Friday, December 30, 2011

Visa dan perjalanan ke US...

Wahh seronoknya, banyak komen2 yang positif, patutnya post entri pertanyaan ni sebelum ke US. Terima kasih semua. Boleh jadi rujukan untuk orang lain juga. Apapun alhamdulillah semuanya selamat. Saya dan cinta hati telah ke US pada bulan lepas (November). Sekarang baru nak bercerita. Maaf lambat dek kesibukan. Sebelum ke US ada dengar cerita kurang enak. Masa tu cinta hati baru balik dari solat Jumaat, ada seorang kawan indonesia ikut sama balik ke kampus. Dia cerita isterinya ke conference di US bersama dua orang rakan. Isteri dia bertudung manakala dua orang lagi tidak bertudung. Sampai di kastam, isteri dia kena tahan dan dibawa masuk ke bilik khas untuk disoal siasat. Lama la jugak. Wahh mencabar sungguh ye. Masa tu patik bersiap sedia jela kut2 kena tahan jugak nanti hehe. Anda semua pernah alami/dengar cerita kurang enak bila melancong ke us atau negara lain?

Visa nak ke US ni agak leceh. Walaupun banyak procedure secara online dan interview tapi berbaloi sebab dapat visa 10 tahun. Kalau ada rezeki boleh pergi lagi di conference akan datang. Tak perlu susah2 buat visa lagi. Memandangkan permohonan visa dibuat jepun, kami memilih untuk ditemuduga di tokyo.

isi borang DS160 dan scan gambar bersaiz passport di link INI
|
kemudian bayar kos sebanyak 11,900 yen di easy pay atm pada bank2 terpilih
|
pilih tarikh temuduga
|
pergi ke embassy US di Tokyo, semua dokumen perlu disusun ikut turutan di dalam clear folder file dan bawa bersama sampul poslaju utk pos kembali passport. (sebelum masuk ke ruang interview memang pegawai dia check betul2, entah berapa kali kena lalu metal detector, nasib tak ada x-ray scanner tu, pheww)
|
tunggu nama dipanggil. Lama jugak la sejam lebih tunggu, interview dekat tingkap je macam kaunter pejabat pos hehe... soal itu dan ini, passport diambil oleh pihak embassy dan mereka akan hantar semula bersama visa dalam tempoh 1 minggu.

IMG_0005
saje nak letak rupa visa yang comot ini wuwuwu... kononnya buat kenangan hehe... masa terima passport visa dah siap ditampal... (maaf patik ni jakun orangnya sob sob)

IMG_0106
muka orang excited nak present hehe, excited ke love? Dari Sendai ke Ueno... itu aje bag kami berdua sila percaya, patik tak nak bawa apa2 selain handbag... travel light gitu...

IMG_0109
inside shinkansen, Max Yamabiko 2nd floor...

IMG_0111
memandangkan dah biasa naik shinkansen Sendai-Tokyo/Sendai-Ueno, namun tetap layan dengan pemandangan yang sama... tak jemu :)

IMG_0113
suka tengok tanaman di kawasan perumahan... sungai2 bukit bukau etc...

IMG_0118
sesampai aje di Ueno, ambil subway ke Ginza dan exit gate A4 sebab nak ke restoren Rasa Malaysia, Pitt dengan Iryd pernah ke situ dan story mory pada kami. Akachan nak makan satay dan minum bandung cincau... walaupun rasa takdelah sedap wow! tapi bolehlah, tetap berpuashati... alhamdulillah...

IMG_0119
nasi goreng kampung...

IMG_0121
cinta hati patik yang kekenyangan...

IMG_0122
masa ni jalan kat tengah tu ditutup seketika, pelik je tengok orang ramai jalan-jalan dan lepak2 kat tengah jalan tu. Siap ada gerai lagi ha...

Kemudian terus ke Narita airport. Sampai terus solat. Biasanya kalau kat sini kami selalu solat di bilik tukar baju yang ada lambang hanger tu. Ruang dia muat2 je untuk solat. Syukur...
IMG_0124
naik penerbangan American Airlines jam 6.50 pm. Walaupun sebelum naik flight dah makan energy snack, tapi sampai aje makanan laju aje makan tskk.. asyik lapar aje...

IMG_0126
sushi pun ada hehe... inari dan ebi (udang)...

Yang tak best naik AA ni movie dia sikit sangat lepas tu tak boleh play, pause sesuka hati. Contohnya pilih movie A kena tunggu beberapa minit kadang tu 30 minutes baru dia auto play. Sedang syok tengok tiba2 nak ke toi, tapi tak boleh nak pause la pulak wuwuwu. Tapi patik tengok sekejap je sebab mengantuk dan penat. Sampai di New York terminal 8 pada jam 5.50 pm pada hari yang sama hehe lawak je. Beza masa jepun dan NY 14 jam huhuhu, jetlag tahap gaban.

Alhamdulillah tak ada apa2 di kastam. Staff sekadar bertanya adakah kami datang bersama as a spouse itu aje. Lepas tu settle. Masa tu standby juga kut2 kena tahan haha... (punyalah tinggi imaginasi kamu ye penulis! terpengaruh dengan cerita orang hehe). Rush pula ke terminal 3 untuk menaiki Delta Airlines ke Washington DC. Masih ingat akan staff sebelum nak masuk departure gate. Saya bagitahu, tak nak masuk mesin x-ray tu sebab pregnant. Baik je dia cakap "Ok mam u can step here and go through the other detector." Lepas tu takde check apa2 dah phew lega... yang lecehnya kat sini habis semua kasut dan jacket/cardigan kena bukak, baju kena tinggal satu lapis je makumlah dah sejuk waktu tu haruslah pakai banyak lapis kan.

p/s: tak sempat nak jalan sangat sebab patik cepat penat wuwuwu, story mory next entry...

Thursday, December 29, 2011

Traveling during early pregnancy...

Sangat susah nak buat keputusan. Sebelum dapat tahu ada akachan, cinta hati ada conference antara France dan juga Washington D.C. Dengar aje France tiba2 mata ini bersinar-sinar gitu. Kalah sinaran bintang ok! Tapi memandangkan kualiti conference adalah lebih bagus di Washingotn D.C maka SV en suami menyuruh dia ke sana. Biasanya jika saya ada conference cinta hati akan ikut dan begitulah sebaliknya... maka kami pun mencari tiket paling murah. Kiranya tiket untuk saya ajelah, yang cinta hati dah ditanggung sebab dia akan buat pembentangan. Terjumpalah satu tiket ni di agent HIS. Takdelah murah mana tapi dalam banyak2 dia yang paling murah...

Bila dah tahu ada akachan, hati berbelah bagi nak ikut ke tak. Sebab perjalanan lebih kurang 12 jam. Agak lama jugak huhu. Memandangkan patik masih lagi dalam trimester pertama. Bila tanya doktor, dia cakap "Of course you can go but it is better to stay here, baby is not so strong at this time." Bila tanya mama dan juga ibu mertua, mereka macam serba salah juga, tapi berfikiran positif, insyaAllah tak ada apa2, doa banyak2 dan kena berhati2... Cinta hati suruh tanya kawan2 bloggers di dalam entri, tapi masa tu patik takut la pulak nanti dapat macam2 komen yang akan membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam. Tanya pendapat kakak ipar dia cakap bergantung pada kekuatan rahim seseorang. Dia juga pernah travel ke eropah sewaktu kandungan berusia 3 bulan dan semua berjalan lancar.

Saje je tanya agent tiket tentang refund, malangnya tak dapat refund sebab tu tiket promotion. Huhu pulak dah... Sesungguhnya patik tidak sanggup berjauhan dengan buah hati pengarang jantung, hukhuk... Instinct en suami pula dia suruh saya ikut tapi dalam fikiran yang tenang, enjoy dan jangan risau2...

Maka bermulalah pencarian maklumat dengan jaya jusco. Secara umumnya adalah selamat untuk ibu mengandung untuk travel by airplane sehingga kandungan 7-8 bulan. Lebih dari tu takut terbersalin dalam flight pulak kan. Namun waktu yang sesuai adalah pada trimester kedua. Trimester pertama pula keadaan masih belum stabil, dikhuatiri akan berlaku apa2. Bila baca sana sini... ramai aje yang travel long distance journey pada trimester pertama. Ada beberapa faktor kena consider seperti:

-cabin pressure (tempat tinggi, tekanan rendah, bagi yang ada alahan, ia akn jadi makin teruk sebab, sebab kurang oksigen dan tekanan bukan pada keadaan biasa) elakkan naik pesawat kecil, kalau nak naik juga avoid altitudes above 7000 feet.
-limited space to move around (kena stretch kaki dan jalan2 regangkan otot, supaya ada pengaliran darah, kalau tak buat nanti berlaku blood clots)
-turbulence that could shake the plane
-melibatkan ramai orang dikhuatiri terdedah penyakit berjangkit, deman/batuk etc

Tapi kebiasaanya kalau perjalanan jauh memang cabin pressure amat dititikberatkan dan dijaga agar. Memandangkan nak travel ke US benda yang paling penting adalah mesin keselamatan dekat kastam tu. Biasanya airport mana2 pun ada satu jenis je iaitu metal detector. Tapi kat US ni special ada dua jenis lagi ha, satu metal detector satu lagi x-ray satu badan. Yang x-ray ni bahaya untuk saya dan baby. Malah ada kajian yang dibuat mendapati mesin x-ray tu boleh menyebabkan kanser jika selalu terdedah. Some tips yang boleh dikongsi...

-minum air kosong dan jus banyak2 sebab akan buat kita kerap ke toi, bila kerap ke toi secara otometiknya kita akan berjalan dan regangkan otot. Elakkan minum tee/coffee sebab ia membuatkan kita dehydrated tanpa sedar.
-ambil seat di tepi lane supaya senang nak ke toi etc
-makan sikit2 tapi banyak kali, jangan habiskan terus meal yang diberi, simpan sedikit untuk makan lepas ni
-kalau berlaku turbulence, relax dan pegang perut, ikut je flow turbulence dan jangan keraskan badan.
-kalau ke US avoid lalu mesin scanner x-ray tu, suruh dia buat body check secara manual. (ada cerita hot! haha takdelah hot mana tapi tak puas hati la huhu... nanti story mory)

IMG_0178
gambar masa perjalanan pulang, transit je kat New York ni... comotnya muka patik uhuk2...

p/s: ceritera conference my love...

Tuesday, December 27, 2011

Our precious @ 15 weeks...

Patik telah mendedahkan perihal diri patik yang berbadan dua (wow rasa macam sungguh sopan hehe) di ENTRI INI. Waktu tu pergi check up week 15. Sewaktu menulis entri ni kandungan adalah 16minggu. Semoga semua terus berjalan lancar, InsyaAllah...

Sebelum tu nak jawab pertanyaan dari Lady. Patik pun masih jakun dan baru tahu madu tak boleh dimakan sewaktu mengandung hingga bayi berumur 1 tahun.
soalan beliau
 LadyBird said...
p/s : lady br th ibu mengandung xleh makan madu.. tp kan.. kalau btl ade bakteria yg xleh perut baby cerna.. bukankah baby just ambik nutrien drp ibunya melalui plasenta? organ dalaman baby berfungsi setelah baby dilahirkan.. cube awk cr jwpnnye.. nanti bgtahu lady ek.. :D..

Dapat feedback dari geng jepun yang dah ada pengalaman melahirkan akachan di sini, Kak As di Yonezawa dan Kamalia di  Morioka...
 Asmara said...pasal madu tu mmg sensei ada ckp tak boleh sbb tnya masa Haqem batuk dia kata jgn bg madu utk baby.

Kamalia said...pasal madu:-
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin) ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. -via sarakids.com

Rasa macam rancangan tiwi plak (mulahlah nak berangan haha)... baca sana dan sini nak jawab soalan lady tu, saya pun kurang arif, kena tanya doktor di gyne atau paed untuk jawapan yang tepat hehe, tapi inilah hasilnya melalui pembacaan,

Ya, memang bayi menerima makanan dari salur darah ibu melalui plasenta. Dalam masa yang sama bayi juga ada bahan perkumuhan dar badan dia yang turut disalurkan melalui salur darah ibu juga.

"feeding process puts the baby at risk whenever the mother introduces anything into her bloodstream that would be bad for the baby"

Pada minggu ke-10 dalam kandungan, perut bayi dah keluarkan jus pencernaan dan ginjal sudah mula berfungsi dan meneluarkan bahan kumuh yang kemudiannya disalur keluar melalui salur darah ibu. (Kalau baby boy masa ni dia dah hasilkan testosteron, manakala baby girl akan hasilkan ovari pada minggu ke-11, eheh selingan semata-mata).
Pada minggu ke-12, sistem pencernaan sudah memulakan proses "contraction movement" (tsskk tak reti nak translate) yang membolehkan baby makan. Walaupun baby terima makanan dari ibu, namun dia tetap akan ada sedikit bahan kumuh yang tentunya melalui suatu proses. Oleh itu ibu perlulah mengelak makanan yang merbahaya... bak ayat omputeh yang patik letak kat atas tu...
wuwuwuwu adakah ini menjawab soalan huwaaa takutnyaaa patik... kut2 lah ada doktor ke nurse ke yang baca entri ni tolong2 lah patik ye hik2...

IMG_0065
on the way ke hospital, rasa nak keluar je dari kereta bergambar kat pokok2 tu... hehe over ektim sungguh...

IMG_0067
dah sampai daigaku byouin, hari tu parking penuh kena park kat bumbung... perut patik tersembunyi di sebalik jaket down itu... abaikan kebam-baan patik tu ye... lagipun jaket tu memang gelembung gitu ok haha... (ayat nak cover bam bam ke?)

IMG_0003
akachan at 15 weeks, saiznya lebih kurang sebesar buah lemon...

IMG_0006
dalam minggu 12 hingga 23 perlu datang check-up sebulan sekali...

IMG_0007
24-36 minggu check-up setiap 2 minggu dan 36 minggu ke atas perlu pergi setiap minggu... tentang kos bersalin pula mungkin percuma sebab student, tapi patik tak pasti, bila dah tahu nanti pasti akan dicoretkan di sini...

IMG_7018
akachan! kali ni akachan berjumpa dengan doktor Kimura... puas doktor tu gerakkan (tatau nama alat) sana sini sebab nak tengok muka akachan... tapi tak berjaya, hanya nampak sisi je... lepas tu tak pastilah dia ukur apa siap keluar kaler2 kat skrin... doktor kimura ada cakap tapi tak faham sgt lagipun patik tengah khusyuk tengok akachan pada skrin...

IMG_7019
kemudian doktor ukur saiz kepala seterusnya saiz paha... doktor juga tunjuk perut baby yang dah berada pada kedudukannya yang mana proses pergerakan ini bermula sejak minggu13. Masa ni pun nampak akachan bergerak lepas tu nampak tangan dia...

IMG_7020
dia gerak tutup muka agaknya, malu macam mama dia (maaf patik telah over ektim wuwuwu)... nampak jari jemari dia... secara pling2 tangan patik otometik ternaik jugak macam nak lambai pada akachan huhu, ampunnn... check up kali ni percuma je hehe, alhamdulillah...

Next appointment 4 minggu lagi... bulan depanlah baru mama boleh tengok akachan lagi ye. Ya Allah permudahkanlah segala urusan, semoga semuanya selamat dan berjalan lancar, akachan pun sihat2 hendaknya, aminnn...

p/s: air travel during pregnancy...

Monday, December 26, 2011

Red checked...

Biasanya dah nak dekat akhir tahun ni banyak concert kat tv. Tengok pun secara kebetulan je. Ramai juga retis jepun yang memilih pakaian red checked ahauuww baju kotak-kotak merah gitu hehe. Dulu zaman muda mudi suka sangat pakai baju petak2. Sekarang dah jarang, ada juga beli sebab nak matching dgn cinta hati hehe... (matching aje kamu ni!)

Bagi peminat SMAP (i biasa2 je hehe) mesti dah sedia maklum dengan fashion pakaian mereka ni. Pelik aje semuanya, kadang tak cantik pun hehe (di mata patik la, mata orang lain tidak ketahuan... hik2).
IMG_0001
tolonggg... masih belum kenal semua ahli kumpulan ni hehe... 

IMG_0002
wahh satu set red checked gitu (hujung kiri) nasib topi pun tak checked juga ye. Patik tak pernah pakai seluar petak hehe, jacket petak kecik2 comella tapi kalau petak besar dan warna pun mengancam fuhh tak berani nak pakai hehe...(i kan pemalu, dush!), kalau dah retis nak-nak retis jepun harus la pakai yang stylo dan pelik...

Yang bukan retis pun ramai yang pakai pelik2 bermacam fashion. Pernah nampak "patung berjalan" kat sendai hehe, bukan apa mereka dress up betul2 macam patung dengan gaun kembang, handbag comel dan stokin panjang. Jarang2 je nampak. Mungkin lebih ramai di tokyo dan pelbagai jenis lagi di bandar metropolitan tokyo tu... seperti harajuku, shibuya dan sebagainya, contoh macam di bawah...
 nama fashion ni classic lolita (source from HERE)

Macam2 betullah depa ni kan hehe...


Sunday, December 25, 2011

Our precious @ 12 weeks...

Entri kali ini nak bercerita tentang boshi techo dan juga perkembangan minggu ke-12. Pertama kali check up di maternity unit. Setelah kad dan kertas appointment diserahkah di kaunter, kena buat self check, timbang berat badan dan ukur tekanan darah pada mesin yang disediakan yang kemudian akan keluar bacaan pada kertas kecil. Serahkan kertas tu di kaunter. Masuk toi yang disediakan. Kat dalam tu ada paper cup dan marker. Tulis nama pada paper cup dan letak cup yang telah berisi "air yang sepatutnya" :P, pada sliding window yang berada di tepi toilet bowl (kecil je lebih kurang 30cmx30cm). Ada dua layer sliding so nurse tu tak nampak, dia akan ambil cup bila kita keluar nanti.

Kemudian tunggu nama dipanggil. Mula-mula masuk consultation room. Kat situ midwife akan tengok berat badan, tanya apa yang patut, dan sekiranya kita ada kemusykilan boleh tanya pada midwife tersebut. Masa perjumpaan tu berat naik agak banyak, midwife tanya cara pemakanan lepas tu dia suruh kontrol dan tak elok bila berat badan berlebihan waktu bersalin nanti. Tskk, insaf ok... mana taknya duk melantak nasi tomato dan nasi lemak wuwuwu. Midwife cakap makan sikit2 tapi banyak kali. Sebab patik ni tak boleh kalau tak makan nasi huhu. Dah selesai sesi tu, tunggu giliran untuk dipanggil masuk jumpa doktor pulak. Oh ya, tentang pemakanan madu sewaktu mengandung... kat sini midwife kata "dame" (da macam sebut "da"du, me macam sebut "me"rah) maknanya tak boleh/tak elok. Dia ada bagi penerangan tapi patik tak faham sepenuhnya huhu...  sebab midwife tak boleh speaking fluently, lepas tu lupa pulak nak tanya doktor. Ada juga cari-cari dan baca, madu ni ada satu bakteria yang kurang sesuai dengan sistem pencernaan bayi, sebab perut bayi masih kurang acid untuk cernakan bakteria tersebut. Pemakanan ni perlu dielakkan hinggalah lepas lahir dan sehingga bayi berumur 1 tahun. Tak tahu sejauh mana kesahihan benda ni, next check-up patik akan tanya doktor. Harap ingat lah ye, insyaAllah. (reminder for myself).

Pregnancy report
Once you learn about your pregnancy, report it to the municipal office in the ward (or city, town or village) where you reside as soon as possible and receive a Mother and Child Health Handbook (boshi techo) along with a mother-child health information package. The package includes forms for prenatal checkups, a birth notification form, and information about available prenatal classes.
The boshi techo is provided by a local municipal office to expecting mothers who submit a pregnancy report. Non-Japanese mothers may also purchase a bilingual boshi techo published by the Mother Child Foundation for Health, which is available in eight languages (English, Korean, Chinese, Thai, Tagalog, Portuguese, Indonesian and Spanish).

BM tak ada ke huhu...

IMG_0034
kat dalam ni ada kupon diskaun yang boleh digunakan semasa check-up kandungan dan kalau tak silap sehingga akachan berumur beberapa bulan...

IMG_0004 (2)
Rupa paras kupon tersebut, pemeriksaan dibiayai sehingga 5,500 yen. Setakat ni sebelum ada kupon pun charge yang dikenakan sangat murah 500 yen ke bawah (seolah-olah RM5, untuk lebih faham boleh rujuk ENTRI INI). Sejak ada kupon ni charge lebih kurang aje 200 yen kadang tu free of charge :) i likee hehe... kupon ni sangat berguna jika ada pemeriksaan tambahan seperti pemeriksaan darah, hepatitis, rubella etc...

IMG_0035
sudah tentu patik ambil versi english sebab tak ada versi BM. Dalam ni akan dicatat rekod check-up sepanjang pergnant dan progress pembesaran akachan sehingga berumur 7 tahun.

IMG_0009
dapat key chain ni. Kat situ tertulis "onaka ni akachan ga imasu" (=ada baby dalam perut, onaka=perut, imasu=ada, akachan anda semua dah tahu kan hehe... ni dan ga tu paticle). Letak key chain ni pada handbag dan anda boleh guna priority toilet, duduk di priority seat dalam bas dan juga train. 

IMG_7002
rupa our precious at 12 weeks. Sayangnyaa... muah! Masa ni nampak baby bergerak tapi tak rasa pun pergerakan tu sebab akachan kecil lagi (6.84 cm)...

Menghampiri minggu ke-12, patik banyak makan ikan, sayur dan roti, waktu tu patik ikut cinta hati ke conference. Tak banyak pilihan makanan. Conference kat mana tu? Akan diceritakan di entri seterusnya, insyaAllah...

p/s: W, DC. 
(geng jepun yang dah ada pengalaman bersalin kat sini, patik perlukan pertolongan anda tentang kos bersalin etc, onegaishimasu... )


Saturday, December 24, 2011

Our precious @ 9 weeks...

Waktu ni teringin nak makan nasi tomato dan nasi lemak. Penat la sikit sebab nak makan apa-apa pun kena buat sendiri. Nak-nak sekarang memang asyik nak makan makanan Malaysia je. Nasib tak teringin makanan yang pelik2 yang susah nak masak. Kalau kat kg halaman dah tentu tunjuk kat kedai aje kan nak makan apa hehe.

Nasi tomato tu patik buat biasa2 je tak lengkap dengan dalca pun, cuma ada ayam masak merah dan acar kadang tak ada acar pun hentam je masak sayur yang sempat dibeli. Memang waktu nak masuk minggu ke-9 tu meriah jugak la makan, hari ni nasi tomato, esoknya nasi lemak bergilir2 selama seminggu. Sekarang pun masih terliur lagi tapi terasa sedikit insaf. Sebab makan banyak sangat wuwuwu. Waktu makan tu asyik nak tambah aje tau adoii, pengsan la cenggini. Nasib baik sekarang dah boleh kontrol, nak2 bila sibuk, kadang sempat makan sayur je, tapi kalau tak dapat makanan memang rasa menggigil je tangan ni dan tak senang duduk.

IMG_0002
seperti biasa sebelum check-up mesti akan telek carta ni dulu dan mulalah berangan sorang-sorang :P... Saiz akachan waktu 9 minggu lebih kurang 3 cm. Tapi itu estimation ajelah kan. It may varies depends on the baby. Lain baby lain cara pembesarannya kan? 

IMG_6999
kebetulan check-up minggu ke-9, terkena dengan Dr Nabeshima sekali lagi. Tak dapat nak gambarkan perasaan waktu ini. Nampak akachan macam floating dan ada sedikit pergerakan. Rasa nak cium2 aje kat skrin tu huhu... geram betul. (eh kenapa mama hanis sangat over exaggerating? nyampah... maafkan patik, ini adalah pengalaman pertama, diharap tidak menyampah jika patik nampak terlebih excited huhu. I have been waiting for so so long to have this motherhood moment.) Nampak tak tangan kiri kanan dan juga kaki akachan? Tapi setoet aje nampak... untuk lebih jelas boleh refer gambar-gambar di bawah... pada waktu ini juga saya diberitahu due date akachan, insyaAllah 11 June 2012.

IMG_0033
ultrasound pada 8 minggu... gambar dalam bulatan kuning tu lebih jelas...

IMG_0041
tak faham apa pun, tapi saya cuma refer gambar ultrasound pada 9 minggu 2 hari... 

Dah selesai ultrasound, dr suruh saya jumpa midwife untuk set appointment seterusnya. Alhamdulillah dah ditransfer ke maternity unit. Masa jumpa midwife dia tanya, macam mana keadaan, teruk ke morning sickness, lalu tak makan etc. Dia juga ada bagitahu tak elok makan honey. Terkejut jugak sebab sebelum tu memang ada makan honey hampir setiap hari. Kemudian dia bagi surat dan perlu pergi ke Aoba ward untuk dapatkan "Boshi techo" di sana.Perlu bawa untuk check-up seterusnya.

Syukur tak terhingga atas kurniaan rezeki daripada Allah. Apapun perjalanan masih jauh, waktu patik menulis entri ni, usia akachan adalah 15minggu 5hari. Berharap sangat2 agar semuanya berjalan lancar, InsyaAllah...

p/s: perihal boshi techo... 


Pengacara paling comel...

Kalau menonton tv dengan en suami, dia ada satu fashion tau. Fashion itu adalah tukar channel tv dengan sepantas kilat sampai dia jumpa rancangan yang dia nak tengok hehe. Patik pun fashion tukar channel juga tapi slow2 sikit tengok dulu beberapa saat rancangan tu menarik ke tak. Pada suatu hari sedang cinta hati buat "fashion" show, tiba2 ternampaklah pengacara yang begitu comel rasa macam nak makan. Haha...apakah? Pling pling juga terus patik berkata-kata "love, jap nak tengok..."

IMG_0042
selain eskelim cone vanilla mcd, patik juga gemar akan softcream yang agak femes amos di sini. Rancangan ni tentang kedai softcream paling sedap di setiap negeri seluruh jepun agaknya. Sebab patik tak sempat tengok habis. Cinta hati nak tengok rancangan apa ntah masa tu. Kebetulan kamera kat tepi je terus snap ahaha...

IMG_0045
betapa comelnya... mentang-mentang rancangan softcream habis satu badan dress up as softcream... microphone pun softcream jugak... pengsan! patik yang tengok ni pun geram nak ngap hehe...

IMG_0044
kawaii ne? seluar pun corak cone softcream....tskk...

IMG_0041
tiba-tiba ada gambar artis jemputan ni... agak2 kenapa ye saya snap gambar ni? sebab zip baju dia besarnya ya ampunnn.... hehe...

p/s: nak story mory week 9...

Friday, December 23, 2011

Our precious @ 7 weeks

Hari ni buka email tersenyum simpul depan pc, mana taknya komen dan doa2 dari semua yang membuatkan patik gembira dan terharu ahauww... sudah2 nanti kang buat ucapan mengalahkan dapat award pulak (hikhik). Apapun terima kasih sangat2, ureshii!... kata2 itu umpama doa... semoga semua berjalan lancar insyaAllah... ok sambung ceritera...

Di Tohoku Daigaku Byouin (Daigaku=University, Byouin=Hospital) ada dua unit, satu gynecology (gyne) dan satu lagi maternity unit. Kedua-dua ni bersebelahan. Pemeriksaan awal dilakukan di bahagian gyne. Bila doktor dah confirm baru transfer ke maternity unit. Unutk pemeriksaan minggu ke 7 ni patik masih di gyne. Doktor macam nak check betul2 agaknya sebab dulu kan ada kes miscarriage.

Awal2 dulu suka sangat makan nasi briyani, bukan yang buat sendiri (buat sendiri kompem tak jadi haha, cinta hati pernah buatkan tapi tak nak, nak yang kedai jugak, ish2 kenapa entah..) beli di restoren halal Nan Tandori. Almost everyday untuk 1 minggu tu. Tengok drama dalam tv, wanita mengandung muntah2, yang saya ni tak muntah pun tapi makan banyak la pulak wuwuwu... pengsan! Lepas tu dalam sekelip mata pling pling bidadari aje terus tak nak ok. Tengok pun tak ingin, apatah lagi nak makan. Tengok seafood pun tak lalu padahal dulu suka sangat makan udang, sotong dan ketam. Beras jepun pun dah tak nak makan, so cinta hati beli beras thai secara online di baticrom.com. Dia pun berjangkit tak lalu jugak nak makan beras jepun hehe kecuali sushi kat kedai masih makan hehe. Lauk kegemaran dulu hingga kini adalah ayam goreng. Nasi dengan ayam goreng pun dah cukup. Yummy! Selain tu suka sangat makan buah dan sayur. Hari2 pun nak makan broccoli tapi sekarang dah kurang terliur dengan sayur tapi paksa jugak makan.

IMG_0004
saya baca buku ni, banyak maklumat tapi tak banyak sangat gambar seperti ultrasound etc... maka saya juga refer di web2 untuk malumat lain...

IMG_0001
lepas tu beli satu majalah jepun ni, tak faham apapun tapi beli juga sebab terpikat dengan carta baby's growth sehingga 15 minggu. Untuk entri kali ni patik tunjuk 4-7 minggu... sebelum check up untuk 7 minggu saya cuba bayangkan sendiri macam manalah rupa baby di skrin sewaktu ultrasound nanti. But one thing for sure, i assume that it wont look as clear as in the chart... cuma saya berharap sangat nampak heart beat baby.

IMG_6997
Pada skrin nampak clear la jugak, tapi bila print out tak clear sangat. Nampak macam seketul kecil. Berdasarkan chart di atas, saiz waktu minggu ke-7 lebih kurang 1.2 cm dan anggaran sebesar sebiji sakuranbo (cherry). Kat tengah2 tu ada semacam satu bentuk bulatan (tapi boleh nampak di skrin je), patik nampak bentuk bulatan tu mengecil dan membesar. Kemudian doktor tanya "can you see that?" saya mengangguk. "That's the baby's heartbeat." Masa tu terus tersenyum, nak mengangis pun ada. Lama dah rasanya menanti saat dan tika ini. Doa dan harapan agar semua berjalan lancar... insyaAllah...

Doktor suruh datang lagi dalam masa 2 minggu dan masih lagi check di gyne. Risau juga kenapa belum transfer ke maternity unit tapi tak nak pening-pening fikir, doktor lebih arif. Tapi yang kurang syok, bila tanya doktor apa boleh makan dan tak boleh dimakan mesti dia cakap makan je apa2. Semua pun boleh makan. Supplement pula dia tak rekemen yang spesifik tapi dia cakap depends on diri sendiri nak ambil supplement apa, huhu...

p/s: macam mana pula kerenah makan untuk minggu seterusnya... 


Thursday, December 22, 2011

Yukichan dan Akachan...

Malam tadi sejuk betul nak masak kat dapur. Rasa macam tak nak duduk dapur wuwuwu. Sebab saya tak pergi lab kerana kurang sihat, jadi tak tahu keadaan kat luar. Malas nak jenguk2 duduk diam2 je kat ruamg tamu atau dalam bilik. Bila terasa sejuk satu macam patik pun selak langsir, laaa yuki rupanya... 

IMG_0040
sempatlah snap satu gambar yuki setoet waktu malam :P 

IMG_0043
Pagi tadi keluar untuk ke hospital... untuk apa? nanti akan diceritakan sebentar lagi... sat naa... 

IMG_0045
walaupun yuki taklah tebal mana di Sendai ni, ambil ajelah gambar buat kenangan (ayat pasrah haha) kalau nak golek atas yuki tebal terpaksa merantau keluar sedikit dari Sendai, tak jauh pun...

IMG_0046
suka tengok yuki atas pokok dan kereta... 

IMG_0047
basikal yang kesejukan... 

IMG_0051
tengok cinta hati pakai snow cap macam tu terus terbayang Moscow, Russia hehe nape ntah...

IMG_0052-horz
pity as well to the other two, our baby M and baby O...

IMG_0059
kesian yukichan kena pijak, hehe ke situ pulak...

ok enough about yukichan, now what is akachan?
akachan=baby/bayi

Baru-baru ni saya menceritakan tentang pengalaman lalu di entri blighted ovum pregnancy. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga di atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Pagi tadi saya pergi Tohoku Daigaku Byoin untuk check up our precious baby (muah! muah! geram nak kiss tapi dalam womb huhu) at 15 WEEKS. Tapi saya akan cerita di lain entri ya. 

Sekarang nak cerita back to back to previous weeks of pregnancy untuk kenangan saya dan cinta hati. Tak berani nak story mory awal2 sebab dulu kan ada kenangan pilu. Alhamdulillah berkat doa dari semua kami dikurniakan rezeki lagi. Berharap sangat untuk rezeki kali ini. Semoga Allah melindungi saya dan baby serta dapat menamatkan pengajian dengan jayanya, insyaAllah.

Masa tahu pregnant, kami buat temujanji di hospital. Hati berdebar2 sewaktu menunggu giliran dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Waktu itu Dr Nabeshima yang periksa. Dr asyik tukar2 setiap kali pergi check up, tak pernah dapat dr sama hehe. Tapi takpe semua dr pun best2 dan baik2 belaka dan yang penting boleh explain in english.

Pemeriksaan terakhir untuk kandungan yang lalu, Dr Nabeshima juga yang check. Dia cakap rahim dah kembali normal dan boleh pregnant anytime. Kalau nak cepat sila datang hospital dan dia boleh bagi ubat. Tapi kami tunggu dan berdoa sahaja. Alhamdulillah akhirnya, ada juga rezeki buat saya dan cinta hati. 


IMG_6996
our precious darling at 5 weeks... hanya nampak gestational sac sahaja, risau tu tak yah cakap la, sebab asyik terbayang akan gambar ultrasound kandungan dulu yang mana saya masih simpan rapi (nampak sac tu sahaja). Tapi Dr Nabeshima dengan yakin cakap, "Daijyoubu desu, dont worry... this is normal" sambil memberi senyuman yang sangat meyakinkan (silalah imejin).

Sebelum tu patik juga ada buat entri perubahan yang tiada perubahan. Waktu tu dah mula berjinak2 makan folic acid 400 mikrogram plus vitamin c, saya cari plus calsium tapi tak ada kat sini wuwuwu. Cut off my caffeine intake bit by bit. Maybe now i'm more relaxed in terms of work loads perharps? huhu... ramai yang mendoakan patik dan cinta hati di ruangan komen. Alhamdulillah termakbul, i lebiu all!

Sebelum buat self check guna stick tu, saya ada buat eksperimen, handle chemical yang sangat busuk (ada thiols, siapa yang familiar, bolehlah bayangkan kebusukannya). Masa tu eksperimen di katahira, sambil tunggu cinta hati sambil minum cappuccino beli di mesin kopi dangdut. Bila dah tahu ada baby terus risau cari maklumat sana sini. Tapi melalui pembacaan, wanita mengandung minum coffee sekali sehari is still ok pada first dan second trimester. Jangan minum masa thrid trimester sebab masa tu digestion system dah makin perlahan nanti caffeine akan berkumpul dalam badan. Legalah patik hehe.. sometimes i took milk tea kalau tiba2 teringin nak minum coffee... (kadang minum jugak seteguk dua heh...) teh pun ada caffeine tapi kurang about half berbanding coffee (depends on tea, black tea paling banyak, green tea sedikit sahaja manakala barley tea dan satu lagi lupa has zero caffeine).

Syukur juga kerana morning sickness tak teruk, cuma loya2 sahaja dan tak muntah. Tapi awal2 dulu sakit belakang, sekarang dan kurang sikit. Baby macam faham je mama dia nak belajar. Waktu tu saya boleh ke lab dan bereksperimen seperti biasa. Tapi minggu ni sakit kepala dan penat, harapnya untuk minggu ni sahaja dan minggu depan boleh kembali bekerja keras. Yosh!

Tentang panggilan pula, sebelum kahwin dengan cinta hati lagi saya dah imejin nak anak panggil mama (haha beria-ria betul!). Cinta hati masih belum buat keputusan. Dia tak tahu nak suruh baby panggil apa nanti. Yang saya ni dah excited usap2 perut cakap dengan baby hehe...

p/s: doakan kami ya, next story week 7...

Wednesday, December 21, 2011

Nota 1000 yen (Foods and Dresses)...

Owh dah lama patik tak bersiaran, kurang sihat, sakit kepala huhu. Tak tahu nak cerita pasal apa walaupun banyak ceritera tertunggak. Hari ni patik nak bercerita tentang duit. (eh macam terdengar orang nyanyi lagu duit je hiks). Cuba anda lihat nota cinta kat bawah tu...

image taken from HERE

Masa mula-mula sampai dulu, saya dan cinta hati asyik convert aje barang yang dibeli dama yen ke RM. Maklumlah masa awal-awal dulu, bawa duit biasiswa RM dari mesia. Elaun seterusnya baru dapat dalam yen. Nak2 en suami ni orang matematik, memang patik ni bak berjalan dengan calculator bergerak (love, gurau je... penulis berkata2 pada cinta hati beliau).

Lepas tu mulalah, eh mahalnya ni mahalnya tu... kalau fikir macam tu habislah, tak makanlah kami hehe. Akhirnya ada peluang berkumpul bersama adik2 junior. Tengok barangan mereka pakai saya telan air liur semua pun branded dari GAP, Tommy, Coach dan sebagainya. Satu kelebihan mereka adalah, mereka fasih cakap jepun dan boleh buat baito (part time job), menambahkan lagi elaun yang ada. Mereka juga berpesan dah duduk jepun, dapat duit yen maka perlulah sesuaikan diri denga perbelanjaan ala orang jepun. 1000 yen tu macam RM10 (hakikatnya kalau convert tukaran semasa faham2 ajelah huhu). 10,000 yen macam RM100. Betul juga kata mereka sebab kami dah tak dapat duit dalam RM. Elaun yen yang diberi alhamdulillah lebih dari cukup kalau kena caranya dan juga berjimat cermat.

Ok baiklah... mari kita bandingkan penggunaan RM10 di Malaysia dan 1000 yen di jepun. (eh, macam rancangan pendidikan pulak, biasalah patik kan suka berangan).

RM10 (tak tahulah harga barangan sekarang patik bandingkan yang dedulu yang pernah dibeli)
-boleh makan mcD mcvalue, kfc etc
-beli barang seperti susu, tisu, ikan, sayur etc
-makan dan minum di mamak, kopitiam etc tapi tidak di Starbucks dan yang sewaktu dengannya
-makan eskelim cone mcd 10, tapi jumlah jadi RM10.50 sebab tax hehe tapi tidak di Baskin Robin, Cold Strone creamery etc
-makan di kedai lauk tomyam, telur dadar, nasi utk seorang makan
-alamak penat lah moh kite ke yen la pulak...

1000 yen
-boleh makan mcD, kfc tapi tak pergi poms sebab tak halal wuwuwu
-beli barang seperti sama jugak macam RM tu, tapi boleh beli ikan salmon :), udang, susu etc
-makan dan minum di err... tak ada mamak tapi ada kedai halal nan tandori, dan juga boleh makan kek dan minum coffee di Starbucks, Doutor, Tully's dan yang sewaktu dengannya, i likeeee...
-makan eskelim cone mcD berharga 100 yen (with tax) dan juga boleh makan 3-4 scoop di Baskin Robin, Cold Stone creamery etc...
-makan di family restaurant seperti Marumatsu, Saizeriya, La Pausa, etc
-juga boleh beli baju 10 hengget aka 1000 yen seperti di bawah
patik bukanlah seorang yang brand conscious bab-bab pakaian ni, asal nampak cantik, comel, kiut di mata patik cukuplah...

IMG_0033
kebetulan time sale dan juga penghabisan stock, kalau nasib baik jumpa la baju 1000 yen ni. Selalu jumpa di outlet dan juga The Mall Sendai...

IMG_0034
comel tak siap sulam2 lagi... kalau nak tengok saya pakai boleh berkunjung ke entri INI. (eceh macamlah ada yang nak tengok, ferasan vetullah).

Banyaknya boleh dibeli dengan 1000 yen kan? Kat sini inflasinya sangat rendah. Air minuman baik di vending machine mahupun di kedai sekitar 100 yen aje ha dari dulu hingga kini. Duit yen 10 tahun dahulu pun masih laku untuk digunakan. Contohnya patik balik belajar dan simpan sedikit duit yen selit kat buku kononnya kenangan (haha tak menahan!). Tiba2 panjang umur murah rezeki nak jenjalan jepun kononnya tahun 2020 (tskk), bawa je duit sama tu pasti masih laku dan boleh digunapakai. Malaysia pula, inflasi agak tinggi kan, RM10 dulu dan kini dah tak sama, makin lama makin sikit barang yang boleh dibeli dengan RM10 pastu duit asyik tukar aje kan, kejap2 tak laku macam RM1, RM50 etc huhu...

Kawan cinta hati jejaka X ada teman wanita yang bekerja sebagai cikgu sekolah menengah, gajinya sebulan 200,000 yen (huwaaa pengsan, patik sedang membayangkan gaji pensyarah di sini huhu...) kuasa membeli tinggi dan harga barangan pula bersesuaian dengan pendapatan rakyat. Orang kat sini main2 aje beli handbag berjenama. Contohnya Coach di outlet 20,000 yen pun dah boleh dapat dan di butik mungkin 50,000 yen ke atas. Banyak lagi baki gaji dia ha 180,000 yen lagi... dah la bonus 3 bulan gaji yang diberi 2 kali setahun ok! Sekali dapat bonus terus boleh beli kereta cash! pengsan tak? kat mesia gaji cikgu berapa eh? nak beli handbag jenama sama yang harganya separuh dari gaji atau nak sama dengan gaji wuwuwu...haruslah fikir banyak kali tak pun kumpul dulu, takpun credit card dan bayar bulan2...

Lagi satu harga kereta tempatan keluaran negara sendiri (Honda, Toyota etc) terutamanya compact car, mini car etc dijual sangat murah dan mampu dibeli oleh semua tak perlu nak loan bagai. Tapi kereta kita? Jual kat negara luar murah sangat, tapi mahal untuk rakyat sendiri, tak mampu nak bayar cash dan kena buat pinjaman kalau nak beli, huhu sadis betul...

Patik bukanlah pakar ekonomi malah tak tahu sangat selok belok ekonomi ni, sekadar membandingkan sahaja pengalaman di luar ni dengan apa yang pernah dialami di negara sendiri. Sebanyak mana pun emas kat negara orang ni, saya tetap nak balik kg halaman terchenta dan berbakti pada negara hehe... semua ni saya anggap sebagai pengalaman dan rezeki merantau di tempat orang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails