Showing posts with label Tazawako. Show all posts
Showing posts with label Tazawako. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Yuujyo no taki...

Baru aje habis perbincangan, lepas ni bergegas pula analisis data di kampus lain, kemudian balik semula ke sini sebab ada seminar jam 4 pm... owh... hari Jumaat hari paling busy di dunia huhu... sebelum anda semua "windu" kat i (dush!) baik update laju2...

Kunjungan ke taki/otaki suatu masa dahulu di Nametsu Otaki, kami tak mandi manda... Kunjungan kali ini di taki berbeza pun tak mandi. Macam mana nak mandi, taki ni kena panjat2 sikit dan keadaan taki tu macam tak sesuai untuk berendam, tambahan pula saya dan en suami kesuntukan masa waktu ituebab dia ada meeting (meeting on Sunday ok!). Bagi yang pernah baca kunjungan "S.C" Sendai ke Tazawaki, Akita... inilah tempat terakhir yang kami singgah sebelum pulang.

Makcik pemilik cottage tu bawa kami lihat taki. Beria dia cerita ada taki berdekatan dengan cottage tersebut. Memang dekat, dengan kereta tak sampai 5 minit. 
IMG_5472-tile
keluar aje simpang cottage, terus, turun bukit dan nampak papan tanda ni... lalu jalan berbatu kemudian sampailah kami ke taki tersebut.. kena jalan sikit lalu trek yang sedia ada, macam treking dalam mini hutan gitu, eh boleh pulak mini ye hehe... gambar kedua masa lintas jambatan, manakala gambar ketiga pandangan tepi sebelah kanan masa jalan ikut trek tu... (alamak macam pening dengan ayat sendiri). My love, Akmal dan cheeky Gen-kun!
IMG_5497
inilah dia Yuujyo no taki, Ab cakap air terjun persahabatan :))
IMG_5501
masa nak ambil gambar berlatar belakangkan taki ni, cinta hati suruh panjat dan pergi jauh sikit, adehh penat patik taupanjat batu2 tu semua...huhu... nasib tak cedera (eceh, gedik!) dah tu kecik setoet aje saya dalam gambar tu hehe... besar kan taki tu... tiba2 rasa macam masuk hutan amazon la pulak, tinggi betul khayalan ye... sila pengsan!
IMG_5509
aishiteru!
IMG_5517
Saya dan sendai besties with lovely Ai-chan... Its time to go home, yang lain meneruskan aktiviti bergambar dan singgah di bandar lain dalam perjalanan pulang, sedih tak dapat ikut sama...
IMG_5542
entah berapa terowong yang kami perlu lalui...baru aje keluar terowong, depan tu aje dah ada terowong lagi hehe... lama2 saya macam suka pulak dengan fesyen jambatan macam gambar atas tu...
IMG_5541
i see trees are greeennn... what a wonderful world... o yeahh... (mesti boleh teka lagu apa, kan? intro lepas tu terus ending haha..ampunnn) walau di mana jua sekalipun kalau ada nature view pasti saya rasa wonderful... dah lama simpan angan2 nak pergi pulau2 di malaysia, satu pun belum jejak huk2 kachiwaa...

p/s: back to work... ganbatte to me! yosh!

Sunday, July 31, 2011

Sayonara Tazawako...

Owh selamat tinggal Tazawako. Entah bila kita akn bersua kembali... patik akan merinduimu... eceh... dush! Kalau layan feeling penulis ni minggu depan pun belum tentu habis ok! haha... (eh tipu je). Tazawako ni merupakan "crater lake". Kami pernah ke crater lake di Miyagi suatu masa dahulu... nak baca KLIK SINI.  Tapi Okama tu boleh lihat dari jauh je dan kedudukannya juga agak tinggi (lupa la.. ampunnn) malah tiada satupun hidupan dalam air tersebut. Okama hanya boleh dilawati waktu natsu (panas/summer) dan aki (luruh/fall/autumn) sahaja. Manakala Tazawako ni boleh dilawati sepanjang tahun.

Bila tinggal di sini baru saya tahu akan crater lake. Danau Toba juga merupakan crater lake... Tasik yang terbentuk kesan dari letusan gunung berapi. Tazawako merupakan tasik yang paling dalam di Jepun dengan kedalaman 423.4 meter. Ia juga satu2nya tasik yang tidak membeku waktu fuyu (sejuk/winter) disebabkan ia sangat dalam. Eh banyak betul perkataan dalam, saya pun naik pening. hu... Nak tahu lebih lanjut boleh ke LINK ni.

IMG_5298
Saya sungguh tak sangka pemandangan Tazawako waktu pagi sugguh cantik... ini adalah pemandangan yang memukau terpukau terpaku sewaktu sarapan pagi kami di El Mirador. Makan sambil menikmati pemandangan nan indah=awesome and wonderful!
IMG_5343-tile
Selepas sarapan pagi saya dan cinta jalan2 di kawasan depan hotel sekali lagi. Nak simpan memori Tazawako erat2... masa ni mood ambil gambar cinta dah ke laut...hehe, jadi saya seroang diri duk khusyuk bergambar. macam biasalah encik batu yang tolong ambil gambar saya (gambar pertama tu)... terima kasih wahai batu yang budiman (khayalan tak hengat!) waktu pagi macam ni Tazawako kelihatan sungguh tenang dan damai, air pun tak berombak... Ya Allah ku bersyukur di atas segala nikmat dan keberkatan dari-Mu.
IMG_5315
cantik kan? subhanallah... tak dapat saya nak gambarkan dengan kata-kata...
IMG_5377
kat sini memang mantain warna biru hijau yang menawan, dah2 la ada resaksa bawah tu haha... warna ni, buat baju raya pun cantik jugak ni ehehe... (ish ke situ pulak!)
IMG_5383-tile
Tazawako, sayonara... lihatlah tazawako dan pine trees tu...lawa kan, view kat situ... warna airnya pun cantik... tu gambar "abam" motor berkonvoi, first time saya dan cinta nampak konvoi motor besar, kat Sendai jarang betul nak nampak...vrrrooommm... masa ni mendaki bukit ke cottage geng senior citizen (tempat kami BBQ tu... ingat lagi? Entri TAZAWAKO MATSURI.
IMG_5457
Iryd, Su, Ab and me with Ai-chan dan Gen-chan merenung manja ke arah Ai-chan, geram betul dengan mereka berdua ni...sooo comel!
IMG_5463
us, the senior citizen bersama tuan empunya cottage... baik sangat makcik ni, tapi saya tatau apa nama dia hehe... akan kami kenang memori ni sampai bila-bila... to our wonderful friends, may this friendship last forever... insyaAllah...
IMG_5469
Ini pemandangan di depan cottage... cantik tak? kalau musim fuyu kawasan atas bukit yang mcm hampir gondol tanpa pokok-pokok tu merupakan ski slope! Boleh lah ber-snowboard dan ski! Saya tak reti pun, cukuplah sekali sahaja pengalaman tersebut hehe, tapi suka tengok orang ber-ski dan ber-snowboard dan saya pulak guling2 atas yuki, syoknyaaa hehe...

p/s: makcik tu bawa kami masuk hutan, ingatkan nak cerita kat sini, tapi saya harus sambung kemas rumah lagi wuwuwu...

p/s2: Selamat menyambut ramadan al-mubarak buat pengunjung HS dan juga seluruh umat islam. Moga kali ini kita mendapat ganjaran dan pengalaman ramadan yang lebih bermakna dan penuh keberkatan, insyaAllah... ini kali ketiga berpuasa dan beraya di rantauan, akan saya ceritakan perihal puasa di Sendai di lain entri ya.

Friday, July 29, 2011

Tazawako Matsuri...

Entri pling pling terpublish sendiri. Harap2 menjadi la sebab sebelum ni cuba set ntuk entri terdahulu, dia takmo jadi, cek tak tau pasai apa. TEngok2 eh tak terpublish rupanya. Tak habis2 lagi perihal Tazawako ni, harap tak jemu ye, kalau jemu, nanti patik berduka membawa diri pergi tepi sungai... sob sob... (tak menahan kenapa kena pergi sungai? haha). Lepas entri ni ada 1 episod je lagi... Walaupun ini hanya trip di hujung minggu, namun penulis nak jugak cerita semua dengan detailnya... untuk kenangan saya dan cinta juga... koleksi gambar tanpa catatan tidak mencukupi untuk patik...

Selepas berfoto gedik di depan hotel tibalah masanya untuk ke tempat matsuri, Iryd dan Su menanti di sana. Malangnya Ab dan Akmal menhadapi sedikit masalah dengan kuruma mereka semasa dalam perjalanan, maka cinta hati ku dan hubby Iryd bergegas ke tempat tersebut. Tinggallah kami bertiga berfoto di kawasan sekitar.

Memang dah sepakat untuk memakai yukata, malangnya saya yang sibuk dengan meeting dan zemi pada Jumaat hingga ke tengah malam, keesokan pagi Sabtu agak kelam kabut dan mungkin kepenatan masih belum hilang, maka terlupa nak bawa yukata,huhu frust sangat2. Iryd dan hubbynya saya gelarkan pasangan model, mana taknya... mereka memang pandai berposing dan pro ambil gambar sebab guna manual mode (saya sampai sekarang guna auto mode aje haha), mereka juga sgt kreatif edit gambar, saya pulak satu apa pun tak reti edit gambar setakat letak nama blog dan watermark tu tahulah huhu... tak ada masa la nak belajar lebih mendalam perihal ambil gambar dan juga edit gambar...

IMG_5006-tile
Naga yang digunakan untuk matsuri tersebut... kenangan jejakkan kaki di pasir tasik Tazawa... owh itik maafkan patik kerana tidak dapat mengelilingi tasik tu huhu... prop berfoto yang Iryd bawa, payung jepun... auwww i likeee... saya tumpang sekaki hehe...
IMG_5055-tile
Saya dan my one of my sendai bestie Iryd he model, Ai-chan sangat happy pertama kali main pasir sampai tak nak didukung oleh mamanya, tak berganjak langsung dia main pasir tu... baru aje kami nak posing2 datang 2 photographer jepun nak mabil gambar Iryd dan princessnya Ai-chan...wahhh glam gitu... suka suka... orang dah mula memenuhi kawasan tasik untuk melihat matsuri...
IMG_5028
3 of us mengabdikan kenangan di Tazawako...
IMG_5090
anak2 jepun beryukata! tengok mereka buat peace di mata...comel tak??? saya tak tahu pakcik photographer tu setting apa sampai gambar boleh jadi ala2 biru sket hehe...
IMG_5102
ada persembahan di pentas utama...suara perempuan tu best sangat!
IMG_5104
bersama hero2 yang akan membawa naga tu ke dalam air malangnya, kami tak nampak sangat, waktu tu hujan renyai2 maka berteduh di bawa gazebo... nasib baik masa hanabi dah berhenti...
IMG_5142-tile
alamak...sangat tak reti ambil gambar hanabi huhu ampunnn gambar tak cun...
IMG_5191-tile
hanabi yang menyeronokkan! lenguh leher patik dongak untuk tengok hanabi!
IMG_5248
gen chan yang comel... buah hati ab dan akmal, dipersilakan cubit beliau... aktiviti tak terhenti di situ, semua pun dah lapar, jom makan BBQ! kat cottage yang kawan lain diami dilengkapi khas dengan alatan untuk ber-BBQ tinggal bawa makanan aje...
IMG_5251
masa mula2 masuk rumah tu saya sangat terpegun, sebelum tu dah dengar Iryd dan Su bercerita tentang cottage yang cukup lengkap segala, bila melangkah sendiri baru tergamam, tu tempat buat teh/kopi agaknya...macam ala2 movie gitu hehe (terus berangan eceeh...)
IMG_5252
suka dengan tingkap bulat ni! pintu sebelah tu menuju ke bilik air, siap ada private onsen! dan juga mesin basuh... wahh memang cukup lengkap... ada 1 main bedroom di bawah, dan naik tangga tu ada lagi 2 bilik...
IMG_5255
siap ada tempat karaoke lagi dengan pelbagai pilihan lagu...
IMG_5259
tak tahu pulak apa nama tempat pemanas ni, yang pasti, akan digunakan sepenuhnya kalau bercuti waktu fuyu...
IMG_5262-tile
Menu kami pada malam tersebut banyak sangat... namun apakan daya khusyuk sangat makan serta berbual dan hanya sempat snap ayam bakar special beserta kek batik Su... lain2 adalah ikan sanma, daging bakar, udang yang yummy! jagung tak sempat nak bakar...huhu... finally ada gambar bersama Ab...
IMG_5289
memorable natsu 2011 bersama senior citizen sendai... arigatou minna-san! wasurenai! (takkan lupa/will never forget).

p/s: hujung minggu ni pindah rumah...owh nooo...pengsan!

Wednesday, July 27, 2011

El Mirador Tazawako...

Berbelit lidah patik nak sebut El Mirador tu. Apakah? Nama tempat kami menginap... macam vass gitu kan? Hehe, tapi itulah yang termurah yang kami jumpa. Asalnya nak tinggal di cottage bersama yang lain nun di atas bukit tapi tak cukup bilik, kerana bilik hanya ada 3, kalau nak tinggal kat situ ada yang terpaksa tidur di ruang tamu, maka kami ambil keputusan untuk tinggal di mana2 hotel yang masih kosong dan murah. Biasalah kalau ada matsuri aje kebanyakan tempat penginapan ni cepat betul penuh huhu...

Alhamdulillah selamat sampai, tapi sampai depan tasik aje... belum sampai hotel lagi... si isteri dah excited ambil gambar dari dalam kereta, biasalah penulis ni memang macam tu, layankan sajolah yo...
IMG_4627
Dah nampak tasik tapi macam terkedu. Eh? ni tasik ke pantai? kok kenapa persis pantai aja dong? haa kang dah terspeaking ala2 sinetron gitu. Geramnya rasa nak turun tang tu jugak nak kayuh itik tu haha... jakun yang amat! dah nampak kebiru-biruan mata hitamku tasik tu... i likeee....
IMG_4637
jalan nak ke hotel pun sangat2 mendamaikan... pandangan tasik diselang seli dengan pepohon nan redup... tak tahu nak tengok mana satu (eceh nyampah!)...
IMG_4630
nampak ramai pengunjung mandi-manda, naik bot, kayak, "itik kayuh" tu (eh serius tak tahu nak panggil apa benda alah tu, ala yang nak gerakkan ala2 bot comel tu kita kena guna kaki huhu...
IMG_4625-tile
pemandangan Tazawako... tanah digunakan sepenuhnya, padi pun ditanam dengan banyak di sekitar tasik ni...
IMG_4654-tile
ingatkan papan tanda hotel tapi RnR je, tu dia siap ada RnR lagi ha... tak sah kalau tak ada red gate yang simbolik ni.... weee dah nampak macam hotel aje kat depan tu!
IMG_4668
pemandangan di tepi El Mirador, entah apa la yang mereka duk tengok tu.. takpe2 sabar, patik terjah sat lagi naaa...
IMG_4681
muka cinta hati ku kena paksa posing dengan cik puan isteri hehe... masa ni kami agak risau sebab jam menunjukkan hampir 2 pm, biasanya check in hotel kat sini pukul 3pm.
IMG_4671-tile
Redah aje ke kaunter, dan bertanya pada reception lelaki yang sangat lemah gemalai ahauww bersopan santun gitu, kalau nak masuk awal kena bayar ke tak? Alhamdulillah, boleh masuk awal tanpa dikenakan sebarang bayaran extra...weee... kami ambil bilik murah iaitu mengadap bukit dan breakfast. Kalau nak bilik mengadap tasik kena keluarkan ongkos yang lebih. Tak perlu rasanya sebab hotel pun dah tepi tasik, nak tengok tasik turun hotel ajelah, ye tak?Macam biasa, memang akan ada okashi (snak warna putih tu) diberikan...
IMG_4695-tile
selesai solat terus keluar untuk menikmati pemandangan di depan hotel... gambar first tu, pandangan dari tingkap kecil berhampiran lif, wahhh birunyaaa, cantik sungguh! Subhanallah... indahnya ciptaan Ilahi... tapi kat situ je nampak biru lain macam aje kat tempat lain sekitar tasik tu taklah sebiru ini pun...ntah2 ada pirana tak pun "resaksa" kat dalam air tu haha (mulahlah nak berkhayal!)... rumput nan menghijau rasa nak guling aje... lepas tu nyanyi lagu Sound Of Music sambil pusing2 macam heroin cerita tu Julie Andrews! Dulu masa muda mudi selalu buat wallpaper pada PC gambar tasik yang berlatar belakangkan gunung ganang... teringin nak pergi kenyirko namun tak kesampaian, masa dpt offer study di NZ dulu dah mula berangan jugak, tapi rezeki bukan di sana, last2 dapat belajar di jepun, tak sangka boleh jejak tasik yang cantik di jepun (eh banyak pulak patik membebel... ampunnnn...)
IMG_4714-tile
di sebelah sana tasik ni berpasir macam pantai, kat kawasan hotel ni, berbatu macam pantai jugak tapi ala2 pantai yang ada cliff tu... disapa angin sepoi2 bahasa, angin yang nyaman... kalau angin pantai tu ala2 masin sikit kan, tapi sebab ni tasik jadi lainlah sikit anginnya... eceh yer ye aje kamu ni! tu ayat cinta hati bukan ayat saya hehe... suka sangat gambar yang ketiga dan keempat tu! sebab backgroundnya yang menawan kalbu...
IMG_4751
tak ada tripod uwaaa... si steri berusaha jugak nak ambil gambar berdua, nasib baik ada batu2 kat situ, patik amat berterima kasih wahai batu2 Tazawako sekalian... tapi senget sikit, yelah mana ada batu yang rata kan? dah puas adjust kedudukan kamera pada batu tu... maka akur ajelah dengan gambar senget huhu...
IMG_4737
berombak macam pantai... memang saya dan cinta tak bercakap seketika hanya berdiri di atas batu menikmati pemandangan...
IMG_4854-tile
sekejap aje layan blues... lepas tu kami menuju ke sebelah kanan hotel tu... nampak ada kedai dan rumah kayu kecil (macam boleh agak yang rumah kayu tu pasti berkait dengan kepercayaan mereka). Ada jual tangkal supaya diberi kesihatan, bertemu jodoh etc... maaflah terpaksa melihat gambar pemandangan bersama model yang jelek huhu... kerna patik tak dapat menahan perasaan untuk tersengih2 di depan kamera tu haha... ayat tak menahan!
IMG_4826-tile
mula2 cinta tak nak pergi kat rumah kayu tu...puas saya pangil, tak peduli dah orang dengar ke apa... saya kuatkan volume suara, "love!" "love!". Dari jauh cinta angkat kening, saya pulak melambai-lambai "sinilahhh"... tapi dia buat tak tahu... panggil lagi... akhirnya datang jugak... ish cinta ni cubit manja kang baru tau, geram betul haha... saya teruja nak tunjuk ikan2 yang sangat mesra alam ni, last2 cinta hati pulak over excited ambil gambar mengalahkan i ok! Kami tak beli pun makanan ikan tu sebab tak tahu nak cari kat mana (padahal malas nak membazir, cukuplah tumpang tengok aje yang orang lain bagi), tapi gembira sangat sebab ada pasangan pakcik dan makcik dari Hokkaido (wahh jauhnya datang)... mereka beli sorang satu paket, kesian nampak kat saya duk teruja tengok ikan gamaknya, maka dihulurkan sepaket, alamak! segannya, saya geleng2 malu (ceh) dan cuba menolak cara baik, but he insisted and placed it on my hand... baiknya pakcik, hontou ni arigatou ne! Maka bermulalah khayalan patik sebagai bawang merah "Merah datang ni, bawa makanan" nasib tak nyanyi lagi si ikan kaloi haha... ok sila pengsan! Beria betul ikan tu semua, sampai terkeluar dari air demi sesuap makanan... sugoi!
IMG_4843
ada tour boat mengelilingi tasik, kami tak naik pun...macam tak best aje... mesti mahal...
IMG_4860-tile
dah penat bagi makan ikan, kami pun turun kat bawah tu pula... rupa-rupanya ikan tadi pun banyak kat situ... cinta hati khusyuk tengok sakana (ikan/fish). Orang tak bagi makanan pun dia datang terkedek2 di gigi air (kenapa gigi air eh? entah2 salah penggunaan ni, mintak maaf siap2 hehe) memang mesra sangat2, ada pengunjung yang cuba tangkap tapi tak dapat, ikan itu berjaya memboloskan dirinya dengan pantas... tapi tetap datang balik meminta makanan hehe... bergambar kenangan pada patung emas tu, lambag Tazawako, kami pun tak tahu akan sejarah patung tu...
IMG_4905-tile
waktu untuk lunch! perut pun dah menyanyi2 dengan kuatnya... pergi ke kedai berdekatan, cinta makan tenpura udon dan saya makan tenpura soba... yum yum!
IMG_4742-tile
dah kenyang lepak ambil angin tasik sekali lagi di kerusi yang disediakan oleh pihak hotel yang di hadapan tasik tu... berposing untuk kali terakhir sebelum menjuju ke tempat matsuri... kali ni patik nak terima kasih untuk meja pulak sebab sudi ambil gambar kami berdua weee :)

p/s: tak nampak mana pun matsuri tu, nasib baik nampak hanabi huhu...

Tuesday, July 26, 2011

Perjalanan ke Tazawako, Akita...

Entri agak panjang... kalau rasa tak mampu nak baca silalah pura-pura pengsan. Hehe... Kami tak pernah terfikir pun untuk ke Akita yang berada di sebelah utara Miyagi. Memikirkan akan kekangan masa dan tol yang agak mahal. Baru-baru ni kami ada lihat di tv akan perihal tol, tapi kami kurang faham...

Satu hari di awal July, ketika ber-gather bersama senior citizen, hubby Iryd, iaitu Pitt tiba2 memberi cadangan (ayat dah ubah suai sebab tak berapa ingat ayat asal tapi membawa maksud yang sama :P) "Kita pergi Akita nak? Ke Tazawako, air tasik tu cantik sangat warna biru, baru2 ni kawan aku pi sana. (Pitt orang utara dan punyai ramai kenalan international). Saya dan cinta kan bawah tempurung sikit ehehe...

Sambung Pitt lagi "Tahu tak? kita dapat tol free untuk travel di Tohoku sebab kita dikira sebagai mangsa jishin (gempa). Kena isi borang, lepas tu masa kat tol nati tunjuk borang dan lesen memandu yang dikeluarkan di Sendai/Miyagi. " Masa tu barulah faham apa yang kami lihat kat tv hari tu. Wah-wah hati ini terus berbunga2, maknanya perlu keluarkan duit minyak dan duit penginapan ajelah kan... kebetulan 23 Julai tu ada matsuri di tasik tersebut.Right timinglah kan...
Wilayah Tohoku aitu Fukushima, Miyagi, Yamagata, Iwate, Akita dan Aomori... Dulu pernah terjah Iwate (di atas Miyagi) iaitu di Morioka dan Koiwai sewaktu Fuyu (winter), imbas kembali di SINI, SITU, SANA, SINUN.
close up tasik yang dituju... A=tempat penginapan kami...
IMG_4518
Bermulalah perjalanan kami pada 23 Julai yang lalu ke Tazawako, Akita lebih kurang jam 10.30 am, tiga buah kereta, masing2 pergi waktu berlainan sebab ada hal dan semuanya akan berjumpa di sana... memasuki Tohoku Expressway...
IMG_4519
sebelum ni kami guna ETC card di tol (dapat diskaun kalau travel di hujung minggu). Kali ni ambil tiket di lane biasa untuk gunakan kemudahan tol percuma (i very like!)...
page4
bosan tak tahu nak buat apa dalam kereta, saya pun ambillah gambar kereta-kereta jepun sepanjang perjalanan hehe... dmulai dengan Mitsubishi Delica, Honda Vamos dan Honda Elysion...
page3
Toyota Vitz yang baru, kalau di Malaysia Vitz dinamakan sebagai Yaris, Toyota Vanguard, dan Toyota Voxy...
page2
Kereta comel Honda Life, Mazda Carol dan Toyota Prius... comelnya warna bitu tu rasa macam nak makan je nyum nyum...
page1
Honda Fit (di Malaysia Jazz), sekarang dah keluar Fit Hybrid dan juga Fit ala2 MPV, comel jugak! Toyota Estima Hybrid yang baru, dan Daihatsu Boon, rasanya Daihatsu dah bergabung sebab nama lain adalah Passo, kalau tengok kat depan ada lambang Toyota, entahlah patik konfius sudahhh...
IMG_4564
Akhirnya sampai ke tol Morioka kalau tak ada free tol kami kena bayar 4+++ yen tau, erk pengsan, duit makan untuk beberapa hari tau...Tak ada hidhway ke Akita, tasik tu pula di sempadan antara Iwate dan Akita ini adalah jalan terdekat...
IMG_4566
Keluar aje tol dah ada papan tanda ke Lake Tazawako (eh patik pelik, bukan "ko" tu dah membawa maksud lake kenapa dia letak lagi kat belakang Tazawa bila dah ada "Lake" kat depan perkataan Tazawako tu, eh itu pun nak kecoh ke? dush!!)
IMG_4618
mula memasuki jalan kampung yang kecil dan mendamaikan...(Honda Freed , eh sempat lagi hehe...)
IMG_4621
kiri kanan sungai berbatu2 dan sawah padi... ureshii...
IMG_4595
sebab kawasan berbukit antara sempadan Iwate dan Akita tu, banyak betul terowong yang kami perlu lalui...
IMG_4602
tingginya... gayat plak kalau tengok lama2...
IMG_4622
dah nak sampai ni... bersambung di entri seterusnya... patik ada kerja yang perlu dibereskan... 

p/s: selamat hari lahir untuk orang itu! you know who you are... wink!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails