Good and bad news for us. Bad news sebab tak dapat lagi nursery kerajaan yang percuma tu. Masih dalam waiting list. Nak tak nak kena hantar jugak Ken Hamza ni sebab kerja kami banyak tertangguh. Seronok memang seronok menjaga dan melayan kerenah dia tapi apakan daya ada tugasan lain (our study) yang perlu kami selesaikan huhu.
Maka kami pun pergi ke Aoba-ward bertanyakan perihal nursery swasta kut2 ada yang murah sikit ke. Rata-rata semunya dari 45,000-53,000 yen. Baby mahal sikit berbanding kanak2 dua tahun ke atas dan tempat pun terhad. Yang swasta juga banyak dah penuh kalau ada kosong pun jauh dari rumah dan juga kampus. Tiba2 datang seorang staf bagitahu ada baby sitter yang baru dibuka bermula 1 Oktober. Agak dekat dengan rumah kami. Bayaran sama macam swasta juga. Tapi sebab kami bukan bekerja di sini dan tak perlu dapat tax ada diskaun sebanyak 20,000 yen dan bayaran untuk baby sitter adalah 33,000 yen sebulan. Maksimum kanak-kanak yang dia jaga adalah seramai 5 orang. Terpaksa la guna mana2 duit yang patut huhu.
Nak jadi baby sitter pun banyak prosedurnya, dia mestilah berdaftar dengan ward terdekat, ada sijil kelulusan, perlu laporkan bayi/kanak2 yang dijaga pada ward terdekat, rumah mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh standard nursey. Pegawai dari ward akan datang check rumah baby sitter ni. Setelah membuat panggilan untuk temuduga (ada intabiu okeh) kami pun pergi berjumpa beliau, saya panggil N-san. Dia nak tengok baby sihat ke tak, lepas tu banyaklah yang kami bincangkan perihal susu, makanan bila Hamza dah boleh makan nanti. Dia sangat risau siap mention yang suami dia cakap berurusan dengan baik kang tak pasal2 perang balik jepun dan mesia macam zaman dahulu kala. Adeh... yang zaman dulu tu bukan kita perang pun dia yang datang ceroboh kan hik2... tapi tu cerita lama biarlah berlalu (sound effect lagu mendayu-dayu macam dalam cerekarama).
Tang nak terangkan halal haram tu susah sangat. Last2 kami cakap semua daging tak boleh makan. Lagipun buat masa sekarang Hamza minum susu je. Soalan paling comel adalah (setelah ditranslate "Memandangkan tak boleh makan daging, kalau bagi Hamza minum dalam cup ada gambar haiwan tak pun bagi mainan bentuk haiwan boleh ke?" punyalah dia concern kan? Terlebih2 prihatin gitu. Nak tergelak pun ada dengar soalan tu.
Lepas dah setel yang tu, mari kita tengok kerenah baby bulat baby manja ni (BBBM, tak tahan ada abbreviation tu haha) dengan N-san.
Bila bangun pagi, mata belum buka sepenuhnya lagi mulalah nak menangis kalau tak nampak mama atau papa. Bila salah seorang, patik atau my love mendekati Hamza dan bagi salam ke cakap good morning ke ohayou ke baru la tak jadi nangis tapi saje buat bunyi huu ke ekkk mendayu-dayu yang meleret-leret, suruh angkat la tu...
Dah siap-siapkan dia, pakai bib sebab sekarang selalu sangat hisap/gigit jari dan main air liur huhu... letak dalam bumbo baby sofa tu dia tak suka sangat letak sekejap je lepas tu nangis... alololo (eh over pulak mamanya)...
on the way Hamza terlena dalam kereta. Boring dengar kitaorang duk bincang2 alih2 terlena di pangkuan papa. Manja niiii...
Alhamdulillah Hamza diterima oleh baby sitter tu dan kami mula hantar dia 2 Oktober yang lalu. Tak nangis pun bila ditinggalkan. N-san pun makin memahami kerenah Hamza sekarang. Cakap pun lembut je dengan Hamza. Ada lagi nak story mory tapi tak sempat ni till then...