betul nama...teringat Hankyu Jaya.. nama "pasar" tu yang tak tahan haha...
cunnyer interior dalam pasar ni...cantik dan bersih... RnR baru kut...
Pulang dari dunia yang penuh khayalan dan fantasi.... kembali ke realiti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails